Wednesday 25 March 2015

Shopping Jeruk & Cenderahati Di Penang Road.

Assalam...
Kalau anda sampai ke Penang, jangan lupa datang ke Penang Road.  Kawasan ini dekat dengan bangunan Komtar (bangunan bulat yang jadi lambang Penang tu), atau lebih tepatnya berhadapan Ibu Pejabat Polis Pulau Pinang.  Sejak dahulu kawasan ini merupakan tempat orang ramai nak shopping, nak makan atau berjalan-jalan.  Kedai-kedai di sini buka seawal jam 9 pagi hingga jam 7 petang, jangan datang diluar waktu ye, memang tak jumpa.  Saya belajar satu tips untuk tawar-menawar kena datang awal pagi, peniaga cina ini pantang kalau 1st customer tawar-tawar tapi tak beli, dapat sueh nanti.
Kedai jeruk bawah tangga bazaar chowrasta yang sejak dahulu kami kunjungi.  Tokeh soh yang dulu cantik menawan tu pun dah makin tua.     
Sebelum beli, boleh cuba, rasa semua jeruk-jeruk yang ada.  Selesai rasa setiap jenis jeruk, perut dah kenyang.  Memang selalu diamalkan dulu lah, bila setiap kali temankan kawan datang sini, rasa jer jeruk tu setiap satu belinya tidak.  Saya kuranglah nak makan jeruk ini, tolong promote jer ngan kawan-kawan.
Kedai jeruk femes Pak Ali ini pun ada di kawasan Penang Road ini.
Harga jeruk lebih kurang sama jer dari satu kedai ke satu kedai yang lain.  Jadi terpulang pada anda untuk membeli dari kedai mana, tepuk dada tanya.....?.  Cuma mungkin jurujual di satu-satu kedai tu ramah terlebih daripada jurujual kedai lain.  Sapa tak terpikat bila disapa ramah sambil suakan jeruk untuk dicoba kan.
Timbang bagi lebih-lebih sikit, air jeruk takmo.
Specialities Penang ini, halwa buah pala...sedap makan sebagai snek, campur dalam abc pun boleh.
Nak pilih jenis jeruk, pilih berapa jenis jeruk nak campur dalam satu bungkus atau tak nak campur pun boleh.  Mereka boleh tolong bungkus ikut kemahuan dan budjet anda.
Inilah biji buah pala yang telah dikeringkan, bukan yang dibuat jeruk tau, yang dibuat jeruk tu isi/kulit luarnya.  Kira ini isi dalam setelah kulitnya dibuang.  Hari tu mencari buah pala fresh untuk dibuat sirap tapi takde pula dijual, agaknya pekebun dari Balik Pulau masih bercuti gong xi fa chai.  Biji buah pala ini banyak digunakan sebagai rempah dalam masakan dan bahan kosmetik.
Produk tempatan dan import yang biasanya turut dijual di kedai-kedai jeruk di Penang Road.
Ini jugak antara hasil daripada buah pala, minyak angin dan balsem.
Tau sar piah atau biskut tambun, juga ramai penggemarnya.  Jangan risau sebab ada jer biskut tambun yang memang halal dan dapat pengesahan oleh Jakim. 
Tak nak shopping makanan, belilah benda lain barangan kraf, FM (fridge magnet) ker untuk kaum kerabat, sahabat handai.
Atau nak beli t-shirt yang ada motip-motip Penang, cantik-cantik belaka design terbaru mereka.  Jangan lupa bargain ya.
Lepas shopping jangan lupa pi pekena nasi kandar kah, cendol kah, laksa kah, mee mamak kah, cucur udang kah...semua ada di kawasan Penang Road ini.
Wassalam.

No comments:

Post a Comment