nuffnang_bid = "6d3fefaa2657f8901dfaPages

Showing posts with label Sotong. Show all posts
Showing posts with label Sotong. Show all posts

Saturday, 24 December 2016

Pasar Ikan Di Jeti Nelayan Sempurna, Sabah


Assalam...
Terjumpa pasar ikan nie dengan tak sengaja, gara-gara mencari ais batu dan kotak untuk menyimpan ketam yang kami beli dari penjaja di depan penginapan.  Malam sebelum tu dah beli ketam dari mereka tapi dah habis, kami bawa pergi kedai makan terdekat dan minta pekerja situ masak kan untuk kami.  Kira masa ini beli untuk dibawa balik ke Sandakan, itu pun lepas peniaga tu sarankan kami boleh beli ais dan kotak di bangunan kedai yang terletak di belakang Pejabat Perikanan Semporna.  


Antara jualan hasil laut penjaja yang ada di hadapan Dragon Inn.  Seafood tu semua hidup lagi, udang lipan tu penuh dengan telur.  Kalau nak beli yang kering pun ada macam abalone, scallop, sea cucumber dan macam-macam lagi.


Ikutkan hati nak beli scallop kering tu, sekilo harga murah sangat tak sampai seratus ringgit, wal hal harga di pasaran untuk scallop kering bermula dari RM350 sekilo.  Tapi lupakan lah, ikutkan hati dan perasaan, alamak lagi cepat lah dapat gout nanti, cukuplah dengan alahan yang ada.


Kalau dah jumpa longgokan ikan segar macam ini, dengan harga yang sangat murah, anda rasa nak tengok saja kah?.  Sekadar cium bau dah kenyang, ke nak berumah tangga dekat-dekat kawasan ini supaya senang nak dapatkan bekalan?.


Hasil laut yang pelbagai warna, rasa-rasa nak angkut bawa balik je semua jenis.  Penggemar makanan laut macam kita orang memang meroyan bila tengok benda-benda macam ini. 


Jarang dapat jumpa ikan belanak sebesar macam tu, tengok sisik berkilau-kilau menunjukkan betapa segarnya ikan belanak tu.


Cuba teka berapa ringgit kami beli sotong 3 longgok tu?  Beli sampai tak ingat dunia sebab ada orang tu peminat tegar encik sotong.  Sampai air sotong tumpah kena pada beg baju semua, tak jadi baginya.  Bertabah lah kami yang lain penangan bau air sotong.  Pengajaran sebab tak seal kemas kotak tempat sotong tu.


Memang tak boleh lupa, sampai ada yang berangan nak terbang pergi beli ikan ke Semporna, moga-moga jadi kenyataan.
Wassalam.

Monday, 15 August 2016

Ketupat Sotong


Assalam...
Sessi main masak-masak dengan mak mertua, kali ini belajar buat ketupat sotong yang merupakan salah satu makanan tradisi orang pantai timur terutama kelantan dan terengganu.  Ketupat sotong ini sebenarnya kena makan sebagai lauk dengan nasi atau dimakan begitu saja?  saya pun tak berapa pasti.  Tetapi kedua-dua cara itu pun boleh mengikut citarasa masing-masing.




Jom ikut langkah demi langkah ini, simple dan mudah saja untuk menyediakan menu ketupat sotong ini.



Kulit luar sotong tu boleh dibuang kalau hendakkan sotong yang putih.   Tetapi sebab kami suka ketupat sotong yang asli dan masih nampak kulit yang bintik-bintik jadi biar ajelah.



Ketika proses memasak itu pun, kulit luar sotong akan tertanggal dengan sendirinya.



Ketupat Sotong
Sumber: Nang Teh


Bahn-bahan
1 kg sotong - bersihkan dan asingkan kepala dan badan.
2 cawan beras pulut - rendam sekejap
1 liter santan cair
500ml litre santan pekat 
Garam secukupnya
Gula pasir
Gula nipah (manisan)
Daun pandan


Cara Penyediaannya
*  Campurkan beras pulut yang telah direndam terlebih dahulu dengan sedikit santan cair dan garam.
*  Isikan pulut ke dalam badan sotong sehingga 2/3 penuh.
*  Sumbatkan balik kepala sotong ke badan sotong dan kemaskan dengan lidi.
*  Susun sotong dalam kuali atau periuk, masukkan santan cair dan daun pandan.  Masak hingga menggelegak.
*  Masukkan santan pekat dan gula nipah.
*  Tanak hingga pulut masak dan kuah pekat sedikit.




Wassalam.

Tuesday, 28 June 2016

Janggut Sotong Goreng


Assalam...
Biasanya kalau pergi pasaraya Aeon (dulunya Jaya Jusco) salah satu tempat faveret nak lepak sambil menjamu selera adalah di food court dia.  Banyak makanan boleh dijadikan pilihan lagi best time happy hour dia sebab ada diskaun.  En.Abe tak pernah miss untuk memilih janggut sotong goreng ini (nama tu saya yang bagi).  Sebab harga sotong ikut berat timbangan, ambil sikit saja harga dah berapa, tak murah tau.



Suatu hari tu dapat kepala sotong yang agak banyak, puas juga mencari resepi nak memasaknya.  Lepas buat sambal, buat tumis pula, buat masak hitam, ulang lagi buat sambal tapi masih berbaki.  Mengenangkan en.Abe suka sangat beli janggut sotong goreng kt Aeon, saya pun cuba buat jugak.  Buat ala-ala pun jadilah yang penting sedap.  Saya rujuk resepi dari sini walaupun saya hanya menggunakan janggut sotong.  Sebagai rujukan akan datang saya cnp resepinya di sini.




JANGGUT SOTONG GORENG
Sumber: Ayu S'pore
Sumber Kedua: Kak Rose

Bahan-bahan; 
500g sotong
1 cawan tepung gandum
1 sudu baking powder
1 biji telur
sedikit garam & lada sulah
1/2 sudu Italian herbs ~ tak ada, ganti dgn serbuk kari
1 sudu kecil paprika (kak rose x de, x letak)1 sudu kecil serbuk cili



Cara Penyediaannya;
*  Potong sotong kecil2, bersihkan dan toskan airnya biar sampai kering.
*  Gaul sotong dgn sedikit garam dan lada sulah.
*  Pukul telur sikit dan masukkan sotong, ketepikan.
*  Gaul tepung, baking powder, garam, lada sulah, italian herbs, paprika dan serbuk cili.
*  Masukkan sotong yg telah digaulkan dengan telor, salutkankan sotong dengan tepung.
*  Goreng dalam minyak terendam hingga kekuningan.
*  Hidangkan dengan Sos Tatar dan sos cili. 


Wassalam.