Showing posts with label Citta. Show all posts
Showing posts with label Citta. Show all posts

Wednesday, 8 August 2018

Gerai Gantung, Simpang Tiga Langkun, Kota Marudu


Assalam...
Gerai gantung ini terletak berdekatan Simpang Tiga Kota Marudu, tepatnya di kawasan Kampung Tonsom.  Jika datang dari arah kota Belud, kita akan jumpa gerai (terletak sebelah kiri) ini dahulu sebelum jumpa Simpang Tiga Kota Marudu. 


Gerai gantung yang ada kini adalah gerai baru setelah peristiwa kebakaran tahun lalu.  Sebanyak 21 gerai yang dibina daripada kayu musnah dalam kejadian kebakaran tersebut.  Syukur juga gerai peniaga berganti dengan cepat dan dapat gerai baru yang lebih selesa. 


Gerai di sini kebanyakkan menjual produk makanan tempatan yang dipamerkan secara bergantungan.  Produk makanan kebanyakkannya merupakan makanan ringan, jeruk, hasil laut, serta turut menjual benih tanaman, pokok bunga dan tanah bakar. 


Peminat jajan memang sukalah tempat ini macam-macam boleh dibeli kuih cincin, amplang, sagun, kacang tanah panggang, biskut kelapa, kacang telur, kerepek, rempeyek, jeruk dan macam-macam lagi.  Saya cuma memilih beberapa jenis jajan yang tak pernah dicuba sebelum ini, yang paling sedap adalah kacang grabel menyesal cuma beli sepeket kecil saja.


Kacang tanah panggang ini yang merupakan produk lokal dan memang terkenal di kawasan Kota Marudu.


Kuih Lada-lada, jajan yang beloh dibeli dengan harga serendah RM1.50 di sini.
 

Makanan ringan yang dijual bukan hanya hasil yang diusahakan oleh penduduk tempatan Kota Marudu dan sekitarnya tetapi juga produk dari seluruh negeri Sabah.
 

Jika tak minat beli makanan ringan, orang yang suka bercucuk tanam boleh beli pokok bunga, biji benih atau tanah bakar.

Jangan lupa singgah sini ya kalau berkunjung ke Kota Marudu atau melalui kawasan ini.  Harga jajan dia lebih murah berbanding yang dijual di Kota Kinabalu.
Wassalam.

Wednesday, 1 March 2017

Permandian Alam Citta, Soppeng


Assalam..
Tempat permandian alam ini tidak lah besar seperti sungai atau air terjun dalam hutan atau rimba rekreasi.  Uniknya lokasi Permandian Alam Citta terletak di tengah-tengah kawasan perkampungan yang bernama Desa Citta, Kecamatan Citta, Kabupaten Soppeng.



Sumber mata air Citta terdapat di bawah rimbunan pokok-pokok ini.  Pokok asal yang sangat besar tempat terbitnya mata air telah pun mati dan berganti dengan anak-anak pokok daripada pokok yang asal.  Istimewanya sumber mata air ini tidak pernah kering walaupun pada musim kemarau. 


Puas meneropong ke dalam lubang aliran air untuk melihat lokasi tepat mata air tersebut.  Namun hampa sebab terletak jauh ke dalam di sebalik akar kayu.


Sumber air yang sangat jernih dan sejuk.  Kami perhatikan orang yang berada dihulu mandi dengan menggunakan shampo dan sabun, bekas atau buih sabun / shampo tersebut  sangat cepat meneutral semula.   


Kolam pertama yang paling hampir dengan sumber mata air.


Beberapa buah pam air yang diletakkan oleh penduduk kampung untuk menyalurkan bekalan air bersih ke rumah mereka.  Terdapat juga perusahaan yang membekalkan air mineral sumber daripada air Citta untuk pasaran tempatan.


Pondok rehat yang disediakan kepada pengunjung, semasa kunjungan kami hari itu, tiada group pengujung lain (kemungkinan bukan hari cuti) melainkan beberapa orang kampung yang datang untuk mandi dan membasuh pakaian.  Di sebelah bawah belakang pondok disediakan beberapa buah kolam yang lebih besar untuk menampung jumlah pengunjung pada waktu puncak.


Rumah-rumah tradisional penduduk yang terdapat di Desa Citta. 


Salah satu sumber tanaman yang diusahakan oleh penduduk di desa ini adalah penanaman tembakau.  Jika kena pada waktu panen tembakau, pengunjung dapat melihat aktiviti pengolahan tembakau secara tradisional oleh penduduk tempatan.


Di desa ini juga terdapat kawasan perkuburan lama yang menempatkan Makam Ikajao Datu Citta (Raja) dan keturunannya.


Pengurusan dan pengelolaan kawasan dikendalikan sendiri oleh penduduk tempatan dan terdapat sedikit bayaran yang dikenakan kepada pengunjung masuk ke kawasan Permandian Alam Citta.  Bayaran tersebut tidak dikira mengikut per kepala sebaliknya mengikut group atau jumlah kenderaan pengunjung. 
Wassalam.