nuffnang_bid = "6d3fefaa2657f8901dfaPages

Showing posts with label Jalan2 Melihat Dunia. Show all posts
Showing posts with label Jalan2 Melihat Dunia. Show all posts

Friday, 6 April 2018

Bank Indonesia - Jambatan Sitti Nurbaya


Assalam...
Ini kisah morning brisk walk, morninglah sangat, tapi sebab matahari redup jer, ok lah nak jalan-jalan pagi tu.  Lepas sarapan lontong paku pakis di warung depan penginapan, kami berjalan-jalan ke Jambatan Sitti Nurbaya.  Siapa yang suka baca novel dan tengok cerita sinetron tu mesti tahu pasal cerita Sitti Nurbaya kan, dikatakan jambatan ini mengabadikan nama watak dalam kisah cinta tragis itu.  


Sebelum sampai ke kakai jambatan, kami lalu di depan bangunan Bank Indonesia.  Orang kata bangunan ini mengambarkan pegawai Belanda yang menjadi tuan zaman penjajah.  Jika diperhati betul-betul memang nampak kat situ, bumbung sebelah atas warna coklat itu simbolik akan topi orang belanda pakai ketika itu. 


Bangunan ini sudah tidak digunakan sebagai tempat institusi kewangan lagi, sudah dikosongkan.  Bertanya juga pada guard yang menjaga bangunan ini menempatkan apa.  Inya cuma kata bangunan ini sudah ditutup.  Agaknya dia maksudkan belum dibuka lagi untuk kami nak melawat.  Kami minta izin masuk dan bergambar di tepi bangunan, dia ok saja.


Nampak struktur masih kukuh dan terjaga rapi, walaupun dibina pada kurun ke-19 dan mula dibuka pada tahun 1864.  Sayang sebab tak dapat masuk melihat koleksi barang yang dipamerkan di dalam itu.


Kami hanya dapat pergi ke sebelah sini, dapat letakkan punggung seketika dibangku itu sambil bergambar kenangan.


Jalan lagi sambil nyepret sana-sini, sampai kami kena tegur dengan pak polisi.  Dia ingat kami wartawan kot, mana taknya ko suka hati ambil gambar tempat p&c.  Sebenarnya tak tahu yang itu adalah balai polis, lepas kena temuramah sekejap, pak polisi itu pula sarankan kami ambil gambar depan papan tanda tu.


Akhirnya kami sampai ke Jambatan Sitti Nurbaya.  Jambatan ini menghubungkan kawasan Kota Padang (Koto Tua) dan Seberang Padang yang dipisahkan dengan Sungai Batang Arau.


Kawasan penempatan di sebelah Seberang Padang, kurang padat berbanding dengan sebelah kota.


Kota Tua Padang daripada Jambatan Sitti Nurbaya.


Pandangan ke arah hulu Sungai Batang Arau, cantik dengan latar belakang kawasan pergunungan.


Sungai Batang Arau menghala ke muara, banyak bot dan kapal kecil berlabuh di sini.  Kawasan ini sebenarnya termasuk dalam kawasan pelabuhan dagang Muara Padang. 


Kelihatan perahu dan bot masih digunakan sebagai alat perhubungan.  Sebelum adanya jambatan ini, penduduk bergerak sepenuhnya menggunakan pengangkutan air untuk menyeberang ke sebelah kota.

Cukuplah jalan-jalan pagi sampai ke tengah jambatan saja.  Jom balik kemas barang sebab nak check out lepas tu.
Wassalam.

Sunday, 1 April 2018

Loa Mandre: Pondok Ikan Bakar Pantai Padang


Assalam
Sesampai di Padang dari Bukit Tinggi kami proceed pergi makan di Pondok Ikan Bakar, Pantai Padang.  Check in ker, shopping ker, jalan-jalan itu semua kita tolak tepi dulu, yang penting kita isi perut kenyang-kenyang baru tak masuk angin.


Pemandangan depan restoran, laut lepas (Lautan Hindi).  Banyak perahu nelayan dan ombak yang sesekali menganas.


Memasuki ruangan retoran, memang ada asap terutama di tingkat bawah.  Mereka bakar ikan secara terbuka menggunakan sabut dan tempurung kelapa, itu yang menyebabkan aroma ikan bakar lagi sedap.


Kami pilih tempat duduk di tingkat atas, nak lari dari daripada asap ikan bakar ker?.  Tak lah sebab kat atas tu rasa nyaman tiupan angin dari laut berbanding duduk kat bawah.  Di sini pun kami minta pelayan hidangkan menu-menu mereka, senang kami nak pilih mana satu nak makan.


Keropok kulit sapi, tak suka diam-diam saya rasa jer semua.


Last makan besar kami di Padang, cukup mewah dan besar bagi kami.  Hopefully not as our last supper.  Lepas ini balik ikat perut, makan mee segera jer.


Udang bakar, tapi kami tak jamah yang ini, takut kena charge mahal.  Takde lah sebenarnya sebab yang lain dah banyak dah kami pilih.


Ikan bakar yang super awesome.  Guna ikan putih (ikan nyok-nyok) pula memang sedap lah.


Cumi bakar, sedap juga.  Memang terangkat rasanya sebab mereka gunakan makanan laut segar semua.


Nikmatnya, walaupun ketika itu makan tengahari kami dah agak lewat jam 3 petang.  Bukanlah sebab kami lapar kata sedap makan kat sini, tetapi menu ikan bakar dan sambal-sambal tu sejujurnya memang sesuai sangat dengan selera kami.


Saya akui kata orang, rasa nikmati itu kita rasakan ketika benda yang kita perlukan datang pada masa yang tepat.  Hargai setiap apa yang kita miliki sebelum dia pergi.
Wassalam.

Saturday, 31 March 2018

Kelok 44 dan Danau Meninjau


Assalam....
Mari menyusuri perjalanan melalui kelok 44 untuk ke danau maninjau.  Sebelum sampai ke kawasan kelok tu sebenarnya dah melalui jalan berliku di kawasan bukit, jadi tiada masalah kalau dah sampai situ.  Cuma kalau di kawasan kelok tu selekohnya lebih rapat dan nampak macam bertingkat-tingkat.


Perkiraan kelok (selekoh) dimulakan pada kelok yang teratas iaitu pada kelok 44.  Jalan berliku dan selekoh tajam sangat seperti naik roller coaster, bagi yang tak biasa lalu jalan begini dinasihatkan perlu tabah boleh pening atau loya.


Sekejap saja rasa dah sampai kelok 40, 30, 20, 10 dan sampai ke pekan Maninjau.


Sepanjang jalan kelok 44, bukan saja papan tanda yang menandakan bilangan kelok tetapi ada disediakan asmaul husna.  Zikirlah boleh tenangkan jiwa yang takut dan kecut lalu selekoh.


Cantik seperti lukisan, pemandangan danau dari kelok 34.  Tambah cantik dengan keberadaan rumah tradisi minang di situ.


Makcik tu tengah menuai hasil cili di kebun teres tepi jalan.  Dah balik baru teringat apesal tak beli cili dengan makcik nie?, sel-sel otak tak berhubung kot masa tu.


Malang tak berbau, ada kecelakaan sedikit ketika melalui kelok 22 sebab kenderaan hadapan berhenti mengejut.  Supir kami yang super cool tu nampak risau dan tak ceria dengan situasi tu, kami pun kecut perut juga.  Nak minta ganti rugi, macam kecil sangat kerosakan tu, nak biarkan saja, logo toyota dah longgar.  Tapi syukur mereka selesaikan dengan cara baik takde sampai marah-marah, bertengkar atau bertumbuk kat situ.


Pekan Maninjau, di sini macam pusat sehenti ada pasar, sekolah, pejabat pos, hotel, rumah makan dan pelbagai kemudahan lagi.  Tak sampai hati nak ajak singgah sebab tengok pak supir dah tak ceria selepas kejadian tadi, jadi kami terus saja ke kampung Sungai Batang, Tanjung Raya di mana terletaknya muzium Buya Hamka.  


Kami khatam perjalanan kelok 44 pergi dan balik dengan jayanya.  Alhamdulillah tiada yang pening atau loya.  Saya sempat berseloroh, sanggup tak kalau ada awek yang tinggal tepi danau nak keluar dating, pergi jemput dan hantar balik?  Mula-mula mesti semua sanggup, pastu menyumpah tak sudah.


Ada sebuah taman iaitu Ambun Tanai sesuai untuk berehat sambil memerhatikan keindahan Danau Manijau.  Info berkenaan kawasan geopark Maninjau boleh dapat kat sini.

Daripada info tu, Danau Maninjau tu sebenarnya merupakan sebuah gunung zaman dahulu kala (puluhan ribu tahun dahulu).  Selepas beberapa letupan besar bertukar menjadi danau (puncak gunung mampat ke bawah, ikut pemahaman saya).


Subhana Allah cantiknya lukisan alam.  Rasa tak nak balik, nak duduk lama-lama kat situ menghirup udara segar.  Walaupun ketika tu waktu tengahari tapi cuaca rasa nyaman saja.


Terlalu besar nikmat penglihatan dan peluang yang Allah beri.  Dapat melihat dengan mata sendiri sekelumit kecantikan ciptaanNya ini.  Alhamdulillah.


Jom singgah di sini, unik sikit tempat ini selain boleh makan kacang tanah goreng, boleh beli apa yang patut gula merah dari tebu asli Sumut.  Hanya sempat saksikan mereka mengoreng kacang tanah dengan pasir kerana hari itu tiada penggilingan tebu guna kerbau dan proses penyediaan gula merah daripada air tebu. 


Kami sempat ngeteh dan makan bakwan goreng panas-panas di sini.  Bagi peluang pak supir berehat sekejap sebelum.


Alat pemerah air tebu, menggunakan kuasa tenaga kerbau.  Kerbau akan dipasangkan kayu pada belakangnya dan jalan berpusing mengelilingi tempat tersebut dengan untuk menggerakan mesin.  Tak dapat nak ambil gambar, hari tu kerbau off day takde bekalan tebu.


Tertarik pada tanaman hiasan ini, mereka namakan terung susu.  Ingatkan hiasan yang diletakkan pada pokok.  Ini bukan hiasan, tetapi betul punya terung hiasan (tapi bukan untuk dimakan).  Ringan sangat sebab tu tak nampak macam buah, ada bawa balik hari tu 2 biji memang tahan berbulan lamanya.


Dari kedai kacang goreng tu, kami teruskan perjalanan untuk balik ke Kota Padang.  Tapi sebelum itu, kami minta supir singgahkan di Bika Talago.
Wassalam.

Friday, 30 March 2018

Bika Talago, Koto Baru Bukit Tinggi


Assalam...
Seperti dijanjikan pak supir singgahkan kami di kedai Bika Talago.  Sebenarnya ada banyak kedai menjual bika di kawasan Talago ini, mana satu sedap tak tahu, kami hanya ikut yang disarankan oleh pak supir.  Mereka yang orang sana mesti lagi maklum akan hal ini. 


Bika yang baru keluar dari oven periuk tanah, panas-panas lagi.


Pemandangan di belakang kedai bika telago ke arah Gunung Merapi.


Deretan periuk tanah yang mengandungi bika di dalamnya.


Menggunakan api atas dan bawah, sebab tu ada yang sebut sebagai kuih bika neraka atau kuih dari neraka.  Bahagian bawah yang ada aluminium tu mulut dapur untuk kontrol api di sebelah bawah.  Bakar secara traditional, guna kayu api.


Bakar dalam periuk tanah dan dilapisi dengan daun pisang.  Oven tradisi.


Adunan kuih bika yang tersisa, sebenarnya semasa kami singgah kedai bika tu, dah hampir habis membakar bika.  Kalau lambat sikit mesti habis, sebab ada yang dah masak semua dah ditempah orang.


Harga sebiji kuih bika tu, lebih kurang seringgit.


Bika biasa (perasa orignal) dan bika gula merah dan pisang.


Bika ini sedap dimakan ketika panas-panas bersama teh o atau kopi o di dalam cuaca yang sejuk.  Beberapa biji yang kami beli sebagai bekalan diperjalanan, tetapi hanya dapat menikmatinya ketika tengah malam dan keesokkan hari.  Rasa dia da tak sama semasa menikmati di kedai tu. 
Wassalam.