Saturday 31 January 2015

Brokoli Dengan Cendawan

Assalam...
Sayur brokoli antara sayur kegemaran yang kaya dengan khasiat dan sangat senang untuk disediakan.  Brokoli yang telah dicelur boleh dibuat salad atau di makan begitu sahaja bersama sumber protein seperti ayam atau daging.  Walau apa pun bentuk brokoli di sajikan ia tetap menjadi pilihan utama dan berikut adalah sajian sayur brokoli yang selalu kami sediakan.
  

Brokoli Dengan Cendawan
Sumber: Mulia

Bahannya
2 kuntum brokoli - potong mengikut kelopak
5 helai cendawan tiram / abalone - carikkan menjadi 2 atau 3
3 ulas bawang putih - chop
2 sudu sos tiram
1 sudu tepung jagung
sedikit air
serbuk lada putih
garam / serbuk perasa
minyak untuk menumis


Penyediaannya
*   Jerangkan air hingga mendidih. Celur potongan brokoli ke dalam air seketika.  Jangan lama sangat nanti brokoli jadi layu.  Angkat dan cepat-cepat masukkan ke dalam air sejuk, letak bekas bawah air mengalir (tips agar brokoli sentiasa kelihatan segar, hijau).
*  Tumiskan bawang putih hingga layu, masukkan sos tiram, sedikit air, serbuk lada putih, garam dan serbuk perasa.
*  Masukkan cendawan dan gaul rata.  Masukkan bancuhan tepung jagung dengan sedikit air.
*  Masukkan brokoli, gaul sebati.  Tutup api dan hidangkan serta merta.  

Jangan biar sayur  yang dah siap atas dapur sebab proses memasak akan berterusan dan memusnahkan vitamin yang terkandung di dalamnya.


P/s - Masih teringat jenaka bekas chef tempat kerja saya dulu, katanya bila hari kekasih tiba - adalah lebih baik menghadiahkan isteri atau kekasih anda dengan bunga kobis dan brokoli daripada bunga.
Wassalam.

Pesanan Tentang Ilmu

Assalam..
Mari berkongsi tentang 5 pesanan tentang ilmu....

Jika engkau bertemu dengan orang yang Lebih Pandai, itulah waktunya untuk engkau Menimba Ilmu

Jika engkau bertemu dengan orang yang Sama Pandai, itulah waktu untuk engkau Berkongsi Ilmu

Jika engkau bertemu dengan orang yang Kurang Pandai, itulah waktu untuk engkau Menyampaikan Ilmu

Jika engkau bertemu dengan orang yang banyak Bicara Perkara Akhirat, itulah waktu engkau Muhasabah Diri
 .
Jika engkau bertemu dengan orang yang banyak Bicara Perkara Duniawi, itulah waktu untuk engkau Diam & Berlalu Pergi.


- Aku hairan melihat manusia sering menyucikan wajahnya tetapi jarang menyucikan 
hatinya
- Imam Al-Ghazali

Wassalam.

Renew Passport Berjemaah

Assalam...
Kak jemah ajak temankan dia pergi renew passport lepas waktu kerja di UTC Pudu sebab nak pergi hari bekerja sangat susah nak mencuri masa untuk pergi pejabat imegresen terdekat.  Nama pun nak mencuri, nasib saya tak mengikut agenda mereka ini.  Tiba hari yang dijanjikan, saya pula boleh terlupa bawa passport, jadinya hanya pergi melenggang kangkung temankan mereka.  Sampai utc jam 7 lebih, dekat-dekat waktu magrib jadi sementara menunggu pintu buka bolehlah berjemaah di surau utc, setiap waktu memang ada solat berjemaah di sini.  Surau dah cantik dan selesa, kalau ada sesiapa yang pernah menggunakan surau yang dulu sebelum puduraya di upgrade tahulah macamana.    
Ramai orang malaysia nak keluar negara kan? Que panjang, petanda yang bagus ini.  Mana-mana pejabat imigresen setiap hari mesti penuh, nombor habis, di utc pudu ini buka setiap hari (kecuali hari kelepasan am) dari pagi sampai malam pulak tu.
Kadar bayaran baru, sekarang semua kena buat 5 tahun tak macam dulu ada option 2 tahun.  Tapi bila baca ini, saya garu-garu kepala.  Sejak bila kata "GRATIS" itu diguna pakai dan menggantikan kosa kata "percuma"?.  Dulu masa ke indonesia selalu jumpa kosa kata ini yang memang saya tak tahu maknanya adalah percuma.  Nak kata ditujukan untuk warga indonesia, tapi ini tempat orang malaysia buat passport atau saya yang memang tak tahu, almaklum dah lama tinggalkan alam sekolah.
Tak perlu dah sediakan gambar macam selalu, hanya duduk pandang kamera, senyum, cheese dah siap...baguskan jimat belanja.
Tak sampai satu jam, passport dah siap, esok boleh terbang.  Terbang mana?, terbang balik kampung kui kui kui.
p/s - Tak perlu nak bersolek-solek bagai sebab gambar yang ditempek dalam passport baru tu nanti hitam putih aje pong.
Wassalam.

Wednesday 28 January 2015

Ole-Ole Dari Kampung...

Assalam...
Bapak ku datang dari kampung
bapakku bawakan makanan
makanan kampung kegemaran
daku bernyanyi sukaria, lalalalala......
Sayang bapak ketat-ketat, susah payah bersama anak saudara tolong bawakan pelbagai bekalan makanan dari kampung.  

Barang femes keluaran daerah saya, ikan bilis dan udang kering.  Udang kering tu sedekah dari penjual katanya, terima kasih en.cahi.  Ini yang segan beli kat gerai dia ini, bila beli mesti dapat free yang lain. 
Hahaha, ini bukan pisang salai walaupun bentuk dan rupa ada iras-iras.  Ini panggil kaloko loka atau kaloko utti.  Lebih kurang pisang kering gitulah, sebab memang pisang yang terlebih masak itu dijemur hingga kering.  Nanti lepas diolah kita cerita lagi.
Burasak / tumbuk, kakak ipar yang tolong buatkan.  Kali ini special sebab guna pulut hitam (bugislah sangat yang nak makan tu kan).
Yang ini paling best, nassu likku (ayam masak lengkuas) guna ayam kampung yang berkeliaran kat halaman.
Sejak semalam dan pagi tadi makan ini jelah saya, burasak / tumbuk pulut hitam bersama ayam masak lengkuas.
Pisang Sabah,  berat yang ini jer dah habiskan kauta bagasi.  Untuk seseorang sebenarnya, tapi nasiblah dia jauh kan, so kami cukai dulu sikit, maaf  ya bos nanti kita hantar pakai whatsapp saja gambarnya.
Dah selamat sebagai sarapan pagi tadi, pisang goreng panas-panas.  Orang kampung makan togel camni jer atau cicah sambal, itu pun dah mabeles sangat, bukan makan dengan cheese tau.
Terima kasih pada individu yang tolong menyumbang tanaga dan barang-barang tersebut.  Jasa kalian tidak akan dilupa...
Wssalam...

Saturday 24 January 2015

Nasiblah Awak tu Tuan Puteri.....

Assalam...
Misi mencari tuan putri yang duduk berdua dalam satu bilik.  Kesian tuan putri ini, nama je anak raja tapi kena share satu bilik.  Sebelum ini saya kenal tepung bungkus jer, tapi tak gemar sangat makan jadi buat tak tahu jelah.  Bentuk sama dibungkus dalam daun pisang cuma 2 ketul tu kekal warna putih saja.  Kalau KUIH PUTRI DUA SEBILIK ini, 2 ketul itu ada warna merah dan hijau.  Ini kategori kuih tradisional melayu yang patut diambil tahu dan dirasa oleh semua yang mendakwa dirinya sebagai anak melayu, jangan lepas ini bila orang tanya, tak tahu, tak tahu, tak tahu.  Tak tahu berentilah....pergi kerja stesen minyak, nanti mat bangla jadi bos awak.
Dah nama pun tuan putri kan, mestilah bersemayam dalam istana ataupun dalam kawasan istana.  Betullah....Yang ini tadi datang / ambil dari jalan istana, jalan yang menuju ke istana kayangan shah alam.  Menapaklah patik yang pacal hina ini pergi mendapatkannya di awal pagi sesudah subuh.  Nasiblah tak perlu nak menjunjung kasih, merapak sembah bagai.
Sorry lah puan sri, saya makan dulu....you jugak yang cakap kan i kena rasa dulu baru tahu sedap ke tak sedap.  Memang sedap, so lepas ini tekak kena set jadi tekak orang kaya baru boleh serve deme ini.
Ini sarapan yang perlu ditunda, nak pergi makan nasi lemak sambal sotong dulu.  Semua nak grab mana tak tembun macam ikan buntal mencari nyawa.
Senyum simpul sebab dapat laksanakan tugas yang pada fikiran orang lain perkara kecil tapi akan membuat saya gelabah dan kusut fikiran untuk melakukannya.  Allah ada, Dia memberi ilham pada hambaNya dan mempermudahkan sesuatu pada masa yang sama.  Bukan nak ek tapi, buat mereka yang nak perli tu terima kasih banyak-banyak.  Eh sentap ke, dak eh...Selamat bercuti dan berhujung minggu kawan-kawan.  Kepada yang menjamu selera dengan kuih ini pada majlis pernikahan pagi tadi, sama-sama kita doakan kepada pengantin baru, semoga dikurniakan anak-anak soleh soleha dan jodoh mereka kekal ke jannah.
Wassalam.

Sunday 18 January 2015

Tea Time, Dinner & Supper

Assalam...
Sudah berapa hari kami tak mengambil nasi ketika tiba waktu makan malam.  Bila dah menikmati makanan ketika tea  time diluar selepas waktu kerja, sampai rumah pada malamnya hanya minum air masak.  Tetapi bila tak sempat mengetah diluar, cukup sekadar menikmati secawan teh atau kopi ketika di rumah.  Dengan kata lain dapur memang tak berasap pada hari bekerja.  Kami pula takdelah mengikut sebarang program diet, tetapi keadaan itu terjadi secara sendiri tanpa dirancang.  Besar kemungkinan disebabkan perubahan waktu dan suasana kerja en.Abe sekarang.  Kini waktu kerja hampir waktu normal, sudah tidak mengikut shift seperti dulu.
Menurut beliau sebelum ini sering terasa letih dan lapar ketika balik ke rumah.  Memang kena masak dan sediakan makanan.  Kadang waktu makan dah lewat malam atau dini hari.  Kita yang jadi peneman pun takkan tengok saja, mesti nak makan sekali, dugaan iman dan nafsu betul.  Sekarang ini rasa syukur sangat, bukan syukur sebab tak perlu masak, atau malas nak masak tetapi sekurang-kurangnya dapat mengawal pengambilan makanan berat pada lewat malam.  Namun tak lupa setiap hari akan tanya sama ada nak makan malam atau tidak, jawapannya hanya sediakan minuman dah cukup...Yahoooo..  Alhamdulillah syukur sangat-sangat sebab kini ada masa yang panjang untuk dinikmati bersama berbanding sebelum ini.
Gambar atas adalah dim sum, siew mei (dumpling ayam) dan har kaw (dumpling udang) lebihan daripada function yang sempat ditapau.  Memang mabuk dim sum petang tu, puas hati dapat makan banyak daripada tea time sampai supper.  Cuba pergi makan kat resto yang jual dim sum entah berapa diorang charge. 
Yang ini pula karipap pusing paling sedap yang pernah saya makan, dibeli dalam bentuk frozen di Pantai Dalam.  Kami cuma panggil Karipap Liza sempena nama pembuatnya.  Selalu musim bulan puasa baru dapat merasa karipap ini, sebab syarikat akan memesan dari beliau, sambil-sambil itu kami tumpang semangkuk untuk beli sepeket dua.
Setakat ini Puan Liza ini buat karipap secara sambilan sahaja di rumah.  Buat mengikut permintaan atau pesanan, saya rasa boleh pergi jauh kalau diusahakan dengan betul berdasarkan rasa dan kualiti karipap yang dihasilkan.  Serius sedap sangat.  Rasa hati lepas ini, nak meriki-riki kalau Puan Liza boleh menerima murid  tua seperti saya untuk diajar cara menghasilkan karipap sedap ini.
Wassalam.

Acar Tumis Nanas Daun Kemangi

Assalam....
Resepi acar tumis simple dan mudah ini adalah hasil inovasi dari en.Abe.  Bila dia dapat peluang memasak, macam buat eksperimen pulak dengan bahan-bahan yang digunakan.  Kadang saya rasa macam resepi tak masuk akal pun ada yang terhasil.  Kalau saya pasti akan masak yang biasa-biasa, yang pernah dimasak atau memang tahu hasilnya bagaimana.  Tiada inovasi dan tak kreatif jauhlah untuk menderhaka kata orang.  Tetapi selalu bila makan hasil air tangan beliau, baru tahu rasanya, boleh jer semua masuk tekak.  Setakat ini belum ada pun lagi yang menjadi rezeki tong sampah.


Acar Tumis Nanas Daun Kemangi
Sumber: Abe Nas

Bahannya
1 biji nanas - potong kecil
1 batang lobak merah - potong panjang
1 tangkai daun kemangi
1 ulas bawang besar - hiris
2 ulas bawang merah - hiris
2 ulas bawang putih - hiris
5 biji cili padi (optional)
1 sudu sos ikan 
2 sudu cuka
garam
gula
bahan perasa
sedikit minyak

Penyediaannya
*  Tumiskan bawang putih, merah dan besar hingga layu.
*  Masukkan lobak merah, sos ikan dan cuka.
*  Masukkan nanas, garam, gula dan perasa.
*  Gaul dan sesuaikan rasa.  Tak perlu masak lama tutup api dan masukkan daun kemangi.


Rasanya yang masam manis ditambah dengan aroma daun kemangi menjadi kelainan berbanding dengan acar lainnya.

P/s - saya lebih suka merata acar ini dari makan bersama nasi mungkin sebab dah set dalam kepala otak makan nasi kena ada rasa pedas, sama halnya dengan sambal yang diletakkan tempoyak.  
Wassalam.

Saturday 17 January 2015

Ikan Putih Sambal Cili Hidup.

Assalam...
Asyik up entri cerita makan dan resepi, aik apa dah jadi?  Dah tukar blog jadi blog masak-masak pulak kah?  Eh takdelah sampai macamtu dan memang tak layak pun.  Antara sebabnya adalah bidang makanan ini salah satu perkara yang digemari walaupun memang diakui tuan blog bukan orang yang pakar dalam hal ini, bukan seorang  yang lincah didapur dan tak pandai masak pun.  Semua untuk catatan sendiri dan sebagai latihan supaya lebih mahir.  Tak malu sebenarnya untuk mengakui yang saya tak mahir di dapur dan percaya ramai lagi diluar sana yang mengalami nasib yang sama.  Namun tiada istilah terlewat untuk kita belajar sesuatu ilmu kerana proses pembelajaran itu suatu proses yang berterusan hingga kita menutup mata.
  

Ikan Putih Sambal Cili Hidup
Sumber: Mulia

Bahannya
1 ekor ikan putih sederhana besar - di potong
3 biji cili merah* (buang biji)
5 biji cili padi (optional)*
3 ulas bawang merah*
3 ulas bawang putih*
1 inc.halia*
2 biji buah keras*
1 biji tomato*
1 batang serai*
1 inc. belacan (optional)*
garam dan bahan perasa
gula secukupnya
kunyit secukupnya
minyak masak secukupnya


Penyediaannya
*   Perap ikan dengan garam dan kunyit seketika kemudian goreng hingga masak.
*   Blender semua bahan bertanda * hingga lumat.
*   Tumis bahan blender (guna lebihan minyak menggoreng ikan tadi) hingga naik minyak atau sedikit pekat.
*  Sesuaikan rasa sambal dengan memasukkan garam, bahan perasa dan gula.  
*  Masukkan ikan ke dalam sambal, kacau untuk sebatikan dengan sambal dan masak seketika.  
*  Tutup api dan bolehlah dihidang.

p/s: ikan putih panggilan di sabah (bale cepak) kalau tak silap orang semenanjung panggil  ikan nyok nyok.

Wassalam.

Masak Lemak Ikan Dengan Nanas

Assalam...
Dalam percubaaan untuk belajar menggunakan harta karun periuk noxxa, ini antara hasil yang telah dimasak.  Memasaknya pun dah lama, ikan yang digunakan itu antara bekalan yang dibawa balik dari kampung hari itu.


Masak Lemak Ikan Dengan Nanas
Sumber: Mulia

Bahannya
5 keping potongan ikan merah
1/2 biji nanas
1 kotak santan (250ml)
1 serai - ketuk
10 biji cili padi*
2 biji cili merah*
2 ulas bawang merah*
2 ulas bawang putih*
1 inc. kunyit hidup*
1 inc. halia*
Garam dan perasa
Minyak untuk menumis

Penyediaannya
*  Tumbuk semua bahan bertanda '*' hingga lumat.
*  On periuk noxxa, tekan butang stir-fry.  Panaskan minyak, tumis bahan tumbuk hingga layu.  Masukkan serai.
*  Masukkan ikan, nanas, santan dan gaul rata.  Tekan butang off.  Ketatkan penutup periuk, pusingkan nob ke sign presurre.  Tekan butang pressure set masa 5 minit. 
*  Selepas 5 minit, pusingkan nob untuk keluarkan wap hingga habis dan buka tutup periuk.  
*  Perasakan dengan garam, serbuk perasa pilihan dan gaul rata.
*  Tekan stir fry masak sekejap kemudian tekan butang off. 

p/s; memasak guna cara lama, kena tunggu dan kacau dengan sabar untuk mengelakkan santan berbaur.....satu bonus jika sambil gaul tu sambil zikir atau selawat.
Wassalam.

Ikan Kayu Masak Tanakrota'

Assalam...
Kata nama "tanakrota" (bahasa bugis) merujuk kepada santan yang dimasak sehingga kental atau berketul-ketul.  Maksudnya proses pertengahan dalam penyediaan minyak kelapa.  Sebelum menjadi minyak masak matang dan tahi minyak.  Menu ini sebenarnya antara makanan yang pernah saya makan ketika zaman kanak-kanak di rumah saudara dekat, seingat saya mak sendiri tak pernah memasaknya.
Menu ini sebenarnya simple cuma perlukan masa sedikit untuk penyediaannya, dulu selalu makan tetapi tak pernah melihat bagaimana ianya disediakan.  Maklum ketika itu masih kanak-kanak, jadi soal memasak  tak minat nak ambil tahu, nasib mak hajjah masih ada untuk bertanyakan resepi.  
Ikan kayu dibersihkan dan potong kecil-kecil, seeloknya gunakan ikan kayu yang kulit berlorek/ bintik kerana isinya yang lembut. 
Yang menjadi mangsa untuk menanyakan resepi adalah anak sepupu.  Sebenarnya nenek beliau adalah si empunya resepi ini.  Jom kita semak bagaimana nak sediakan resepi tradisi ini.
Ikan Kayu Masak Tanakrota'
Sumber: Mak Hajjah

Bahannya
1 ekor ikan kayu (tongkol / aya)
Santan pekat dari 2 biji kelapa
Serai - diketuk
Serbuk kunyit
Garam dan perasa
4 ulas bawang merah*
4 ulas bawang putih*
1 biji cili merah*
1 inc. halia*
10 biji cili padi*

Penyediaannya
*  Tumbuk semua bahan bertanda '*' hingga lumat.
*  Masak santan hingga menjadi berketul-ketul (tanakrotta').
*  Masukkan bahan tumbuk, serai, kunyit dan ikan.
*  Masak lagi hingga pekat / keluar minyak.
*  Masukkan garam dan sesuaikan rasanya.
 
Sekali pandang mungkin ada yang menyangka masak tanakrota' ini sama dengan rendang, kerana prosesnya juga mengambil masa.  Namun ternyata berbeza kerana tanakrota' ini tidak menggunakan sebarang rempah.
Terima kasih pada anak seudara Atinurul yang berusaha untuk meminta resepi dari mak hajjah, semoga sama-sama meraih pahala daripada ilmu yang diajarkan.
Wassalam.

Friday 16 January 2015

Agenda Isi Perut, Cuci Mata, Cuci Poket.

Assalam...
Semalam lepas waktu kerja, kami berempat pergi Paradigm Mall.  Agenda sekejap saja nak develop gambar banjir dan bayar bil tepon.  Mula plan pergi berdua, tahu yang ketiga dan keempat pun nak ikut, so pergi dua kereta sebab yang keempat terus nak balik lepas tu.  Makna kami kena hantar yang ketiga balik nanti.  Bila dah pergi berjemaah akan panjanglah langkahnya kurang-kurang pun setiap seorang perlu dapat apa yang mereka inginkan.
Berapa kali pusing jugaklah baru dapat parking, ketiga dengan keempat dah nak siap makan cendol & laksa diorang baru kami sampai.
Tak perlulah pergi penang kalau nak rasa cendol berdiri penang road ini.  Dah banyak cawangan di lembah klang ini.  Kali ini try cendol cempedak pulak.  Sedapp.
Must try yang ini, Penang Curry Mee selalu yang kita makan Ipoh Style.  Penang style kuah putih kena gaul dengan sambal baru tukar warna.
Pemakan pedas kena letak sambal banyak-banyak baru terasa kicknya, pedas lah tapi..
Order yang ini jugak, spring roll tak suka cicah dengan sos, cicahlah dalam kuah laksa dalam bekas bulat tu.
Cuma kalau kat sini tak dapatlah nak jumpa mr. tan.  Pekerja mereka guna khidmat sama ada paki atau bangla tak tahulah, tapi sek-sek tulah semua.
Jian Rui tu maksud cendol ker?
Ketiga yang selalu jadi model tak berbayar, sebab dia yang termuda maka selalu jadi sasaran si pembuli.
Terus ke agenda seterusnya kena berpecah, kami pergi cuci gambar ketiga dan keempat keluar masuk kedai entah apa yang dicari.  Lepas tu teringat nak cari buku pasal gst, nak lebih faham kenkononnya.  Jumpa semula ketiga dan keempat di popular rupanya diorang dah lama kat sini tengah pilih-pilih novel.
Dapat juga buku pasal GST yang saya nak tu ada off 20%.  Pastu terbeli pulak The Unsung Hero, novel terbaru dari Melur Jelita.
Settled di popular, yang keempat kena balik cepat sebab nak ambil adik di Subang.  Mesti senyum sampai teliga tu balik dengan menjinjit novel satu plastik beg, mentang-mentang brim dia baru dapat.  Kami teman yang ketiga pula pergi poh kong, sebab nak servey emas katanya.  Dapat bonus berganda kot dia ini bonus company atau bonus brim atau bonus asb. 
Ketiga beli rantai leher, puas hati katanya sambil cakap ulang-ulang.  Menyesal beli hp mahal-mahal hari itu, kalau beli emas lebih baik, lebih untung.  Saya pun dapatlah ganti buntut subang yang dah lama tercicir, sebelum ini kena pakai lain sebelah, dah rupa samseng pun ada.
Kalau ada duit lebih bolehlah beli jongkong emas sebagai pelaburan, semalam harga emas 916 RM160 per gram, jongkong tu emas 999.9 harga RM185 per gram.  Sekarang macam banyak je orang melabur jongkong emas, tapi hati-hati ye dalam memilih jenis pelaburan itu sebab akan ada saja yang suka ambil kesempatan.
Sebelum hantar yang ketiga balik rumah, kami singgah mamak dulu kopi-kopi pekena meggi goreng.  Siap kena halau dek mamak sebab diorang nak tutup kedai, yang ketiga tak habis cerita lagi.
Short outing macam ini kadang-kadang ok jugak, tetapi jangan lupa diri sebab esok bukan public holiday.
Wassalam.