nuffnang_bid = "6d3fefaa2657f8901dfaPages

Showing posts with label Johor. Show all posts
Showing posts with label Johor. Show all posts

Saturday, 29 October 2016

Kenduri Kahwin di Subang, Segamat & Tumpat...


Assalam...
Cerita beberapa majlis walimahtul urus yang dihimpunkan.  Mula nak buat entry berasingan tapi tak sempat, namun tetap jugak nak masukkan cerita ini untuk kenang-kenangan.  Majlis pertama, anak rakan sekerja yang berlangsung di Subang Bestari (masih musim raya masa tu).  Pasangan Hafifi dan Aisyah kedua-duanya masih menuntut di salah satu pasantren di Indonesia.


Bapa pengantin kerjaya sebagai chef, semestinya sangat arif tentang hidangan untuk meraihkan tetamu.  Lepas makan nasi, kami pulun makan menu goreng-goreng pula sambil menunggu ketibaan rombongan pengantin. 


Ustaz dari kumpulan Rabbani yang membacakan doa dan mengalunkan qasidah pada majlis tersebut.


Pasangan pengantin ke-2 ini pula majlisnya berlangsung di Segamat Johor, pasangan Nor Helmi dan Afiqah.  Gembira sangat bapa pengantin, anak lelaki dia dah dapat pasangan hidup, selama ini mereka berdua saja setelah isteri dan anak lelaki sulung meninggal.  Yang tak menahan usikan daripada kebanyakkan tetamu bertanyakan bila agaknya bapa pengantin nak naik pelamin. 


Kalau pergi majlis kenduri orang Johor menu wajib nasi beriyani dan telur pindang yang paling saya suka.  Dapat pula bawa balik berkat yang banyak bukan saja lauk kenduri, disebabkan musim buah ketika itu, buah rambutan dan durian pun jadi bekal.  Di majlis ini tak jumpa lah tradisi tol sebab ini rumah pengantin lelaki.  Kat sini lah saya jumpa menu ayam tempayan dan pulut panggang sedap. 


Balik dari kenduri kami menyinggah di Freeport A'Farmosa Outlet.  Konsep shopping di sini macam dekat premium oultlet JB.  Semasa perjalanan pergi Segamat memang lalu tempat ini, sebab tak tahu ianya tempat shopping, boleh pula saya ingat bangunan tu adalah show room.


Kenduri ketiga adalah sepupu en.Abe (Kak Cik, anak ke-4 Mok Nik) di Tumpat Kelantan.  Saya pergi bersama adik ipar, en.Abe tak ikut sebab tak dapat cuti.  Kiranya ini day trip juga, awal pagi fly dari klia kemudian malam tu kami balik dari Kota Bahru menaiki bas tambahan.  Tahu sajalah, kalau last minute pergi pantai timur musim-musim cuti ini memang susah nak dapatkan tiket.


Majlis terima menantu ini Mok Nik hanya buat kenduri kesyukuran, buat secara sederhana katanya.  Lauk kenduri di masak seraca gotong royong oleh kakak-kakak, adik-adik dan anak saudara Mok Nik.  Tak jemput ramai orang, tetapi tetamu yang datang ramai jer saya tengok dari pagi sampai ke malam tetamu tak henti.  Maklumlah Mok Nik dan suami adalah guru, maka ramailah orang kenal.


Family pengantin walaupun masih ada ahlinya yang tiada di dalam gambar.

Selamat pengantin baru kepada semua pasangan, selamat menjalani kehidupan berumahtangga semoga kekal hingga ke jannah.
Wassalam.

Monday, 5 September 2016

Ayam Tempayan


Assalam...
Pernah makan ayam tempayan? saya pertama kali, ketika menghadiri jemputan kahwin di Segamat, Johor awal bulan lepas. Ayam tu bukan buat reban dalam tempayam ye, tapi di masak atau panggang dalam tempayan.  Satu kelainan cara memanggang ayam terkini, ingat dulu-dulu femes dengan ayam golek, sana sini orang sebut kesedapan menikmati ayam golek.  Sehingga ada yang syorkan, kena cuba ayam golek Pantai Dalam yang terbaik. 


Sebab kita orang sampai awal dan majlis belum mula lagi, jadi sempatlah melawat kawasan sambil meninjau pekerja-pekerja catering yang sibuk menyusun atur makanan di atas meja buffet.  Katanya ayam itu di perap selama 2 hari sebelum di panggang dalam tempayan besar.  Kalau tak sedap saja, lama tu nak perap.  



Tungku atau dapur arang yang mengandungi bara api diletakkan didasar tempayan.  Ayam perap akan disangkut dengan besi dan digantung mengelilingi mulut tempayan.   Akhir sekali tutup mulut tempayan menggunakan dulang besar.  Dengar bunyi merecik-recik lemak ayam apabila terkena haba panas dari bara api. 
 



Ingat penyamun jer yang suka pada tempayan (cerita P. Ramle dengan 40 penyamun), rupanya tokeh ayam panggang pun guna tempayan sebagai sumber rezeki.
 

Ayam panggang yang telah siap di panggang di simpan dalam tong besar kedap udara untuk memastikan ayam panggang sentiasa panas ketika dihidangkan.


Ayam tempayan yang telah siap dipanggang.


Ayam tempayan dihidang bersama sos khas, sosnya ala-ala thai cili sos lebih kurang.


Dah balik baru perasan tak ambil contact nombor orang yang buat ayam tempayan nie.  Sempat tanya harga jer, harga di kira per ekor ayam antara RM15.00 - RM18.00 seekor.
Wassalam.

Tuesday, 23 February 2016

Burasak Induk, Pekan Nenas Pontian.


Assalam...
Perjalanan balik dari Pontian kami bercadang nak singgah ke Muzium Nenas, tapi ntah apa silapnya google jalan tapi tak jumpa, walau pun dah patah balik jalan area tu beberapa kali.  Lupakanlah, takde rezeki nak singgah.  Pujuk jer hati, lain kali boleh datang lagi, tapi nak menunggu masa untuk naik bas balik kl tu lambat lagi.  Sahabat saya ajak singgah solat dan mengeteh kat mana-mana warung sekitar Pekan Nenas.   Bila ternampak warung burasak ini beroperasi, semangat sungguh dia nak singgah sini, sebenarnya masa lalu pagi tu dia dah cerita tempat jual burasak tapi setiap pagi dia lalu warung tu tak pernahnya buka.   Saya sampai terjerit masa dia nak masuk simpang, boleh dia corner maut kat situ, nasiblah kereta yang berada dibelakang jauh dan dipandu perlahan.
 

Alhamdulillah, dapat rezeki makan burasak.  Ada 3 lauk utama yang disediakan Ayam Masak Lengkuas (nassu likku), Serunding / Sambal kelapa (bejabuk) dan Asam Pedas Ikan Parang yang pekat (nasu metti').  Tapi saya lebih suka makan dengan nassu likku, mungkin sebab dah terbiasa yang tu banding makan dengan asam pedas.  
 

Ini cafe Burasak Induk yang bersebelahan Balai Bomba, Pekan Nenas, Pontian.  Dibuka dari jam 1 hingga 6 petang dan tutup pada hari selasa.  Kalau lalu waktu pagi, memang tak buka yer.  Memang puas hati dapat makan burasak hari itu, cukup rasa dan cukup lemak burasak dan nasu likkunya.  Tapi, ada tapinya hari itu tak dapat nak rasa burasak pulut (lepat lui) sebab kehabisan stok.  Sahabat saya dan en.Abe penggemar burasak pulut tapi sebagai bekalan pulang tapaukan juga burasak bawa balik PJ.
 

Kalau ada yang berminat nak buat tempahan, boleh hubungi nombor di bawah tu.  Mereka boleh uruskan penghantaran tempahan ke luar daerah.  Ujung minggu lepas pun saya dapat makan burasak buatan Bugis Delight yang dihidangkan pada majlis perkahwinan yang diadakan di Pusat Alumni Universiti Malaya (PAUM), KL.
 
"Hari-Hari, Hari Raya" sesuai sangat dengan moto, sekarang kita boleh nikmati burasak diluar musim perayaan.  Tak perlu tunggu hari raya lagi, rasa nak makan burasak order jer dari Bugis Delight ini. 
Wassalam.

Sunday, 31 January 2016

CAPING...

Assalam...
Apa itu caping? sape tahu angkat tangan.  Kalau lihat gambar dibawah mesti tahu apa itu caping.  Silalah scroll hingga abis.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.


 
Pakaian dalam yang dipakai untuk menutup alat kelamin orang-orang di nusantara pada zaman dahulu kala.


Bahan yang digunakan untuk membuat caping pun berbeza mengikut standard sosial pada masa itu.  Golongan raja dan orang kaya-kaya memakai caping yang diperbuat daripada emas.

Sementara caping untuk golongan marhaen atau orang miskin caping mereka diperbuat daripada tempurung kelapa.

* Sumber Muzium Bugis, Pontian Johor.

Wassalam.

Thursday, 10 September 2015

Sambal Hiris Wak Dol

Assalam...
Sambal paling senang nak buat, sebab tak perlu nak tumbuk-tumbuk guna lesung batu atau blender.  Bahan-bahan pun yang sentiasa dalam dapur dan hanya perlu dihiris halus-halus saja bahannya.  Sambal ini, saya selalu tengok Kak Uda (Kak Sal) sediakan untuk menawan selera suaminya (Wak Dol).  Walaupun kadang Kak Sal dah masak bermacam-macam jenis lauk, tapi tak sedikit pun menarik minat sang suami untuk makan.  Jadi Kak Sal akan buat sambal hiris ini, lepas itu memang laju ler si Wak Dol ambil pinggan dan makan.  Kadang tu rasa pelik jugak bila difikir.  Tapi tulah manusia ini macam-macam, benda paling simple dan kecil sudah cukup puas bagi mereka, sementara orang lain pulak perlukan sesuatu yang gah untuk kepuasan.
Nak sediakan sambal ini, takde ukuran spesifik semua main agak-agak yang penting kena dengan citarasa tekak sendiri ye.  Versi yang Kak Sal selalu buat tak diletak kicap jadi warna tu putih-putih pucat gitu, tetapi tetap saja menyengat selera Wak Dol.


Sambal Hiris Wak Dol
Sumber: Kak Sal


Bahan-bahan
Ikan bilis
Bawang merah - hiris
Bawang putih - hiris
Cili merah - hiris
Cili hijau - hiris
Cili padi - hiris
Halia muda - hiris
Garam
Kicap 
Orange sunquick 


Penyediaannya
* Goreng ikan bilis terlebih dahulu dan asingkan.
* Tumis bahan hiris hingga layu.
* Masukkan ikan bilis goreng, garam, kicap dan sedikit orange sunquick.
* Sesuaikan rasa, angkat dan hidang.  
Wassalam.

Monday, 15 June 2015

Kupi-Kupi @ Kopi 434.....

Assalam...
Sejak dikenalkan dengan kopi 434 ini, kami pun cuba-cuba nak minum kopi kampung ternyata kami suka dengan rasa kopi ini.  Tapi cara bancuhan kopi kami amat-amat lah cerhoi kata orang utara.  Salah satu agenda yang perlu dipenuhi ketika dalam perjalanan balik dari Sungai Balang minggu lepas, adalah mencari dan dapatkan kopi 434 di Muar.  Kedai runcit sekitar Sungai Balang memang ada menjual kopi 434, tapi kalau boleh nak melawat kilang tengok sendiri bagaimana kopi 434 itu diproses (hanya angan-angan).

Jumpa kedai yang terletak di Jalan Maharani berhadapan dengan stesen bas, Terminal Bentayan Muar.  
Ingat tau nombor ini 434.....kopi 434.
Ini kedai sebelah, tapi saya rasa macam geng dia jugak.
Masuk jer pintu utama dah nampak kabinet yang berisi assessori ini.
Suasana dalam kedai semasa kami sampai, memang meriah.  Ada satu section lagi yang menghubungkan dengan kedai sebelah (tiada air-cond) khas untuk mereka yang hendak merokok.
Hiasan dalam kedai, ruang utama.
Koleksi cawan, teko dan pengisar kopi sebagai hiasan dan center piece dalam kedai.
Saya suka yang ini, baca sini tentang sejarah kopi 434 sebagai kopi warisan keluarga.
Gambar generasi keluarga Ah Sai, 1969.
Dokumen penting bagi sesiapa yang tertanya-tanya tentang kedai dan produk.  Ada terlekat di dinding kedai.
Kaunter yang mengendalikan pembelian serbuk kopi dan kopi segera.  Satu lagi kaunter mengendalikan pelanggan yang hendak kupi-kupi di sini.
Ini antara produk kopi yang dijual, boleh beli yang dalam bentuk serbuk atau uncang.
Buku menu, sempat belek-belek aje sebab section order untuk makan minum telah ditutup ketika kami sampai.  Alangkah sedapnya jika dapat menikmati kopi panas dengan roti bakar ketika itu dengan suasana hujan gerimis di luar sana.
Antara produk lain yang boleh didapatkan di sini.
Kopi musang pun ada, lain kali tak perlu pergi jauh-jauh (Indonesia) nak dapatkan kopi musang (luwak).  Lupa pulak harganya berapa, sebab memang ada bertanya dengan cashier tu.
Ini antara special menu yang disediakan, datang lah awal tapi, jangan jadi seperti kami.  Bila tersembul depan pintu, kedai dah nak tutup. Sekadar dapat baca menu saja.
Dua plastik ini, cukuplah hasil tangkapan kami bertiga.  Beli untuk orang kampung nun jauh di sana.
Wassalam.

Sunday, 14 June 2015

Bila Rindu Ku Bertandang Ke Sini....

Assalam...
Setiap kali bertandang ke sini, perasaan umpama balik kampung dan berjumpa kaum keluarga sendiri.  Perasaan yang sama sejak pertama kali, lebih kurang 20 tahun yang lalu hingga kini, tetap sama.  Kampung sahabat dunia akhirat saya.  Kita bukan kawan kita saudara, kata semangat yang pernah saya terima dari seorang ahli keluarga di sini.  Keluarga besar almarhum dan almarhumah Haji Abdul Samat isterinya Sutinah yang mempunyai seramai 12 orang anak.  Pertemuan dan persahabatan dengan anak bungsunya yang membawa langkah kaki saya ke sini.  Tentunya saya amat bersyukur kerana Allah temukan saya dengan insan-insan mulia dan baik budi pekerti di sini.  
Saya pernah bercerita tentang rumah kayu tangga batu ini, boleh baca di sini.  Semangat parsaudaraan dan permaufakatan mereka adik beradik masih utuh, walaupun rumah ini hanya mereka kunjungi ketika hari-hari cuti. 
Setiap kali mereka akan berkumpul di rumah ini, satu hal yang tidak pernah mereka lupakan adalah mengajak saya untuk ikut serta.  Kali ini kami berkunjung sempena perkumpulan mereka untuk mengadakan majlis tahlil.
Keluarga Pak Aya (Yahya Abdul Samat), anak yang ke-8.
Sahabat saya dengan keluarga kecilnya, merupakan anak bungsu (ke-12) Haji Abdul Samad.
Generasi ke-3 (cicit) dari keturunan arwah Haji Abdul Samat, Muhammad Ammar.  Cucu daripada anak ke-3 beliau, Kak Uda (Salbiah Abdul Samat & Sharif).
Tangga batu, yang menyimpan banyak kenangan...kunjungan kali ini saya bawa dua orang kawan baru bagi mereka.
Semoga ikatan persahabatan saya dengan keluarga ini kekal hingga bila-bila dan turut berharap mereka terus menerima saya dan keluarga seperti selalu.
Wassalam.