nuffnang_bid = "6d3fefaa2657f8901dfaPages

Saturday, 28 February 2015

Masjid Melayu Lebuh Acheh, Pulau Pinang.

Assalam...
Plan dalam hati akan berkunjung ke sini bila ada peluang ke Penang suatu hari.  Beberapa kali berkunjung tetapi tiada rezeki dan hari ini diperkenankan, walaupun dalam keadaan kurang menyenangkan pada mulanya.  Kira tempat ini sebagai penyelamat keadaan ketika itu, biarlah saya simpan cerita itu sebagai kenangan.
Baca yang bawa ini kenapa, masjid ini begitu istimewa....tok dan tok wan yang pergi mekah naik kapal laut dari pelabuhan georgetown dulu-dulu, mesti akan singgah di masjid ini.  Dulu mana ada kompleks haji tempat berkumpul seperti sekarang ini.
Kawasan wakaf Masjid Melayu Lebuh Acheh ini merupakkan penempatan masyarakat melayu sejak dahulu sehingga kini masih dihuni oleh beberapa generasi penghuni asal.  Rumah-rumah tradisional melayu juga masih dikekalkan dalam bentuk yang asal.
Dulu ada juga kawan saya yang tinggal di kawasan ini, sewa memang murah tapi itu dulu sebelum akta kawalan sewa dimansuhkan.
Menara utama masjid.
Sebahagian rumah di kawasan masjid.
Kawasan perkuburan lama yang terletak di belakang masjid.
Masjid Melayu Lebuh Acheh ini terletak di dalam kawasan tapak warisan dunia UNESCO, memang ramailah yang berkunjung ke sini.
Walaupun pada hari itu panas terik, tapi daku tak merasa bahangnya kerana perasaan yang begitu gembira.  Flash back ketika hampir 20 tahun yang lalu berjalan kaki dengan rakan-rakan studio mundar-mandir di kawasan ini bersama pen dan peta ditangan.
Plak pewartaan sebagai bangunan warisan
Hari ini ditemani oleh dua orang yang berlainan generasi tapi punya minat yang sama.
Ruang anjung masjid
Pintu ke ruang solat utama / dalaman masjid.
Ruang dalaman masjid / ruang solat utama.
Mimbar
Tetingkap masjid yang diperbuat daripada kayu.
Serambi masjid disebelah tempat wuduk untuk jemaah lelaki.
Ruang wuduk lelaki yang ada ruang terbuka di tengah bumbung untuk ventilasi udara dan cahaya.
Ruang solat wanita di sebalik tirai kayu.
Tempat wuduk tambahan di sebelah berdekatan dengan pintu masuk utama ke dalam kawasan masjid.
Semoga suatu hari boleh berkunjung ke sini lagi.
Wassalam.

No Smoking...

Assalam...
Mari tenangkan minda dan tonton video ini....


Wassalam.

Thursday, 26 February 2015

Kenduri Orang Sekampung

Assalam...
Kami pergi kenduri di shah alam tapi yang menjemput tu datang dari jauh, dari kampung, nun jauh di sana.  Orang (bapak) yang tolong info itu pun kebetulan datang berkunjung beberapa minggu ke rumah.  Beriya-iya beliau ingatkan dan tanya kami tentang kenduri ini.  Cerita dan sebut nama-nama orang kampung yang akan datang, pastu tanya bila nak pergi? tau tempat ker tidak? siapa nak bawa? nak pergi dengan sape?,  macam-macam soalan dan cerita, macam tak sabar pun ada juga.  Ada apa-apa ker?  beriya sangat nampak, nasib tak usik aik sapa yang nak kahwin ini anak cik nuriati ker bapak?  
Memang ada niat disebalik tu sebenarnya.  Selain jumpa orang kampung, beliau saya ini nak mencari teman atau menumpang mereka yang hendak balik ke kampung rupanya.  Puas kami pujuk agar tinggal lebih lama sikit, bolehlah kami bawa dia pergi cuti jauh-jauh, tapi semua tak jalan.  Tak senang nak gula-gulakan orang tua tu.  Adik sepupu siap janji akan antar dia balik kampung, tapi biasalah orang tua yang hidupnya sepanjang masa bergelumang dengan tanah dan cangkul, mana betah nak duduk rumah di bandar, rumah yang tak berhalaman.  Balik dari kenduri terus dia suruh belikan tiket balik kampung yang sama masa dengan mereka.  Full Stop, 3 hari lagi nak balik.  Tak ikut kan nanti merajuk, kecik hati.  Apakan daya ikutkan sajalah.  
Berbalik pada majlis kenduri, kira ini sedara jauh tapi dekat.  Arwah mak bapak pengantin dulu duduk satu kampung, jadi anak-anak almarhum (kakak dan abang pegantin) tu teman sepermainanlah masa kecik-kecik dulu.  Tetapi bila dah masing-masing berhijrah keluar dari kampung, maka jarang sangat dapat berjumpa, kadang-kadang nama pun dah tak ingat terutama yang super duper junior.  Di bandar ini kadang-kadang hubungan sedara mara yang rapat boleh jadi sebaliknya.  Ada pulak masa di kampung saling tak berkenal tapi duduk dibandar jadi mesra, erm macam-macam sebenarnya boleh terjadi.
Kenduri kali ini, kami sempatlah berkampung dua hari di sini.  Sehari sebelum kenduri, kami datang untuk turung (rewang kata orang johor), sebab majlis ini mereka sepenuhnya bergotong-royong sediakan makanan.  Bagus juga mereka ini, adat kampung mereka suburkan di bandar.  Tenaga gotong royong mereka adalah adik beradik, sepupu sepapat, orang kampung yang didatangkan khas sebagai ketua tukang masak dan mana-mana orang sekampung yang dapat info tentang majlis ini.  Sempatlah kami tolong mana yang patut, tapi banyaknya kami tolong tengok jer mereka melapah daging, siang ayam, sayur, memasak kuih dan sebagainya. 
Pengantin bersama geng-geng joran, kalau pegawai tentera kahwin diiring dengan pedang, kaki pancing diraih dengan joran.  Didoakan semoga pasangan pengantin baru bahagia selamanya hingga ke surga.  Konon-konon sibuk rewang, alasan tak ambil gambar banyak.
Wassalam.

Happy Birthday Daniyel...

Assalam...
Awal bulan lepas sebenarnya birthday si Muhammad Daniyel Qushairy yang ke-2 tahun, anak pada sepupu saya.  Kira anak sedaralah tu kan dah adik-beradik sendiri takde, jadi takdelah anak sedara sendiri.  Kena tunggu dari sebelah adik-adik iparlah nanti.  Birthday baby sebenarnya tapi makanan yang disediakan semua untuk orang dewasa.  Acilah tu sebab yang excited nak makan mak pak diorang.  Baby sambung makan bubur nasilah.  Makanan semua dimasak dan disediakan oleh si nenek daniyel, kami datang bawa perut saja.
 Ketika orang menyanyikan lagu happy birthday, daniyel jadi malu-malu.
 Dok aim benda ini, tetapi bila toleh dah habis.
Spaghetti ape tah, senang dah siap campur dengan kuah.
Salad macaroni, menu kesukaan dan feberet nenek daniyel.
 Penggemar ayam goreng pastinya
 Susah betul nak ambil gambar dia ini, daniyel seorang pemalu sebenarnya walaupun agak lincah dan lasak.  Aksi-aksi stuntmant lompat atau jatuhkan diri dari meja, letak jari telunjuk pada kipas yang tengah berpusing tu dah biasa.  Fening si nenek yang menjaga.
Semoga membesar jadi anak soleh dan cerdik yang dapat menggembirakan abah dan umi ya daniyel.
Wassalam.

Tuesday, 24 February 2015

Sayur Campur Masak Lemak Cair

Assalam...
Wahai dewa dewi pemakan sayur semua.  Dapat semangkuk sayur yang berwarna warni begini pasti hati jadi girang kan.  Saya lah tu, sebelum makan boleh merata sayur semangkuk dua kemudian baru cari nasi.  Makan sayur banyak takpe, sayur kan kaya dengan serat, boleh tolong-tolong enjin dalam badan lancarkan proses metabolisma badan.  Individu yang menghadapi masalah ini taulah betapa seksanya hidup sebab tak dapat nak membuang.  Mari kita makan sayur banyak-banyak tak perlu bergantung pada ubat....
Sayur Campur Masak Lemak Cair
Sumber: Mulia

Bahannya
1 batang lobak merah - hiris nipis
2 pokok sawi - potong pendek.
sedikit bunga kobis - potong kecil
1 pkt tempeh - potong kecil
1 ketul soo hoon - rendam hingga lembut
2 batang fucuk - rendam hingga lembut & potong pendek
kobis secukupnya
sedikit ikan bilis atau udang kering*
2 ulas bawang merah*
3 ulas bawang putih*
1 inc. halia*
1 litr. santan
serbuk kunyit (kalau nak kuah warna kuning)
garam dan serbuk perasa
minyak secukupnya


Penyediaannya
*  Tumbuk bahan bertanda '*' hingga lumat.
*  Panaskan minyak dan tumis bahan tumbuk hingga layu.
*  Masukkan potongan carrot, bunga kobis, fucuk dan santan cair.  Biar seketika hingga sayur separuh masak.
*  Masukkan baki sayur yang lain (sawi, kobis, tempeh dan soohon).
*  Sebatikan dengan garam, bahan perasa kesukaan dan tutupkan api.  Elakkan memasak sayur terlebih lama hingga menjadi layu.

Sayur ini boleh kot menggantikan menu-menu yang terlalu sarat dengan rempah.  Musim-musim panas ini kalau makan lebih rempah, bukan takat berasap dan berpeluh badan, tetapi peluh yang keluar tu kadang bersama-sama bau yang kurang menyenangkan.
Wassalam.

Monday, 23 February 2015

Jom Menambah Ilmu

Assalam...

Nak sharekan info yang saya terima dari group whatsApp tempat kerja.   Kumpulan sasaran bukan hanya kepada pengendali atau pengusaha atau pengilang makanan tetapi sangat penting adalah pengguna yang terdiri daripada orang-orang seperti saya, anda, kita semua.  Forum perdana berkenaan halalan toyyiban, sangat relevan dengan  kehidupan kita masa kini yang sangat kompleks, segala-galanya hendak yang segera termasuk jugak hal berkenaan makanan.  Inilah masa yang sesuai untuk kita merungkai persoalan berkenaan halal haram dalam makanan yang sering kali menjadi isu hangat. 

Mari ramai-ramai kita lapangkan sedikit waktu untuk menambah ilmu tentang halal haram yang terdapat dalam makanan kita.  Terbuka untuk semua jadi bolehlah pergi berjemaah bersama rakan-rakan atau ahli keluarga bertempat dan waktu seperti dalam gambar.

Wassalam.

Cuaca Panas dan Kesihatan

Assalam...
Saya cnp dari laman web kementerian kesihatan tentang nasihat dan langkah-langkah yang perlu diambil  ketika cuaca panas yang melampau ketika ini.  Sama-sama kita jadikan .

Pengenalan
Suka atau tidak kehidupan kita dipengaruhi oleh keadaan cuaca harian.
Cuaca panas dan kering adalah fenomena yang biasa di kawasan tropika seperti Malaysia.
Pendedahan kepada cuaca panas adalah salah satu penyebab yang menyumbang kepada peningkatan kedatangan pesakit ke klinik, bilangan kemasukan ke hospital dan malahan kematian dari sesuatu penyakit tertentu terutamanya di kalangan kumpulan yang berisiko tinggi.

Kesan Kesihatan akibat dari Pendedahan kepada Cuaca Panas
Apakah kesan kesihatan berkaitan dengan panas?

Cuaca panas adalah tekanan fizikal kepada badan manusia. Kesan kesihatan adalah berbagai dari sederhana (mild) kepada teruk seperti strok haba, yang boleh menyebabkan maut.

Masalah berkaitan kesihatan boleh terjadi di berbagai tahap suhu disebabkan oleh;
  • Pakaian yang pelbagai jenis, keadaan pekerjaan, aktiviti fizikal dan beban kerja.
  • Kumpulan umur
  • Kecergasan individu
Kesan kesihatan berkaitan cuaca panas termasuk;
  • Keletihan/kelesuan akibat dari panas (heat fatigue)
  • Pitam/pengsan akibat dari panas (heat syncope)
  • Kekejangan akibat dari panas (heat cramps)
  • Keletihan/kepenatan akibat dari panas (heat exhaustion)
  • Strok akibat dari panas (heat stroke)
Tanda dan gejala kesihatan berkaitan dengan panas
Bagaimanakah saya mengetahui yang saya menghadapi masalah kesihatan berkaitan dengan panas?

Tanda-tanda dan gejala masalah kesihatan berkaitan panas adalah pelbagai bergantung kepada keterukan keadaan sesuatu masalah itu. Gejala-gejala biasa termasuk;
  • Sakit kepala
  • Keletihan
  • Tumpuan lemah
  • Pening
  • Lemah otot–otot badan atau kekejangan
  • Mual dan muntah
Keadaan yang terlalu teruk boleh menyebabkan dehidrasi (kekeringan), kekeliruan, dan koma (tidak sedarkan diri).

Komplikasi (kerumitan)

Apakah keadan yang paling teruk boleh berlaku disebabkan masalah berkaitan panas?
  • Strok panas boleh menyebabkan maut
  • Kerosakan organ badan seperti ginjal, otak, jantung dan hati
Kumpulan Berisiko
Siapakah yang berisiko menghadapi masalah kesihatan berkaitan panas?

Semua orang adalah berisiko menghadapi masalah kesihatan berkaitan dengan panas. Walau bagaimanapun, kumpulan tertentu adalah lebih berisiko untuk menghadapi kesan kesihatan. Kumpulan ini termasuk;
  • Mereka yang terbabit dengan kegiatan aktiviti fizikal seperti buruh, peladang, ahli sukan, tentera, dan lain-lain.
  • Orang dewasa (orang yang berumur 40 tahun keatas adalah 10 kali ganda lebih berisiko berbanding dengan orang yang lebih muda).
  • Kanak-kanak berumur 5 tahun ke bawah
  • Mereka yang menghidapi masalah pernafasan dan jantung
  • Mereka yang menghidapi penyakit darah tinggi, kencing manis dan penyakit kelenjar tiroid.
Risiko bertambah jika mereka memakai pakaian yang tebal dan ketat, yang menghalang panas keluar dari penyejatan/pengeringan peluh.

Pencegahan

Bagaimanakah saya boleh mencegah atau mengurangkan kesan kesihatan akibat daripada cuaca panas?
"Mencegah adalah baik daripada mengubati". Terutamanya untuk mereka yang di klasifikasikan dalam kumpulan yang berisiko tinggi, mereka adalah dinasihatkan untuk berhati-hati dengan kemungkinan tersebut.
Di bawah adalah tip–tip pencegahan:

Perlu
  • Minum dengan banyak, tanpa mengira tahap aktiviti anda. Jangan tunggu hingga anda dahaga.
  • Minum minuman isotonik kerana ia boleh menggantikan garam dan mineral yang hilang semasa berpeluh.
  • Berada di dalam rumah/bangunan
  • Hadkan aktiviti luar
  • Berehat dengan kerap
  • Mandi atau buka kipas angin untuk meyejukkan anda
  • Pakai pakaian yang ringan, berwarna-terang, dan longgar.
  • Pakai topi atau payung yang besar
Jangan/ tidak perlu
  • Minum minuman yang mengandungi kafein, alkohol, atau kandungan gula yang tinggi.   
  • Membiarkan seseorang di dalam kereta yang bertutup.
  • Bersenam dalam cuaca panas
Apakah yang perlu saya lakukan jika saya mempunyai tanda-tanda masalah berkaitan dengan suhu panas?

Ingat tip–tip di bawah;
  • Keluar dari kawasan yang panas
  • Tanggalkan pakaian yang ketat
  • Letakkan kain yang basah dan sejuk pada badan
  • Gunakan kipas untuk sejukkan badan
  • Minum air setiap 15 minit
  • Dapatkan bantuan jika keadaan tidak dapat dikawal
Apakah perlu dilakukan jika saya menghadapi kekejangan otot?
  • Keluar dari kawasan yang panas
  • Meregangkan otot-otot yang terlibat
  • Letakkan bungkusan ais/air batu
  • Minum air setiap 15 minit
  • Hindari aktiviti fizikal yang lasak untuk hari tersebut
Dapatkan nasihat perubatan dengan segera jika anda mengalami tanda-tanda amaran seperti di bawah:
  • Panas, kulit kering, tetapi tidak berpeluh
  • Kekeliruan/kebingungan
  • Kerap muntah
  • Susah bernafas
Wassalam.

Sunday, 22 February 2015

Asam Pedas Untuk En.Abe

Assalam....
Asam pedas tak lengkap kalau takde daun kesom dan bunga kantan.  Itu kata orang, bukan saya kata...yang suka letak yang tak suka tak letak.  Saya belajar dari specis orang yang tak suka letak kedua benda itu, hanya kadang-kadang beliau letak sayur asin (sawi jeruk).  Saya pula duduk atas pagar, ada letak, takde biar kosong, tapi sepanjang masak asam pedas letak bunga kantan jer kalau stok ada, daun kesom tak pernah letak.

Mula-mula masak untuk en.abe dulu was-was jugak maklum dia tak boleh terima benda-benda pedas ini, tawakkal jerlah.  Letak gula banyak-banyak agar sesuai dengan lidah kelantannya tu.  Ketika itu hanya guna kepala ikan merah semata-mata.  Mula-mula macam takut-takut jer dia nak ambil, terjemahan rasa pedas dari warna merah menyalah tu agaknya.  Dah lepas suapan demi suapan baru nak komen, sedap, terbaik katanya.  Tak cukup semangkuk minta lagi.  Tapi bila isteri jenis memasak limited edition, bertabahlah suami bukan mudah nak merasa asam pedas selalu.  Haish patutnya bila dah suami suka makan kenalah masak selalu kan, hampehhh...
Asam Pedas Ikan merah
Sumber: Kak Uda

Bahannya;
4 keping ikan Merah - boleh ganti dengan ikan lain seperti tenggiri, kerisi, kembung, parang atau mambong
3 sudu besar cili giling / cili boh
4 ulas bawang merah*
2 ulas bawang besar*
2 ulas bawang putih*
1 inc. halia*
2 batang serai*
sedikit ikan bilis*
sedikit belacan* (optional - saya jarang letak)
2 kuntum bunga kantan - belah 2
2 biji tomato - belah 4
sedikit sayur asin (optional)
2 keping asam keping / air asam jawa
gula pasir / merah
garam dan serbuk perasa 
air secukupnya
minyak untuk menumis 

Cara Penyediaannya;
*  Tumbuk bahan bertanda '*' hingga lumat.
*  Panaskan minyak dan tumis bahan tumbuk hingga kekuningan.
*  Masukkan cilii giling, tumis hingga pecah minyak atau cili masak.  Masukkan gula, bunga kantan dan air asam jawa atau asam keping.
*  Masukkan ikan, gaul dengan cili dan biar seketika hingga jus ikan keluar baru masukkan air secukupnya.
*  Bila dah menggelegak, masukkan buah tomato dan sayur asin.
*  Tambah bahan perasa dan sesuaikan rasanya, dah rasa puas hati, tutupkan api dan bolehlah dihidangkan.
 
p/s - bukan maless nak masak asam pedas ini, tapi jarang jumpa ikan segar yang sesuai.  Jadi bila sesekali dapat memasak menu ini, kami pun fefeling macam makan mewah gitu.
Wassalam.

Wednesday, 18 February 2015

Jerman Cookies, Warna Brazil

Assalam...
Esok kita nak raya kan, so tak sah kalau takde biskut, walaupun raya cina kan.  Orang cina sekarang pun dah ramai yang macam orang melayu nak raya kena ada biskut raya, bukan makan kuaci dan buah limau jer tau.  Biskut ini sebenarnya dah buat lama dah, masa nak raya puasa hari itu.  Masa bulan puasa lepas kan sedang berlangsung piala dunia kan, itu yang terhasil biskut jerman jadi kaler brazil tu.  Akibat tak boleh terima kenyataan german tu kuat dan akan menang piala dunia, tapi dok setia sokong brazil.

Lupakan pasal tu, jom kita try buat biskut ini, boleh hadiah pada kawan-kawan yang nak sambut chinese new year.  Resepi saya cnp dari blog citarasawan.

 
Biskut Jerman
Sumber: Kak Wan
Resepi: Chef Florence.

 
Gong Xi Fa Cai pada kawan-kawan tiong hua saya yang akan menyambutnya esok dan selamat bercuti panjang pada kawan-kawan yang lain.
Wassalam.

Fat Choy Or Hair Vegetables.

Assalam...
Kalau anda dapat satu bungkusan benda ini, mesti akan terfikir sape pulak punya rambut ini.  Rupa dan bentuk memang sama macam rambut tapi ini sebenarnya sejenis sayur.  Sayur yang memberi makna penting bagi orang-orang cina dalam menyambut tahun baru mereka.  Harga untuk sekilo fat choy mencecah ratusan ringgit, namun ianya hanya digunakan sedikit sahaja.  Penerangan berkenaan fat choy cnp dari cik wiki - 

Fat choy (Nostoc flagelliforme), also known as faat choy, fa cai, black moss, hair moss or hair weed is a terrestrial cyanobacterium (a type of photosynthetic bacteria) that is used as a vegetable in Chinese cuisine. When dried, the product has the appearance of black hair. For that reason, its name in Chinese means "hair vegetable." When soaked, this vegetable has a very soft texture which is like very fine vermicelli.

Fat choy grows on the ground in the Gobi Desert and the Qinghai Plateau. Over-harvesting on the Mongolian steppes has furthered erosion and desertification in those areas. The Chinese government has limited its harvesting, which has caused its price to increase. This may be one reason why some commercially available fat choy has been found to be adulterated with strands of a non-cellular starchy material, with other additives and dyes.[2][3] Real fat choy is dark green in color, while the counterfeit fat choy appears black.

The last two syllables of this name in Cantonese sound the same as another Cantonese saying meaning "struck it rich" (though the second syllable, coi, has a different tone) -- this is found, for example, in the Cantonese saying, "Gung1 hei2 faat3 coi4" (恭喜發財, meaning "wishing you prosperity"), which is often proclaimed during Chinese New Year. For that reason, this product is a popular ingredient in dishes used for the Chinese New Year. It is enjoyed as an alternative to cellophane noodles.[citation needed] It is mostly used in Cantonese cuisine and Buddhist cuisine. It is sometimes used as a hot pot ingredient.  Fat choy is also used in Vietnamese cuisine. It is called tóc tiên or tóc thiên (literally "angel's hair") in Vietnamese..
Namun begitu, terdapat mudarat bila kita makan berlebihan benda ini, ini mengikut kajian bukan saya yang kata tau...
 
A research team from the biochemistry department of the Chinese University of Hong Kong said that international research has shown that Fat choy, besides having no nutritional value, has also been found to contain Beta-methylamino L-alanine (BMAA), a toxic amino acid that could affect the normal functions of nerve cells. Professor Chan King-ming of the team told the media that eating Fat choy could lead to degenerative diseases such as Alzheimer's, Parkinson's, and dementia.[2]
There is also a study by Takenaka which shows no significant difference between laboratory rats fed Nostoc flagelliforme and the control group .[4]

Contoh hidangan sayur dalam masakan cina yang menggunakan fat choy.  Gambar google.
Wassalam.