Wednesday 28 May 2014

Pasar Pagi Pelitakan, Polman Sulawesi.

Assalam...
Berkunjung ke pasar pagi di Kelurahan Pelitakan, Kecamatan Tapango, Kabupaten Polman, Sulawesi Barat (SulBar).  Pasar pagi yang diadakan 2 kali seminggu iaitu setiap hari khamis dan ahad.
Pada bahagian hadapan pasar, kita akan berjumpa dengan peniaga ayam.  Rata-rata ayam yang dijual adalah ayam kampung yang diletakan di dalam raga buluh ataupun jaring.
Pasar Pelitakan sebenarnya menawarkan keperluan asas harian kepada penduduk daripada kampung-kampung berdekatan.  Keperluan bahan makanan seperti barangan kering, sayur-sayuran, ikan dan daging adalah bahan utama yang dijual di pasar ini.
Kebanyakkan peniaga yang berjualan terdiri daripada kaum hawa dan..
barang jualan yang mereka diniagakan pun adalah hasil ternakan dan tanaman di kebun masing-masing.

Buah keras / kemiri / candlenut / pelleng'
Gerai menjual barang-barang makanan kering.
Asam mangga.
Ada penjual yang hanya berniaga secara sementara di sini, hanya berjualan ketika hari pasar.  Sementara yang lain ada di antara mereka akan berjualan di pasar tempat lain pada hari yang lain dan akan kembali semula ke sini pada hari pasar iaitu hari khamis dan ahad.
Keadaan pasar, di dalam bangunan yang masih belum sempurna.
Gerai periuk tanah.
Waktu operasi dipasar bermula seawal jam 5 pagi sehingga tengahari.
1 tumpuk Rp5,000
Segar-segar sayur mereka.
Yang ini saya tak tahu ape, kuih atau ape..
Kuih burongcong...dibuat daripada campuran tepung pulut, kelapa dan gula.
Nak try rasa putu diorang ini, macam putu buluh cuma acuan tak guna batang buluh, guna tin sardin tapi.
Putu yang dah masak, golek2kan dalam kelapa parut kemudian dibungkus dalam daun pidang.
Ini sambal untuk putu tadi, saya pun cakap oh gula putu macam tu...orang tu cakap ini bukan gula tapi sambal.  Malu kejap....orang sini makan putu bukan dengan gula melaka tapi dengan Sambal Tahi Minyak.

Yang ini burasak, makan dengan sambal cili.
Mula-mula ingat benda ini adalah udang kecil atau ikan bilis, ternyata bukan.  Nama dia PENJA, satu species ikan kecil yang dikeringkan.  Unit ukuran dalam berjual beli, mangkuk kecil atau sukatan liter.
Spices ikan air tawar yang dijual bukan kira kilo tapi per ikat gitu. 
Ikan paling fofular di sini, ikan bolu..ranking fofular tu saya jer yang bagi sebab setiap rumah ada disajikan ikan ini.
Smoked tuna & mackeral pun ada.
Ikan tongkol / tuna / kayu / aya / cekaleng mungkin ikan yang kedua fofular.
Rumah kedai yang ada di pekan Pelitakan, tempat penduduk mendapatkan bekalan harian diluar waktu hari pasar. 
Selesai driver saya membeli-belah (amboi ada driver) kami bergerak balik menaiki skuter, sarat dengan membawa pelbagai ikan, sayur dan orang yang kekenyangan makan Burongcong.
Wassalam.

Tuesday 27 May 2014

JJCM Makassar: Kedai Roti & Kuih Maros

Assalam...
Dalam perjalanan dari Makassar menuju Polman, kereta yang kami naiki singgah di Zazil bakery yang terletak di Maros.  Saya perasan macam satu kemestian untuk driver dan penumpang singgah membeli roti di sini.  Kebanyakkan kereta yang menuju ke destinasi jauh seperti Sidrap, Polman, Toraja, Enggrekan akan singgah.  Mungkin sebagai ole-ole untuk orang kampung atau bekalan disepanjang perjalanan mereka. 
Sebenarnya dalam kota lagi banyak bakery atau toko roti dan kuih yang lagi canggih dan berkualiti dari yang ini.  Cuma di sini tempat yang strategik sebagai tempat persinggahan.
Saya tidak tertarik nak membeli roti, walaupun mereka kata di sini sedap dan terkenal.  Lebih tertarik untuk merasa kuih yang dijual.
Kuih yang bebungkus daun pisang itu sedap, dibuat daripada pulut dan ada inti serunding.
Disebabkan ada masalah dikaunter kasir (cashier) menyebabkan pelanggan terpaksa menunggu lama, driver kami memutuskan untuk meneruskan perjalanan dan menasihatkan penumpang untuk singgah di kedai yang kedua.
Kedai ini ada menjual buah-buahan juga, tak beli tapi (Apel Fuji Rp35,000)
Saya suka yang ini bukan karipap namanya...
Jalangkote namanya.. intinya bukan kari kentang macam kita tetapi berintikan bihun goreng dan sayur-sayuran.  Bila beli akan diberikan sos cili khas, untuk kita curah ke dalam jalangkote sebelum dimakan...
Kami singgah di kedai yang kedua, di sini mereka kata, kuihnya sedap tapi kalau roti kedai yang mula tadi.  Saya suka di sini sebab ada disediakan air minuman free, bukan air kosong tau.
Nasi Kuning, fames sebagai sarapan pagi orang Sulawesi, fames macam nasi lemak untuk kita gitu.  Macam ini Rp5,000 (lebih kurang RM1.40) berlaukkan telur sebiji dan mee goreng.
Minuman percuma untuk pengunjung yang singgah di kedai kedua ini, nama kedai tak ingat.  Ada air teh, kopi dan saraba disediakan dalam tong, minumlah sebanyak mana yang anda kehendaki.
Saraba, sedap dan didakwa bagus untuk buang angin dalam badan.  Diperbuat daripada campuran halia dan gula kabung, macam teh halia, tapi ini tak rasa teh ye..
 Elakkan pembaziran...
 Mari kita beramal...
Wassalam.

Coto Makassar di Sentral Pekkabata, Polman

Assalam...
Saya tak tahu nama kedai ape, sebab tak nampak papan tanda ketika dalam pencarian tadi.  Hanya ada perkataan Coto Makassar di luar kedai dan dalam kedai.  Pada mulanya kami ingatkan kedai tutup dan mula bergerak ke kedai lain di seberang jalan sana.  Rupanya pencarian kami di deretan kedai yang tak betul, al-maklum hanya berdasarkan maklumat orang yang selalu pergi tetapi tidak dapat ikut sebab kurang sihat.  Nak makan coto luar daripada Makassar sebab siapkan perut untuk menu lain di Makassar nanti.
Kedai ini bukan terletak di kota Makassar pun, jauh sebenarnya.  Namun bila sebut coto makassar sudah terbayang makanan itu bagaimana, walaupun dijual oleh peniaga di Sabah.  Macam bila orang sebut "Kepok Losong" Terengganu, di Selangor pun dah ada orang buat.
Saya rasa kedai ini semata-mata hanya menjual coto makassar.  Menu lain tak nampak, orang yang masuk pun semua makan coto.  Kami pun pesan 3 mangkuk coto untuk kami bertiga dengan seorang...
Budak pesek, mata bulat.
Ketupat nasi kelongsong daun kelapa disediakan dalam pinggan pada setiap meja.  Seseiapa yang nak makan bersama coto bolehlah nak makan seberapa banyak yang mereka suka.  Bayaran tambahan mengikut kuantiti yang kita dah makan.
Perkara biasa ada pada setiap meja makan mana-mana kedai makan (RM). Pasti ada botol kicap, mangkuk sambal, bekas pak aji (MSG) dan bekas garam.  Ini style mereka makan, kurang sedap mengikut selera sendiri boleh tambah perasa.  Kalau budaya orang barat makan, jangan harap nak minta sos itu dianggap kurang sopan.
Kedai ini terletak bertentangan dengan Bank BRI, cawangan Pekkabata, Polman.   Nampak orang berjualan kat luar tu, betul2 depan pintu kedai.  Sebenarnya itulah keadaan setiap pagi pada hari selasa dan jumaat (hari pasar pagi).
Alhamdulillah kenyang, 2 orang habiskan 3 mangkuk coto plus 3 biji ketupat plus keropok udang.  Budak pesek mata bulat hanya makan sedikit ketupat, selebihnya asyik bermain dengan barbie barunya.  Rasa coto mestilah sedap untuk saya yang gemar memakan coto makassar, tapi kalau nak compare dengan yang dijual di Sandakan tu, yang di kampung saya lagi power kot.
Wassalam.