Tuesday 31 March 2015

Kekosongan Jawatan...

Assalam....
Cerita dari whatsapp group lagi....sesuatu yang mungkin menggelikan hati tetapi ada pengajaran bagi mereka yang mahu mengambil iktibar. 


TEMUDUGA SEBAGAI CALON JENAZAH
Semua Akan Dikehendaki Hadir Tanpa Sebarang Pengecualian.


KEKOSONGAN JAWATAN:
1. Ahli Syurga Dari Awal
b. Ahli Neraka Dari Awal
c. Ahli Neraka Sementara Kemudian Akan Dilantik Jadi Ahli Syurga.


EMPAT GANJARAN LUMAYAN
(khas untuk jawatan A):

1. Nikmat kubur.
2. Perlindungan di Padang Mahsyar.
3. Keselamatan Meniti Titian Sirat.
4. Syurga yang kekal abadi.


TARIKH TEMUDUGA:
Bila-bila masa secara adhoc bermula dari saat membaca iklan ini.


LOKASI TEMUDUGA:
Di dalam kubur (alam barzakh).


KELAYAKAN:
Anda tidak perlu bawa sijil-sijil, termasuk sijil saham, termasuk saham internet.
Anda tidak perlu bawa pingat, Mercedes mata belalang atau kad kredit.
Anda tidak perlu bawa wang atau harta serta emas yang anda kumpul.
Anda tidak perlu berparas rupa yang cantik, hensem atau berbadan tegap atau seksi.

Hanya Bawa Dokumen Asal Iaitu:
Iman dan Amal serta sedekah jariah sebagai sokongan.


PANEL / PENEMUDUGA:
Mungkar dan Nakir.


ENAM SOALAN BOCOR:
1. Siapa Tuhan anda?
2. Apa Agama anda?
3. Siapa Nabi anda?
4. Apaka kitab anda?
5. Di mana kiblat anda?
6. Siapa saudara anda?


CARA MEMOHON:
Anda cuma perlu menunggu penjemput yang berkaliber untuk menjemput anda.  Ia akan menjemput anda pada bila-bila masa saja (mungkin sekejap lagi).  Ia akan berlembut kepada orang-orang tertentu dan akan bengis kepada orang-orang tertentu.

* Penjemput itu diberi nama Izrail 


TIPS UNTUK BERJAYA DALAM TEMUDUGA TERTUTUP INI:
Hadis Hasan yang diriwayatkan oleh Ahmad Hanbal, yang bermaksud begini:

Sabda Rasulullah S.A.W:
"Sesungguhnya apabila jenazah seseorang itu diletakkan di dalam kuburnya, sesungguhnya jenazah itu mendengar suara (terompah kasut) orang-orang yang menghantarnya ke kubur pada saat mereka meninggalkan tempat itu.  Jika mayat itu seorang muslim, maka solat yang dilakukannya ketika beliau masih hidup di dunia akan diletakkan di kepalanya, puasanya diletakkan disebelah kanannya, zakatnya diletakkan si sebelah kirinya dan amalan kebajikan daripada sedekah jariah, silaturrahim, perkara kebajikan dan ihsan diletakkan dihujung dua kakinya.

Ia akan didatangi malaikat dari atas kepala, maka solat itu berkata kepada malaikat: dari arasku tidak ada jalan masuk.  
Kemudian malaikat berpindah ke sebelah kanan, maka puasa berkata kepadanya: dari arasku tidak ada jalan masuk.  
Kemudian malaikat berpindah kesebelah kiri, maka zakat berkata kepadanya: dari arasku tidak ada jalan masuk.
Kemudian didatangi dari arah kedua hujung kakinya dan berkatalah amal-kebajikan: di bahagianku tidak ada jalan masuk.  


Maka malaikat berkata kepadanya: Duduklah kamu.  Kepadanya (mayat) memperlihatkan matahari yang sudah mula terbenam, lalu malaikat bertanya kepada mayat itu: Apakah pandangan kamu tentang seorang laki-laki (Muhammad) yang kamu dahulu sentiasa bercakap tentangnya; dan bagaimana penyaksian kamu kepadanya?  Maka berkata mayat itu:  Tinggalkan aku sebentar, aku hendak sembahyang.  Maka berkata malaikat: Sesungguhnya engkau akan mengerjakan solat (boleh saja solat) tetapi jawap dahulu apa yang kami tanya ini.  Apakah pandangan kamu tentang seorang laki-laki (Muhammad) yang kamu dahulu sentiasa bercakap tentangnya; dan bagaimana penyaksian kamu kepadanya?  Maka berkata mayat itu:  


Laki-laki itu ialah Nabi Muhammad S.A.W dan aku naik saksi bahawa nabi Muhammad S.A.W itu ialah pesuruh Allah yang membawa kebenaran daripada Allah Subhanahu Wata'ala.


Maka malaikat berkata kepada mayat itu:  Demikianlah kamu dihidupkan dan begitu juga kamu dimatikan dan dengan itu juga kamu dibangkitkan semula diakhirat insyaAllah.  Kemudian dibuka baginya satu pintu syurga, maka dikata padanya itulah tempat kamu dan itulah janji Allah bagi kamu dan kamu akan berada di dalamnya.  Maka bertambahlah gembira mayat itu.  Kemudian dilapangkan kuburnya seluas 70 hasta dan disinari chaya baginya".

Sila war-warkan tawaran jawatan kosong ini kepada semua sahabat.  Wallahu-a'alam..
Wassalam.

Jom Pergi Menoreh Getah....

Assalam...
Hajat awal pagi nak pergi menjengah perkampungan orang asli di Kampung Perjuang, Batu Balai.  Sekadar untuk melihat-lihat suasana luaran, kalau nak lebih detail tu kenalah minta permission dari tok batin dulu.
Ini perkampungan orang asli di Kampung Perjuang, Batu Balai, Jerantut.  Penempatan yang di sini telah dikelompokkan, rumah diperbuat daripada bahan kekal dan turut dibekalkan dengan kemudahan asas.  Menurut penduduk sekitar, kumpulan orang asli di sini semuanya telah memeluk agama islam. Loghat mereka ketika berbahasa dengan orang luar menggunakan loghat Kelantan atau loghat Pahang. 
Masih terdapat rumah asal di kawasan ini yang dikekalkan dan masih digunakan oleh pemiliknya, di sebelah rumah ini turut ada rumah baru yang telah dibina melalui program perkelompokkan itu.
Sekumpulan anak-anak orang asli yang sedang bermain-main di tepi jalan.  Pemalu mereka ini, bila kami sampai semua lari masuk rumah masing-masing.
Sebelum sampai ke perkampungan orang asli ini, kawasan kiri kanan jalan merupakan hutan belukar yang bersilih ganti dengan kebun getah atau kelapa sawit.
Kelapa sawit tu dah biasa jumpa, bersepah di kampung saya.  Walaupun orang kampung tetapi kampung kami tiada kebun getah itu yang jadi jakunis kejap.  Nak kata takde pokok getah, memang bohonglah.  Tetap ada, pokok getah yang tumbuh bukan sebab orang yang tanam, agaknya biji benih dibawah oleh haiwan.  Sebab tu kami dapatlah kenal permainan yang menggunakan biji getah dan mengutip kulat sisik di pokok getah mati.  Cumanya tiada pengalaman bekerja di kebun dan menoreh getah.
Mangkuk susu getah yang menggunakan tempurung kelapa.
Punyalah jakun, sanggup nak tunggu susu getah itu mengalir sedikit demi sedikit dan jatuh ke mangkuk.  Ralit jadinya.
Mula-mula ingat teh tarik bungkus yang digantung kat batang pokok ini.
Pokok getah tua, segala usaha dilakukan untuk mengeluarkan sisa-sisa susu terakhir.  Toreh melawan arah daripada yang selalu atau diberi suntikan untuk mengeluarkan susu yang banyak.
Inilah yang dipanggil getah skrap, orang sini panggil getah pok.  Baunya yang tak tahan tu, busuk sangat.  Busuk-busuk pun, ketika harga getah melambung naik, benda ini umpama emas lambat sikit nak kutip habis dikebas dek penyamun.
Gambar takdelah nak tunjuk cara-cara nak toreh getah ye sebab yang menaip ini pun tak reti.  Masa pergi ini pun pekebun semua dah balik rumah, waktu menoreh dah tamat.  Siapa nak kerja yang setiap hari hanya bekerja sekerat hari jer, moh lah try jadi penoreh getah. 
Wassalam.

Ikan Kayu Masak Asam Bugis Style...

Assalam...
Ikan kayu ini saya rasa memang sesuai kalau nak masak yang rasanya masam-masam gitu, macam masak pindang, singgang dan masak asam macam saya buat sebelum ini menggunakan asam mangga.  Bahan utama selain ikan untuk menu ini adalah asam mangga, nak tahu asam mangga tu macamana rujuk sini.  Kalau nak goreng itu, boleh jugak tetapi isinya agak keras dan hanya sedap dimakan ketika masih panas-panas kecuali ditambah nilai sedikit seperti masak berlada.  Disebabkan isi ikan yang agak pejal, ianya  boleh di masak rendang, gulai atau menggunakan kaedah memasak yang agak lama seperti disini
Ikan Kayu Masam Asam
Sumber: Mulia

Bahan
1 ekor ikan kayu sederhana - bersihkan dan potong kecil
1 genggam asam mangga
3 biji bawang merah - hiris
3 biji bawang putih - hiris
1 biji cili merah - potong
1 pokok daun bawang - ambil bahagian bawah / ubi
sedikit cili padi
sedikit minyak
sedikit serbuk kunyit
garam secukupnya
air secukupnya

Cara Penyediaannya
*  Campurkan asam mangga, bawang, cili, garam, kunyit dan minyak.  Ramas-ramas hingga asam sedikit lembut dan bahan lainnya jadi mesra.
*  Masukkan ikan ke dalam bahan ramas tadi dan susun dalam periuk.
*  Masukkan air secukupnya.  Cukup setakat menyamai paras ikan atau lebihkan sedikit jika sukakan kuah yang banyak.
*  Rebuskan dengan api sederhana hingga ikan masak.
 
Wassalam.

La Cucur, KL Sentral

Assalam...
Kedai makan yang saya suka nak mengeteh kalau pergi kl sentral.  Lama dulu siap menyimpan angan-angan nak ada kedai yang macam ini, tempat mengeteh cara orang kampung.  Style kedai kopi orang kampung tapi up grade lah sikit, dan macam tercapai keinginan bila ditemukan dengan kedai La Cucur ini.  Sebenarnya saya suka makan kuih-kuih melayu, itu yang menyimpan angan-angan tu sebab kebanyakkan cafe yang ada hanya menyediakan pastri dan kek saja.
Dah petang sangat singgah makan kat sini, variety kuih pun dah tak banyak.  Sambil makan ralit duk perati orang ramai kehulu kehilir yang sibuk dengan urusan masing-masing.  Kalau nak compare dengan dekorasi yang asal, memang ada yang berubah.  Yang pasti berubah mengikut peredaran masa untuk kemudahan pengunjung, namun masih mengekalkan menu-menu tradisi yang bersesuaian dengan konsepnya.
Hidangan pertama soto dengan teh o.
Alahai comel je bergedilnya.
Soto dah langsai masuk perut....rasa macam tak puas lagi, kena tambah dengan kuih yang kat bawah tu.  Mangkuk laksa di depan tu bukan saya punya tau, ada hamba Allah tu dah pusing-pusing cari tempat duduk.  Ajaklah duduk sekali sebab saya pun seorang jer masa tu.
Sambil makan boleh basa-basi dengan orang baru jumpa.  Sembang gitu-gitu jelah, lepas tu masing-masing bawa haluan ke destinasi pilihan.
Wassalam.

Friday 27 March 2015

Penang Sreet Art & Wire Art

Assalam...
Mula-mula sampai, macam kassim selamat nak mencari jalan.  Nak mula dari mana pun tak tahu. Kawan kami yang takut akan jem dalam kawasan tu, kami diturunkan di Jalan Prangin.  Agak luar kawasan sebenarnya.  Saya ajak geng bergerak ke Lebuh Acheh dulu, mungkin di sana ada petunjuk.  Dah mula girang bila dah jumpa satu dua wire art dan street art.  Kemudian kami mencari peta yang boleh dijadikan panduan. 
Wire art pertama yang kami jumpa di carnovan street.
Street art pertama yang kami jumpa di depan pintu masuk kawasan Masjid Melayu Lebuh Acheh.
Dah dapat peta ini, mudahlah nak mencari.  Peta free dapat dari kedai yang diorang sewa basikal.  Banyak kedai yang sewakan basikal, nak sewa basikal yang untuk kayuh sendiri, berdua, bertiga pun ada.  Tapi masa kami pergi tu hari pertama tahun baru cina memang banyak kedai tutup, kecewa jugak sebab stall ais kepal turut tutup, tapi satu kelebihan sebab traffik tak sesak. 
Diorang dua jer yang naik basikal, saya dah biasa jalan kaki dari dulu round kawasan ini dengan berjalan kaki.  Bunyi tak nak kalah, mengaku jelah tak reti kayuh basikal.  Nak suruh saya kayuh basikal, tunggulah semua jalan tu saya yang punya.
Berat betul makcik belakang tu, nak kayuh gerek pun susah asyik hilang keseimbangan.  Last dua-dua terjatuh macam nangka busuk.  Nasib tak terlanggar kereta yang parkir tepi jalan.  Malu ko jatuh depan orang pulak tu.
Saya tak tahu sebanarnya, motip yang mana satu yang dikategorikan sebagai street art.
Asal ada jer gambar atau lakaran di dinding bangunan semua saya ambil gambar.
Ada sebahagian lukisan yang dah rosak.
Antara yang terkenal...masih tertanya-tanya yang lukisan no. 27 tu siapa ye.
Haishhh, rasanya 2 orang ini lebih syok berbasikal sana sini dari mencari motip....
Tanglung, pasu dari kasut, rumah tumpangan dan tokong.
Saya suka yang ini...
Cara-cara nak naikan kandar di bahu dan bagaimana nasi kandar mendapat nama.
Kucing the series...(caption suka hati).
Kucing in action....(caption suka hati)
Wire art ini kena baca keterangan tu baru boleh faham, tapi agak susah plak.  Maklum mata dah rabun.
Objek payung tu pun berkali-kali kami lalu tak jumpa.  Masa jumpa tu yang terjerit-jerit tiba-tiba gedebumm jatuh dari basikal.
Ini yang saya jumpa last.  Lalu banyak kali sini, tapi tak perasan sebab apa?  dia dah bertukar warna, dalam map warna kuning tapi dah bertukar jadi biru.
Banyak lagi yang tak sempat nak cover, bukan sebab semput atau penat berjalan.  Ikut hati nak aje ronda semua point ikut dalam peta tu, tapi driver kami dah tak sanggup nak tunggu.  Pujuk hati, lain kali kita datang lagi.
Wassalam.

Medan Selera, Kompleks Medan Suri Sungai Nibong

Assalam....
Hari kedua kami pergi di medan selera Medan Suri yang terletak di Sungai Nibong, sebelah dengan Masjid Sungai Nibong tu.  Kalau nak datang lunch, boleh masuk dari Lintang Nipah, dari arah Jubilee Home (rumah orang-orang tua) sebab gerai yang sediakan makan tengah hari terletak di sebelah belakang. 
Bila kami sampai di gerai RS Selera warisan, tengok lauk yang banyak dan pelbagai, masing-masing terus ambil pinggan nak makan.  Lapar sangat sebab tak sarapan.
Memang nasib saya baik hari itu, hajat nak mencari menu telur sotong atau telur ikan dan di gerai ini ada menu tersebut.  Menu lain saya dah tak pandang dek penangan telur sotong.
Abaikanlah pasal alahan, bila jumpa telur sotong macam ini.  Syukran, syukran, syukran. Lepas beberapa hari timbul bengkak tepi bibir dan boleh pula saya tertanya-tanya bila masa saya makan sotong ini?  Tanda-tanda nyanyuk dah ada.
Kedai-kedai sebelah depan tu kebanyakkan buka untuk sarapan dan minum petang.
Kalau datang petang-petang kat sini, bolehlah pekena teh tarik dan roti bom dekat kedai ujung tu.  Mee dekat gerai Mee Pitchay tu pun sedap, (jangan jadi seperti saya mula-mula dulu, masa order saya cakap nak mee pitchay satu, mamak tu pandang jer, rupa-rupanya pitchay tu bukan nama menu, tapi nama orang).  Datang petang lah lepas jam 2, tapi jangan lewat sangat sebab mee pitchay ini terlajak laris.  Nak datang malam pun boleh ada jer gerai yang buka untuk sebelah malam.
Gerai yang sediakan sarapan waktu pagi di bahagian depan.  Saya suka pergi gerai kak mariah (yang ada kedai kek tu - Mariah Cake House) gerai di tepi ujung yang ada roti bakar dengan telur setengah masak.
Di Bahagian belakang kompleks ini dulu ada gerai jeruk pak ali, tapi sekarang dah bertukar jadi gerai jeruk pak ape ntah dah lupa.  Khabarnya gerai pak ali dah berpindah ke bayan bay (dekat queensbay) sana.  Sebenarnya di medan suri ini, bukan gerai makan saja yang ada, ada banyak gerai lain lagi, cuci karpet, kedai runcit, kedai burung, servis motor dan lain-lain.   
Perut dah kenyang, hati pun senang.  Sampaikan masuk tandas pun nak ambik gambar.  Saya sebenarnya nak tunjuk tandas di medan selera kompleks medan suri ini cantik dan bersih. Pembaharuan yang baik, dulu rasa comot jer walaupun selalu datang sini tapi tak pernah masuk.
Wassalam.