Friday, 17 May 2019

SKYTRAIN - Bandara Seokarno Hatta, Cengkareng Jakarta

Assalamm...
Penat cerita pasal makan, mari kita cerita jalan-jalan naik keretapi.  Keretapi yang dipanggil Skytrain yang merupakan kemudahan pengangkutan alternatif kepada penumpang selain bas dan teksi di antara terminal di Bandara Seokarno Hatta, Cengkareng, Jakarta Indonesia. Yang best nak naik train ini sebab ianya adalah gratis (free), suka hatilah nak ulang alik berapa kali pun.   Perasan ada juga local yang membawa anak-anak berjalan-jalan naik train

Hari tu dari Makassar nak balik ke Kuala Lumpur, harga tiket direct kapal terbang merah sangat mahal.  Jadi terpaksa cari alternatif lain, pilih naik Lion yang harganya separuh lebih rendah tetapi kenalah mbak transit di Jakarta dulu.  Bukan pertama kali transit, tapi selalu waktu malam, diluar waktu perkhidmatan sky train.  Hanya berpeluang naik bas free saja jika malam-malam buta.  Semua penerbangan domestik diuruskan di terminal 1 dan terpaksa perpindah ker terminal penerbangan internasional sama ada di terminal 2 atau terminal 3.  Hari tu penerbangan seterusnya ke KL dari terminal 2, jadi nak pindah ke terminal 2 kenalah cari angkutan dan pilih naik skytrain.


Moh kita cuba naik skytrain. Bangunan yang menempatkan stesen strain dengan terminal tu kira memang terpisah, kenalah meyeberang sikit.


Jadual perjalanan train, setiap 13 minit.  sky train ini memang khas hanya antara 3 terminal ini sahaja.


Boleh jer naik mana-mana train di platform A atau B sebab train memang akan ikut laluan yang sama juga.  Sampai penghujung train akan patah balik ke tempat bermula tadi.


Jika tak pasti, tanya sajalah bapak sappam (guard) ini, sedia membantu.


Sepatutnya dah sampai terminal 2, saya turun di sini sebab penerbangan seterusnya berlepas dari terminal 2.  Tapi tengok jam banyak waktu lagi, moh lah kita santai-santai dulu naik train lanjut ke terminal 3.


Menuju ke Terminal 3.


Nampak ada kapal terbang merah sedang menunggu di terminal 3.


Rekabentuk bangunan terminal 3, nampak lebih kontemporary berbanding ciri tradisi yang ditonjolkan pada terminal 1 dan terminal 2.  Terdapat sebuah masjid kemudahan pekerja yang berdekatan bangunan terminal 3 Bandara Soekarno Hatta.


Kawasan hijau yang terletak di dalam kawasan balai perlepasan terminal 1 dan 2.  Segarlah mata lalu kawasan ini, sungguh pun ada kios orang jual-jual dalam kawasan balai perlepasan, orang yang tak berwang nak shopping macam saya kita buat terapi mata jelah sambil menunggu waktu berlepas.


Gambar dari google maps akan bentuk terminal 1 dan 2 Bandara Seokarno Hatta, siapa boleh merungkai dan terangkan rekabentuk terminal ini?.  Tak sabar saya nak tahu.

Semoga ada peluang transit di sini lagi, tapi jika boleh memilih nak cerita perjalanan yang happy-happy saja bukan cerita sedih seperti sebelum ini.  Sesungguhnya Allah pelaksana yang terbaik, disebalik kisah sedih, dalam masa yang sama Allah bagi idea dan ilmu baru dalam meneruskan sisa hidup.
Wassalam.

No comments:

Post a Comment