Showing posts with label Kenduri Kahwin. Show all posts
Showing posts with label Kenduri Kahwin. Show all posts

Wednesday, 28 November 2018

Kenduri Di Meru, Ipoh

Assalam...
Dalam kesibukan sejak akhir-akhir ini, Alhamdulillah diberi kesempatan kami hadirkan diri di majlis perkahwinan rakan kami di Meru, Ipoh.  Mungkin ini majlis kahwin akhir untuk rakan-rakan bagi tahun ini, ada lagi yang turut plan nak buat tahun ini tetapi terpaksa ditunda ke tahun depan katanya.  Syukur juga sebab kalau semua dibuat hujung tahun mesti ada yang kami tak boleh nak pergi.


Kiranya kami sampai awal di rumah kenduri pada hari tersebut, rombongan pengantin tak sampai lagi masa tu.  Ada hikmah tersalah pilih lorong di highway yang akibatkan kami terpaksa buat u-turn di exit Kuala Kangsar.  Abang driver geram sebab kena pergi jauh nak u-turn. 


Welcome to the group Zai, bye-bye dan selamat tinggal hidup bujang.  Harap pendamping tu boleh berdampingan ke hulu ke hilir bersama-sama ukur jalan kita geng.


Cuaca panas lit-lit kat Ipoh hari tu, memang baguslah buat aktiviti kan.  Lepas makan dan jumpa pengantin kami bergerak balik sebab ward tadi call yang bapak mertua dah boleh keluar ward.


Perjalanan balik singgah melawat sedara chek di Bidor, tak pernah pergi walaupun orang nie dah menetap lebih 20 tahun kat Perak.  Rumah dekat saja dari pekan jadi senang nak cari. 


Yang bestnya kami dijamu dengan durian, raja buah ada musim pula?, rasa sekarang macam dah tiada musim kat PJ sebab pusat jualan durian SS2 dah takde stock.  Tapi di Kampung Petalin, Bidor baru musim.  Alhamdulillah rezeki, durian kampung sedap segoti.

Bergerak balik PK kami dibekalkan dengan durian dan buah-buahan dari Bidor.  Rezeki daripada menjalin ukwah.
Wassalam.

Thursday, 20 September 2018

Kenduri Di Kampung Baru Purun, Temerloh

Assalam...
Ini kenduri di Temerloh ketika salah satu cuti panjang hujung minggu lepas, jadi takdelah masuk kategori duduk mereput di rumah time cuti-cuti yek.  Bersendirian dari KL sebab en. Abe kena kerja, pergi dan balik naik bas ke Temerloh.  Adik ipar dan mertua jemput dan hantar balik di stesen bas Temerloh.  Gigih kejar bas jam 8 pagi, sebab takut kena tinggal, nasib tak beli tiket paling awal jam 7.30 pagi.  Sedap sambung tidur sepanjang perjalanan, bangun-bangun dan sampai, tiada stress.

Kenduri sambut menantu ceritanya, isteri tuan rumah tu sepupu ayah yang pertama kali saya jumpa.  Mulanya ingatkan Mokde yang buat kenduri, macam yang en.Abe bagi tahu, rupanya orang lain dah.  Begitulah kalau tak kenal sedara, mereka ini keluarga besar tapi tak kenal antara satu sama lain, jarang jumpa ish ish.  Kenal adik beradik saja, pangkat sepupu tu dah ramai yang tak kenal.  


Sekarang yang dapat kenal pun muka-muka yang biasa jumpa.  Pernah bertandang ke rumah mereka atau jumpa sesekali ketika ada majlis kenduri sedara begini.  Mak Long Ros (Kerambit) ada plan nak buat family day untuk big family Pahang, idea yang bagus tu, moga-moga dapat dilaksanakan dan semua ahli dapat hadir.


Menu kenduri yang dihidangkan, lauk-lauk kampung dengan ikan masin.  Sebelum majlis bermula diadakan marhaban dan tahlil ringkas, doakan semoga majlis diberkati Allah swt, dan pasangan pengantin menjadi keluarga sakinah mawaddah warahmah.


Mari zoom lagi masak lemak umbut sawit yang sangat sedap tu.  Menu kampung yang wajib ada di majlis kenduri-kenduri orang Pahang, cuma kalau kenduri orang Jerantut, khasnya Batu Balai menu umbut mereka buat acar bukan masak lemak macam ini.  Mereka tak makan gulai tempoyak time kenduri sebab itu dah kira menu harian orang Pahang.

Selalunya kenduri kampung di Pahang tak berlangsung lama macam di Sabah.  Kedatangan tetamu paling ramai antara jam 11 pagi hingga 2 petang saja.  Tetamu datang macam serentak dan sebelum asar sudah selesai, lepas tu yang tinggal ahli keluarga pengantin terdekat saja.
Wassalam.

Tuesday, 14 August 2018

Wedding Anylia & Micheal di Kota Marudu

Assalam...
Wedding Ann dan pasangan berlangsung di Kota Marudu, di kampung Ann.  Ann nie rakan sekerja dulu anggap macam adik dah, boleh suruh-suruh, dulu pergi mana-mana dialah yang jadi peneman setia.  Sejak dah berpindah dan kerja di Sabah, daku dah takde kawan nak berjalan-jalan sebab tu suka duk memerap kat rumah...hahaha. Tq Ann sanggup tukar tarikh majlis supaya kami dapat hadir, bukan suka-suka boleh tukar melibatkan keputusan ahli keluarga dan pihak suaminya (orang cina) kena tengok feng sui, hari apa yang bagus.  Dengar kami nak pergi, maka ada juga kawan lain yang nak ikut hingga yang tak kenal pengantin pun nak ikut (peluang nak jalan pergi Sabah) terpaksalah cik kiah datang bersama rombongan. 



Ingatkan ada gotong royong macam kenduri orang melayu, kupas-kupas bawang ke sambil membawang kan, tapi tak ada.  Mereka tempah catering (muslim dan halal) untuk sediakan makanan.  Sebab takde acara malam tu kat rumah pengantin, kami rehat saja di homestay yang Ann tempahkan.  TQ sekali lagi tempah dan belanja homestay untuk kami.


Sebabkan kami antara orang terawal sampai di rumah pengantin pagi itu.  Sementara menunggu tetamu lain dan pengantin kami banyak masa ketuk-ketuk gong.  Gong ini amat penting bagi kaum kadazan dalam setiap majlis keramaian dan selalunya setiap keluarga ada memiliki set gong macam ini.  Nenek Ann dan adik beradik dia yang ajar cara ketuk, tapi bila kamu yang ketuk bunyi yang keluar u sangat-sangat lah sumbang.  Sabar sajalah merek yang mengendarnya.  Mencari irama sumazau tapi yang keluar macam dong dong cheng tarian singa pun ada.

Pengantin bersama kumpulan penari sumazau, rasanya mereka semua tu adalah sepupu pengantin. 


Majlis kahwin ini mengabungkan dua budaya yang berbeza (Kadazan + Cina), mereka diraikan dalam kedua-duanya sekali.  Ada minum acara minum teh dan pemberian angpau dari pihak lelaki.  Pihak pengantin perempuan pula dari segi pakaian, paluan gong dan tarian.


Majlis keraian di rumah pengantin perempuan berlanjutan hingga ke sebelah malam, tapi kami kena beransur balik petang tu.  Sorry Ann tak dapat nak join.  Gembira membawa kepada perasaan sebak, soronok sangat sebenarnya tengok adik bongsu kami dah jumpa pasangan hidup.


Pengantin dengan kedua ibu bapak dan adik-beradiknya.  Tak cukup, seorang tak tak hadir, menurut bapak Ann tak dapat kebenaran keluar dari kolej, apa boleh buatlah.


Persembahan tarian sumazau oleh adik-adik (sepupu pengantin) ini ketika para tetamu menikmati hidangan.  Ada ambil video tapi tak ingat save kat mana.


Menu hari wedding Ann yang pihak catering hidangkan kepada tetamu.  Walaupun mereka bukan beragama Islam, tetapi memilih caterer muslim yang sediakan makanan sebab ramai ahli keluarga, rakan dan kawan sekampung mereka yang hadir adalah Muslim.  Kami memang dah lapar sangat tengahari tu nampak semua sedap saja, memang sedap pun saya makan manyak rebung masak lemak tu.


Congrats to the beautiful couple Ann & Mic, wishing you two nothing but happiness eternally.  Tak sabar mau tunggu anak kamu bah Ann, mesti cute macam mummy dia dan ada lesung pipi ikut dadynya.
Wassalam.

Monday, 30 July 2018

Jalan Marak Parak, Jalan Kota Marudu - Ranau


Assalam...
Salah satu hobi suka ukur jalan, jadi kita nak cerita pasal jalan lah pula kali ini.  Cerita jalan yang kami lalui dari pada Kota Marudu ke Ranau, selepas menghadiri majlis resepsi Ann.  Kira pertama kali juga saya lalu jalan ini, boleh dikategorikan sebagai jalan baru untuk menghubungkan Kota Marudu ke Ranau, lebih cepat daripada ikut jalan lama melalui Kota Belud.


Starting Jalan Marak Parak, keadaan jalan selepas round about di Kota Marudu.  Sebenarnya untuk sampai ke Ranau, Jalan Marak Parak ini bersambung dengan Jalan Kota Marudu - Ranau selepas kawasan perkampungan Marak Parak.


Jalan Marak Parak antara jalan yang hanya melalui sedikit perkampungan yang terletak di pendalaman Sabah, seperti juga jalan Sepulut - Kalabakan, jadi pemandu dan kenderaan perlu persediaan yang cukup seperti minyak petrol.  Sesetengah kawasan juga masih tiada jaringan telefon.


Bila dah start mendaki, akan nampak pemandangan jalan berliku dan background gunung ganang di belakang.  Sebenarnya kita semakin mendekati kawasan kaki Gunung Kinabalu.


Kebanyakkan jalan raya utama di Sabah beginilah keadaannya, ini lah highway mereka.  Tapi syukur saja, jalan sudah agak bagus (walaupun belum sampai stardard yang diharapkan) sekarang boleh berkereta sana sini tak macam dulu, setengah tempat hanya boleh dihubungi melalui jalan udara atau laut.  Generasi Z mungkin tak dapatlah merasa pengalaman adventure generasi X dan Y dahulu ketika melalui jalan-jalan di Sabah.


Tak lupa untuk mengabadiakan kenangan di puncak Jalan Marak Parak, sementara nak rehatkan kenderaan dan pemandu.  Rasa macam berat dan susah payah sangat mendaki tadi, almaklumlah kenaikan kami bukan pacuan 4 roda.


Syukur juga kami sampai awal seperti yang dijangkakan di pekan Ranau.  Singgah pekena teh tarik dan roti canai telur di salah sebuah restoran mamak.  Pemandangan langit menghala ke Gunung Kinabalu ketika senja petang itu, sanagat mengujakan semua orang nak snap fenomena langit sebab mungkin keesokkan harinya pemandangan sudah tidak sama.

Selesai urusan di pekan Ranau kami teruskan perjalan ke Kundasang, mereka menempah penginapan di sana.  Nak lebih dekat dengan Akinabalu, dengan harapan esok pagi buka mata, buka jendela boleh tertentangan mata dengan Akibalu yang cantik. 
Wassalam.

Thursday, 4 January 2018

Pengantin Akhir Tahun 2017 - Hafizi & Shuhada


Assalam...
Kenduri majlis perkahwinan sepupu belah en.Abe di Felda Purun, Pahang.  Pertama kali sampai ke sini, walaupun dah beberapa kali berjumpa dengan ahli keluarga arwah ayah long purun (nama sebenar Baharuddin, tapi bagi gelar ikut nama tempat menetap, sebab ada satu lagi ayah long terengganu, yang menetap di Cendering, Terengganu).  Perjalanan dari Batu Balai ke Felda Purun mengambil masa 2 jam lebih, keluar awal sebab takut sesat sebab semua tak pernah sampai lagi dan plan nak balik awal selepas itu.  Pengantin lelaki (hafizi) merupakan anak bongsu arwah ayah long bertemu jodoh dengan gadis (Shuhada) dari Pengkalan Hulu, Perak.



Tapi bila pergi kenduri sanak saudara, mana aci kalau tak tunggu saudara lain yang belum sampai atau pun pengantin.  Jarang-jarang jumpa, masa begini lah yang ada peluang pun nak berkenal-kenalan.  Memang ada antara mereka yang tak kenal sepupu sendiri.  Plan nak balik awal tak jadi dan plan nak teruskan perjalanan lepas asar ke utara ditangguhkan ke esok pagi.


Kat sini, kami tak heran sangat pasal makanan di meja buffet sebab sibuk nak makan buah rambutan.  Geram tengok pokok buah di halaman rumah kawasan Felda Purun menjadi sungguh, tak sama di Batu Balai tak merasa buah rambutan atau pun durian tahun ni.  Nikmat ya amat dapat merasa wajid durian yang disediakan sendiri oleh mak long, ada yang buat muka tak malu minta dibungkuskan nak bawa balik. 


Bunga telur dan bahulu ikan, suka yang begini dari dapat benda yang saya tak boleh guna macam potpuri atau makanan ringan.  Selamat melayari bahtera perkhawinan kepada mereka dan untuk Shuhada welcome to the big family Pahang, "Ibrahim's Family".
Wassalam.

Monday, 4 December 2017

Kenduri 3 Pasang Pengantin di Keratong


Assalam...
Majlis menyambut menantu di rumah ayah su, berlangsung sehari sebelum majlis anak mak teh di Shah Alam.  Kami bertolak pagi dari PJ, manakala ayah dengan chek dar kampung.  Janji jumpa kat Jempol sebelum meneruskan perjalanan ke Felda Keratong 4.


Majlis sambut menantu ini untuk meraihkan 3 pasangan pengantin (3 orang pengantin lelaki adik beradik) anak ayah su.  Sepatutnya nak raih 4 pasanga, tetapi pasangan ke-4 tidak dapat ikut serta sebab faktor kesihatan yang tidak mengizinkan.


Sebenarnya majlis di belah pihak pengantin perempuan, masing-masing telah berlangsung secara berasingan.  Menurut ayah su, ini seperti mengumpulkan anak-anak lelaki beliau yang telah bernikah sepanjang  tahun 2017.  Rangkum dalam satu majlis, hujung tahun, senang cerita.  Dapat menyenangkan saudara mara yang jauh nak datang meraihkan majlis.


Sebab ada 3 pasang pengantin, meja makan beradap pun buat 3 set juga.  Mudah untuk keluarga masing-masing nak duduk, bagi layanan sama rata  untuk ketiga-tiga keluarga pengantin.


Sekiranya pasangan yang ke-4 ikut serta, khemah meja beradap pengantin terpaksa extend ke jalan raya. Halaman rumah sedang elok memuatkan 3 set meja makan beradap.


Kesemua 6 orang anak lelaki ayah su dah bertemu dengan suri hati masing-masing, tinggal lagi 2 orang anak dara.  Hujung bulan ini pula kami akan meraihkan majlis anak ayah long di Purun, bertemuh jodoh dengan orang Pengkalan Hulu.


Bersama sebahagian sepupu perempuan pengantin yang hadir.


Sebahagian keluarga Ibrahim yang datang memeriahkan majlis di rumah ayah su, felda keratong 4.


Kek ini, mereka bekalkan berapa potong untuk kami makan dalam perjalanan balik.  Sedap sangat, pengajaran untuk hari itu adalah, lain kali jangan pandan pada rupa ya.  Kalau tahu sedapnya begitu, nak minta tapau banyak-banyak.


Sebelum bergerak balik, kami ke hospital Muadzam melawat ayah ngah yang tengah warded kat sana kerana lelah.
Wassalam.

Selamat Pengantin Baru Farid & Zulaiha.



Assalam..
Cerita hujung minggu lepas dipenuhi dengan cerita menghadiri kenduri nikah, sanding dan majlis sambut menantu  sebelah keluarga suami.  Keluarga mak teh majlis merisik dan nikah buat sekali, manakala ayah su pula buat majlis sambut menantu 3 orang, sepatutnya 4 orang (4 pasang).  Kita cerita majlis anak mak teh dulu lah (Ard), berlangsung di Shah Alam, rumah pengantin perempuan.




Jodoh rahsia Allah yang tiada siapa boleh menduga, kalau inya datang pasti tiada keraguan lagi.  Ard dengan pasangan Zulaiha berkenalan melalui aktiviti hiking yang menjadi hobi mereka.  Kedua-dua keluarga sudah bersetuju dan merancang akan menyatukan mereka pada tahun depan (April 2018).  Namun manusia hanya mampu merancang, perancangan Allah lebih indah dan cantik.  


Majlis mereka berdua dibuat secara sederhana daripada majlis merisik, bertunang hingga nikah dilakukan pada pagi ahad lepas.  Keluarga kedua-dua pihak membuat keputusan menyatukan mereka lebih awal mengikut pesan arwah bapa pengantin perempuan yang baru meninggal beberapa minggu lepas dan pihak keluarga perempuan masih tempoh berkabung. 


Bertambah bilangan keluarga mak teh dan pak teh.  Jelas tergambar wajah riang mereka berdua, dapat menantu comel yang masih bergelar siswi.  Wajah tu persis siapa ya? Ada iras-iras farah lee, tapi bukan dia.


Pengantin bersama nenek dan opah masing-masing.  Seronok masih ada orang tua dan nenek yang dapat menyaksikan hari bahagia mereka.


Selamat pengantin baru dari kami, Ard dan pasangan (Zulaiha).  Semoga hidup aman damai dan sentiasa mendapat redha Allahi.


Kita doa banyak-banyak untuk kak de dengan adik-adik yang lain segera ditemukan jodoh yang baik-baik. Amin.
Wassalam.