nuffnang_bid = "6d3fefaa2657f8901dfaPages

Showing posts with label Minuman. Show all posts
Showing posts with label Minuman. Show all posts

Saturday, 16 September 2017

Value Added Makanan Tapau


Assalam...
Kadang-kadang rezeki jatuh ke riba tanpa disangka-sangka dan berterusan.  Macam tiba-tiba ada orang tapaukan cendol dan abc tanpa dipinta, walaupun beli kat stall mamak bawa pokok, rezeki juga.  Dalam masa yang sama awak tak terasa nak makan pun sebab masih ada stock makanan lain (buah nangka madu dan tapai pulut) yang perlu dihabiskan dalam peti ais.  Sebagai menghargai jasa orang yang membeli tu, kita olah dengan riangnya menjadi satu resepi baru macam ini. 



Letak kan beberapa ketul tapai pulut ke dalam cendol dan makan lah sambil senyum hingga ke telinga.

Yang abc pula, carik-carik kan isi nangka madu masukkan ke dalam abc.  Ambil sikit isi cendol jadikan topping di atasnya, wallaa..
Wassalam.

Monday, 8 August 2016

Minuman Soda Herb, am falling with...


Assalam....
Dah terjatuh hati dengan minuman ini, minuman soda herb.  Ada yang kata popular dekat kedai william dekat sini, tapi tak pernah lah pulak minum di situ.. lagipun dah lama sangat kami tak pergi makan kat situ, memang tak akan pergi kot...


Pertama kali buat ketika bulan puasa lepas, hari itu ramai-ramai kami berbuka puasa di rumah jadi buatlah sebab ingatkan best kalau dapat dinikmati bersama.  Nak dijadikan cerita, hanya tuan rumah yang minum, tetamu semua tak berehi nak minum air ini.  Walaupun sedap, tuan rumah pun agak-agaklah nak syok sendiri kan sebab tetamu hanya berehi minum air sirap...hahahaha. So mana yang lebih tu kita sumbat masuk peti, sebab masa yang sama kalut nak balik kampung. 


Oleh kerana masih tak puas hati lagi menikmati minuman ini, sampai kampung malam raya buat lagi. Kesian bapak terkocoh-kocoh pergi ambil serai malam-malam buta, cepat jer serai tu ada bila kita tanya ada serai ke tidak (almaklum bekas tokeh serai, mana boleh kata dah takde pokok serai lagi).  Agaknya beliau ingat kita nak campur dalam masakan sebagai menu hari raya keesokkan harinya.


Minuman Soda Herb
Sumber: Pelbagai


Bahan-bahan
Air ice cream soda
Laici dalam tin
Asam masin
Daun pudina
Serai - ketuk
Lemon (optional) - hiris
Air masak atau ketulan ais


Cara Penyediaan
* Campurkan semua bahan dalam bekas, sesuaikan dengan rasa manis yang dikehendaki.
*  Saya letak hanya sedikit saja air soda, sebab dah gunakan semua air laici alam tin dan lebihkan dengan air masak.
*  Saya tidak letakkan ais batu tetapi biar seketika dalam peti ais hingga sejuk sementara rasa asli daripada bahan-bahan bercampur mesra.  

Di kampung rasa seronok, sebab ramai jugak yang minat minum soda herb ini.  Walaupun ada yang terkejut bila diberitahu air tu dicampur dengan serai.  Yang bestnya sebab mereka sporting walaupun mereka tak minum banyak tetapi tetap nak mencuba sedikit, tidaklah tuan rumah bermuram durja sebab air dihidang tidak dikerling kalau sebelah mata oleh tetamu.  Bapak seperti biasa tidak gairah dengan makanan lain selain menu hari-hari yang dia biasa makan.   
Wassalam.

Tuesday, 15 March 2016

Pulut....Dah macam Hari Pulut Sedunia


Assalam....
En.Abe dapat gambar dari mana ntah, gambar pulut diregukan dengan ayam goreng dan cili sos thai.  Berulang kali tanya soalan bila nak buat, sambil tunjuk pulut susu yang dibeli ketika ke sempadan hari itu.  Rasa nak sorok cepat-cepat je pulut tu, kalau sendiri punya makanan feberet laju jer nak buat.  Kita sebenarnya tak minat sangat makan pulut, ciri-ciri yang langsung tak mewarisi ahli keluarga lain, yang semuanya hantu pulut.  


Sebab kasih dan sayang pada suami tercinta kan, kita rajinkan diri menanak pulut sebelum dia merajuk.  Masak guna pressure cooker (noxxa) sangat menyenangkan kerja, lepas 5 minit pulut pun siap terhidang.  Pulut susu sekilo tu separuh buat putih dan separuh lagi buat pulut kuning.  Pulut kuning kita regukan dengan rendang daging dan sambal udang.

Lauk rendang dan sambal udang tu, bukan hasil dari air tangan sendiri tapi dapat daripada kenduri semalam.


Sebab nak makan sangatkan pulut tu, pesan kat En.Abe balik kerja nanti singgahlah beli durian, dapat sebiji pun jadilah.


Tambah permintaan lagi, tambah beli sebiji mangga masak lagi.  Dapat 2 biji mangga lily, tapi sangat mengecewakan sebab masamnya ya ampun sampai terkenyit-kenyit mata jadinya.


Sebab katanya menu pulut ini lebih dominasi oleh orang Thai, jadi air pun nak perasa ais cream soda yang dibeli dari sempadan.  Tolong sikit, bukan orang Thai saja yang suka makan pulut tau, contoh terdekat keluarga saya yang langsung tiada darah Thai semua suka makan pulut dari sarapan hingga malam boleh layan makan pulut.  Pesta pulut mereka lagi macam-macam warna bukan setakat putih dan kuning saja.  Kira pulut ini makanan orang nusantara lah.


Luar musim, beli durian udang merah (ang her) macam beli emas, sebiji ini RM50.  Takpe rabak poket demi isteri tercinta takpe, dapat pahala bukan pergi joli katanya.  Nak noted kat sini, saya tak suka durian udang merah, tetap suka pada durian D24 walaupun durian Musang King dan Xo Xo lagi sedap.  

Makan hari juga nak habiskan pulut tu, tapi hari ke-2 takde dah lauk yang pelbagai hanya diregukan dengan ikan talapia goreng.  Semalam terasa sakit urat keting masa nak melangkah, hari ini urat kat tulang belikat pulak.  Ini semua gara-gara makan pulut ker? tapi diorang ok jer lepas makan pulut. 
Wasalam.

Sunday, 28 June 2015

Ramadhan Kareem: Sungkai Hari Ke-10

Assalam...
Seperti tema kuning diraja hari sungkai ke-10 saya ini, bila dah letak satu persatu baru perasan sebenarnya.  Nasib ada air kopi dengan anggur tu yang bagi warna lain sikit.  Anggur dan mangga tu rezeki yang Allah datangkan dari jauh, buah tangan yang adik bawa balik dari Kaherah hari itu.  Alhamdulillah syukran dapat merasa.   
Sementara menunggu azan maghrib terbaca pengalaman kakchik yang menambah kurma ke dalam air teh "O".  Sedang elok air teh dengan kurma duduk dekat-dekat, kita masukkan beberapa biji ke dalam gelas air teh.  Rasa yang memang best, superb gitu, terima kasih kakchik sudi berkongsi.  Air teh dah habis, kita guna air kopi pulak..tapi rasanya kurang kick berbanding kalau rendam dalam air teh, bagi saya lah.
Kombinasi yang best air teh 'O' kurma dengan sira pisang emas.
Juadah untuk supper dan sahur.  Seger dapat hirup kuah sup.
Teraweh malam tadi sangat fresh rasanya, takde rasa mengantuk langsung.  En.Abe pula skip semalam sebab keletihan balik kerja. 
Wassalam.

Saturday, 27 June 2015

Air Kelapa Muda Sirup Pisang Ambon

Assalam...
Minuman kegemaran mak saya ini, bukan hanya bulan puasa, tapi hari-hari biasa bila ada bekalan kelapa muda.  Ketika berkunjung di Sungai Balang awal bulan hari  itu, sahabat bekalkan beberapa biji kelapa muda.  Kelapa pandan muda, airnya manis dan harum pandan.  Ketika mereka ajuhkan soalan nak kelapa tak?, saya hanya tersenyum, rasa kelakar pun ada dan jawap rumah tekde parut.  Rupanya diorang nak bekalkan dengan kelapa muda, tak perasan bila masa mereka masukkan dalam bonet bersama pisang nipah.

Lepas berbagi rezeki dengan kawan, masih ada dua biji kelapa muda untuk saya.  Ketika itu pulak lift sedang rosak, gigih saya angkut naik tangga ke tingkat 10 (syurga atas awan kami), Dan kelapa pandan itu bertahan hingga ke ramadhan untuk dinikmati dengan sirup pisang ambon.  Sirup Pisang Ambon itu apa, ada di sini.
 

Air Kelapa Muda Sirup Pisang Ambon
Sumber: Mak Mulia

Bahan-bahannya
Air kelapa muda bersama isinya 
Sirup Pisang Ambon (DHT)
Jus limau nipis
Ais

Penyediaannyaa
*   Campurkan air kelapa dengan sirup ambon dan perahkan limau nipis.
*   Tambahkan ais.  Saya cuma sejukkan dalam peti ais tanpa meletak ketulan ais.
Wassalam.

Tuesday, 23 December 2014

Teh Tarik Place

Assalam...
Niat datang sini, nak settle 2 benda, kejap jer, pastu terus balik...bayar bil talipon dan tukar bateri jam tangan.  Bayar bil boleh buat online ape, tapi suka juga nak pergi kaunter, tang jam tu nasib tak guna bateri double A atau 3A, boleh nak DIY.  Hujung minggu memang tak suka pergi sini.  Nak parking jer satu hal pusing banyak kali baru dapat parkir.  Manusia memang ramai petang tu, erm patutlah ada uji bakat nyanyi-nyanyi untuk kanak-kanak rupanya.
Selesai urusan dan mencari barang yang patut, en.abe ajak pergi mengeteh kejap.  Saya ajak pergi sini, hari tu dah masuk tapi tak sempat duduk anak buah ajak keluar pergi tempat lain.  Nasiblah mood baik masa tu.
Suasana dalam resto, pelanggan silih berganti petang tu...siap boleh tolong tokeh hitung-hitung bisnes hari ini agak lumayan.  Tiap-tiap hari macam ini memang untung, tak nampak pun suasana macam tengah bulan.  Tapi saya suka dengan kerusi meja yang diguna.  Sempoi macam guna kayu kitar semula.
Sila order dan buat bayaran makanan di kaunter.  Cashier akan bagi nombor dan gantunglah nombor tu pada penyangkut yang ada atas meja tu.  Tunggu waiter akan hantar makanan, jangan tutup nombor kang kesian encik /cik waiter cari tak jumpa.
Takdelah beriya nak makan, so orderlah teh tarik, nak try power ke tak teh tarik di TEH TARIK PLACE ini?.  
Nampak foam tu, cam pass lah kan.  Tang rasa, bagi saya oklah, sama macam teh tarik kedai mamak.
Dan padanan teh tarik petang itu adalah roti canai kosong.  Harga sekeping tu, kat luar boleh makan 3 keping.
Dekat wall tu adalah lukisan untuk sekolahkan pengunjung macam saya.  Bagaimana cara masyarakat dunia menikmati teh?
Cara orang German menikmati teh.
Cara Orang Jepun...Cara Malaysian tak snap sebab ada orang duduk tepi dinding tu.
Suka dengan kerusi dia, kecil molek tapi teguh dan kukuh tau.  Nasib masih celui buntut nak duduk.
Lain hari boleh singgah untuk mencoba set menu yang ada sebab yang tu lebih berbaloi rasanya.
Wassalam.

Sunday, 30 November 2014

Infused Water - Minggu Pertama

Assalam...
Konon-konon nak buat cabaran untuk diri sendiri selama 30 hari dengan menyediakan infused water untuk mendetox segala kotoran dalam badan.  Setelah membaca dan mengetahui tentang manfaatnya jika diamalkan, maka berkobar-kobar lagilah keinginan itu.  Yang paling penting usaha untuk mengalakkan diri sendiri minum lebih banyak air setiap hari atau mengikut keperluan badan seseorang iaitu 25kg bersamaan 1litre air.  Benda baik takyah tangguh2, ayo kita amalkan sekarang.  Senang dan ringkas jer untuk disediakan dan boleh campur-campur apa-apa jenis buah.  Ini hasil olahan saya untuk minggu pertama.

Hari Pertama - Lemon + oren

Hari Kedua - Teh + Oren = Tehreen (istilah sendiri)

Hari Ketiga - Timun + Oren + Lemon

Hari Keempat - Timun + Pudina + Lemon + Halia (resepi untuk mengempiskan perut katanya)

Hari Kelima - Oren + Lemon + Limau nipis


Hari Keenam - Lemon + Madu

Hari Ketujuh - Delima + Lemon + Lime
Tipu sebenarnya dapat habiskan setiap jenis setiap hari, jadi time frame seminggu tu tak berjaya dicapai sebaliknya buat tambahan kepada beberapa hari lagi.  Sekali buat kira-kira 2 liter, tapi saya minum masa di rumah saja tak kuasa nak kendong ke tempat kerja.  Lagi satu nanti asyik nak ke toilet, dahlah tempat kerja saya toilet tingkat satu, berapa kali nak kenalah panjat tangga sehari.  Kadang dah lebih 2 hari air tu, tetap jugak minum dan habiskan, bayangkan betapa pahit dan peritnya rasa lemon tu.  Entah-entah khasiat dalam tu dah bertukar jadi kelain pulak....ah sudah siapa pula nak buat kajian kandungan infused water expired ini????.
Wassalam

Wednesday, 29 October 2014

W-W: Watermelon Lime

Assalam...
Ini boleh dianggap sebagai infused water ker?
Kandungan buah yang terlalu menonjol....
Wassalam.

Monday, 27 October 2014

Earl Grey Tea - Dato' Seri S. Samy Vellu

Assalam...
Seronok kadang-kadang bila dapat meluangkan masa dan melayan kawan-kawan bersembang di kedai kopi, walaupun yang diminum itu adalah air teh.  Ini cerita kawan saya yang bekerja di bahagian peramusaji terutama yang selalu berhadapan dengan golongan VIP dan VVIP (menteri, isteri menteri, sultan, sultanah mahupun kaum kerabat).  Daripada mereka ini kami tahu VIP / VVIP itu suka dan tak suka apa ketika menjamu mereka.  Bermula dengan minuman, makanan dan hiasan atas meja semua perlu kena dan tepat.  Misalnya ada menteri yang langsung tak mahu ada sebarang bunga di atas meja, ada yang tak mahu sebarang garnishing yang berwarna hijau pada makanan.  Bila satu-satu majlis VIP yang datang seorang memang senang nak handle, tetapi bayangkan bila lebih dari itu 3, 4 orang yang hadir, kenalah peramusaji sekalian buat homework dari mula hingga akhir majlis.  Pening nak mengingat apa yang mereka suka dan tak suka.  Silap serve akan mengundang padah...
Cerita tentang minuman saja yang patut dihidangkan pada VIP dah pening mendengarnya.  Bila orang ini hadir kena ada air milo, yang ini pula hanya layan kopi kampung (jenama tertentu, kadang mewakili jenama dari daerah asal VVIP), seorang lagi hanya teh jenama lipton, lagi seorang hanya nak air oxygen, yang sebelah pulak request air jenama Sito, Perrier, Evian dan macam-macam lagi.  Tapi yang tak dapat saya lupa bila mereka bercerita tentang Dato' Seri S. Samy Vellu hanya minum Earl Grey tea saja.  Ketika itu saya tak pernah minum lagi teh jenis itu dan tak tahu rasanya bagaimana.  Sebelum ini hanya tahu rasa black tea biasa, rasa sama jer kan...tapi lepas itu mula nak tahu rasa tea premium kata orang seperti Darjeeling, English Breakfast, Earl Grey serta teh berperisa yagn lain.  Ternyata daku turut menggemari rasa teh kesukaan Dato' S. Samy Vellu tu...
Ini saya lawankan earl grey teh dengan karipap pusing besar.  Rasa bukan sebijik tapi semua bijik sama dengan rasa karipap yang dijual di IKEA tu.  Patutlah kan sebab sama tangan yang buat, cumanya yang di IKEA tu tak berpusar dan design pun lain sikit.  Design IKEA tu mana boleh dia jual kat luar, mereka kan dah sign agreement.  See pasal karipap pun kena ada agreement i tell you...
Disebabkan saya ini peminat tegar terhadap karipap IKEA selain air teh.  Maka selalulah membuat risikan siapakah tukang buat karipap itu.  Buat risikan satu Malaysia, pada semua pembuat karipap, pengilang, kedai kopi, makcik kakak yang buat depan tv, termasuk sekali.  Berkat usaha tangga kejayaan akhirnya terjawap semua teka teki empunya gerangan.  Opps maaf tak boleh bagi tahu kat sini...Biarlah rahsia... 
Kenkonon nak balas dendam sakit hati terperangkap dalam jem hampir 2 jam dari tempat kerja nak balik rumah yang sepelaung jer jaraknya.  Dalam perjalanan dah plan sampai umah je nanti nak goreng karipap besar berpusar dan makan puas-puas.  Sebab ikutkan nafsu nak makan banyak, gorenglah 5 biji yang besar gedabak tu...last2, kami 2 laki bini kena ambil masa 2 hari satu malam nak perabih karipap itu dan dilawankan dengan air teh berkoleh-koleh.  
Wassalam.

Tuesday, 21 October 2014

Nescafe - Smoovlatte'

Assalam...
Dapat free tadi masa lalu depan promoter-promoter di stesen Lrt Kelana jaya.  Produk baru agaknya, atau memang dah ada dalam pasaran.  Saya pun tak pasti, lupa nak tanya promoter tu sebab nak cepat tadi.  Bukan peminat kopi atau nescafe pun, tapi dah orang bagi free ambik je.  Pantang dengar perkataan free, iyelah sekarang semua kena duit...so ada yang free memang tak lepas peluang.  Free yang bukan style rebut-rebut tau.  Seorang dah hulur 2 botol, datang seorang lagi bagi  2 botol, katanya untuk ahli keluarga.  Muka teman ini ala-ala ada rakyat jelata yang ramai.  Bagus-bagus, lain kali orang lain pun boleh baca macam tu, so boleh dapat banyak-banyak lagi.  
Ambil untuk bagi en.Abe try product ini.  Dia kadang layan jugak nescafe  ini.  Nanti boleh ler dia komen rasa latte' tu yang sebenar ker tak.  Saya memang tak tahu rasa latte tu macam mana, sebab tak minat kopi kan.  Once a blue month bolehlah layan setengah cawan kopi "O' kampung, itupun yang nipis dan sedikit manis.  Kalau dah pekat-pekat tu serenderlah teman.  Jadi peminat kopi semua, apa tunggu lagi jom mengopi-ngopi dengan smoovlatte' ini, Smooth as silk. 
Wassalam..