Showing posts with label Nak makan di mana?. Show all posts
Showing posts with label Nak makan di mana?. Show all posts

Sunday, 23 December 2018

Lao Mandre: Mohd Chan, Resto Chinese Muslim

Assalam...
Ceritanya ada orang sambut ulang tahun terakhir untuk angka bersiri 2, tahun depan dah jadi 3 siri kan semakin dewasa dan matang.  Jenis memang tak biasa sambut-sambut birthday nie, no cake, no celebration, no party at all dan kadang-kadang terlupa juga.  Selalu orang yang ulang tahun tu, didam-diam jer mereka yang di keliling tu sibuk buat suprise tak pun sebenarnya mereka yang nak tumpang.  Macam cerita inilah, orang yang birthday tak nak pergi makan mana-mana, dia request lepak mamak jer tapi orang lain yang nak pergi makan best-best kononnya.



No mamak, no tomyam, no pak kaw pau ugut orang yang tak birthday tu, jomlah kita makan yang sedap sikit kali ini.  Nak try makanan di China Muslim Restoran, Adam Lai atau Mohd Chan?.  We go for mohd chan sebab dekat dengan tempat tinggal kami lagi pun birthday orang tu jatuh pada hari bekerja.


Mula-mula memang fikir nak order ikan dan sayur saja, sebab adik beradik yang boleh join seorang saja yang lain duk jauh. 


Tebalnya floss untuk butter  prawn nie, tenggelam terus udangnya.  Sedap pula merata saja telur, kemudian baru rasa lemak dan muak.


Ikan siakap stim taucu, rasanya mild tetapi sedap.  Nak tambah urmp lagi padankan dengan cili padi potong, pekerja restoran yang offer.


Sayur nie saya panggil baby kobis, tetapi dalam menu baby kailan.


Side order kami ambil dim sum, macam kurang menarik sikit stock yang ada dim sum mereka malam itu, tetapi pekerja mereka bertanya sama ada kami boleh sebab hanya ada 3 jenis saja.  Try juga lah juga sebab dah lama tak makan.

Alhamdulillah, kenyang.  Feedback mereka sedap, ada kelainan daripada masakan siam walaupun menu hampir sama kan.
Wassalam.

Saturday, 15 December 2018

Lao Mandre: Tony Romas

Assalam...
Suatu petang bila rasa petang itu adalah hari untuk diri sendiri kebetulan pula muncul sahabat nak ajak pergi makan.  Nasiblah kalau dia berhasrat nak ajak-ajak ayam atau fikir positif memang dia ikhlas ok.  Saya pun sedia lah untuk diajak ke mana-mana lagi-lagi sebut pasal makan. 


Ini roti gratis ok, diorang langsung tak sentuh pun sebab keras kebatu katanya.


Malam tu kami tak order banyak pun, 3 benda saja termasuk air.  Kedai tomyam boleh lah kan nak order penuh meja, yang ini pun sepinggan dah berapa, lagi satu yang bawa pergi makan ni bukan jenis makan banyak.  Kesudahannya nanti saya lah yang pikul tugas majlis perbandaran, tukang kasih sapu, tukang kasih clear.


Haruslah order yang ini Signature dish untuk Tony Romas, world famous ribs serve with original TR's sauce.  Wolrd tu, tapi yang datang makan nie level kampung-kampung saja bah, jadi mesti dia cakap eih kenapa tu lain-lain rasanya, hahahaha.


Closed up sikit ribs tu, saya siap tanya adik pelayan tu pasal sekarang ribs tu ada 5 ketul jer, bukan ker dulu full ribs ada 10 ketul.  Nampak sangat akak nie ketinggalan zaman, itu zaman tok kaduk dah akak.  Dah lama tak ada yang macam tu lah kak, aishh menn, tolong up date ye kak. 


Penghilang dahaga untuk malam itu.


Mocktail cranberry mojito kot air ini, atas cadangan saya sebab nak tumpang rasa lah tu, ciss tak senonoh perangai.


Jumlah kerosakan malam itu, moga tambah murah rezeki orang yang belanja malam tu.  Terima kasih sejujurnya sebab mereka kata memang dah lama mereka simpan hasrat nak belanja saya makan di sini.

Lain kali ada plan nak pergi makan tempat best-best saya sedia jer ya kawan, jangan lupa calling-calling tau.  Hari ini baru cas-cas nak declare hari untuk diri sendiri dan boleh berjimba dengan kawan-kawan, tapi jangan lah nak berangan sebab ada orang tersilap plan.
Wassalam.

Friday, 21 September 2018

Kedai Kek Kak Yah, Temerloh

Assalam...
Lepas kenduri mertua hantar saya ke stesen bas Temerloh, bas ke Pekeliling dijadualkan jam 4.30 petang.  Sementara tunggu bas datang sempat lah saya cuci mata di kedai-kedai sekitar dan mencari jika ada antara kedai tu yang sediakan perkhidmatan charge phone sebab bateri tinggal 1%.  Akhirnya jumpa satu kedai yang jual eksessori phone di Semantan Walk, adik tu sudi chargekan phone secara percuma, borak-borak gulai tempoyak dulu dengan dia sambil menunggu.  Semoga murah rezeki dan bisnes awak bertambah maju lagi.

Lepas kuar dari kedai adik tadi, singgah hi-tea di sushi king.  Sudah kenyang tawaf lagi masuk keluar kedai di sekitar stesen.  Ada satu kedai yang menarik minat saya nak pergi, lagi pun tiada tanda-tanda lagi bas akan sampai awal, teruslah saya pergi ke Kedai Kek Kak Yah tu.  Sebenarnya saya sudah masuk dua kedai kek sebelumnya tapi tiada yang menarik minat saya nak beli.


Masuk-masuk kedai ini, terpandang butter kek dan biskut raya terhidang di atas meja.  Kakak yang berada di maje cashier datang menghampiri saya dan  memberitahu akan kek dan biskut itu baru buat, fresh from oven katanya dan kalau nak makan atau minum di situ juga ada menyediakan makanan panas.


Dalam kedai ada beberapa pelanggan yang senang menikmati juadah mereka.  Saya katakan pada kakak tu saya nak tengok-tengok saja dulu, tak fikir nak makan lagi sebab baru lepas makan sushi.  Aneka roti yang mereka hasilkan juga nampak sedap.


Selain itu ada beraneka kudapan, kerepek, rempeyek, dodol dan kacang-kacang dijual di sini.  Saya rasa ini produk tumpang daripada pengusaha kecil-kecilan di luar.


Acar buah, keluaran Kedai Kek Kak Yah.


Pusing punya pusing dalam kedai, ternampak ini dalam chiller kek.  Wau kaget saya, saja lah tanya pada kakak casier tu, nama kek ini.  Madeline kek, sedap dan susah nak jumpa nie katanya.  Dengar jawapan daripada kakak tu, saya agak mesti dia ini adalah Kak Yah tuan punya kedai.  Ini adalah kek yang saya admired sejak dulu (sejak zaman belajar SRT) siap tampal gambar dalam buku respi, tapi tak pernah rasa lagi kek madeline nie.  Boleh anggap sebagai kek zaman purba lah ni.  Umur dah berapa baru direzekikan jumpa dan rasa kek ini. Syukran syukran syukran.  


Dah tajuk kedai pun kedai kek kan, haruslah ada jual kek.  Up to date juga lah design kek-kek yang ada dalam chiller tu.  Sekali lagi kakak casier tu bagi tahu mereka boleh buat semua jenis kek mengikut design pelanggan dan sedia terima tempahan.

Girangnya hati dapat beli Madeline di sini, setelah puluhan tahun menyimpan gambar saja.  Sebelum ini ingat dapat jumpa di kedai kek ternama, di kotaraya tetapi rupanya tersorok di kedai kek terpencil, di pekan Temerloh nie saja.  Jika ada yang bertanya, kenapa madeline tu bentuk lain, sebab ini adalah English Madeline bukan French Madeline.
Wassalam.

Saturday, 8 September 2018

Willy Sate, Kajang

Assalam...
Sejak dijamu sate sedap ketika berkunjung ke rumah kawan umrah di Kajang tahun lepas, masih teringat-ingat kesedapan sate itu.  Kawan tu bagi tahu sate yang mereka jamu kami itu mereka beli daripada stall Sate Willy yang berdekatan dengan taman perumahan mereka.  Memandangkan tetamu petang tu semua dari luar daerah dan mereka menetap di Kajang,  sepakat suami isteri menyajikan makanan yang terkenal di Kajang kepada tetamu.  

Beberapa kali nak pergi mencari Sate Willy ni, tetapi asyik tak menjadi, macam jauh, ending makan je sate yang dekat-dekat sini.  Kebetulan minggu lepas hantar adik balik Putrajaya, petang tu kami corner sekejap masuk Kajang mencari Sate Willy.


Kami pergi medan selera tepi highway SKVE tu, Sungai Ramai Foodcourt tak silap nama tempat tu.  Tak masuk pun sampai ke bandar Kajang sebab sini lebih mudah nak patah balik ke Putrajaya.


Tempat ini macam happening sangat nak cari makan, banyak gerai yang menyajikan macam-macam makanan.  Tinggal pilih dan order saja.  Sistem order di sini macam warung sate yang lain buat order, bayar dan nyatakan nombor meja nanti mereka akan hantar bila pesanan dah siap.


Sebelum keluar dari rumah tadi dah minum petang, jadi kami hanya order sate 25 cucuk, 2 ketul nasi impit dan minuman.  Hajat nak makan sate kambing, tapi dah habis pula.  Ramai sangat agaknya penggemar sate kambing lagi pun musim cuti mesti ramai yang datang cari makan di sini.

Nasib baik tak ikutkan sangat sifat tamak ketika nampak makanan.  Sebelum makan dah tanya adik jika nak tambah apa-apa sebab macam sikit jer kan sate untuk 3 orang tu.  Kesudahannya termengah-mengah nak habiskan sate tu.  Hari ini dan esok lusa cuti kan panjang, boleh lah sesiapa nak bawa kawan-kawan atau keluarga makan sate kat sini.  
Wassalam.

Saturday, 11 August 2018

Lao Mandre: Restoran Puteri Nabalu, Kundasang


Assalam...
Selepas urusan check in, bersihkan diri dan lakukan apa yang patut, kami dah janji dengan 3 orang lagi yang menginap di tempat lain berjumpa semula di dekat bulatan kobis.  Saya cadang makan di Puteri Nabalu sebab dekat, banyak pilihan menu dan tak tahu restoran mana lagi yang buka lewat pada malam itu, lagi pula nak berpatah balik ke pekan Ranau semua macam sudah tak larat.  Restoran Puteri Nabalu ini well known resto juga lah di pekan Kundasang, ramai orang buat review tentangnya.  Ini kunjungan kali kedua kami, pertama kali sebelum mendaki Akinabalu dulu, kali ini kami nak try makan steamboat sementara yang lain memilih menu ala carte. 

Ini set steamboat couple yang kami order, di sini tiada buffet steamboat yang anda boleh makan sampai pecah perut ya.  Mereka offer hanya set bermula dengan set couple, tetapi walaupun set couple tapi boleh makan beramai-ramai, tak habis makan berdua.


Ini antara side order dari 5 orang lagi, Nasi Goreng Puteri Nabalu kalau tak silap namanya.


Mereka order butter prawn juga, kesian diorang nie mungkin terlalu terikut dengan stigma pemikiran datang Sabah kena try seafood, tapi di kaki gunung nie rasanya bukan pilihan yang tepat.


Ini tak tahu nama, something macam chicken fillet with special sauce kot.


Apa yang penting kerjasama, main masak-masak dan agihkan harta karun dan periuk steamboat tu.


Geng pandai makan, sekali order mak ai banyaknya.  Kita orang yang jadi majlis tukang perabis.


Keadaan meja pada malam itu, dah berapa kali go around tapi tak habis-habis lagi.  Malam tu lepak dalam restoran sampai mereka tutup, buat pula resto tu macam mak pak punya. Sabar jelah mereka yang duduk di meja sebelah dengar gelak ketawa kami malam itu.


Hot chocolate yang dah kurang hot, sudu tu sebenarnya coklat homemade keluaran Restoran Nabalu sendiri.  Mereka tak perasan, patutnya masa air sampai terus guna sudu untuk kacau susu panas dan coklat tu akan cair.  Apakan daya faktor suhu di Kundasang, susu dah sejuk,  gigit saja lah coklat tu.


Lepas dinner ingat nak pusing pekan kejap nak cari 3 in 1 untuk esok pagi, tapi kedai semua daha tutup.  Sebelum balik ke penginapan, kami terus ke Hotel Perkasa mencari kot-kot ada teh dan gula dijual dalam souvenir shop mereka, tapi gula nan hado.  Esok minum Teh Sabah "O" kosong saja lah.  Perut keyang, suhu sejuk cepat jer mata nak pejam.
Wassalam.

Tuesday, 7 August 2018

Lao Mandre: Staff Lunch at Feast Sheraton PJ

Assalam...
Sudah lama sangat rasanya bos tak belanja kita orang pergi makan-makan, asyik kita jer service dan bagi orang makan.  Ini dah diaturkan tempat, hari dan masa, entah apelah halnya ada juga yang tak nak datang.  Bos nak belanja makan kot, bukan minta you all pergi perang pun, pun tak sudi, lantak lah kome, tak nak sudah biar saya yang pergi makan.


Bos book lunch untuk staff di Feat Sharaton, hotel ini agak baru juga lah di PJ.  Saya mestilah suka, dah diajak kita datang lah makan sana sambil-sambil mungkin boleh dapat sedikit ilmu atau idea yang patut (buffet spread atau menu).  Ingat ya berseronok sambil belajar untuk semua orang sebenarnya.


Saya mulakan dengan starter makan buah, sepinggan rojak yang belakang tu, orang sebelah saya yang ambil.  Saya kurang sikit nak makan rojak-rojak nie, pilih benda nak makan yang jarang jumpa (senang cerita nak pilih yang mahal-mahal jer) hahaha.


Macam yang dalam pinggan bawah ini, jumpa slipper lobster pun jadi lah.....  Hari tu macam malas nak ambil gambar serounding restaurant dan buffet spread, hanya tumpu makanan yang dalam pinggan.


Pinggan seterusnya ada steak, lamb chop, veg, seafood dengan sedikit nasi.  Tak baik kan jika makan macam ini, campur-campur makan sumber makanan dari darat dengan sumber makanan dari laut.  Sesekali main langgar saja.


Yang ini memang kesukaan, tapi yang paling saya suka hari tu kek tiramisu, manggo cheese dan coklat kek dia memang sedap.  Nikmat sangat bila padankan dengan teh Earl grey, berulang kali pi top up air panas.  Dessert dalam pinggan terletak kiri dan kanan tu minta orang sebelah tolong habiskan.


Sekali lagi slipper lobster and the geng, memang peminat seafood kan.  Dapat alahan lepas ini, sendiri tanggunglah ya.


Ada yang dah tersandar kekeyangan.  Please stay until last call ya, jangan nak balik awal sebab ada kawan-kawan yang akan datang lewat.


Sesekali dapat makan ramai-ramai di tempat class begini, mesti bos harapkan in return kan.  Terus bekerja dan semangat in one team, dapat achieve target, bos belanja lagi, just name it.

Bila dah berjaya mengumpul banyak kalori seperti hari itu, dan-dan fikir aktiviti membakar kalori di hujung minggu.  Gitulah manusia memang tak pernahnya nak puas, tak dapat komplen, dah dapat komplen benda lain pula.  Keseluruhannya suka bos belanja makan, saya cuma komplen diri sendiri yang pantang jumpa.
Wassalam.