Showing posts with label Steamboat. Show all posts
Showing posts with label Steamboat. Show all posts

Friday, 7 October 2022

Kaum Kerabat: Bersteamboat dan makan-makan di rumah

 

Assalamm...

Kaum kerabat saya yang ada di Selangor macam-macam plan nak buat aktiviti bersama-sama, tapi sebab kekangan waktu selalu tak menjadi.  Kalau jadi pun keluar ada ahli yang tak boleh ikut serta, jadi untuk semua terlibat selalu berkumpul di rumah saja dan buat makan-makan.   Rumah pilihan untuk berkumpul tentunya  rumah sepupu di Kapar sebab rumah dia luas berbanding kami yang tinggal atas kayangan.

Inilah hasilnya bincang punya bincang, beli bahan-bahan dan buat steamboat & grill.  Kaum kerabat yang bertebaran seluruh negeri (Semenyih, Damansara, Banting dan Shah Alam) berkumpul lah di Kapar. Buat pula hampir tengah malam hari sabtu malam ahad, sebab masing-masing masih bekerja di hari sabtu. 

Binantang-binantang ini kami grill atas dapur saja sebab set steamboat kami ada yang fesyen lama tidak berserta dengan griller.  Jadilah daripada tiada kan, lagi pun dapatnya free cabutan bertuah belasan tahun dahulu.

Kambing dan ayam semestinya ada, kaum lelaki dalam kaum kerabat semua peminat kambing cuma mereka tak menyimpan janggut.

Orang bersteamboat atas meja, tapi kami bersila atas lantai, pun boleh.  Asal semua dapat makan dan puas hati.

Kalau pasal makan memang terlebih-lebih kaum kerabat ini.  Semua tak lokek untuk berbelanja.  

Semoga kaum kerabat bersatu hati sampai bila-bila menjaga ikatan kekeluargaan sesama kita.  Saya yang jadi ibu keladi banyak lagi plan untuk korang tunggu je, semoga sihat selalu dan murah rezeki semuanya.

Wassalam.

Thursday, 19 December 2019

Lao Mandre: Asap Steamboat & Grill

Assalam...
Steamboat lagi, kali ini kami pergi dekat Asap Steamboat & Grill, macam berasap juga mencari lokasi tempat ini.  Tak biasa ke tempat ini dan agak macam tersorok sikit dalam kawasan kampung gitu.  Tapi dah sampai itu menemukan dengan petunjuk yang lain, Nurul Izzah Catering, oh rupanya sama company, sister company.



Tak kesampaian hajat nak bawah arwah bapak makan di sini, sebab masa tu dia dah tak berapa sihat dan agak susah untuk menggunakan kerusi roda.   Kawasan dari parking dan tempat makan agak jauh juga bagi mereka yang kurang upaya.


Tempat sudah ada, mereka dah sediakan dapur, kuah sup dah tuang dalam periuk dan butter dah mereka oles ke atas griller.  Di sini, butter petugas mereka yang akan oles ke atas griller, jadi kalau rasa-rasa kurang butter minta saja daripada mereka.  Setengah tempatkan butter mereka letak dan pelanggan bebas untuk mengambil berapa banyak.


Malam tu kami sampai agak lambat kerana jem dan cari tempat, nasib kami book tu pilih waktu dah jam 9 malam.  Booking melalui eatigo.  Guna applikasi eatigo ada diskaun mengikut waktu tertentu.  Perut dah lapar kami makan makanan siap yang ada di buffet, baby crab dia terbaik, ulang-ulang orang tu ambil baby crab.


Lepas dah reda sikit rasa lapar tu, baru kami main masak-masak.  Ambil serba sedikit dulu, dah habis makan yang tu kemudian ambil dan masak yang lain pula.  Makan steamboat kena santai-santai saja baru boleh nikmati makanan tu.


Dessert ada puding, buah, jelly, aiskrim, pau dan bubur.  Selalunya ambil yang tu paling kemudian jika masih ada ruang tak penuh dalam perut. 


Ini ruang makan dalam kontena di tingkat atas, kami duduk tingkat bawah saja lagi pun buffet makanan di tingkat bawah sahaja.  Macam leceh lah jenis yang pemalas macam saya nie nak naik turun tangga ambil makanan.


Dalam pondok tulah terletaknya kaunter dan chasier.  Sampai-sampai kena cari mereka ini dulu dan jelaskan bil, lepas tu mereka akan usher kita ke tempat duduk.  Mereka sentiasa berkomunikasi menggunakan walkie talkie dengan petugas lain yang berada di atas dan bawah.


Di Asap nie, mereka amalkan dasar denda jika tak habiskan makanan yang diambil.  Bagus juga untuk elakkan pembaziran, masa nak masuk tu adik kat kaunter dah terangkan.  Jika terdapat lebihan makanan mereka akan timbang dan kira denda yang patut di bayar, tak inagat berapa tapi macam RM10 bagi setiap 100gm.


Perut dah kenyang senang hati, jom nyanyi pulang mari lah pulang, mari lah pulang bersama-sama.

Bagus juga guna aplikasi eatigo nie, boleh dapat diskaun.  Kalau guna di tempat-tempat makan mewah lagi berbaloi kot.
Wassalam.

Thursday, 14 November 2019

Lao Mandre: Island Steamboat, Subang

Assalam...
Beberapa kali nak buat resevation di sini bersama kawan-kawan tetapi selalu saja penuh.  Jika ada kosong pun selepas jam 10 malam, erm waktu tu hakak dah nak tidur dah adik oi.  Setelah mencuba akhirnya kami dapat juga makan ke sini, walaupun masa tu hanya berdua.  Tak ingat lah bila tapi ini rasanya dah lama pergi, ini entry kepam sebenarnya.  Di sini pilihan makanan bermasak, nasi, mee dan manisan agak pelbagai, tapi dah nama makan steamboat kan, kita abaikan dulu makanan yang bermasak tu, jom pilih yang mentah kita masak sendiri.



Tempat display makanan memang dalam kawasan macam pulau, dari situ tu kot dapat nama kedai ini.  Island terletak di tengah-tengah kawasan dan sekitar tu adalah meja untuk pengunjung, agak mudah nak pergi ambil makanan, semua tertumpu ke tengah.


Walaupun island dia tak besar sangat tetapi muatlah nak tempatkan pelbagai makanan mentah untuk pilihan pengunjung.  Kiri-kanannya pula buffet untuk makanan bermasak, dessert dan minuman serta peralatan untuk bersteamboat.


Seksyen yang selalu menjadi rebutan tetamu di tempat steamboat seafood dan perapan daging atau ayam.  Seafood selalu laku keras, letak jer habis, letak jer habis, jadi pelayan tu kena lah cepat untuk top up kan.


Antara sos pencicah, selalu setiap tempat steamboat ini ada signature sos masing-masing selain sos cili atau tomato.  Tapi pelanggan macam saya tak pentingkan sangat sos, yang penting kuah untuk sup tu kena umphh.


Bahagian untuk minuman panas, bagi saya bagus yang seperti ini sebab gula kita letak ikut citarasa masing-masing, kalau dah bancuh siap, kadang ada yang terlebih manis.


Butter dan telur, bukan untuk buat kek ya.


Di bahagian luar ada pula Island Cafe, pada sesiapa yang nak minum-minum kopi dan makan yang simple-simple kan boleh lah singgah kat sini.  Yang nak mendera perut dan tekak sila lah ke bahagian dalam.

Tips makan steamboat yang berbaloi dari en.Abe, pilih makanan yang mahal-mahal jer macam udang, sotong, ketam, daging, lamb semua tu, ball-ball tu tak payah ambil katanya.  Erm tak ikut pun tips dia tu, yang penting makan secara seimbang, sayur-sayur, telur dan sedikit mee tetap akan ambil.  Nikmat sangat rasa makan sayur lecur daripada kuah steamboat bekas celur segala macam seafood dalam tu.
Wassalam.

Friday, 20 October 2017

Lao Mandre: Big Spoon Steamboat & Grill


Assalam..
Saya suka makan steamboat, dia pula tak suka yang macam ini.  Tapi dia kena ikut juga sesekali kesukaan saya.  Kira fair lah kan, gi mamak tu kegemaran dia saya pula tak suka.  Tapi boleh je gi lepak mamak temankan dia makan.  Tak tau nak habaq dia punya suka bila jumpa kari, macam jumpa sri dewi atau mahima chaudhary kot.  


Pengusaha bumiputera yang mengusahakan kedai makan cara steamboat & grill ini memang banyak macam cendawan tumbuh lepas hujan.  Kali ini kami pergi di Big Spoon, selepas percubaan nak pergi kedai satu lagi tu gagal.  Bila call nak buat tempahan asyik penuh jer, yang ada kosong pun lepas jam 10 malam, erm kirim salam jelah time tu dah nak tidur.


Seleksi bebola makanan laut dan sosej yang disediakan di BigSpoon.


Ini pula bahan-bahan mentah daripda ayam, daging, kambing dan makanan laut segar.


Selain itu, makanan bermasak juga turut disediakan seperti nasi goreng, mee, spaghetti, bubur dan kentang goreng.  Ini kalau yang malas nak tunggu bahan-bahan steamboat dan grill kita masak, boleh makan yang ini terlebih dahulu.


Dah, dah cukup, matikan api grill, habiskan apa yang ada ini dulu.  Nasihat dari orang yang sentiasa pantau supaya tidak membazir.  Sokong sangat ada sesetengah tempat kenakan panalti untuk pelanggan yang didapati membazirkan makanan.  Makanan yang dibazirkan akan ditimbang dan pelanggan perlu membayar denda tersebut.


Pilihan sos yang disediakan.  Istimewanya sebab ada Sos BigSpoon tu, sedap kena dengan citarasa saya.


Semakin larut malam, semakin ramai pengunjung ke sini.  Semasa kami sampai ada lebih kurang 2 meja saja yang ada pelanggan.  Kami datang awal juga lah, selepas magrib je dah terpacak depan kedai.


Alhamdulillah, portion yang kami pilih dan ambil habis licin.  Membazir kawan syoitan kan, tak nak lah kawan dia. 


Sebab ini cerita lama, tapi baru di up kan, tiba-tiba je rasa nak gi makan steamboat & grill lagi, sebab dah lama tak makan.  Dietnya masa bila? esok jelah diet tu.
Wassalam.

Thursday, 30 March 2017

Lao Mandre: De Kayangan Steamboat & Grill


Assalam...
Suatu hari, dapat berkumpul dan keluar makan dengan geng keras kami yang setiap hari pun memang sibuk dengan hal masing-masing.  Satu hal yang dapat menyatukan semua orang adalah dengan makan, semua pun suka adventure pasal makanan.  Steamboat dan grill menjadi pilihan, mulanya nak rasa yang di Subang, tapi tempat tu asyik lah fully booked.  Iye ker tempat itu best sangat, kalau call jer penuh lah, datang lepas kul 10 malam baru ada seat.  Erm lupakan lah, banyak lagi tempat steamboat lain.  Di sini bukan hanya steamboat dan grill, ada extra pemanggang untuk nak panggang sate dan otak-otak.



Pilihan kabo yang ada, mee pelbagai jenis.


Kalau ambil seketul makanan daripada setiap kotak tu.  Mau penuh satu besen juga.  Ambil lah mana yang rasa nak makan, jangan membazir ye adik-adik.  Tak pasti di sini mereka ada kenakan denda atau tidak bagi setiap gram makanan yang dibazirkan.


Sayur hijau pun pelbagai, paling suka bahagian ini ulang 2, 3 kali ambil sayur.  Baru nak berkenal-kenalan dengan sayur raja tu (bayam malabar), sebelum ini tak pernah makan.


Pilihan menu di buffet untuk lauk-pauk, nasi dan mee.  Dihujung sana tu siap ada kambing panggang.  Selalu kalau saya pergi steamboat, bahagian ini saya abaikan sebab kalau dah kena nasi atau mee nanti takde tempat untuk barang steamboat.


Antara sos pencicah, tak tahu mana satu nak ambil.  Kena pilih yang sesuai baru rasa benda yang kita makan rasa sedap.


Dessert, masing-masing punya citarasa nak pilih pencuci mulut apa.  Kalau tak nak yang jenis potong kaki, ambil ajelah buah.


Tempat ini memang terkenal kot, hot place kot.  Hari kami pergi tu full house dalam dan luar.  Kami pilih duk luar bawah canopy sebab nak lebih santai.


Intai yang seberang jalan tu pula, sana pun ada steamboat.  Nanti-nanti lah kita try steamboat yang sebelah jalan tu pula.

Di sini memang banyak sangat pilihan makanan daripada menu buffet dan barang steamboat, sesuai lah dengan harganya.  Tapi satu yang tak best hari tu, ada antara seafood dia yang tak berapa fresh dan berbau.  Sebaiknya elakkan daripada mengambil makanan laut bercengkerang jika kurang segar.
Wassalam.

Thursday, 2 March 2017

Lao Mandre: Restoran Sri Kumande, Keningau


Assalam...
Ini restoran yang kami kunjungi ketika di Keningau, sebelum naik ke Crocker Range Park kami berhenti untuk sarapan di sini.  Lokasi bukan di dalam bandar Keningau tetapi terletak di Kampung Bulu Silou, sebelum sampai bandar Keningau jika dari Kimanis.


Ini adalah pisang molen, goreng pisang tapi tepung yang menyaluti pisang tu ada lain sikit, salutannya agak tebal.  Nak cerita pun tak pandai.


Lauk tengahari  pun dah ada disediakan, sayur yang sebelah atas kanan tu adalah pucuk ubi yang ditumbuk bersama jantung pisang kemudian dimasak lemak.  Menu kampung yang tersangat lama tidak dinikmmati lebih dikenali sebagai kayu tettuk (sayur tumbuk).


Kedai 2 lot ini dibuka dari awal pagi (sarapan) hingga tengah malam. Menu sebelah malam lebih kepada ala carte, sajian steamboat dan grill.


Menurut tuan punya kedai, salah satu cabaran untuk pengusaha steamboat di Keningau adalah bekalan seafood kerana Kenigau terletak di pedalaman dan jauh daripada pantai.  Makanan laut diperolehi dari lokasi yang jauh dan agak mahal, merupakan faktor yang mempengaruhi harga pakej steamboat yang mereka tawarkan.  


Bekalan seafood untuk steamboat di Sri Kumande datangnya dari Kalabakan, Tawau atau pun dari Sandakan. Walaupun agak jauh namun harganya masih murah berbanding yang didatangkan dari Kota Kinabalu.



Bahan-bahan steamboat yang disediakan di Sri Kumande seperti jugak di tempat lain yang perlu ada varieti sayuran, makanan laut, makanan sejuk beku, daging, mee, nasi dan pelbagai lagi.  Kalau bernasib baik, dapat bekalan boleh lah merasa daging payau (rusa) di sini.


Sesiapa yang berkunjung ke daerah Kenigau boleh singgah untuk menjamu selera di sini, kerana kepelbagaian makanan yang mereka sediakan daripada hidangan sarapan pagi hingga ke makan malam.
Wassalam.