nuffnang_bid = "6d3fefaa2657f8901dfaPages

Showing posts with label Bugis. Show all posts
Showing posts with label Bugis. Show all posts

Wednesday, 1 March 2017

Permandian Alam Citta, Soppeng


Assalam..
Tempat permandian alam ini tidak lah besar seperti sungai atau air terjun dalam hutan atau rimba rekreasi.  Uniknya lokasi Permandian Alam Citta terletak di tengah-tengah kawasan perkampungan yang bernama Desa Citta, Kecamatan Citta, Kabupaten Soppeng.



Sumber mata air Citta terdapat di bawah rimbunan pokok-pokok ini.  Pokok asal yang sangat besar tempat terbitnya mata air telah pun mati dan berganti dengan anak-anak pokok daripada pokok yang asal.  Istimewanya sumber mata air ini tidak pernah kering walaupun pada musim kemarau. 


Puas meneropong ke dalam lubang aliran air untuk melihat lokasi tepat mata air tersebut.  Namun hampa sebab terletak jauh ke dalam di sebalik akar kayu.


Sumber air yang sangat jernih dan sejuk.  Kami perhatikan orang yang berada dihulu mandi dengan menggunakan shampo dan sabun, bekas atau buih sabun / shampo tersebut  sangat cepat meneutral semula.   


Kolam pertama yang paling hampir dengan sumber mata air.


Beberapa buah pam air yang diletakkan oleh penduduk kampung untuk menyalurkan bekalan air bersih ke rumah mereka.  Terdapat juga perusahaan yang membekalkan air mineral sumber daripada air Citta untuk pasaran tempatan.


Pondok rehat yang disediakan kepada pengunjung, semasa kunjungan kami hari itu, tiada group pengujung lain (kemungkinan bukan hari cuti) melainkan beberapa orang kampung yang datang untuk mandi dan membasuh pakaian.  Di sebelah bawah belakang pondok disediakan beberapa buah kolam yang lebih besar untuk menampung jumlah pengunjung pada waktu puncak.


Rumah-rumah tradisional penduduk yang terdapat di Desa Citta. 


Salah satu sumber tanaman yang diusahakan oleh penduduk di desa ini adalah penanaman tembakau.  Jika kena pada waktu panen tembakau, pengunjung dapat melihat aktiviti pengolahan tembakau secara tradisional oleh penduduk tempatan.


Di desa ini juga terdapat kawasan perkuburan lama yang menempatkan Makam Ikajao Datu Citta (Raja) dan keturunannya.


Pengurusan dan pengelolaan kawasan dikendalikan sendiri oleh penduduk tempatan dan terdapat sedikit bayaran yang dikenakan kepada pengunjung masuk ke kawasan Permandian Alam Citta.  Bayaran tersebut tidak dikira mengikut per kepala sebaliknya mengikut group atau jumlah kenderaan pengunjung. 
Wassalam.

Saturday, 4 June 2016

Kuih Bangkit (Versi Bugis)


Assalam...
Kuih bangkit kiranya salah satu kuih tradisi orang Bugis jugak ni.  Tapi kuih bangkit dia tak bangkit pun macam versi orang melayu punya kembang kembung tu.  Kuih bangkit orang Bugis kepingannya hanya nipis, leper tapi rapuh atau rangup.  Ini bukan yang saya buat, tapi beli di gerai penjual jajan di Batu 32 Check Point, Sandakan.  Pertama kali sebenarnya beli sebab selalu dapat stock dari kakak-kakak sepupu, kali ini balik kampung sekejap saja tak duduk tak sempat panas punggung pun.  Dengan jiran pun tak sempat berhai-hai, dapat jumpa seorang dua je saudara dekat itupun sebab diorang datang rumah.



Kuih ini tak guna bahan yang banyak, ada 4 bahan utama tepung, telur, gula dan kelapa parut goreng hingga perang (tapi tak sampai perang macam nak buat kerisik tu).  Yang saya beli ini bangkit kelapa (kira jenis bangkit popular, boleh kata masa perayaan hari raya, setiap rumah orang bugis wajib ada kuih bangkit ini). Kelapa adalah satu-satunya bahan yang selalu orang ganti dengan kacang, minyak, ekoran itu adanya jenis bangkit kacang, bangkit minyak dan sebagainya.  Kuih ini jadi kegemaran orang tua-tua ketika minum petang bersama kopi atau teh panas, yang cicah dalam kopi pun ada. 


Dulu cukup mengelat ketika tiba masa nak buat kuih ini, tak suka melekit-lekit, berminyak dan makan masa lama sampai pernah cakap tak suka makan kuih ini.  Kalau tolong menunggu depan ketuhar lagi asab, berloyang-loyang kuih yang rentung.  Lebih berminat dan rajin nak tolong kalau ada yang buat biskut moden atau kuih lain selain kuih bangkit.  Bakar kuih bangkit kena terjonggok depan ketuhar, kena pandai jaga api sebab kuih nipis dan cepat hangus.  Kadang-kadang tu sengaja buat dajal sebab nak tunggu orang halau, teruk sangat perangai masa tu kan.  Sebab tulah ilmu tak lekat nak buat kuih ini, sampai sekarang tak mampu nak buat sendiri.
 
Mujurlah ramai lagi sepupu yang buat dan sudah ada yang komersialkan.  Mana-mana pasar di bandar-bandar besar di Sabah ada menjual kuih ini, jadi kalau teringin atau rindu nak makan bangkit beli saja.  Tapi still suka makan yang orang bagi hadiah, raya ini balik kampung saya jadi cadangnya nak pergi collect satu balang satu rumah hahahaha...  Esok lusa kita dah start berpuasa, mohon ampun dan selamat menyambut ramadhan.
Wassalam.

Tuesday, 23 February 2016

Burasak Induk, Pekan Nenas Pontian.


Assalam...
Perjalanan balik dari Pontian kami bercadang nak singgah ke Muzium Nenas, tapi ntah apa silapnya google jalan tapi tak jumpa, walau pun dah patah balik jalan area tu beberapa kali.  Lupakanlah, takde rezeki nak singgah.  Pujuk jer hati, lain kali boleh datang lagi, tapi nak menunggu masa untuk naik bas balik kl tu lambat lagi.  Sahabat saya ajak singgah solat dan mengeteh kat mana-mana warung sekitar Pekan Nenas.   Bila ternampak warung burasak ini beroperasi, semangat sungguh dia nak singgah sini, sebenarnya masa lalu pagi tu dia dah cerita tempat jual burasak tapi setiap pagi dia lalu warung tu tak pernahnya buka.   Saya sampai terjerit masa dia nak masuk simpang, boleh dia corner maut kat situ, nasiblah kereta yang berada dibelakang jauh dan dipandu perlahan.
 

Alhamdulillah, dapat rezeki makan burasak.  Ada 3 lauk utama yang disediakan Ayam Masak Lengkuas (nassu likku), Serunding / Sambal kelapa (bejabuk) dan Asam Pedas Ikan Parang yang pekat (nasu metti').  Tapi saya lebih suka makan dengan nassu likku, mungkin sebab dah terbiasa yang tu banding makan dengan asam pedas.  
 

Ini cafe Burasak Induk yang bersebelahan Balai Bomba, Pekan Nenas, Pontian.  Dibuka dari jam 1 hingga 6 petang dan tutup pada hari selasa.  Kalau lalu waktu pagi, memang tak buka yer.  Memang puas hati dapat makan burasak hari itu, cukup rasa dan cukup lemak burasak dan nasu likkunya.  Tapi, ada tapinya hari itu tak dapat nak rasa burasak pulut (lepat lui) sebab kehabisan stok.  Sahabat saya dan en.Abe penggemar burasak pulut tapi sebagai bekalan pulang tapaukan juga burasak bawa balik PJ.
 

Kalau ada yang berminat nak buat tempahan, boleh hubungi nombor di bawah tu.  Mereka boleh uruskan penghantaran tempahan ke luar daerah.  Ujung minggu lepas pun saya dapat makan burasak buatan Bugis Delight yang dihidangkan pada majlis perkahwinan yang diadakan di Pusat Alumni Universiti Malaya (PAUM), KL.
 
"Hari-Hari, Hari Raya" sesuai sangat dengan moto, sekarang kita boleh nikmati burasak diluar musim perayaan.  Tak perlu tunggu hari raya lagi, rasa nak makan burasak order jer dari Bugis Delight ini. 
Wassalam.

Sunday, 31 January 2016

CAPING...

Assalam...
Apa itu caping? sape tahu angkat tangan.  Kalau lihat gambar dibawah mesti tahu apa itu caping.  Silalah scroll hingga abis.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.


 
Pakaian dalam yang dipakai untuk menutup alat kelamin orang-orang di nusantara pada zaman dahulu kala.


Bahan yang digunakan untuk membuat caping pun berbeza mengikut standard sosial pada masa itu.  Golongan raja dan orang kaya-kaya memakai caping yang diperbuat daripada emas.

Sementara caping untuk golongan marhaen atau orang miskin caping mereka diperbuat daripada tempurung kelapa.

* Sumber Muzium Bugis, Pontian Johor.

Wassalam.