Assalam...
Ikan cencaru memang tak masuk dalam list ikan yang saya perlu beli setiap kali ke pasar. Memang tak pernah jumpa ada dikalangan family yang pernah sediakan menu ikan jenis ini, sebab tu jakun sikit. Kenal ikan cencaru sejak duduk di Penang dulu, ikan ini popular sangat di sana untuk menu ikan belah belakang sementara itu keluarga bff saya pula suka jika ikan ini dibakar dan cicah bersama sambal kicap. Bila tanya en.abe, dia kata zaman kecil-kecil dia selalu makan ikan ini, goreng lumur garam kunyit saja sudah memadai baginya. Tetapi keluarga beliau lebih suka hidangankan ayam, tu yang tak tahu mereka ini dulu suka juga makan ikan. Mungkin sebab harga ikan lebih mahal sekarang jadi menu harian juga bertukar kepada sumber protein lain.
Rasa ikan cencaru lebih tawar berbanding ikan jenis lain, antara sebab yang kurang gemar. Perlu dimasak bersama rempah-rempah untuk menaikan lagi rasanya supaya lebih umph. Jumpa resepi yang dimasak oleh orang yang suka jalan-jalan, masak lemak tetapi bahan-bahannya tak perlu ditumbuk cuma hiris halis semuanya.
Ikan Cencaru Masak Lemak Putih
Sumber: Yati
Bahan-bahan
3 ekor ikan cencaru sederhana besar
1 kotak kecil santan (200ml)
2 labu bawang besar*
1 labu bawang putih*
Segengam cili padi*
2 inci halia*
3 helai daun limau purut*
2 batang serai - ketuk
3 helai daun limau purut
Air secukupnya
Minyak untuk menumis
garam, gula dan perasa.
Cara Penyediaannya
* Bersihkan ikan, seeloknya buang kulit tebalnya (jaket) dan potong.
* Hiris halus bahan bertanda "*".
* Tumiskan bahan hiris, serai, daun limau hingga layu dan masukkan ikan. Tambahkan air dah biar mendidih seketika.
* Masukkan santan pekat, garam dan serbuk perasa.
* Sebatikan dan sesuaikan rasanya.
* Angkat dah hidangkan panas-panas.
Harap penggemar ikan cencaru suka lah dengan menu masak lemak ini. Kena makan panas-panas untuk lebih nikmat.
Wassalam.
No comments:
Post a Comment