nuffnang_bid = "6d3fefaa2657f8901dfaPages

Showing posts with label Kuala Lumpur. Show all posts
Showing posts with label Kuala Lumpur. Show all posts

Wednesday, 24 January 2018

Lao Mandre: Nasi Lemak Tanglin


Assalam...
Nasi lemak sejak 1948 di Kuala Lumpur dan menggunakan resepi original hingga kini.  Tagline bagi nasi lemak Tanglin, jika sejak 1948, memang lama kan.  Mungkin antara nasi lemak tertua yang ada brand di negara kita ini.  Moyang atau tok nek kita masak untuk family memang yang lebih lama cuma tak dikomersialkan.  Wujud sebelum merdeka, bukan saya jer yang belum lahir, agaknya ramai yang mak bapak pun tak lahir lagi masa tu.  


Kami pergi gerai di Food Court Tanglin yang terletak di Jalan Cenderawasih KL, dekat-dekat dengan Jalan Tanglin tempat mula-mula nasi lemak ini dijual.  Kawasan sekitar tu adalah tempat rekreasi dan tumpuan pelancong, Taman Burung, Taman Botani, Taman Orkid, Tugu Negara, muzium dan banyak lagi.  Lepas berolaraga, datang pekena nasi lemak memang best.


Pernah rasa nasi lemak ini, kawan yang tapau dari rumah kenamaan, dari situ lah tahu yang nasi lemak ini ramai penggemarnya dari golongan bawahan hingga lah orang atasan.  Ada beberapa outlet kalau nak cari nasi lemak tanglin ni, boleh berkunjung ke restoran mereka di TTDI dan Bangsar. 


Sedar diri kita insan marhain, jadi kita pergilah makan di gerai.  Sesuai sangat lah tu.  Sebenarnya sebab kami ada urusan jalan-jalan area tu di awal pagi, maka singgah lah sarapan nasi lemak tanglin di Jalan Cenderawasi ini.


Hahaha, ini ke pinggan nasi lemak insan marhain?  macam tak sedar diri je kan.  Kata nak makan puas-puas, tu yang nak rasa lauk utamanya, sebab lepas tu kena ikat perut balik.  Tiga set nasi lemak dengan jumlah kerosakan sebanyak RM30.00.  Tolong jangan fikir ini cerita nasi lemak 20 sen yek, sekarang dah tahun 2018 bukan tahun 1948 lagi. 


Hari kami pergi nie, hujung minggu dan macam ada cuti panjang waktu tu.  Ramai je yang datang awal nak menikmati nasi lemak sebelum gerai buka pada jam 7.00 pagi.  Masa dapat nasi lemak masing-masing pun, kena tunggu seketika baru mereka dapat hidangkan air.   


Lepas makan kita chow lah, nak pergi buat urusan lain pulak.  Lain kali boleh datang lagi bawa kawan-kawan.
Wassalam.

Thursday, 7 September 2017

CAPSULE, By Container Hotel


Assalam...
Bagi yang menunggu penerbangan atau transit untuk penerbangan seterusnya di KLIA 2, boleh cuba untuk menyewa Capsule.  Terdapat 2 jenis capsule yang ditawarkan untuk single dan queen (family).  Dapatlah melelapkan mata dengan nyaman dan sejahtera, berbanding hendak menunggu dan tidur di atas kerusi kan.


Lokasinya di level satu, sama level dengan hub pengangkutan awam untuk menaiki bas skyliner, teksi atau bas antara bandar.


Ruang dalam capsule yang sempat saya capture ketika itu.  Sebab nak cepat takde lah pergi masuk sampai ke dalam.


Staff yang bertugas ada bagi leafleat tentang Capsule hari tu.  Ketika itu ada promosi hanya bayar harga untuk 3 jam dan 3 jam lagi adalah free.


Harga promosi tu hanya untuk walk in customer sahaja, dan waktu check in antara jam 8 pagi hingga 4 petang.  Booking awal untuk harga promosi tidak boleh diguna pakai ya.


Locker penyimpanan bagasi disediakan untuk para tetamu yang telah menempah.  Keselamatan barang tak perlu risau, ditempatkan dalam sangkar begitu, tiada siapa yang berani kacau.


Dengan adanya kemudahan begini dengan harga yang berpatutan sedikit sebanyak memudahkan orang ramai untuk berehat dan caj semua energy untuk perjalanan seterusnya.
Wassalam.

Sunday, 8 May 2016

Big Breakfast @ Mak Jah Corner Ampang

Assalam...
Kuih mana? kuih mak jah... siapa mak jah tu, mak jah ampang, siapalah mak jah ini, semua orang kenal bila sebut kuih mak jah.  Sanggup pergi sampai ampang nak cari kuih mak jah, tu bos kamilah, selalu kami cukai dulu sekeping dua.  Dah  berapa kali juga nak pergi sini dengan kawan-kawan tapi takde rezeki.  Kebetulan hari itu kami ada aktiviti pagi ahad dekat-dekat situ, maka jadilah walaupun waktu sarapan dah masuk waktu makan tengah hari.


Konsep layan diri, air je pembantu datang ambil order.  Soalan kami pada pembantu yang datang ambil order, mana satu mak jah?.  Oh mak jah takde kat kedai, dia kurang sihat.  Terlepas peluang nak berkenalan.

Nasi lemak pilihan en.Abe, masa kami sampai dah tengahari jadi makanan dan lauk pun dah tinggal sedikit.


Sumandak pilih makan mee rebus.


Tamak kan kita orang ambil kuih, bingka ubi, bingka pisang, serimuka pulut hitam dan talam keladi.  Setiap jenis kuih 3 biji, konon seorang sebiji.  Kuih bingka pisang tu kuih kegemaran big boss tak dilupakan.


Kuih tepung gomak, keria dan ulat bulu.  Kuih ulat bulu tu memang jarang jumpa, ada yang kata kuih orang kelantan.
 

Kuih tepung pelita, yang sangat sedap.  Sebab rambang mata sangat ambil kuih, dapat makan beberapa keping saja.  Yang lain tapau bawa balik, sampai dinner makan kuih mak jah.
 

Harga makanan, mahal ke murah?.  Kalau sedap tak kisah pasal harga sebab ada tempat harga tak sepadan dengan rasa makanan.  Tapi tempat ini ramai orang kenal dan menjadi tempat pilihan orang-orang besar mahupun chef-chef terkenal datang makan.


Masa pergi makan ini, dah agak lama jugak...tapi cubalah contact kalau ada siapa-siapa nak cari kerja atau nak order kuih.
Wassalam.

Tuesday, 3 May 2016

Run With Us - Tung Shin Hospital


Assalam...
Dari sejak sekolah memang kaki bangku dan tak aktif sukan, tiba-tiba boleh ikut nak masuk lumba lari.  Apa sudah jadi?  saja-saja sebenarnya, bukan lari betul-betul pun, nama pun run for fun anjuran Tung Shin Hospital.  Kasih semangat pada mereka, sambil tu boleh keluar peluh sebab nak disiplinkan diri exercise sentiasa failed.  


Larian dibahagikan mengikut kategori umur peserta.  Pertandingan dimulakan dengan kategori junior, kemudian dewasa, keluarga, veteran dan kategori belia yang paling ramai peserta.



Semangat orang tua ini, beliau yang melepaskan perlumbaan bagi setiap kategori dan menyampaikan hadiah kepada pemenang.



Sebenarnya larian hanya diadakan diperkarangan hospital.  Walaupun dalam kawasan hospital tetaplah ada cabarannya demi melengkapkan pusingan yang telah ditetapkan.  Mana tak mencabar, nak pusing satu round kawasan parking tu pun dah mengah, dek kawasan parking yang bertingkek-tingkek.  


Lepas berlari mendaki tempat parkir, kena lari secara menurun bukit pula.  Orang macam saya kalau tak balance langkah kaki mau jatuh tergolek jugak. 


 Oleh kerana tempat perlumbaan itu di kawasan situ-situ juga, maka tempat permulaan dan penamat adalah pada tempat yang sama.


Junior tempat kedua dan ketiga oleh dua sepupu (sharul & aiman), anak kawan saya.


Juara dari kategori baya-baya umur kita orang, stamina kuat brother ini.  Saya baru half way dia dah sampai garisan penamat.


Niat nak ikut bukan nak menang pun, tahu sangat kemampuan diri, orang berlari saya jalan berlenggang.  Tapi semangat kena ada, dapat habiskan semua pusingan dan sampai garisan akhir, dah cukup baik dari yang muda sampai setengah jalan dah berhenti terus.
Wassalam.

Sunday, 21 February 2016

Mendaki Batu Caves


Assalam...
Ini aktiviti hujung minggu lepas, aktiviti nak keluarkan peluh kononnya dengan mendaki tangga-tangga di Batu Caves.  Jangan tanya lepas mendaki mesti tau bilangan anak tangga yang ada sebab memang tak kira dan kalau kira pun mesti salah, tak reti nak mengira.  Selain penganut hindu, ramai jugak pengunjung lain hari itu sekadar untuk melawat atau exercise macam kami.  Nak tahu diorang datang untuk upacara agama, senang jer kebanyakkan mereka mendaki tanpa memakai alas kaki atau berkaki ayam.


Semasa mula hendak mendaki tu ada satu group antaranya suami isteri sedang memikul baby mereka menggunakan tebu.  Menurut kawan saya ini untuk membayar hajat sebab mereka telah mendapat baby.  Aci ini pula membawa periuk yang berisi susu sebagai persembahan hajat untuk diberikan pada sami yang akan melakukan upacara nanti.


Next time boleh berkunjung ke Dark Cave ini kalau nak tahu apa ada dalam gallery tu.  Hari itu kami tak sabar nak turun sebab dah lapar, tak larat nak tunggu hingga jam 10.30.


Antara kuil yang terdapat dalam gua Batu Caves, acara keagamaan hindu sedang berlangsung di sini.  Mereka yang pikul anak dengan tebu dan bawa susu tadi singgah beribadah di kuil ini.


Dalam gua tu, ada satu lagi tangga untuk sampai ke kuil sebelah atas.  Kami berehat seketika di atas tu sambil menjadi pemerhati kepada pengunjung lain.



Ini pula kuil yang terdapat di tingkat atas, tak ramai yang berkunjung ke sini berbanding dengan kuil yang di bawah tu.  Ketika sampai ke sini en.Abe kata dia tak rasa apa pun kat sini.  Saya ingatkan rasa yang dia maksudkan tu rasa seram ker, rasa teruja atau rasa lain macam.

Kumpulan pelancong dari negara jiran Indonesia tak melepaskan peluang mendaki hingga ke atas.


Perjalanan turun, geli hati melihat gelagat sang monyet dan pengunjung yang menjerit-jerit manja takutkan monyet.  Kalau tak nak dikacau janganlah bawa makanan atau benda-benda yang menarik perhatian sang monyet ini.



Tak rasalah naik sini, en.Abe cakap lagi.  Sebab tengok saya ini blur dengan maksud kata rasa tu. Rasa penatlah atau rasa letih atau rasa nak pintam mendaki.  Oh, apalah sengal sangat saya ini sampai boleh terfikir rasa seram tu semua.  Berpeluh tu memanglah tapi penat mendaki tangga naik ke tingkat 10 lagi azab rasanya.   



Kanak-kanak perempuan yang baru selesai menjalani upacara agama hindu di kuil di atas gua Batu Caves.


Turun dari atas tu, si sumandak singgah buat  lukis henna kat tangan.  Saya tak lah, sebab kedekut takmo keluar duit doplo hengget nak lukis macam tu.

Sempat perhatikan beberapa orang petugas wanita yang menjaga di pintu bawa sebelum memulakan pendakian.  Petugas tersebut memantau pakaian yang dipakai oleh pengunjung terutama oleh pengunjung wanita.  Mereka yang memakai seluar atau skirt pendek perlu untuk mengikat selendang yang disediakan agar pakaian mereka menjadi labuh.  Ada bayaran minima dikenakan.
Wassalam.

Sunday, 11 October 2015

Terapi Wanita...

Assalam...
Sesekali mengikut mereka rewang geng sehati yang banyak jiwa di pasaraya mencari barang keperluan.  Mula-mula cari benda yang diperlukan, dah dapat kami lepak sambil minum petang di food court sementara menunggu satu group lagi sampai.
Ghairah shopping sentiasa ada, tapi sekarang jiwa lebih pada tengok dan lepas. Ambil lagi dan banding, lepas.  Ambil lagi pastu puji, cantiknya, kemudian tinggal, tak diperlukan pun.  Sudahnya aku penat dan lapar, jom pergi makan.  Order makan dan minuman.  Nikmati rezeki sambil bersantai tanpa rasa nak cepat, tak perlu lagi nak berebut-rebut, main tarrik-tarik dengan orang lain, apa yang ada dalam bakul promote.  Kami buat sessi pandang dari atas, pakukan punggung di kerusi.  Group yang satu lagi dah selamat ikut serta gerombolan manusia yang sedang berebut-rebut barang lelong.
Bagi mereka masa mencari yang dihajati, sementara kami teruskan menikmati rezeki di depan mata.  Pujian pada makanan petang itu, semua memenuhi citarasa, topik harga teh o tak lepas, harga sini lebih murah tapi mustahil lah boleh mengeteh di sini selalu.
Kalau nak kira beg plastik tu, tak banyak, sebab sessi terapi tu banyak kali terjadi dalam setahun dan di tempat lain juga.  Hari itu ada terdengar dalam radio, sekumpulan wanita seramai 4 orang dari luar daerah datang buat terapi, sehari mereka boleh habiskan dalam belasan ribu RM.  Apa-apa lah kan, poket masing-masing jangan terapi itu bertukar jadi sessi meratapi sudah.
Hasil dari sessi terapi hari itu, maka bertukarlah nasib selipar cap ayam hitam yang telah berhidmat lebih dari setahun menggalas beban yang makin hari makin berat.
Wassalam.

Thursday, 18 June 2015

Makan Besar, Bos Belanja.

Assalam...
Susah-susah bos kita orang nak kumpulkan semua staff agar semua boleh join dalam satu hari.  Tapi bila tiba harinya bos yang tak dapat datang sebab dia ada siri meeting dibeberapa tempat yang perlu dihadiri.  So kami jelah and the gang yang melantak.  Best kan makan di belakang bos, cuba makan depan diorang mesti menikus semua.

Ini pinggan pertama, mulakan dengan starter, salad segala bagai.
Hidangan kedua, sup bakso dengan roti.
Seafood platter pilihan...1st time makan yabis yang disangka kan baby lobster, buat malu orang kampung je.
Intai pinggan orang sebelah., 1st course ajelah, pastu dah tak mampu nak pandang-pandang.
Tengok berjaya menghabiskan seafood platter tadi....tinggal cengkerang aje semua.
Pinggan ke- 4, dari chinese section, selection of dim sum.  Tapi tak tahulah masa tu rasa dim sum so so aje, mungkin dah terlebih banyak makan.
Kami share 2 mangkuk mee dengan wantan kari dengan semua ahli semeja.  Sedap sangat tapi sayang tak dapat nak habiskannya..membazir kan.
Main dish dari western kitchen, hari ini nampaknya lebih banyak makan seafood.  Menu ayam, pasta, nasi, langsung tak sentuh.
Teh o dilupa jangan.
Sekali pusing kaunter dessert, ambil sebiji buah, tengoklah berapa kali dia lalu situ.
Plater of dessert, pilihan dari perpuluh pastri yang ada, buah dan madeleines atas tu jer yang saya makan, selebihnya paksa orang sebelah habiskan.
Last sekali, pilih ice cream mango, strawberry & almond...sangat-sangat sedap.
Ha....inilah dia geng kita orang yang kuat makan tu...datang sebelum buffet bermula, berhenti ketika final call.
Sebenarnya acara makan-makan ini dah lama dirancang tapi tapi asyik tertangguh saja, sampai ada yang dah merajuk-rajuk dah.  Walaupun ahli tak begitu ramai tapi amat susah nak cari satu hari yang semua orang dapat berkumpul bersama.
Wassalam.