nuffnang_bid = "6d3fefaa2657f8901dfaPages

Showing posts with label Langkawi. Show all posts
Showing posts with label Langkawi. Show all posts

Wednesday, 12 March 2014

Sedap Ker Coklat Pepero???.......

Assalam...
Bershopping chocolate sampai tak hengat, eh mana ada tak ingat, sebab ingatlah beli banyak2 tu.  Ingat nak bagi-bagi untuk orang2 kampung semua.  Yang tak ingatnye nak beli sambil berjimat-jimat, beli chocolate mengalahkan penggemar chocolate sejati. 
Melihat saya memborong coklat mesti mereka ingat saya ini penggemar coklat tegar kan? Penggemar coklat? Penggemar drama Korea atau segala-galanya berkenaan korea?.  Jawapan dua-dua tidak gemar.  Coklat gemar beli je untuk bagi kat orang, sebab ramai orang disekeliling saya penggemar coklat.  So bila dapat huluran coklat mesti mereka senyum dan gembira, so masih boleh menjana pahala melalui benda yang saya kurang gemar. 
Berkenaan Korea pulak? Kalau dapat berjalan sampai ke negara Korea dan dapat melihat tempat orang mestilah best.  Dulo2 masa mula-mula drama Korea ditayangkan di saluran tv kita, ada jugak yang saya ikuti.  Iyelah mana nak ketinggalan ambil part benda fenomena ini kan?.  Winter Sonata, Autum in My Heart, Full House tahulah cerita sikit2.  Full Stop sampai situ jer yang saya tengok. Pasal Gangnam PSY itu dengar-dengar cerita jer, dah tak minat nak tengok dan follow.  Kira dinamik jugaklah kegemaran i kan, takdelah suka sampai macam, KINI DULU SELAMANYA kan...hehehe 
Apa pula kena mengenanya coklat ini dengan Korea?  Entahlah saya sendiri pun tak tahu jawapan yang tepat.  So saya tembak-tembak ajelah, untung-untung mengena.  Kalau salah dan ada orang nak tunjukkan mana yang betul.  Bagus sangat dan amatlah dialu-alukan.  Saya perati, eh bukan perati tapi ternampak secara tak sengaja ramai orang post Pepero ini di wall mereka, nampak cam kotak coklat.  Betul lah kotak coklat tapi sebab x berapa gemar so tak ambil pusing nak amil tahu.
Bila dah sampai Langkawi baru-baru ini, ketika masuk mana-mana kedai yang menjual coklat, perkara atau coklat wajib ditonjolkan dalam kedai mereka adalah Pepero ini?  Barulah minat nak ambil tahu, tapi tak bertanya-tanya pun dengan penjual..hasilnya bersoal jawap dengan diri sendiri.  Fenomena baru pasal coklat kot.  Dulu zaman2 orang gila dangdut, bollywood coklat paling menonjol pun sekadar Fererro Rocher, Toblerone, Hersey Kisses, M&M, Kit-Kat, Nougot, Ritter Sport, Daim, Bounty dan beberapa brand lagi yang tak halal.  So zaman Korean melanda inilah ubat untuk mereka..PEPERO.
Sekarang fenomena PEPERO ini dah macam menenggelamkan coklat-coklat lain.  Ada 3 colour box ini untuk mewakili flavour yang berbeza, tapi sebab ada almond beli yang hijau inilah untuk testing. Satu kotak besar, ada 8 kotak kecik dalam tu,  dalam kotak kecik tu ada 9 stick macam dalam gambar.  Harga lebih kurang RM18.00 sekotak besar.
Pergi merapuh berjela-jelah tu nape? persoalan tak berjawap lagi....Sedap ke idak?....hehehe.  Lari dari topik betul lah.  Memang sedap sangat, sebab saya yang tak gemar coklat pun boleh terjatuh chenta dengan Pepero ini, tak cukup satu kotak.  Tunggu sapa2 nak gi Langkawi boleh kirim.  Nak beli kat sini pun ada jual tapi mahal.  Xpe boleh tahan lagi selera tu...hehehe sebab i kan suka yang murah tapi berkualiti..   
Wassalam.

Monday, 10 March 2014

Sofea Cafe, Kuah Langkawi.

Assalam...
Lepas bershopping chocolate di HIG, Mulia terasa dahaga sangat dan terbayang kalau dapat mengeteh sambil makan cucur petang itu, kalau ada kuih-kuih melayu lagi bagus.  Gerai depan HIG tu tutup pulak sebaik kaki melangkah keluar dari HIG tu..

Ada seorang adik tu yang tunjukkan kami Sofea Cafe dan tanpa banyak soal Mulia ajak en.Abe pergi sini.  Ingat nak makan yang ringan-ringan jer untuk alas perut, tapi yang ada berat-berat semuanya.  Xpe janji boleh hilangkan dahaga dan rasa lapar.

Pilihan Mulia mee kuah, tapi tukar minta guna bihun dah lama tak menikmati bihun kuah sejak dah berpindah dari utara.  Teringat-ingat kesedapan bihun kuah yang Mulia pernah makan yang disediakan di gerai di Titi Timbul, Sungai Dua, SPU Penang.  Antara semua jenis mee, kira mee kuah ini jatuh nombor 2 lah yang paling disukai selepas mee udang.

Ini pula pilihan en.Abe, Nasi Goreng &

Ayam merah.  En.Abe memang penggemar setia nasgor (nasi goreng).

Bahagian dapur Cafe Sofea.

Alhamdulillah, perut dah kenyang dan kami teruskan perjalanan agak-agak boleh tahan hingga sampai ke LCCT malam itu.  Sepanjang perjalanan dalam perut kapal terbang merah, masing-masing tidur kerana keletihan.  Memang dah agak, touch down jer di bumi Sepang, perut pun menjerit minta di isi.  Bergegas keluar sebab kak long dah tunggu lama dan dia cadangkan kami pergi makan Ayam Goreng Uncle Bob jer kat Up Town Kajang on the way hantar dia balik.
Wassalam.

Friday, 7 March 2014

Island Hopping 3

Assalam.... 
Perhentian terakhir di pulau ketiga iaitu Pulau Beras Basah.  Penumpang diberi masa selama 1 jam untuk singgah di Pulau ini.  Resort yang ada dahulu jugak telah dikosongkan (sebab apa tidaklah Mulia ketahui).  Persinggahan kali ini, pelancong boleh melakukan sukan air seperti parasailing, snorkeling, banana boat atau hanya berjemur dan bermandi-manda.

Aktiviti sukan air seperti banana boat ada disediakan untuk pelancong, lupa nak check harga yang dikenakan.. 

Nak mandi laut pun, cuaca panas sangat ketika ini, nampak mat-mat dan minah-minah salleh yang suka berjemur pun tidak berjemur ketika ini.  Ini kan kita yang dah sedia gelap, tak perlu nak tambah melanin bawah kulit...nanti kang jadi bolong osing macam kata orang bugis.

Mereka yang betul-betul enjoy dengan keadaan cuaca dan pantai di Pulau Besar Basah.  Memang diakui pantai di pulau ini cantik dan bersih, namun lebih cantik sekiranya turut ditingkatkan dengan kemudahan.  Apa yang Mulia maksudkan adalah pembangunan yang sangat minima dan masih mengekalkan alam semulajadinya.

Mereka yang tidak menyertai sebarang aktiviti hanya akan bersantai dan menjadi penonton kepada orang lain.  Sedikit rasa bosan dan boring.

Keadaan perkhidmatan umpama hidup segan mati tak mahu, perlu dipertingkatkan meskipun pihak berwajib tidak membenarkan sebarang kemudahan penginapan dibangunkan semula di pulau ini.  Sesuatu perlu dilakukan sebab ianya masih dijadikan sebagai tempat persinggahan untuk program island hopping.

Mereka yang lain hanya menghabiskan waktu selama sejam dengan rilek dan menunggu di bawah-bawah pokok dan di dalam pondok bekas tinggalan resort dahulu.  Bayangkan sekiranya cuaca hujan, nak berteduh dalam pondok tidak mencukupi.

Ini saja yang ada untuk dibeli, maka di tangan kebanyakkan orang yang singgah ada mee in cup and twisties.  Kalau ada orang jual nasi campur mau laku ini rasanya, sebab masa mendarat di pulau ini jam dah menunjukkan 12.30 tengahari...sure sangat perut semua orang tengah lapar walaupun mereka makan pulun masa breakfast tadi..

Disebabkan lapar sangat dan kuatir angin kus-kus datang, makan jugaklah...kalau ada pilihan lain memang tak akan makan benda ini (bukan berlagak, tapi memang tak suka makan junk food).

Selesai waktu yang ditetapkan, juru pandu bot datang untuk membawa kami balik ke pulau besar.  Sesampai di pulau besar para penumpang diturunkan di jeti yang bertentangan dengan Resort World Hotel (fka Awana Porto Malai).

Last but not least tuan tanah kedaung nak interframe jugak..letih dan lapar balik dari island hopping, tapi pengalaman yang menyeronokkan.  Next time cuba yang kat mangrove plak..In Sha Allah dengan ini maka berakhirlah cerita island hopping kami.
Wassalam.

Tuesday, 4 March 2014

Island Hopping 2

Assalam...
Persinggahan kedua adalah Pulau Singa Besar.  Sebenarnya penumpang tak turun pun dari bot, bot hanya berlabuh sekejap di kawasan teluk untuk penumpang menyaksikan kehadiran burung helang mendapatkan habuan masing-masing.   Mula-mula heran jugak nak buat apelah kat sini, sebab masa bot kami sampai, tiada sebarang bot dan burung helang masih belum menampakkan diri di situ.

Sebenarnya saya sedikit cuak serta rasa takut dengan menaiki bot laju ini dengan keadaan ombak yang kuat.  Keadaan sepanjang perjalanan menaiki bot laju tidak membenarkan untuk mengambil gambar kerana bot kadang-kadang melambung ditambah mata yang pedih dan badan basah terkena percikan air laut.

Saya hanya memejam mata sepanjang perjalanan dan hanya mendengar teriakan diikuti bunyi ketawa penumpang lain ketika bot melambung kerana terlanggar gulungan ombak besar.

Peringatan ketika berada di atas air agar sentiasa mengawal diri supaya tidak melatah ketika keadaan cemas berlaku.  Disebabkan duduk dibahagian paling belakang dan hampir dengan pemandu, dalam keadaan cemas boleh pula I berangan jika sekiranya datang angin melatah, I boleh terpegang stereng kemudi bot dan memusing kearah yang berlawanan....hehehe

Burung-burung yang mendiami pokok-pokok di kawasan pantai seakan mengerti bunyi engin bot laju yang menghampiri teluk, ini kerana setiap pemandu bot rupa-rupanya telah membawakan makan untuk burung-burung tersebut berupa perut dan lemak ayam.

Suatu pemandangan yang menakjubkan apabila kawanan burung helang berlumba-lumba menjunam ke permukaan air untuk mendapatkan habuan yang ditabur oleh pemandu bot tadi.

Gerakan yang terlalu pantas mengcekam habuan yang dilemparkan oleh bot-bot pengunjung.

Semakin banyak bot yang memasuki teluk Pulau Singa Besar, semakin rancak sang helang menunjukkan diri.  Terbang sang helang terbang, mengibarkan sayapmu...boleh ternyanyi lagu Kak Pah bila keadaan teruja seperti ini...

I hanya boleh kenal pasti 2 jenis spesis burung helang di sini berdasarkan warna bulunya.  Satu yang berwarna putih kelabu dan satu lagi berwarna perang.

Suatu ketika dahulu terdapat resort yang menawarkan penginapan untuk pelancong yang hendak bermalam di Pulau Singa Besar. Namun kini tiada lagi setelah pihak berwajib ingin mengekalkan keaslian alam semulajadinya dan untuk menempatkan pelbagai jenis hidupan liar seperti kancil, monyet, iguana dan pelbagai spesis burung yang dibiarkan hidup bebas. 

Sebenarnya mata terlalu terpukau @ ralit melihat kawanan sang helang yang menjunam ke permukaan air untuk mendapatkan habuan mereka sehingga tak tertekan camera untuk mengambil gambar.
Wassalam.

Monday, 3 March 2014

Island Hopping 1

Assalam...
Nak sambung cerite cuti-cuti Langkawi pasal island hopping.  Alhamdulillah dah lama teringin tetapi baru kini dapat pergi.  Island hopping dah tempah sebelum berangkat ke sana dengan bayaran sebanyak RM35.00 seorang.  Kami di bawa menaiki speed boat yang boleh memuatkan 14 penumpang termasuk jurupandu ke 3 destinasi dalam masa kira-kira 3 hingga 4 jam.

Semua pengunjung pagi itu akan menaiki bot di belakang The Lanai, Langkawi kerana jeti yang sepatutnya tidak dapat dilalui disebabkan air surut.

Beginilah keadaannya, mula-mula macam tak sampai jer nak mendaki bot tu...macam mustahil jer nak panjat tebing bot..

Memang ramai pelancong luar atau dalam negara yang menyertai island hopping ini dan terdapat banyak agent yang mengurus dan mengendalikan mereka.

Untuk keselamatan, sila pakai life jacket yang disediakan dalam bot.

Bot berhenti dipertengahan jalan dan jurupandu memberitahu semua penumpang untuk memandang ke arah kiri.  Terlihat bukit bukau yang menyerupai perempuan mengandung dalam posisi berbaring.  Nampak tak?...

Destinasi persinggahan pertama adalah Pulau Dayang Bunting.  Kami diberi masa selama sejam untuk melawat Tasik Dayang Bunting dan kembali semula ke bot untuk meneruskan perjalanan.

Gugusan Pulau Dayang Bunting dan pulau-pulau disekitarnya telah diwartakan sebagai Taman Geoforest Park.






Femonena runtuhan sebuah gua besar yang dipercayai yang telah menyebabkan wujudnya tasik air tawar dalam pulau ini.

Bagaimana Tasik Dayang Bunting mendapat nama, ini dia.  Ada juga antara pelawat yang datang kerana berhajat, kononya bila mandi di dalam Tasik Dayang Bunting mereka boleh mengandung.  Awas jangan sampai jadi syirik, kerana rezeki itu semua telah ditentukan oleh Allah, manusia kena iktiar dan berdoa saja....

Keadaan topografi pulau merupakan fenomena alam yang dipercayai berlaku jutaan tahun yang lampau.




Spesis kayu-kayu hutan yang terdapat di kawasan pulau ini.




Selain spesis flora, spesis fauna seperti monyet ini jugak banyak terdapat di kawasan pulau.



Kemudahan bilik persalinan dan tandas yang trdapat di Pulau dayang Bunting.



Salah satu sukan air yang boleh dilakukan di tasik ini selain berenang, charge berapa semua ada dipaparkan di kaunter.

Kami tak mandi pun, sekadar main celup-celup air basuh muka dan rendam kaki.  Dapat menikmati keindahan tasik dan alam sekitaranya, sudah cukup besar rahmatNya pada kami.


Ini sendiri mau ingat na jangan dok loklak sangat...
Wassalam.