nuffnang_bid = "6d3fefaa2657f8901dfaPages

Showing posts with label Tawau. Show all posts
Showing posts with label Tawau. Show all posts

Monday, 25 September 2017

Mencari Pokok Tertinggi Di Dunia


Assalam...
Sudah terlalu banyak makan, mari kita exercise bakar lemak dengan hiking.  Cerita lama sebenarnya, hiking nak mencari pokok tertinggi di dunia.  Bertempat di Taman Bukit Tawau, hiking yang secara tidak sengaja dan tak termasuk dalam plan asal, bukit tak tinggi sangat, trek pejalan kaki pun ada, cuma iyalah tak bersedia itu yang jadi payah, tambah pakaian kami pun ada yang tak sesuai untuk hiking.  Namun disebabkan semuanya degil dan keras kepala, teruskan juga.



Geng lelaki (sepupu dan anak buah) sempat mengejar kami sampai ke tempat ini.  Seronok sebenarnya sebeb mereka pun join ke sini, kuranglah rasa takut sebab hari itu memang tiada pengunjung lain ke sini.


Dari starting point (taman herba / botani) menunjukkan lebih kurang 600meter ke lokasi pokok tertinggi itu.  Masing-masing kata jom, dekat jer.



Semangat memulakan pencarian pokok tertinggi, pandangan asyik mendongak ke atas, kot-kot boleh nampak pucuk pokok tertinggi.  Apasal semua tinggi, haram tiada seorang (geng perempuan) pun  yang tahu jenis pokok yang ada disekeliling kecuali ada beberapa yang telah dilabelkan.


Jumpa papan tanda ini, jauh lagi 488 meter ke hadapan.  Selepas itu trek semakin mendaki dan sedikit lecah sana sini, papan tanda besar macam tu dah berganti dengan papan tanda kecil terpacak di tanah.  Masing-masing lepas tu sibuk menunduk ke bumi mencari papan tanda pula, berapa lama lagi nak sampai.


Pencarian dari 200 meter seakan 2 batu jauhnya sedikit mendaki.  Namun lokasi sebenar pokok tertinggi ini terletak di bawah lereng. Dah jumpa, terus rasa nak peluk-peluk pokok tu, tapi oh hoi pokok tu dalam pagar.


Pagar pun kena langkau semata-mata nak sentuh pokok tu.  Ambil gambar dan selfie lah mereka sepuasnya di situ.  Saya memadai sekadar menyentuh di penjuru pokok, cepat-cepat selamatkan diri ke pelantar sebab perasaan geli-geleman akan mahluk kecil tu sudah sampai tahap maksima.


Budak kenit, umur suku abad di pangkal pokok tertinggi. 


Kalau dah nama jiwa hutan, lahir dan membesar di rimba, geng lelaki yang sampai tu boleh tahu nama pokok ini jenis apa.  Sibuk mereka cakap "oh pokok seraya kuning, dulu selalu jumpa di kem....blah...blah".  

Erm terkedu seketika, diorang ini study papan tanda ker atau dah baca penerangan pasal pokok kat situ ker.  Tapi tak mungkin kot, sebab dari jauh lagi mereka dah tahu nama, tengok batang pokok dah tahu.  Hebat, lain kali jangan underestimated diorang walaupun tahu mereka tu malas membaca.  Sebenarnya mereka banyak pengalaman bekerja di kem balak suatu ketika dulu, sehingga ke anak menerima tempiasnya.



Ini papan tanda penerangan berkenaan pokok tertinggi di dunia, yang terletak di tepi pelantar tinjau.  Sebenarnya jika dihitung dari segi ketinggian pokok yang ada di Taman Bukit Tawau, ini bukan lah pokok nombor satu tertinggi didunia tetapi tempat ke-9 dunia.  Jenis pokok yang mendominasi ketinggian masih adalah jenis pokok conifer (pokok pin) dan eucalypt yang terdapat di Amerika Utara dan Australia. 


Namun jika di kira dari segi ketinggian antara pokok tropika, pokok tertinggi (jenis seraya kuning) yang hidup di Taman Bukit Tawau dengan ketinggian 88.32 meter adalah yang tertinggi di dunia.  Penat mendongak nak melihat dahan pokok tertinggi ini, namun gagal terlindung oleh pokok-pokok yang lebih kecil di tepinya.


Saya cukup tak senang duduk masa sampai ke kawasan ini, keadaan hujan rintik dan tempat yang sedia lembab.  Geli geleman membayangkan kehadiran mahluk kecil ini, dalam hati banyak mahluk kecil tu menghuni kawasan lembab begini.


Jodoh tu tetap ada, dijumpakan juga dengan mahluk ini.  Dua ekor sedang melentik-lentikkan badan di tempat duduk, di pelantar tinjau.  Jika tak berhati-hati mau terduduk atas mahluk ini, syukur takde yang hinggap kat badan.  Perjalanan balik cepatkan langkah, lagi meremang bila ada yang menjerit di belakang sebab jumpa mahluk kecil tu dah kenyang dibadan mereka.
Wassalam.

Monday, 27 March 2017

Taman Bukit Tawau


Assalam...
Satu tempat istirahat dan perkelahan hujung minggu yang menjadi tumpuan di daerah Tawau Sabah adalah Taman Bukit Tawau.  Dalam perjalanan kami dari Merotai menuju bandar Tawau, tempat ini memang kami lalui, pernah sekali berkunjung ke sini dulu.  Singgah berehat sebentar (tak rehat mana pun sebab gatal kaki nak pergi tengok pokok tertinggi di dunia) sambil menunggu untuk bertemu rombongan sepupu dari Kalabakan.   


Pokok galenggang, herba yang sinonim dengan orang tua di kampung.  Berguna untuk mengubati penyakit kulit seperti gatal-gatal, panau dan kurap.


Tumbuhan renek, specis kulat / cendawan seperti ini senang dijumpai di celah-celah daun kayu atau pokok reput.


Sekali pandang tumbuhan ini seperti coral dalam laut, tak pasti sama ada ini tergolong dalam species kulat / cendawan atau apa. 


Boleh mandi manda di sini.  Di bahagian bawa sedikit kawasan ini terdapat jeram kecil tatpi dalam.  Sementara itu ditutup kepada pelawat atas sebab keselamatan terutama ketika musim hujan (ada beberapa kes kecelekaan pernah berlaku). 


Ada jambatan gantung yang merentasi sungai untuk kewasan perkhelahan.  Boleh lah nak feeling-feeling jadi sumandak do to lawa.


Dalam Taman Bukit Tawau juga terdapat taman kecil yang menempatkan beberapa tumbuhan renek terpilih.  Ada charge tambahan untuk masuk ke sini.


Walaupun saiz binatang ini kecil, tapi sangatlah menganggu kalau terjumpa.  Jadi takut, geli macamana ntah terasa macam ada je yang melekat kat badan.


Kalau dah sampai ke Taman Bukit Tawau, apa salahnya kita hiking sikit untuk melihat pokok tertinggi di dunia ini.  Rombongan sepupu yang ikut kami mencari pokok ini, nampak saja batang dah tahu nama dan jenis pokok.  Maklum lah lama duk dalam hutan kerja kem balak dulu-dulu.


Ranjau perjalanan mencari pokok tertinggi tu, kita cerita lain hari.
Wassalam.

Friday, 15 July 2016

Sabah Road Trip: Day 3 (17/05/2016)


Assalam..
Ok sambung lagi cerita Sabah Road Trip untuk hari ke-3 yang bermula dari rumah sewa Fit di Merotai Besar dan seperti biasa jadual kami sebelum jam 8 pagi kena keluar dari rumah.  Dari rumah Fit kami mencari kedai makan yang berhampiran untuk bersarapan.  Kami jumpa satu kedai yang menyediakan sarapan nasi kuning seperti di bawah.  Tengah bersantap baru wassup dari sepupu masuk nak ajak bersarapan sup tulang yang femes di Merotai, mereka pun baru sampai di kedai tersebut.  Lupakan sajalah, sebab kami pun sedang makan seterusnya kami janji untuk bertemu di Taman Bukit Tawau saja nanti. 



Dekat KKS Merotai ini pun tak ketinggalan nak singgah bergambar.  Fit kata femes tempat ini, tertanya-tanya juga KKS tu apa, rupanya Kilang Kelapa Sawit Merotai.


Simpang masuk Taman Bukit Tawau ini dilalui ketika perjalanan dari Merotai ke Bandar Tawau, sebab itu kami masukkan dalam jadual aktiviti pertama kami ketika di Tawau.


Taman Bukit Tawau adalah antara taman yang termasuk dalam pengawasan dan pentadbiran Taman-Taman Sabah, so resit bayaran tu boleh diguna pakai dalam masa sehari untuk memasuki taman-taman lain yang terletak dibawah satu bumbung.  Tetapi resit kami di Crocker Range Park semalam tu tidak sah lagi.  Di sini kami sempat hiking ke lokasi pokok tertinggi di dunia dalam hati menyesal pun ada, siapa kata siapalah bagi cadangan nak hiking ke sini.  Sepupu serta anak-anaknya yang tertinggal di Merotai tadi berjaya mengejar dari belakang dan bertemu di bawah pokok tertinggi ini.


Lepas hiking  ke lokasi pokok tertinggi di dunia, pergi dan balik lebih kurang 2km, en. Abe dan budak-budak ini refreshkan diri dengan mandi sungai.  Kami yang perempuan sekadar melihat dan rendam kaki saja.  Sayangnya tempat berkelah di kawasan air terjun di tutup atas alasan keselamatan pengunjung.  Suatu ketika dulu, kami pernah mandi-manda di sana.


Selepas mandi dan berganti pakaian kami berpisah dengan sepupu dengan anak-anaknya yang bergegas untuk ke Sandakan sementara kami berehat seketika dan menunggu yang lain membeli cenderahati.  Ketika menunggu itu hujan turun dengan lebatnya, mujur juga ketika semua dah bersiap untuk balik.  Sementara menunggu hujan reda, kami menjamu selera di cafe, sempat book penginapan di Semporna untuk malam ini dan berbincang destinasi seterusnya di Bandar Tawau nanti.

Dalam perjalanan ke Bandar Tawau, plan nak singgah ke rumah sedara yang berada di Kampung Pisang, Hilltop.  Namun dimaklumkan bahawa sedara itu dah berpindah mengikut anaknya kerana rumah mereka telah terbakar ketika kejadian kebakaran baru-baru ini. 


Kami terus ke Bandar Tawau mencari Muzium Koko.  Namun beberapa kali tawaf dalam kawasan bandar mencari muzium koko,  sampai ke sudah tak jumpa-jumpa.  Direction yang diberi semuanya salah.  Kecewa lagi.  Last sekali kami lepak di tepi pantai, tempat ini orang tempatan panggil highway di hadapan masjid ini.


Sambil bersantai di tepi pantai, kami mencuba ini Pentolan tahu telur.  Bebola ikan dan tahu isi yang dimakan bersama sos cili dan kicap.



Sebenarnya plan paling gah yang kami nak buat bila di Tawau adalah menyeberang ke Pulau Sebatik untuk melihat sempadan (satu Pulau yang terbahagi kepada 2 negara Indonesia dan Malaysia).  Tetapi keadaan tidak menginzinkan, tiada rezeki.  Hanya mampu memandang Pulau Sebatik dari sini.  In Sha Alla suatu hari nanti akan sampai.


Dah puas menghirup angin pantai, senja pun dah nak berlabuh kami teruskan perjalanan ke Semporna dan akan bermalam di sana malam ini. Pertama kali menjejakan kaki di tempat yang simpulna (sebut ikut telo orang suluk) ini.


Lebih kurang jam 8 malam, kami sampai di Pekan Semporna.  Tempat pertama dituju adalah tempat penginapan di Dragon Inn,(tempahan last minute melalui agoda) area floating.  Settle kan check in kemudian jalan-jalan cari makan di restoran berhampiran.
Wassalam.