nuffnang_bid = "6d3fefaa2657f8901dfaPages

Showing posts with label Info Sihat. Show all posts
Showing posts with label Info Sihat. Show all posts

Wednesday, 1 March 2017

Muzium Coklat, Kota Damansara


Assalam...
Jom kita melawat muzium coklat di Kota Damansara.  Masa kanak-kanak dulu dah puas bermain di kebun koko milik mak saudara.  Ketika itu harga biji koko di pasaran masih ok kata orang, memang suka tolong mak saudara petik buah koko.  Bertambah-tambah suka ketika proses meleraikan buah daripada kulitnya.  Boleh isap biji-biji koko puas-puas.  Dapat buah koko mengkal lagi best, makan cicah dengan kicap campur cili padi, ah nikmatnya.  Sekarang mana nak jumpa dah kebun koko, jadi moh lah kita pergi melawat muzium coklat saja sambil tu kita melontar duit beli coklat.


Pengisian kalau melawat muzium tu memang sangat bagus banyak ilmu yang boleh dipelajari, daripada benda itu tiada kepada ada dan kekal ataupun tiada semula.  Itulah sejarah, setiap detik perjalanan sesuatu ada kisahnya seperti juga dengan koko atau coklat.  Asal usulnya, bagaimana ianya berkembang dan tokoh-tokoh yang bertanggungjawap seperti pengasas dan pengeluar jenama-jenama coklat dunia.


Daripada journal perubatan, sumber nutrisi yang terkandung dalam koko atau coklat memberi kesan atau tindak balas yang bagus untuk tubuh badan manusia.  Sebab itu koko sejak dahulu kala telah dijadikan sebagai bahan untuk mengubati penyakit dan dikategorikan sebagai bahan yang sangat bernilai ketika itu. 


Di sini ada bilik yang kita boleh saksikan chef tengah menyediakan coklat.  Pengujung boleh lihat bagaimana proses penyediaan coklat dilakukan melalui cermin besar.  Rasanya kalau tempat tu open, mesti ramai pengunjung yang sibuk nak bertanya itu ini kepada chef.


Apabila coklat siap, chef akan keluar dengan membawa dulang-dulang yang berisi coklat di tangan.  Dipersilahkan untuk mencuba coklat yang baru disediakan tadi.


Contoh replika rumah yang diperbuat daripada coklat, marshmallow dan biskut.


Di sebelah bilik penyediaan coklat tadi, terdapat store yang menjual pelbagai jenis coklat.  Jenama coklat tempatan dan antarabangsa ada di jual di sini.  Dibuka setiap hari mengikut waktu operasi muzium.


Hari yang kami pergi tu, sempena ada jualan coklat.  Jualan coklat berlangsung dalam bilik sebelah galeri bukan di kedai coklat yang terdapat di dalam tu.  Harganya pasti lagi murah jika beli ketika ada jualan dan lebih banyak pilihan.


Saya suka coklat yang ada inti buah acai,blueberry dan delima ini, kedua-duanya pun sangat sedap.


Waktu operasi muzium coklat.  Siapa penggemar coklat tu boleh lah datang terutama ketika mereka mengadakan jualan besar-besaran.  Nak tahu hari apa yang diadakan jualan tu, boleh lah check melalui website mereka di chocolatemuseum.my.


Ini saja yang kami beli hari itu, tak suka, tak suka pun beli jugak.  Nasib jumpa coklat yang berkenan di hati dan harga pun takdelah mahal sangat, harga offer kan. 


Sebenarnya kami berkenan kat coklat Fidani yang sedap dan mahal tu.  Pernah lah rasa semasa kami ada tugasan di istana dulu sebab tu berkenan. 
Wassalam.

Saturday, 28 November 2015

Buah Gorek...

Assalam...
Masa bertanyakan dengan si penjual akan nama benda ini.  Kedengarannya si pejual kata buah korek, dan diceritakan juga khasiatnya dipercayai dapat mengubati pelbagai jenis penyakit.  Hasil bertanyakan dengan pokcik google, buah ini di kenali sebagai buah gorek.  Gorek dan korek lebih kurang jer bunyinya.  Terdapat banyak dijual oleh pengerai di Pasar Wonomulyo, Sulbar, Indonesia.
Wassalam.

Monday, 23 February 2015

Cuaca Panas dan Kesihatan

Assalam...
Saya cnp dari laman web kementerian kesihatan tentang nasihat dan langkah-langkah yang perlu diambil  ketika cuaca panas yang melampau ketika ini.  Sama-sama kita jadikan .

Pengenalan
Suka atau tidak kehidupan kita dipengaruhi oleh keadaan cuaca harian.
Cuaca panas dan kering adalah fenomena yang biasa di kawasan tropika seperti Malaysia.
Pendedahan kepada cuaca panas adalah salah satu penyebab yang menyumbang kepada peningkatan kedatangan pesakit ke klinik, bilangan kemasukan ke hospital dan malahan kematian dari sesuatu penyakit tertentu terutamanya di kalangan kumpulan yang berisiko tinggi.

Kesan Kesihatan akibat dari Pendedahan kepada Cuaca Panas
Apakah kesan kesihatan berkaitan dengan panas?

Cuaca panas adalah tekanan fizikal kepada badan manusia. Kesan kesihatan adalah berbagai dari sederhana (mild) kepada teruk seperti strok haba, yang boleh menyebabkan maut.

Masalah berkaitan kesihatan boleh terjadi di berbagai tahap suhu disebabkan oleh;
  • Pakaian yang pelbagai jenis, keadaan pekerjaan, aktiviti fizikal dan beban kerja.
  • Kumpulan umur
  • Kecergasan individu
Kesan kesihatan berkaitan cuaca panas termasuk;
  • Keletihan/kelesuan akibat dari panas (heat fatigue)
  • Pitam/pengsan akibat dari panas (heat syncope)
  • Kekejangan akibat dari panas (heat cramps)
  • Keletihan/kepenatan akibat dari panas (heat exhaustion)
  • Strok akibat dari panas (heat stroke)
Tanda dan gejala kesihatan berkaitan dengan panas
Bagaimanakah saya mengetahui yang saya menghadapi masalah kesihatan berkaitan dengan panas?

Tanda-tanda dan gejala masalah kesihatan berkaitan panas adalah pelbagai bergantung kepada keterukan keadaan sesuatu masalah itu. Gejala-gejala biasa termasuk;
  • Sakit kepala
  • Keletihan
  • Tumpuan lemah
  • Pening
  • Lemah otot–otot badan atau kekejangan
  • Mual dan muntah
Keadaan yang terlalu teruk boleh menyebabkan dehidrasi (kekeringan), kekeliruan, dan koma (tidak sedarkan diri).

Komplikasi (kerumitan)

Apakah keadan yang paling teruk boleh berlaku disebabkan masalah berkaitan panas?
  • Strok panas boleh menyebabkan maut
  • Kerosakan organ badan seperti ginjal, otak, jantung dan hati
Kumpulan Berisiko
Siapakah yang berisiko menghadapi masalah kesihatan berkaitan panas?

Semua orang adalah berisiko menghadapi masalah kesihatan berkaitan dengan panas. Walau bagaimanapun, kumpulan tertentu adalah lebih berisiko untuk menghadapi kesan kesihatan. Kumpulan ini termasuk;
  • Mereka yang terbabit dengan kegiatan aktiviti fizikal seperti buruh, peladang, ahli sukan, tentera, dan lain-lain.
  • Orang dewasa (orang yang berumur 40 tahun keatas adalah 10 kali ganda lebih berisiko berbanding dengan orang yang lebih muda).
  • Kanak-kanak berumur 5 tahun ke bawah
  • Mereka yang menghidapi masalah pernafasan dan jantung
  • Mereka yang menghidapi penyakit darah tinggi, kencing manis dan penyakit kelenjar tiroid.
Risiko bertambah jika mereka memakai pakaian yang tebal dan ketat, yang menghalang panas keluar dari penyejatan/pengeringan peluh.

Pencegahan

Bagaimanakah saya boleh mencegah atau mengurangkan kesan kesihatan akibat daripada cuaca panas?
"Mencegah adalah baik daripada mengubati". Terutamanya untuk mereka yang di klasifikasikan dalam kumpulan yang berisiko tinggi, mereka adalah dinasihatkan untuk berhati-hati dengan kemungkinan tersebut.
Di bawah adalah tip–tip pencegahan:

Perlu
  • Minum dengan banyak, tanpa mengira tahap aktiviti anda. Jangan tunggu hingga anda dahaga.
  • Minum minuman isotonik kerana ia boleh menggantikan garam dan mineral yang hilang semasa berpeluh.
  • Berada di dalam rumah/bangunan
  • Hadkan aktiviti luar
  • Berehat dengan kerap
  • Mandi atau buka kipas angin untuk meyejukkan anda
  • Pakai pakaian yang ringan, berwarna-terang, dan longgar.
  • Pakai topi atau payung yang besar
Jangan/ tidak perlu
  • Minum minuman yang mengandungi kafein, alkohol, atau kandungan gula yang tinggi.   
  • Membiarkan seseorang di dalam kereta yang bertutup.
  • Bersenam dalam cuaca panas
Apakah yang perlu saya lakukan jika saya mempunyai tanda-tanda masalah berkaitan dengan suhu panas?

Ingat tip–tip di bawah;
  • Keluar dari kawasan yang panas
  • Tanggalkan pakaian yang ketat
  • Letakkan kain yang basah dan sejuk pada badan
  • Gunakan kipas untuk sejukkan badan
  • Minum air setiap 15 minit
  • Dapatkan bantuan jika keadaan tidak dapat dikawal
Apakah perlu dilakukan jika saya menghadapi kekejangan otot?
  • Keluar dari kawasan yang panas
  • Meregangkan otot-otot yang terlibat
  • Letakkan bungkusan ais/air batu
  • Minum air setiap 15 minit
  • Hindari aktiviti fizikal yang lasak untuk hari tersebut
Dapatkan nasihat perubatan dengan segera jika anda mengalami tanda-tanda amaran seperti di bawah:
  • Panas, kulit kering, tetapi tidak berpeluh
  • Kekeliruan/kebingungan
  • Kerap muntah
  • Susah bernafas
Wassalam.

Wednesday, 18 February 2015

W-W: Sup Sarang Burung....

Assalam...
Katanya sup sarang burung ini bagus untuk wanita dan untuk orang yang batuk.

Wasssalam.

Thursday, 12 February 2015

Pokok Petai Belalang

Assalam...
Pokok petai belalang diluar pagar, sejak bila tumbuh dekat laluan ini tak perasan.  Sendiri dan terasing dari geng lainnya yang terletak di sebelah kiri jalan.  Semalam lalu dan perasan dah ada buah.  Size dia lebih kecil dan pendek dari petai biasa.  Isi pun tak besar mana, pasal itu tu kot orang panggil petai belalang sebab tak jumpa seekor belalang yang hinggap kat pokok ini
Pokok yang satu lagi yang di sebelah kiri jalan lebih tinggi.  Dah pernah try nak ambil buahnya tapi tak sampai. 
 Yang ini panggil kudup bunga ker putik bunga eh?
Tak sampai hati nak petik sebab buah muda sangat lagi, lepas tu fikir plak kalau petik pun nak buat apa eh?.  Takkan dah tua-tua pun masih ada masalah cacing aku ini?.  
Dulu orang kampung tempat saya memang menggunakan petai belalang ini.  Isi (kekacang) buah itu diberi makan terutama pada kanak-kanak untuk mengatasi masalah kecacingan mereka. Ketika itu agaknya sirap cacing belum meluas penjualannya, atau jauh nak pergi hospital atau klinik.  Saya pun tak terkecuali pernah diberi makan petai belalang ini.  Rasa dia sedap jugak macam kacang, makan campur dengan gula, tekde pula bau macam makan petai.  Sejauhmana keberkesanan tu, saya pun tak tahulah, kaedah perubatan orang kampung.  Tapi rasanya sekarang mereka dah tak guna cara lama ini.  Sirap cacing senang nak dapat atau mungkin sudah tiada masalah kecacingan dikalangan kanak-kanak kini.
Wassalam.

Tuesday, 3 February 2015

Suntikan Anti Typhoid

Assalam...
Semalam kami ke klinik kesihatan kelana jaya untuk dapatkan seuntikan anti typhoid atau TY2.  Suntikan ini wajib untuk setiap pengendali atau pengusaha makanan sebagai langkah kawalan untuk mengelakkan penyebaran penyakit berjangkit melalui makanan dan minuman tercemar.  Pernah dengar penyakit demam kepialu yang disebabkan bakteria salmonella?, demam yang boleh membawa maut.  Bermaksud wajib bagi semua pekerja bermula daripada mereka yang bertanggungjawab menerima bekalan bahan mentah hingga kepada mereka yang menghidangkan makanan.   Suntikan boleh diperolehi daripada klinik kesihatan atau klinik majlis perbandaran yang berdekatan dengan bayaran RM20 hingga RM40 seorang.
Puan misi bagi penerangan sebelum memberi suntikan.  Staff ini pertama kali nak dapatkan suntikan TY2, gerun sikit biasalah fobia bila tengok jarum kan.
Suntikan vaksin ini untuk tempoh 3 tahun daripada tarikh suntikan diberi.  Sekiranya didapati tiada suntikan ini, peniaga boleh bungkus, lesen kena tarik, sijil halal terbatal dan diarah untuk tutup premis.
Dulu ada di kad sebagai rujukan sekarang hanya surat perakuan begini.  Sila simpan salinan untuk rujukan sendiri yang mungkin berguna di masa hadapan.
Kakak, makcik, pakcik yang jual nasi lemak tepi jalan pun harus ada suntikan ini.  Satu lagi rajin-rajinlah membasuh tangan dengan betul ye.
Wassalam.

Wednesday, 10 December 2014

W-W: Teman Sejati.....

Assalam...
Dikala batuk melanda....
*Tekakku cuma boleh terima nama ini....dasar.
Wassalam.

Baru Tahu.....

Asssalam...
Semlam jumpa dan makan 2 jenis ulam, 
Pucuk asam gelugor,
Rasa masam-masam, pahit...
Oh boleh makan eh?
Pucuk tenggek burung,
selalu dengar nama,
biasa makan walaupun tak selalu,
ulam memang banyak khasiat,
tapi yang ini saya baru tahu..
antara khasiatnya sebagai viagra semulajadi??.
Terima kasih....
untuk tangan-tangan yang membawanya ke sini..
Dibawa oleh orang Muar, semalam.
Wassalam.

Friday, 5 September 2014

Fibroid & Cyst Sekutu Yang Menyerang Wanita.

Assalam...
Tadi baru balik dari menziarah kawan sekerja yang baru lepas menjalani pembedahan membuang fibroid di Hospital Gleaneagles Kuala Lumpur.  Saya tak tahu banyak berkenaan penyakit ini tetapi ianya sangat femes kepada kaum wanita.  Doktor yang pernah buat ultra sound ke atas saya dulu, ada memberitahu semua wanita ada sel ini, itu adalah normal, kecil atau besar atau hilang tak boleh hilang.  Ia menjadi tidak normal bila ianya membiak dan membesar di dalam sistem peranakan (rahim, pangkal rahim dan tiub fallopian).

Baru-baru ini saya ada terbaca artikel berkenaan cyst dan fibroid yang disharekan oleh seorang teman dalam FB beliau.  Namun sejauh mana kebenaran fakta ini saya pun kurang jelas sebab ianya bukannya journal perubatan.  Saya copy pastekan sebagai panduan kita bersama, dan semoga penulis asal artikel ini mendapat pahala yang berpanjangan.

MAKANAN YANG AKTIFKAN CYST.

Makanan yang perlu dielakkan:
1.) Soya dan evening primrose.
Soya dan evening primrose mengandungi phyto estrogen. Phyto ni bermaksud tumbuhan manakala phyto estrogen bermaksud tumbuhan yang mempunyai fungsi seakan akan estrogen.
So, bila kita makan benda ni maka paras estrogen dalam badan kita akan tinggi dan mengalakkan pembesaran cyst. 
 
Evening primrose oil
**info yang baru saya tahu: minum soya sewaktu mengandung bukan boleh mencantikkan kulit anak tetapi mendedahkan risiko untuk anak tu mendapat kanser. Then, mengikut kajian keatas pesakit kanser payudara plak, ramai antara mereka menggunakan evening primrose ni.
- Saya pula pernah terbaca fakta bahawa dengan mengamalkan pengambilan EPO ini, akan mengurangkan sakit sengugut (PMS) ketika datang bulan. 

2.) Ayam.
Ayam kan disuntik hormon untuk mempercepatkan kadar pembesaran dia. Kebiasaannya ayam disuntik hormon estrogen. Tapi ayam kampung boleh makan kot.

3.) Ikan keli yang dibela.
Penternak selalunya memberi makan ikan keli dengan pelbagai jenis makanan untuk mempercepatkan tumbesaran agar cepat mendapat hasil.

4.) KAWAL PEMAKANAN
Kolestrol juga adelah penyebab kenaikan hormone estrogen. Kolestrol adalah precursor kepada estrogen.

NOTA TAMBAHAN
Pemakanan bg Wanita pengidap Endometriosis/Adenomyosis/Fibroid/Cyst/PCOS

Disini saya kongsikan bersama jenis makanan yg amat sesuai & yg harus di elakan bagi wanita yg punyai masalah seperti di atas atau pun yg pernah menjalani pembedahan tetapi ia nya berulang kembali.

Makanan yg di galakkan

> Ikan laut seperti bawal emas, kembong & selar
> Sayuran jenis kekacang - kacang panjang, buncis, sweet pea dll.
> Kekacang - badam, kacang tanah, black bean, kacang merah dll.
> Sayuran - kobis, brocoli, bayam, dan ulam-ulaman pegaga, pucuk ubi dll
> Buah-buahan - Nenas & betik
> Ubi kayu
> Sup miso ( sejenis pes yg di buat dari kacang soya yg di peram dicampur kedlm
sup utk di jadikan miso sup)
> Teh hijau

Makanan yg harus di elakkan

> Daging merah (kambing & lembu)
> Ayam ( Boleh di ambil dlm kuantiti yg sedikit)
> Produk tenusu seperti keju
> Ikan haruan
> Gamat
> Bahan perisa - pes segera & kiub2 perisa seperti stok ayam, stok bilis dll.
> Makanan manis - kuit muih manis & pencuci mulut
> Minuman berkarbonat ( krn tinggi kandungan gula)
> Makanan segera - burger, sosej, nugget, mee segera dll
> Makanan ringan - cip kentang, jajan dll.
> Makanan berlemak/ berminyak

TANDA - TANDA FIBROID DAN CYST DALAM RAHIM YANG BERMASALAH

Gangguan Haid
Keputihan
Masalah ketidaksuburan
Kemandulan di kalangan wanita
Hubungan suami isteri yang dingin atau sakit ketika bersama
Perut kembang
Angin yang keluar dari vagina (Kentut Vagina)
Rasa gatal dan keluar bau kurang enak pada vagina
Kerap membuang air kecil ketika batuk, berlari dan berlompat
Kerap letih dan lesu
Sakit lutut dan tumit
Kesejukkan kaki dan tanggan
Kekejangan otot dibawah betis (simpul mengkarung)
Kerap keguguran
Ketumbuhan fibro dan cyst

BAGAIMANA KETUMBUHAN FIBROID DAN CYST TERJADI?

1. Punca penyakit ini bermula pada ganguan haid dan sengugut.  
2. Satu kajian yang menunjukan bahawa lebih kurang 50% daripadanya wanita
3. Ia sering berlaku dikalangan wanita yang tidak berkahwin dan yang pernah beranak.

ADAKAH IA BOLEH DIRAWAT?

Seperti yang ditulis oleh Dr Hamid Arshar dalam tulisan beliau tidak ada rawatan yang menggunakan ubat hospital yang boleh mengecutkan ketumbuhan fibroid TETAPI ada kemungkinan ubat-ubatan tradisional seperti akar kayu atau dedaun yang mungkin mempunyai kesan, khusus terhadap rahim boleh mengecutkan ketumbuhan pada fibroid. Bidang ini masih lagi terbuka luas dan usaha yang boleh mendapatkan ramuan untuk mengecutkan ketumbuhan fibroid.

Kebanyakan yang kita dengar ramai wanita Malaysia yang menghadapi ketumbuahan fibroid, rata-ratanya akan mengambil jalan mudah dengan menjalani proces pembedahan. Tapi masih juga ketumbuah itu akan tumbuh selepas beberapa bulan atau tahun itu pun bergantung pada aktifnya fibroid mereka
 
Sepertinya masalah fibroid yang berlaku akibat daripada cara pemakanan kita semua.  Mari ambil berat dan tukar cara makan kita untuk mencegah daripada ketumbuhan cyst dan fibroid kerana...... 
RAHIM ADALAH EMAS BAGI WANITA
Wassalam.

Monday, 7 July 2014

Bening Daun Kelor (Munggai)

Assalam...
Anda boleh terima tak bila dihidangkan dengan sayur air seperti ini? orang utara kata kuah ceroi.  En.Abe sendiri akan tanya bila sesekali saya sediakan sayur ini, yang ini sayur apa?.  Maksud tak berapa berkenan ler tu, time makan pun dia ambik sedikit jer.  Bagi saya memang dah menjadi kebiasaan keluarga kami menyajikan sayur ini.  Dalam 7 hari seminggu 5 hari sayur bening baki 2 hari lagi mungkin sayur tumis atau masak lemak.  Saya anggap ianya sihat, sebab tak guna minyak.  Sesekali bila rasa teringin dan teringat zaman2 dulu saya sediakan untuk diri sendiri bertemankan ikan goreng atau ikan masak asam dan sambal tomato.   
Selalunya untuk menyediakan sayur bening, akan ada 2 atau lebih jenis sayur yang akan dicampur.  Seperti bayam + labu + kacang atau daun kacang + jantung pisang + terung.  Bagi yang tak suka terung jenis ini, boleh tukar kepada terung bulat yang hijau.
Selain kacang panjang, kita boleh tukar kepada kacang buncis atau kacang botol.  Sebenarnya untuk menyediakan sayur bening, pelbagai sayur boleh diguna padankan.
Penambah aroma untuk sayur bening, adalah daun kemangi.
Close up sikit rupa daun kelor ini, sebelum masak leraikan dari tangkainya ye.  Daun kelor ini dapat masa kami pergi cuci kereta, depan bengkel itu ada pokok ini.  Bila tanya pada tuan bengkel siapa yang empunya pokok tu dan saya nak minta sikit.  Suka hati bila dengar dia kata dia yang taman dan adik boleh ambik,  lepas tu dia sibuk bercerita khasiat daun kelor ini banyak kalsium lah baik untuk mata lah.  Wallahualam tentang khasiatnya sebab tak pernah ambik tahu, yang saya tahu saya dah makan daun ini sejak saya pandai makan sayur.
Bening Daun Kelor
Sumber: Mak Timah

Bahan-bahan
Daun kelor
Kacang panjang (sebarang jenis kacang)
Terung (sebarang jenis terung)
Daun kemangi
Bawang merah (optional)
Ikan bilis (optional)
Garam dan perasa
Air

Cara penyediaan:
1. Jerangkan air hingga mendidih.  Boleh masukkan hirisan bawang merah dan ikan bilis kalau suka.  Tapi family saya selalu buat yang plain aje tanpa ikan bilis dan bawang.  Hanya tambah garam dan serbuk perasa.
2. Masukkan potongan terung, dan kacang.  Biar hingga separuh lembut dan masukkan sayur yang berdaun kelor dan kemangi.  Serta merta boleh tutup api untuk mengelakkan sayur over cooked.

Wassalam.

Monday, 5 May 2014

Vege & Fruit Juice

Assalam...
Saya suka, anda suka, orang lain pun suka...rasa pelik dan unik.  Menggunakan campuran buah-buahan dan sayur-sayuran terpilih dan setiap satu padanan memberi erti dan kesan berlainan yang diperlukan untuk tubuh badan seperti untuk balance diet, reduce body heat, for skin, boost energy dan macam-macam ada.  Sahabat saya seorang tak suka rasanya, lebih gemar yang rasa buah asli.  Sahabat saya yang seorang lagi pertama kali try dah jatuh cinta, terus berangan nak buka cawangan di kampung halamannya.  Semoga dapat direalisasikan suatu hari nanti...boleh i datang minum free..hehehe 
Kalau brand ini tiada di tempat anda, boleh saja pergi ke booth yang seumpamanya seperti Boost Juice ker atau gerai-gerai yang takde nama pun ada jugak buat konsep ini.  Tapi ada juga pendapat mengatakan bahawa lebih elok kita makan saja buah atau sayur itu, itu lebih baik daripada ianya dibuat jus...bagaimana ya?
Wassalam.

Thursday, 24 April 2014

Ammeltz Yoko Yoko!!!!

Assalam...
Best sangat ker guna Ammelt Yoko Yoko ini?  Kalau tengok iklan memang macam best, macam ajaib gitu, pengikut setia iklan atau memang sangat memerlukan benda ini.  Sapu-sapu hilang terus sakit dan sengal-sengal badan.  Ini dah masuk botol yang ketiga, menunjukkan ianya rasi pada en.Abe  bukan saya.  Kalau saya sakit pun rela duduk diam layan sakit dari sapu benda ini, tak suka dengan rasa yang berangin dan pedih perit bila terkena pada kulit.  Betapa obsessnya en.Abe pada cik yoko yoko ini.  Sakit sendi sapu, sengal bahu sapu, sakit perut sapu, sakit kepala sapu, sehingga gatal badan kena gigit semut pun sapu.  Cik yoko yoko dah jadi begitu penting sebagai pelindung pada tuannya.  Sebagai pertahanan en.Abe bila ada serangga yang menganggu, en.Abe sapu semut dengan cik yoko yoko.  Semut tak hilang sengal dan sendi badan tapi terus hilang sengat dan jiwa..

En.Abe kata saya penakut ubat, memang iya tapi saya tahan sakit.  Sakit sikit-sikit je tak yah lah telan paracetamol, lebih rela tahan sakit dan pergi tidur dengan harapan bila bangun sakit itu dah hilang.  Itulah terapi yang selalu saya amalkan, memang dari dulu tak suka makan ubat, bekalan ubat yang saya ada hanyalah minyak angin yang tidak terlalu berangin.  Sapu hanya ketika betul-betul sakit yang dirasa tak dapat ditanggung lagi (kadang saja simpan sebagai persediaan ketika kawan baik datang berkunjung)..
Wassalam.

Thursday, 3 April 2014

Rejim Diet...

Assalam...
Boleh tak anda mengikuti plan diet seperti yang dibentangkan di bawah ni?;  Seorang hamba Allah yang baik hati telah merangka plan diet seperti ini untuk diikuti.
a). Tak boleh makan benda berjeruk - yang  ini mungkin boleh sebab memang kurang makan benda seperti ini kecuali makan diluar...asam masin, jeruk pak Ali, ikan kering, ikan jeruk dan yang seangkatan dengannya.
b). Jangan makan makanan benda yang ada majerin atau mentega - terkedu jap, saya penggemar buns, cake dan roti, lepas ini nak makan kena pilih betul-betul.
c). Hindari makanan manis ketika perut kosong - sarapan kena avoid kuih muih, teh tarik kalau macam ini, kena minum air masak je..meloya tekak fikirkan tak boleh minum air manis.
d). Berhenti mengambil minuman berkarbonat, air tebu dan jus buah-buahan - yang ini ok, air gas memang tak minum, cuma tang jus buah dan air tebu tu sukar kalau dah depan mata..
e). Kurangkan pemgambilan makanan yang mengandungi susu - sekali lagi minuman yang boleh diambil "O - O" jer, cake dan kuih sekali lagi tak boleh..huk huk huk.
f). Hindari mengambil makanan dalam tin atau makanan yang dibotolkan - benda dalam tin yang saya selalu makan pun sardine dan yang botol kicap dan sos.  In Sha Allah yang ini boleh.
g). Pengambilan telur ayam dihadkan hanya 3 biji seminggu - sukar-sukar sebab selalu sekali hadap jer telur 3 biji tu, makan mee segera pun kena ada telur.
Nak seribu daya, tak nak seribu bahasa.  Fikir nak sihat dan boleh dapat berat badan yang ideal sudah.  Segala-galanya mudah sekiranya kita sihat, rezeki yang paling bernilai.
Wassalam..