Showing posts with label Sejarahnya begitu. Show all posts
Showing posts with label Sejarahnya begitu. Show all posts

Thursday, 27 December 2018

Kundasang War Memorial

Assalam...
Taman peringatan ini didedikasikan untuk memperingati peristiwa Kawat Maut Sandakan - Ranau yang dilakukan oleh tentera Jepun ke atas askar tahanan perang dunia Ke-2 (Australia 1,800 orang dan British 6,00 orang) dan juga orang tempatan yang telah memberi bantuan kepada mereka.  Dalam taman ini terdapat taman-taman yang dikhaskan sebagai mewakili negara asal askar yang terlibat, seperti Taman English, Taman Australia, Taman Borneo dan Taman Renungan.  Kundasang War Memorial adalah sebagai perhentian terakhir dalam siri laluan POW route yang bermula di Sandakan, terdapat beberapa hentian lagi yang telah ditandakan seperti di Nalapak dan Pialugan.  



Ada sedikit bayaran kepada pelawat untuk masuk ke taman ini.  RM10.00 tu bukan untuk seorang tapi untuk kami satu group plus kamera.


Sebelum memasuki taman terdapat ruang yang menempatkan kisah, coretan, sejarah pewujudan dan pentadbiran taman.  Pengurusan taman turut menyediakan tayangan video untuk pengunjung lebih faham akan kisah POW route ini.


Taman Autralia, taman yang kita akan jumpa mula-mula.


Lest we forget, plak gangsa untuk peringatan Kinabalu Kundasang dan Australia, direka oleh artis Ross J Sabastian (1998).  Peta grafik adalah gambaran laluan perjalanan pawai kematian daripada kem tahanan di Sandakan ke Ranau.


Taman English yang bertemakan bunga ros dan pokok pine.


The Contemplation Garden (Renungan) terletak di tingkat atas sekali dilengkapi dengan tiang pagoda dan kolam.  Di dinding taman menempatkan nama-nama tentera yang terlibat.


Batu peringatan yang terletak di hujung Taman Renungan mengabadikan catatan pilu oleh Nelson Short.  Neslon Short adalah tentera (Australia) yang berjaya melepaskan diri di Ranau ketika Kawad Maut Kedua.


Nama-nama askar tawanan perang (British, Australia dan tempatan) yang terlibat tercatat pada panel marble warna hitam itu.


Di penghujung Taman Renungan ada laluan untuk ke anjung tinjau.  Dari sini boleh nampak pemandangan perkampungan Kundasang dan Gunung Kinabalu. 

Peristiwa POW route merupakan peristiwa terburuk terhadap tahanan perang  dalam sejarah bagi tentera Australia oleh tentera Jepun ketika Perang Dunia ke-2.  Dengan demikian diadakan Dawn Service pada setiap tahun 25 April,   di Sandakan Memorial Park sebagai tempat permulaan POW route.
Wassalam.

Sunday, 9 September 2018

Setelah Bertahun Lamanya - Hand Tied Baqouet

Assalam...
Bunga fresh sebagai pembangkit aura positif pada seseorang, memang mustahil jika ada orang yang tak suka pada bunga.  Orang perempuan terutamanya, sebenarnya lelaki pun suka cuma mereka tak tunjuk eksperesi wajah teruja ketika mendapat jambangan bunga.  Bunga tangan untuk pengantin boleh disediakan daripada bunga segar atau bunga plastik, walaupun hanya sebagai penyeri sampingan tetapi sangat memberi kesan pada hari bahagia si pengantin.

Aura positif yang paling berkesan ketika memegang bunga tangan adalah membantu untuk menghilangkan perasaan gugup pengantin.  Bagi saya sebaik-baiknya gunalah bunga tangan daripada bunga segar, bauan dari bunga segar itu lah yang mendamaikan, jika guna bunga plastik sudah tentu tiada bau dan kejung pula.


Bunga tangan tu memang cantik dan turut menjadi perhatian.  Pandai orang yang memilih design tu dan pasti mahal harganya (harga tu jadi rahsia sampai ke sudah). 


Lihat perbezaannya bila bunga tangan itu telah layu di mamah usia.  Memandangkan tak mahu ia terbuang dan lenyap begitu saja, dengan susah payah susun dan paterikan ia pada sekeping kad plastik.  Pateri dengan cara jelujur pada setiap tangkai dan batang agar ia kekal setelah di framekan nanti.


Ayu, bergaya dengan bunga tangan.  Ketika itu dia pun masih dalam mood honeymoon.


Ini model paling osem yang pegang bunga tangan hari tu, nenek atok tidak ketinggalan minta di photo dengan bunga tangan tu.


Hanya ini yang boleh diselamatkan setelah ikatan dan reben dileraikan, idea lambat sampai, ambil masa bertahun baru dapat di framekan.  Pot pet kat orang sebelah, kenapa baru cakap nak framekan, kalau tau awal-awal boleh siapkan. 


Sebenarnya idea timbul setelah selesai framekan gambar konvo yang bertahun-tahun terperap, hasil kedai tu cantik.  So terpandang bunga tangan yang terbiar di tepi dinding, elok kita framekan sebagai kenangan.  Bila datang kali kedua ke kedai itu, tokeh dia tak boleh buat, terlalu tebal katanya tetapi dia bagi kami idea agar bunga-bunga kering tu susun pada board dan kena lekat betul-betul supaya tidak rosak ketika di frame nanti.

Dan inilah hasilnya setelah diframekan, dengan kos kad plastic RM12.90.  Kos frame tak perlu dinyatakan sama ada mahal atau murah, biarlah menjadi rahsia pemiliknya.


Ada sesiapa yang nak cuba teka? berapa kos frame tu.  Saja lah buat suka-suka takde hadiah pun. 
Wassalam.

Sunday, 10 December 2017

Muzium Kota Mat Sator, Tambunan


Assalam...
Tak lengkap perjalanan sejarah tentang Mat Salleh jika tak singgah ke Muzium Kota Mat Sator.  Mat Sator tu siapa pulak?, saya pun tak tahu, sampai sini baru tahu.  Individu yang dikenali dengan nama Mat Sator itu adalah orang kanan kepada Datu Mat Salleh.  Mat Sator berjaya meloloskan diri ketika kubunya dimusnahkan dan masih meneruskan perjuangan menentang penjajah selepas kematian Mat Salleh.  Kota Mat Sator di bina terpisah daripada kubu Mat Salleh, dikatakan pembinaanya teliti dan canggih kerana hampir sukar untuk dikesan dan sukar dimusnahkan oleh penjajah ketika itu.


Kota Mat Sator merupakan kubu yang dibina untuk menempatkan kaum wanita (singgahsana Dang Bandang atau Dayang Bandang, isteri Mat Salleh) dan dijadikan sebagai pusat tinjaunoleh Mat Salleh.  Kedudukannya juga sangat strategik kerana dibina di tepi sungai Sunsoron yang menjadi sumber bekalan air mereka.  Serangan ditumpuhkan kepada Kota Mat Sator, setelah kubu-kubu kecil di sekitarnya berjaya dimusnahkan.  


Sekarang dua kawasan ini dipisahkan dengan kawasan sawah padi. 


Muzium Kota Mat Sator bukan hanya menyimpan kisah-kisah yang berkisar tentang Mat Salleh dan pengikut.  Muzium ini sebaliknya merupakan galeri yang mempamerkan akan perkembangan sosio, ekonomi dan budaya masyarakat Tambunan sejak zaman dahulu hingga kini.


Gong, merupakan peralatan muzik penting bagi setiap suku kaum di Sabah.


Tajau (tembikar besar) yang banyak digunakan sebagai bekas menyimpan makanan.  Tapai beras diperam di dalam tembikar ini untuk mendapatkan air tuak.


Sekitar tahun 1927, kerajaan telah menggunakan  teknologi sebegini untuk memproses padi di Tambunan. 


Yang ini pula, kaedah mengangin padi secara tradisional sebelum teknologi kincir air diperkenalkan.


Bangunan sulap (tempat menyimpan padi) sebegini dahulunya banyak kelihatan ketika kita melalui kawasan Tambunan.  Ini kepunyaan penduduk setempat teletak betul-betul dihadapan muzium.


Ilustrasi oleh pelukis ketika serangan dan pembakaran ke atas kubu Mat Sator oleh Inggeris di kampung Kepayan Lama, Tambunan.


Bekas tapak kubu @ kota Mat Sator, berada di belakang bangunan muzium.


Lepas dari sini, baru saya tahu bangunan Wisma Dang Bandang di Kota Kinabalu tu mendapat nama.  Dayang Bandang @ Dang Bandang (isteri Mat Salleh) yang dikatakan turut menpunyai kuasa luar biasa (menukarkan butir jagung menjadi "potiukan") dan banyak membantu perjuangan Mat Salleh.  Adatlah kan dibelakang seorang lelaki berjaya akan ada wanita yang menyokong.
Wassalam.

Saturday, 9 December 2017

Tugu Peringatan Mat Saleh, Tambunan


Assalam...
Akhirnya sampai juga kami ke Tugu Mat Salleh, tapi betul kah ini tugu yang kami cari?.  Tak sama pun seperti dalam gambar.  Kami ikut arah papan tanda ke Tugu Peringatan Mat Salleh yang terdapat dari simpang jalan utama masuk kampung Tibabar.  Tugu tu berada di pengakhiran jalan kampung, dekat dengan rumah-rumah penduduk kampung Tibabar.     


Dari jalan utama tidak lah jauh sangat.  Cuma jalan kampung tak perlu lah nak speed, sebab ada je kanak-kanak yang bermain dihalaman rumah yang hampir dengan jalan atau binatang ternakan yang berkeliaran. 


Siapakah Mat Salleh itu? Pemimpin tempatan yang berketurunan suku Bajau (ibu) dan Suluk (bapak), menjadi pemimpin di kawasan daerah Lingabo dan Sungai Sugut (Sandakan) selepas mengambil alih tugas kepimpinan daripada bapak beliau (Datu Bulu).  Perbelanjaan pentadbirannya adalah hasil daripada pungutan cukai kepada pedagang-pedagang yang melalui sungai Sugut, hal inilah yang tidak disenangi oleh pemerintah Inggeris ketika itu lalu menyerang dan memusnahkan kampung Mat Salleh di Jambongan.


Saya tidak puas hati sebab tak jumpa kubah macam dalam gambar bawah ini (gambar google) di tugu Mat Salleh yang kami pergi tu.  Kami jumpa tugu lain kah atau tugu sebenar terletak di tempat lain?.  Penerangan dari pegawai yang bertugas di situ menyarankan kami agar singgah di galeri Kota Mat Sator selepas ini.  Mungkin di sana nanti baru jumpa tugu seperti yang dicari dalam gambar. 


Sampai sana jumpa bangunan muzium, hampa lagi.  Sebab semakin tak puas hati try google gambar ini dan tanyakan pada petugas di situ.  Hahahaha, baru padan muka.  Info saya ketinggalan zaman rupanya.  Tugu yang kami pergi ini memanglah tugu Mat Salleh tapi bangunan kubah itu telah dirobohkan atas alasan keselamatan pengunjung.  Sudah bertukar wajah tugu tu, walau kucari pada setiap inci daerah Tambunan pun tak akan kutemui rupa tugu tu lagi kecuali dalam gambar.  Hahaha sekali lagi gelakkan diri sendiri.


Sini pun kena tinggalkan jejak juga bila dah sampai.  Kita bagi orang jauh lah yang tulis nama, yang urang Sabah tu diam-diam, bikin malu betul sudahlah sasat, bagi info zaman tok kaduk.


Batu prasasti yang dibina oleh British sebagai tanda, tempat ini adalah bekas tapak kubu Mat Salleh dan tempat beliau berjaya ditumpaskan oleh Syarikat Perpiagam Borneo Utara (kerajaan Inggeris ketika itu), pada 2 Februari 1900.  Siri perjuangan Mat Salleh bersama pengikutnya dan kejar-mengejar oleh tentera kerajaan Inggeris berlangsung selama 6 tahun yang bermula pada 1894 di Sandakan. 


Di tepi tugu peringatan ini, ada disediakan kronologi peristiwa penentangan selama 6 tahun itu.   Bagaimanapun, terdapat sebilangan rakyat tempatan terutama di kalangan keturunan penduduk yang mempunyai sejarah pernah bertempur atau berperang dengan pihak Mat Salleh, yang tidak mengiktiraf Mat Salleh sebagai pahlawan apatah lagi pejuang kemerdekaan kerana Mat Salleh dikatakan berjuang untuk kepentingan diri dan kumpulannya sahaja dan bukan secara menyeluruh.


Apa pun mendapat mereka, sejarah ada sebagai bukti.  Siapakah lagi gerangan yang tertulis di dalam sejarah yang pemberani seperti Mat Salleh ini?.  Walaupun dianggap sebagai seorang pemberontak, tetapi pada kaca mata rakyat tempatan, dia ialah pejuang kemerdekaan dan seorang pahlawan.
Wassalam.