nuffnang_bid = "6d3fefaa2657f8901dfaPages

Showing posts with label Sidam. Show all posts
Showing posts with label Sidam. Show all posts

Friday, 28 October 2016

Jom Belajar Buat Ketupat Palas


Assalam...
Priceless moments with Mak Andak ketika saya melawatnya beberapa bulan lepas, saya dapat belajar buat ketupat palas.  Macam dia buat kelas toturial kat saya seorang, sebab kami berdua saja di rumah ketika itu.  Nak anyam daun palas tu nampak mudah main selit-selit saja, tapi salah selit tak jadi jantan seperti dikehendaki.  Menurut Mak Andak, menganyam daun palas lebih mudah berbanding menganyam kelonsong ketupat daun kelapa.  Kalau daun kelapa dah boleh buat, walaupun dapat anyam dua jenis saja, tak kan yang mudah ini tak boleh buat kan?.


Nampak jer mudah, tapi tersilap jalan ketupat ku anyam jadi betina.  Saya tanya Mak Andak, awat kalau betina tak boleh guna kah, kalau kita masak dia terbuka dak daun tu?.
Ish takdak lah lagu tu, tapi nampak tak cantik lah.


Itu kelongsong yang dah dianyam, Mak Andak buat sat ja dah banyak.  Adalah dua tiga helai yang saya buat, tu pun herot-berot.  Boleh lah tu kata Mak Andak, sat lagi buh pulut cantik lah.


Mak guna pulut susu, jadi rendam tak payah lama sebab pulut tu jenis cepat lembut.  Cuci dan tos.  Petang itu sempat tolong parutkan kelapa untuk buat pulut.  Ambil santan dari 4 biji kelapa kecil untuk 2 kilo pulut.  Kalau guna santan beli, 1kg santan untuk 2 kilo beras pulut.


Masak santan terlebih dahulu bersama sedikit garam.  Bila dah mendidih masukkan beras pulut.  Tanak beras dan kacau hingga santan kering (beras pulut separuh masak).  Angkat dan letak dalam loyang untuk sejukkan pulut.  Mak Andak kata kalau buat ketupat yang campur kacang putih pun sedap jugak.  Kacang perlu direndam dan rebus sekejap tak perlu sampai empuk, dan campur bersama beras pulut.


Bila pulut dah suam-suam kuku, boleh lah isikan dalam kelongsong daun palas tu.  Isi kena bagi kemas, tekan-tekan bagi penuh semua ruang dan kemaskan mengikut anyaman yang mula tadi.


Saya cuba jugak isi, tapi macam susah jer nak kemaskan terutama ketika nak anyam balik dan simpulkan daun tu.  Takut tak kemas dan isi ketupat boleh keluar semasa merebus.


Saya tolong gunting lebihan daun palas tu jer, lepas cuba isi pulut tapi tak cantik kejadiannya ketika kemaskan simpulan.  Lepas itu rebus ketupat, letak air paras isi periuk saja.  Rebus tak lah lama sangat macam merebus ketupat daun kelapa tu.  Rebus hingga air kering, tapi awas jangan sampai hangus.


Note:- Projek ini kami buat berdua saja dengan Mak Andak petang tu.  Orang lain berkampung kat rumah Kak Mah, sebab ada makan-makan kat sana.  Ketupat tu hang bawa balik semua, separuh kirim kat orang johor (Nanie), depa sini nak makan depa boleh buat lain.  Begitu sayang Mak Andak pada kami, kadang-kadang lebihkan kami daripada anak kandung dia sendiri .  
Wassalam.

Tuesday, 25 October 2016

Naik ETS ke Sungai Petani.

Assalam...
Sekarang ini kalau dengar jer ada saudara atau kawan yang sakit, tak boleh tangguh kena pergi melawat cepat-cepat.  Ambil pengajaran kisah-kisah sebelum ini, sudah ada pengalaman tak sempat melawat, dengar-dengar orang dah takde..... pergi untuk selama-lamanya.  Perasaan terkilan, bersalah dan ralat tu tak perlu nak cakap lagi dah bagaimana rasanya.

Ini perjalanan ke utara Sungai Petani, nak melawat Mak Andak, bermusafir bersendirian jadi fikir kena naik pengangkutan awam saja yang lebih mudah.  Nak naik flight kena turun Penang, jauh pula diorang nak datang ambik.  Bas macam dah selalu sangat.  Nasib teringat yang ETS dah ada sampai ke Padang Besar, boleh lah nak cuba sebab sebelum ini pernah naik dari Ipoh ke KL masa mula-mula dilancarkan dulu (masa tu tak lancar lagi, sekejap-kejap berenti sebab bekalan elektrik terputus).


Saya pilih perjalanan awal pagi dari KL Sentral, harga yang paling murah ke Sungai Petani dengan menaiki ETS Gold, yang lebih mahal lagi pun ada.  Cadangnya memang nak naik ETS pergi dan balik tapi tiket dari SP semua sold out.  Laku keras sebenarnya tiket ETS ini terutama pada hujung minggu. 


Tempat duduk saya dalam gerabak yang terdapat sekali kemudahan cafe dan surau, jadi mudah untuk saya tak perlu jalan jauh atau tercari-cari sarapan di gerabak lain.  Banyak masa saya habiskan lepak di cafe daripada duduk di tempat sendiri. 


Jarang-jarang dapat pengalaman bersarapan sambil menikmati pemandangan di luar seperti ini.  Rasa berbaloi sangat naik train kali ini.


Sambil bersarapan, dapat berkenalan dengan seorang kakak ini, yang datang dari Negeri Sembilan menuju ke Padang Besar.  Satu family melakukan day trip untuk shopping di Padang Besar menaiki ETS.  Wau macam syok jer idea itu, next time boleh  lah try.  


Sebenarnya saya sangat tertunggu-tunggu untuk menyaksikan pemandangan ini.  Pemandangan ketika keretapi melalui tasik Bukit Merah, macam membelah lautan.  Seakan mengimbau kembali kenangan pertama kalinya menaiki kereta api dan dapat menyaksikan pemandangan cantik seperti ini.  Walupun hampir 20 tahun berlalu tapi masih segar dalam ingatan


Ketika itu perjalanan dari KL ke Butterworth menaiki keretapi Senandung Pagi.  Sebab nak sangat merasai pengalaman naik keretapi, maka bertabah lah ketika itu walaupun ada penyesalan dalam hati. Bertolak dari stesen Kuala Lumpur jam 7 pagi dan sampai ke destinasi hanya pada jam 4 petang, faham sajalah keadaan train ketika itu.  


Tak habis melayan perasaan, tak sedar train dah sampai stesen Sungai Petani.  Sampai mengikut waktu yang dijadualkan, rasa macam sekejap sangat lah pula.


Lokasi stesen ETS di SP ini pun sangat strategik sebenarnya sebab berdekatan dengan UTC  Sungai Petani dan Hotel Seri Malaysia.  Jadi kalau selepas itu nak meneruskan perjalanan atau mencari penginapan senang kan, boleh dapatkan bas atau teksi dari sini.

Ketika sampai saya masih berkira-kira nak call diorang datang ambil atau tidak.  Kalau nak merayap di Pekan Sungai Petani pun sempat lagi, tapi rasanya tak perlu kot, sebaliknya nak teruskan adventure lagi.  Cari teksi atau kereta sapu untuk balik ke kampung Sidam Kiri sendiri, buat kejutan pada Mak Andak.
Wassalam.