nuffnang_bid = "6d3fefaa2657f8901dfaPages

Showing posts with label Umrah. Show all posts
Showing posts with label Umrah. Show all posts

Sunday, 31 December 2017

Pendakian Ke Jabal Nour.


Assalam...
Pendakian ke Jabal Nour, bukan seperti hiking yang sebelum-sebelum ini.  Mendaki perlu dengan semangat dan penuh keinsafan, hayati kisah Siti Khadijah pada usia lebih kurang 50 tahun dan sedang sarat mengandung berulang-alik untuk berjumpa dengan Rasulullah.  Laluan ke atas ketika itu pastilah tidak semudah sekarang ini yang sudah ada tangga.  Kami pergi ikut pakej mendaki di sebelah malam selepas sholat isyak dan perlu balik sebelum jam 2 subuh (tidak menganggu waktu sholat).  Ada jugak yang pergi ikut pakej mendaki waktu siang, pendakian pada siang sangat mencabar kerana cuaca yang panas hampir 40'C ketika itu.  



Di starting point, kita akan lalui kawasan rumah-rumah dan kedai-kedai jualan cenderahati.  Selalu kita mendaki melalui belukar atau hutan yang ada pokok atau tanah yang becak, senang nak tergelincir.  Di sini walaupun semuanya batu, gunakan kasut yang sesuai sebab ada juga antara kami yang jatuh tergolek di situ.  Mula-mula mendaki sebelum sampai ke anak tangga dah mencanak, kalau tak cekal boleh hilang semangat. 


Melangkah secara perlahan tapi kena konsisten, insha Allah akan sampai.  Walaupun dah kena tinggal dengan group sendiri tetapi ada jer orang dari group lain yang akan kita jumpa atau pendaki yang dah nak turun bagi kata-kata semangat dan tolong suluh tempat yang gelap.  Sepanjang jalan saya tak rasa takut sebab kena tinggal, gelap atau sebagainya,  lagi pun dekat je jarak antara seorang pengemis dengan yang lain.  Mereka ini lah yang mewarnai sepanjang jalan mendaki, mereka betulkan jalan atau simen balik anak tangga yang dah pecah.


Malaysia boleh
Indonesia boleh
Brunei boleh, 
Sedekah lah satu riyal, satu ringgit, insha Allah selamat dunia akhirat.
Kata-kata sepanjang jalan yang kita akan dengar dari mulut pengemis yang dah jadi pemastautin di situ.  Terasa lucu bila ada yang kata;
"Malaysia tak boleh"
ketika pendaki hanya lalu tanpa meletak sebarang sedekah.  


Pemandangan daripada puncak bukit, bila saya sampai tercari-cari mana kawan-kawan yang lain yang sampai lebih awal.  Mereka semua dah bergerak turun ke gua hira (kena turun sedikit dari puncak bukit) dan melalui lorong batu yang sempit.  Mencabar juga nak lalu di celah-celah batu sempit tu, tambah-tambah bila ramai orang. 


Maksimum 2 orang jer yang boleh bersholat sunat di dalam gua tu.  Kena lah sabar dan tunggu giliran. 


Orang muda kena semangat mendaki sampai ke puncak, jangan nak kalah dengan orang pencen nie kata en.Nuar (tengah, dalam gambar).  Memang kuat kederat beliau, cepat jer sampai tinggalkan kami di belakang.


Kak Fatimah pun berjaya sampai, suaminya hanya menunggu di separuh perjalanan.  


Satu macam perasaan tu, sukar untuk diceritakan bagaimana perasaan tu bila berjaya sampai ke sini. 


Siapa sangka diatas puncak Jabal Nour takde tempat melontar jamra?  Selain daripada makanan dan minuman ringan yang mereka jual, segala macam cincin, batu permata dan tasbih ada kat atas tu.  Terbeli cincin batu permata yang harga 5 riyal satu, lebih murah daripada yang dijual di kedai-kedai di bawah.  Boleh lah buat kenangan walaupun murah.


Jangan lupa bawa duit lebih bila ke Jabal Nour, tak nak shopping bagi lah sedekah kat mereka yang tolong betulkan jalan tu.  Kita tak tahu ketika doa mereka di angkat Allah kita antara yang terdetik di hati mereka.


Driver van yang agak "gila-gila" ketika menghantar dan mengambil kami daripada tempat berkumpul ke starting point.  Memang rasa nak "terr" cara dia bawa van tu, makcik pakcik mengucap panjang kat belakang.  Makin kita minta dia bawa perlahan makin dia pecut dikawasan curam dan selekoh. 


Alhamdulillah, selamat sampai ke puncak dan ke Gua Hira walaupun masa tu diserang deman panas.  Dak Jasmin yang mulanya tak nak pergi, ikut serta melihat acik yang demam panas pun bersemangat nak pergi.  Sepanjang mendaki dia tak tinggalkan saya seorang diri di belakang dan sentiasa tanya samaada saya ok atau tidak.
Wassalam.

Sokaifat Bani Saedah


Assalam...
Terjumpa taman ini pada pagi terakhir berada di Madinah al Munawwarah (sebelum bertolak ke Mekah al Mukkarmah petang itu) semasa dalam perjalanan, (berjalan kaki) dari tempat penginapan ke pasar.  Sokaifat Bani Saedah mengikut sejarah adalah tempat di mana Abu Bakar Al-Siddiq di pilih menjadi khalifah pertama selepas kewafatan Rasulullah SAW.


Sokaifat atau taman mendapat nama daripada nama  suku (Bani Saedah) yang memiliki tempat tersebut.  Kira rezeki nak ditemukan dengan tempat ini sebab pada hari sebelumnya saya hanya ternampak pasar (terletak bersebelahan dengan taman ini) daripada bangunan yang menempatkan bilik pameran berkenaan nama-nama Allah dan Nabi Muhammad SAW.


Setiap suku mempunyai sofaikat mereka sendiri, fungsinya sebagai tempat berkumpul atau lokasi untuk bermusyawarah ahli suku.  Sofaikat dahulunya tempat yang mirip aula, tetpi kini telah dijadikan sebagai taman oleh kerajaan Arab Saudi.


Pelbagai tumbuhan yang ditanam untuk menghijaukan taman ini terutama pokok kurma, tapi tak nampak pokok yang berbuah ketika itu (bukan musim agaknya).  Ada petugas yang menjaga rapi tanaman di situ, ketika kami singgah mereka tengah menyiram pokok dan mengemburkan tanah (ketika itu dah nak masuk musim panas)


Taman ini bersambung dengan Pasar Nabi yang terletak di hujung.  Rasulullah SAW telah meminta tanah kosong untuk dijadikan pasar agar kaum muslimin mempunyai pasar sendiri dan bebas daripada membayar sewa seperti yang dikenakan di pasar orang yahudi.  Bani Saedah telah menyerahkan tanah kosong tersebut walaupun pada asalnya tanah itu disediakan untuk tanah perkuburan.  


Jalan lurus jer dari hotel ke pasar, Taman Bani Saedah ini kiranya terletak di tengah-tengah perjalanan.  Selalu memang tak merayau ke mana-mana selain ulang-alik ke masjid dan hotel.  Hari last baru nak cari sedikit barang untuk dijadikan buah tangan.

Rasanya dalam pakej kami, lawatan ke tempat ini tidak termasuk dalam ziarah dalam.  Tetapi tempat ini senang untuk ditemui kerana hanya berada dibelakang bangunan pameran Muhammad the Massenger of Allah, jika dari hotel Mawaddah al Safwah dan hotel Movenpick jalan lurus ke depan.
Wassalam.

Thursday, 28 September 2017

Syawal 1438 dan Kawan-kawan Baru


Assalam...
Kita dah berganti tahun baru hijrah ke 1439, ikut pada tajuk tu, kiranya ini cerita tahun lepas lah kan.   Dijumpakan dan dikelilingi dengan kawan-kawan yang baik merupakan rezeki Allah yang tak ternilai.  Ini antara kawan-kawan baru yang kami kenal ketika sama-sama menunaikan umrah penghujung bulan mac lepas, Kami gelarkan group ini sebagai Group TK22 (ambil nama sempena nama group urmah hari tu).


Mulanya daripada group whatsApp yang dibuat oleh tour leader sebelum berangkat hari tu untuk memudahkan ahli group berkomunikasi.   Selepas balik pun still rancak menjalinkan ukhwah, setiap hari pasti ada yang akan bertanya khabar dan menyediakan kata-kata nasihat.  Akhirnya ukhwah kami masih terjalin sekembali ke tempat masing-masing.


Semasa dalam bulan syawal lepas, sempat bertamu ke beberapa rumah kawan-kawan yang tinggal di sekitar KL.  Tahniah kepada Shah dan isterinya Iz kerana rajin merangka program jalan-jalan raya ke rumah kawan-kawan.  Memulakan pertemuan dirumah beliau dahulu, kemudian kami ke Kajang rumah en. Halim dan Uzaimah.  Seterusnya kami beraya di rumah en. Jalil di Bandar Tun Razak. 


Bukan juadah raya yang disajikan oleh tuan rumah menjadi keutamaan kami, tetapi ukhwah islamiah dan dipanjangkan perkenalan dengan ahli keluarga yang lain.  Tetapi adat melayu orang datang berkunjung, tuan rumah mesti sediakan makan minum untuk tetamu. Di Kajang kami dihidangkan dengan sate kajang yang sangat sedap (sate willy kalau tak silap).  Buah sentul (ketapi) yang atas tu dah lama dicari, rezeki bertemu di Kajang (buah tangan dari Alor Star menurut Uzaimah).


Semoga berterusan dan berkembang baik ukhwah islamiyah ini demi Allah SWT, dan akan banyak lagi program pertemuan antara ahli group di masa akan datang.  Ya Allah jauhkan kami daripada sifat-sifat sombong dan tidak bersyukur atas nikmat dan ujian kurnianMu, permudahkan urusan kami dan kawan-kawan group TK22.
Wassalam.

Sunday, 27 December 2015

Ole-Ole Umrah...

Assalam...
Sahabat dan ahli keluarga telah selamat balik dari mengerjakan umrah.  Sempat berjumpa sekejap di lapangan terbang sebelum mereka balik ke JB, walaupun pada malam itu kami menanti penerbangan yang dijadualkan tiba 10.30 malam mengalami kelewatan hanya tiba 2 jam selepas itu.  Maaflah tak boleh nak berlama-lama sebab keesokan pagi kena kerja dan mereka pun agak keletihan setelah menempuh perjalanan panjang.
Buah zuriat.
Kurma segar yang sangat sedap, sahabat dari ladang ketika lawatan ke ladang kurma.  Tentu mahal harga buah diluar musim ini.
Terima kasih Ma'ani bawakan banyak ole-ole ini bersama sebotol besar air zam-zam, semoga bertambah murah rezeki awak sekeluarga.
Wassalam.

Sunday, 13 December 2015

Tetamu Baitullah......

Assalam...
Jumaat lepas sempat ke klia2 berjumpa dengan sahabat bersama ahli keluarganya yang terpilih jadi tetamu Baitullah untuk mengerjakan umrah pada tahun ini.  Menghantar orang hendak berpergian bercuti dengan orang nak pergi umrah atau haji ini, suasana dan feel dia tu lain benar, tapi saya tetap suka.  Teringat di kampung dulu-dulu kalau ada orang kampung yang terpilih menunaikan haji, sekampung akan menjadi pengiring ke airport, memang meriahlah airport tu ketika musim hendak pergi mahupun jemaah dah balik.

Bertuahlah budak Hariz ini, kecil-kecil dah terpilih menjadi tetamu ke Baitullah.  Comel jer bila dia cakap "Mak At nak minta hariz doakan ape kat sane nanti?".   "Hariz tolong doakan Mak At dapat sampai ke sana jugak dalam masa yang terdekat".
Semoga mereka semua dipermudahkan segala urusan dan dapat beribadah dengan sempurna dan memperoleh umrah yang mabrur..Amin.
Wassalam.