nuffnang_bid = "6d3fefaa2657f8901dfaPages

Showing posts with label Pantang Tak Terlarang. Show all posts
Showing posts with label Pantang Tak Terlarang. Show all posts

Monday, 14 July 2014

Rama-Rama Hijau.

Assalam...
Saya tak tahu nama saintifik rama-rama ini, sebab warna hijau saya panggil ler ikut warna tu.  Mula-mula hinggap kat kaki, terbang hingga kat langsir pulak.  Entah mana datangnye, nak kata terbang mencari debunga, rumah takde sebarang pokok pun.  Kepak sebelahnya pula dah cacat dan terkoyak.
Orang tua-tua kata, kalau ada rama-rama masuk rumah, rezeki nak datang atau orang nak masuk meminang.  Entahlah sejauh mana kebenaran cerita dongeng tu kan?  Abis kalau satu rumah pelihara rama-rama?  memanglah rezeki sebab orang masuk kena bayar nak tengok rama-rama cam di Butterfly Farm kat Penang nu.  Biarkan jerlah dia menikmati hari-harinya.
Keesokkan hari ketika menyapu lantai, jumpa bangkai rama-rama hijau bi bawah katil..begitulah pengakhirannya, walaupun hidup sementara namun sempat memberi warna dan keindahan untuk dinikmati oleh insan lain.
Wasalam.

Tuesday, 12 November 2013

Pantang Larang ketika membuat tapai....

Assalamualaikum....
Sambung sedikit berkenaan pembuatan tapai.  Percaya atau tidak, terdapat pantang larang yang selalu orang-orang tua amalkan ketika menyediakan tapai ubi atau pulut.  Namun Mulia hanya akan mengutarakan petua atau pantang larang yang dirasakan logik dan tidak mengarut atau bertentangan dengan akidah. Kalau di fikirkan, ini merupakan tips-tips bagi memastikan hasil yang diperolehi kelak di tahap yang memuaskan.

Antaranya adalah.
1. Semua peralatan pada setiap peringkat proses perlu bersih untuk memastikan hasil yang baik.
2. Perkakas tidak boleh digunakan secara bercampur dengan makanan lain.  Sekiranya telah digunakan untuk menyediakan makanan lain, perlu dicuci dan dibersihkan terlebih dahulu.
3. Perlu dijauhkan dengan perkakas yang berminyak.  Sebelum itu tangan si pembuat juga perlu dicuci bersih.
4. Jangan cuba membuka tapai yang belum sampai waktu minimum kematangannya.  Mengakibatkan yang lain akan terbantut dan tidak manis.
5. Simpan di tempat yang khas, berbungkus, tempat yang agak panas dan tersorok.

Inilah antara pantang larang yang selalu Mulia dengar.  Terpulang pembaca untuk menilainya dan seterusnya menjadikan sebagai iktibar.  Mungkin mereka diluar sana ada tips yang lain.
Wassalam.