Showing posts with label Mamak Food. Show all posts
Showing posts with label Mamak Food. Show all posts

Wednesday, 6 June 2018

Air Sarbat


Assalam...
Tiba-tiba teringin nak minum air sarbat macam kat penang dulu, maka saya minta lah kawan yang kat sana carikan akar sarbat.  Akar sarbat banyak jual kat kedai-kedai mamak, yang ini kawan beli di Meera Shahib di Little India Penang. 


Dulu minum air sarbat dah bancuh siap, mamu tu jual mana nak tahu rupa akar sarbat tu begini.  Bila ternampak gambar ada seorang nie, rebus air sarbat ingat kot segala rempah tu buh sendiri sebagai penyedap rasa.  Rupanya dah tersedia segala ramuan dalam tu.


Inilah antara ramuan untuk menyediakan air sarbat.  Sementara dalam campuran akar sarbat tu pula ada ramuan yang saya kenalpasti (pelaga, biji jintan manis, jintan putih, kelopak bunga ros, kayu manis) dan ada yang kurang tahu macam akar tu. 


Jom Kita buat ibu sirap sarbat dulu, jadi lepas ini dah senang kalau nak bancuh atau nak campur dengan bahan-bahan lain.  Resepi lebih kurang kat bawah nie.


Air Sarbat
Sumber: Kak Ita / Abg Mad


Bahan-bahan
1 bungkus akar sarbat
1 kg gula pasir
Sedikit Pencelup merah (rose syrup)
2 helai daun pandan - simpulkan


Cara Penyediaannya
*  Panaskan air hingga mendidih.
* Masukkan akar sarbat, gula, pencelup dan daun pandan.
* Masak hingga gula larut dah mendidih.
* Sejukkan sebelum disimpan dalam bekas bertutup. 
*  Untuk sediakan minuman sarbat hanya campurkan dengan air dan bahan-bahan yang digemari seperti kelapa muda, biji selasih, kembang semangkuk, agar-agar, susu cair mahupun cincau.
*  Untuk simpan lama, boleh masukkan dalam botol bertutup dan simpan dalam peti ais. 


Air sarbat nie nak minum boleh buat macam-macam guna ibu tu.  Kalau takde bahan sangat bancuh macmm air sirap biasa hanya campur air masak.  Macam kawan saya buat dia minum campur air masak saja pun dia kata dah sedap, suka dengan bau harum rempah sarbat.


Hari pertama hanya campurkan dengan biji selasih, kembang semangkuk dan air kelapa muda berserta isi kelapanya sekali.
Wassalam.