nuffnang_bid = "6d3fefaa2657f8901dfaPages

Sunday, 15 December 2013

Ayam Masak Keturuk Original Kelantan

Assalam....
Hujung minggu ini kawan-kawan masak ape? dah makan lom? Tanya macam nak belanja jer...Boleh apa salah ye...mai lah datang umah.  En. Abe masak special hari ini, Ayam Masak Kerutuk, resepi original orang Kelantan ini.


Agak mudah sebenarnya untuk menyediakan menu ini dengan menggunakan rempah kerutuk yang telah siap dicampur semua jenis rempah.  Rempah yang En. Abe guna adalah pemberian mak saudara ketika berkunjung ke Kota Bahru bulan lepas.  Kunjungan kami ke sana kerana menghadiri kenduri kahwin sepupu dan ketika itu kami dapat mempelajari cara orang Kelantan menyediakan gulai Kerutuk yang dimasak untuk dibuat juadah majlis tersebut.  


Ayam Masak Kerutup
Sumber: Cik Yoh

1 kg ayam (boleh tukar dengan daging atau kambing)
1 liter santan
1/2 cawan susu cair (guna susu cair saja pun boleh untuk gantikan santan)
2 paket kecik Rempah kerutup (lebih kurang 100gm) campurkan air buat jadi paste.
1 sudu cili boh / giling 
1 cawan air
Garam 
1 keping gula nipah.

Bahan Hiris
2 ulas Bawang Putih
4 ulas Bawang Merah
2 inc Halia
2 ulas Bawang Besar

Bahan Kisar
2 ulas Bawang Putih
1 ulas Bawang Besar
4 ulas Bawang Merah
1/2 inc Halia

Cara Penyediaan;
1. Panaskan minyak, tumiskan hirisan halia hingga kuning.  Masukkan bawang hiris yang lain tumiskan hingga kuning.
2. Masukkan cili giling, tumiskan seketika kemudiaan masukkan rempah kerutup tumis lagi hingga naik minyak.
3. Masukkan ayam, gula nipah dan sedikit air.  Masak sehingga daging ayam separuh empuk dan masukkan bahan kisar.
4. Bila dah ayam dah empuk, masukkan santan dan gaul rata. Ahkir sekali masukkan susu cair dan perasakan.
Selamat mencuba.  Wassalam.