Assalam...
Kejadian 2 minggu lepas untuk acara tahlil di surau kami, saya bawa yang ini buat menambah-nambah hidangan untuk jemaah. Keesokkan harinya en.abe minta buatkan juga sebab katanya ada pot luck tempat kerja dia untuk bos yang akan berpindah ke tempat lain. En.abe tanya jika kawan-kawan tanya ini kuih apa, cakap jer nama sebenar jangan malu jangan segan cakap yang betul. Kalau depa gelak atau kata buat cerita suruh depa tu tanya pak google yek.
Resepi pukis yang saya guna adalah resepi yang sama pernah buat dulu cuma buat ubah suai sedikit dengan buat berwarna-warni. Boleh rujuk di sini dan resepinya saya sertakan semula di bawah.
Pukis Susu Warna Warni
Sumber: RinaRinso
Bahan-bahan
4 biji telur
300gm gula pasir
500gm tepung gandum
1/2 bungkus yis
1/2 sudu teh esen vanila
1/2 sudu teh garam
750ml santan
3 helai daun limau purut (saya tak letak)
1/2 tin susu pekat manis
230gm butter / majerin - cairkan dan sejukkan
3 jenis pewarna makanan - Keladi paste, pandan paste dan pewarna kuning.
Colour rice untuk hiasan atasnya
Cara Penyediaannya.
* Panaskan santan dengan daun limau
purut dan garam hingga mendidih. Sejukkan hingga suam-suam kuku dan
campurkan dengan susu pekat. Gaul rata.
* Pukul telur dengan gula hingga kembang. Masukkan tepung, yis dan esen vanilla. Gaul sebati.
* Masukkan santan yang masih hangat suam-suam kuku. Boleh guna mixer (speed perlahan).
* Masukkan pula majerin / butter cair. Gaul rata dan peram adunan selama sejam. Adunan akan mengembang sedikit.
* Bagikan adunan kepada tiga bahagian dan campurkan dengan perwana pilihan.
* Panaskan acuan dan oles dengan
majerin / minyak. Setelah cukup panas, masukkan adunan hingga 3/4
acuan. Tutup acuan biar hingga masak.
* Letakkan coulur rice di atas kuih. Jangan biar lama sebab colour rice akan mencair sebabkan kuih nampak comot atasnya.
* Keluarkan kuih daripada acuan dan
letakkan dalam bekas yang rata untuk mengekalkan bentuk yang cantik
kerana pukis susu yang panas, masih lembut dan senang penyet.
Nota: Setiap kali nak masukkan aduan
ke dalam acuan, sebaiknya adunan dikacau-kacau supaya gasnya boleh
keluar. Hasil pukis cantik dan tidak berlubang-lubang.
Walupun dah noted sebelum adunan dituang masuk dalam acuan kena kacau dulu untuk keluarkan gelembung udara, tapi nak cepat punya pasal hentam saja labu. Tak kisah dah nak kacau-kacau terus tuang saja, jadilah kuih pukis rona-roninya berlubang-lubang cam bekas jerawat tuan punya badan.
Wassalam.
This comment has been removed by a blog administrator.
ReplyDeleteHeheee... ada saja ceritanya ye pasal sebutan nama kuih tu. First time saya dengar ni. Tambah lagi info tentang kuih-muih.
ReplyDeleteMacam belum pernah rasa
ReplyDeleteBaru dengar namanya.