Showing posts with label Mee. Show all posts
Showing posts with label Mee. Show all posts

Tuesday, 28 August 2018

KARI LAKSA - NYONYA STYLE

Assalam...
Raya Idul Adha kami baru ini dapat buat kari laksa nyonya style yang dah lama diidamkan.  Nak buat saja-saja memang tak tahu entah bila, jadi menyambut raya dikota raya dijadikan sebagai alasan yang kukuh nak buat kari laksa sambil tu boleh jamu kawan-kawan yang tak balik kampung.  Ada yang tanya apa tu kari laksa, ala senang cerita untuk pause soalan cakap macam mee kari gitu lah.  Cara nak tahu beza antara mee kari dengan kari laksa, boleh guna konsep hanya jauhari yang mengenal manikam.


Agak terkilan juga sebab dah berlari ke 3 buah pasaraya nak beli taupok, tapi taupok tak ade kah kah kah.  Pasrah sajalah letak apa yang ada, resepi nak buatnya seperti di bawah.


Kari Laksa - Nyonya Style
Sumber: Chef Lum


Bahan-bahan Tumis
5 batang serai *
5 biji bawang besar*
10 biji bawang kecil*
1 pkt cili boh
1 pkt kecil serbuk jintan manis
1 pkt kecil serbuk ketumbar 
70gm serbuk kari ayam
2 tangkai daun kari
minyak untuk menumis.


Cara Penyediaannya
* Lumatkan bahan bertanda '*'.
* Tumiskan bahan lumat, cili boh dan serbuk rempah.
* Masukkan daun kari.  tumis hingga naik minyak dan wangi.


Bahan-bahan Sup
1 ekor ayam - rebus dan keluarkan isi ayam
3 liter air
500ml santan pekat
1 pkt taupok
1 pkt fish ball 
Garam
Gula
Serbuk perasa


Cara Penyediaannya
* Sediakan sup, rebus ayam hingga masak.
* Keluarkan bahagian isi dan asingkan.
* Campurkan bahan tumis ke dalam sup.
* Tambahkan santan dan perasakan dengan garam, gula dan serbuk perasa pilihan.
* Masukkan taupok, fish ball, fish cake, teruskan merebus sup dan sesuaikan rasanya.
* Angkat dan sedia untuk dihidangkan bersama bahan pelengkap lainnya.


Bahan-bahan Pelengkap
Kacang panjang*
Taugeh
Isi ayam rebus
Isi kerang*
Sotong kembang*
Mee kuning*
Bihun*
Bawang goreng 
Daun bawang - hiris


Cara Penyediaanya
* Celur atau goreng seketika bahan bertanda "*".
* Carik-carikkan isi ayam yang telah direbus. 

* Hidangkan kari laksa.  Ambil sedikit mee dan bihun letakkan isi ayam, isi kerang, sotong kembang, taugeh dan kacang panjang.
*  Tuang sup keatas mee dan taburkan bawang goreng serta daun bawang hiris.
*  Tambahkan dengan sesudu kecil sambal sebagai penambah rasa.

Bahan-bahan Sambal
5 biji bawang putih
5 biji bawang kecil
2 sudu cili boh
5 biji cili padi blend - optional jika suka pedas
Garam secukupnya
Gula Secukupnya
2 keping asam gelugor
Minyak untuk menumis 


Cara Penyediaannya.
* Tumis bawang putih, bawang kecil hingga kekuningan.
* Masukkan cili boh dan cili padi, tumis hingga naik minyak.  Masukkan asam keping.
*  Perasakan dengan garam, gula dan serbuk perasa. 
* Hidangkan bersama kari laksa.

Seronok si tukang masak sebab tetamu bagi feed back positif pasal kari laksa dia nie.  Yang mula-mula kata tak makan kari pun boleh terjatuh cinta dan suka dengan menu ini.
Wassalam.

Friday, 29 June 2018

Char Koay Teow

Assalam...
Beberapa kali terjumpa penggunaan istilah yang mengelirukan bila bercakap berkenaan char koay teow ini.  Yang dalam gambar tu, itulah char koay teow (Penang seafood char koay teow) yang paling famous ini terutama peniaga (hawker stall) Hokkien di Pulau Pinang.  Bila mai kat orang melayu pula, dipecahkan jadi dua kategori 'char' tu lain goreng tu lain.  Macam yang gambar ini dipanggilnya koay teow goreng, sementara char koay teow tu merujuk yang jenis cair (ada sedikit kuah).  Sedangkan kata 'char' tu sebenarnya bermaksud goreng, saya sendiri puan buatlah kesimpulan yang kering begini original chinese version char koay teow manakala yang cair itu malay version. Ok tak mau pening-pening, mana-mana yang mai pun makan saja, dua-dua pun saya suka.



Char Koay Teow (Penang Seafood Char Koay Teow)
Sumber:  Chef Lum


Bahan-bahan
100gm koay teow
2 sudu kicap CKT (char koay teow)
1 sudu cili boh - tambah jika suka pedas
Sedikit kucai 
Sedikit taugeh
1/2 sudu garlic cincang
1 biji telur
Isi udang
Isi kerang 
Fish ball / Fish Cake (jika suka)
Minyak untuk menumis
Hiasan - Cili jeruk, daun bawang. 


Cara Penyediaannya
* Panaskan minyak, masukkan garlic, telur dan cili boh.
*  Masukkan isi udang, kerang dan fish cake.
*  Tuangkan kicap ckt, masukkan koay teow.  Gaul sebati.
*  Masukkan kucai dan taugeh.  Gaul sekejap dan tutup api.
*  Hidangkan bersama cili jeruk atau cili kicap.

Char koay teow ini masak sekejap saja, guna api yang kuat tapi kena pandai kontrol jangan sampai hangit.  Nanti kita belajar sediakan kicap CKT dia pula ye, tengah ayat-ayat chef minta resepi.
Wassalam.

Wednesday, 7 February 2018

Lao mandre: Kungfu Ramen (Hand Pulled noodle)


Assalam...
Hari tu pernah cerita yang teringin nak makan mee tarik tapi malas nak pergi cari jauh-jauh.  Kawan saya ajak pergi giant KJ makan mee ramen katanya.  Dengar nama ramen ingatkan mee jepun ke apa, rupanya sama macam mee tarik juga (hand pulled noodle) cuma nama resto lain, tokeh lain kot, tak kisah lah tu, janji dapat makan mee yang di tarik-tarik nie.


Nampak sangat dah lama tak pergi giant KJ, dah lama tak beli barang dapur penuh trolley.  Sejak ekonomi meleset nie, isi poket pun dapat beli barang kat 99 jer sebab kedai 1M pun dah tutup lama tutup.  Lupakan lah pasal ekonomi tu, merudum ke rancak ke, tembolok tetap kena isi untuk kelangsungan hidup. 


Mari kita makan mee yang dikunfu oleh orang dalam cermin tu.  Macam senang jer dia hayun tepung tu, hayun mai hayun pi dah jadi tali kecil-kecil pastu lempar masuk dalam periuk air panas. 


Ini braised beef noodle soup special.  Yang best kat sini boleh buat pilihan mee nak guna daging, ayam atau kambing.  Kami pilih kambing sedap jugak.


Try mee yang goreng ini, tak ingat namanya sebab order main tunjuk-tunjuk jer gambar.


Kawan saya minta kami try dumpling ini, inti daging.


Cili ini yang paling sedap.  Pedas dia tak macam pedas cili padi tapi cukup buat kita nak terbersin dan tersedak.


Suka sangat makan dumpling letak sambal cili ini banyak-banyak.  Sadap sampai tersedak-sedak makcik, ini baru trill.


Alhamdulillah, kenyang.  Ada orang tanya mana sedap atau sama sedap dengan mee tarik warisan ker, bagi saya sama sedap.  Tapi my bff kata yang ini lagi sedap.  Selera masing-masing kan.


Selang beberapa hari kami ulang lagi makan kat sini.  Order semangkuk mee dan dumpling saja, lebih dari cukup untuk kami berdua.
Wassalam.

Thursday, 28 December 2017

Lao Mandre: Mee Tarik Warisan..


Assalam...
Selalu bila makan dekat mee tarik warisan, outlet Kl Sentral dulu (sekarang dah pindah) hanya makan mee yang berkuah.  Outlet situ dulu kecik je pilihan pun agak terhad.  Nampak sangat cerita ini dah lama, sebab masa pergi ini mek Dot yang ajak pergi makan di resto Mee Tarik Warisan di Kota Damansara.  Dia nak belanja adik kesayangan dia (Ana) sebelum dak Ana berenti kerja.  Untung lar nak bernti orang belanja makan, kalau macam tu nak berenti kerja lah sebulan sekali...hehehe.



Makan di restoran, pilihan menu dia banyak, bukan hanya mee tapi banyak dish lain yang boleh dipadankan dengan nasi.


Abang Hassan suka kalau you all pilih banyak-banyak menu kat mee tarik nie.  Tapi sendiri mau ingat, pilih ramai-ramai jangan bayar seorang-seorang, kecuali kalau orang tu niat memang nak belanja untuk semua.


Pilihan kami untuk makan 3 orang, macam banyak sangat kan.  Memang banyak sebab tu jangan pergi pilih makanan time perut kosong sangat, semua rasa nak makan, tewas dengan nafsu sendiri.


Yang ini memang sedap, pilihan dah Ana.  Saya dengan mek Dot pilih mee yang berkuah.  Portion untuk seorang memang sangat mengeyangkan, tambah bila kita hirup sup tu, mesti cepat kenyang.


Nasi ini siapa yang pilih? semua kena kerjasama untuk habiskan.  Last hanya makan lauk atas tu, nasi tinggal.  Tak baik betul perangai macam gitu kan.

Bila tengok balik gambar-gambar tu, teringin pula nak makan mee tarik lagi.  Nak pergi tempat yang senang, macam kat kl sentral hari tu.  
Wassalam.

Tuesday, 28 February 2017

Lao Mandre: Steamboat @ Johnny's Restaurants...


Assalam...
Ini kisah bos bawa pergi lunch makan steamboat ramai-ramai sempena ada seorang senior staff yang berhenti. Pelik kan dah berhenti baru nak raihkan, masa ada tak nak hargai, macam suka je orang berenti kerja.  Bukan begitu ya.  Orang datang kita alu-alukan, tapi kalau ada yang nak pergi sebab peluang lebih baik, selalunya bos kita buatlah farewell ajak semua staff pergi makan-makan sebagai mengenang jasa.



Kali ini suka sangat sebab makan steamboat. Di Johnny's steamboat mereka ada set pakej jadi tekde lah melantak sampai nak pecah perut macam kalau kita pergi steamboat cara buffet. Macam main masak-masak kan, dari kecil hingga ke tua kerja dok main masak-masak.  Al-maklum orangnya suka sangat makan.


Ada jugak yang ambil side order macam ini, beef noodle.  Menu ini macam sesuai sangat untuk orang yang diet garam (takde rasa masin langsung) rasanya plain sangat, atau terlupa letak tak tahu lah.  Lagi pun masa kami datang lunch tu kira full house lah restoran tu.  So terima jelah apa yang ada.


Bagi yang ada sweet tooth kata orang, red ruby and jackfruit again and again.


Yang ini pun suka, palm seed (buah kabung) with jackfruit.  Seingat dulu mereka tak guna palm seed tapi guna honey sea coconut.


Tambah dengan ini pula, ini geng budak lelaki punya kerja order banyak-banyak lepas tu tak habis tolak kat meja kita orang.  Abaikan jelah jelingan dari cik puan yang kena settlekan semua bil.


Alhamdulilllah, kenyang, licin dan yang penting jangan membazir.


Geng depa inilah yang order macam-macam.  Tak kenyang beb hanya makan steamboat set begini, kata mereka.  Sebab tu side order mereka panjang berjela.


Selepas ini, tak tahu lagi bila pula ada acara makan ramai-ramai begini.  Tunggu sehingga ada yang berenti kata mereka, baru buat makan-makan lagi.
Wassalam.

Wednesday, 2 November 2016

Mee Kari Ala Che Abe...


Assalam...
Badan lesu kurang bermaya balik kerja, tiba-tiba dapat booster energy bila nampak makanan penuh meja sudah terhidang.  Tambahan bonus lagi bila menu itu adalah makanan kegemaran.  Oh ini sudah bagus, tinggal basuh tangan tarik kerusi dan makan saja.  Jangan lupa baca bismillah.



Sesekali buat kejutan begini kan best.  Mudah sangat cair kan, belanja makan sikit mood happy gila.  Tak perlu belanja mahal-mahal pun senyum sampai ke telinga kita.  Lagi satu legah sebab hari itu kita tak perlu masuk dapur.  Selesai makan tambahan mangkuk kedua, makanan tu masih berbaki banyak lagi.  Risau macamana nak menghabiskannya, rupa-rupanya en.Abe dah plan  nak agih-agihkan kepada adik-beradik yang di PJ, TTDI dan Klang.  Alhamdulillah sesekali dapat merasa dia masak dan lepas makan kita ronda-ronda hantar mee kari.
 



Mee Kari Ala Che Abe
Sumber: Nasa


Bahan-bahan
Mee kuning / bihun / koay teow (celur bila gunakan bihun, sementara untuk koay teow dan mee, basuh)
Sawi - potong dan celur
Telur rebus
Tahu - goreng dan hiris
Fish ball
Fish cake - hiris
Isi ayam / daging - rebus dan hiris nipis
Taugeh
Cili merah - hiris
Daun bawang - hiris
Daun sup - hiris
Bawang goreng
 

Bahan-bahan untuk Kuah
Serbuk kari ayam
Tulang ayam
Taupok
Daun kari
Bawang putih*
Bawang merah*
Serai*
Sedikit lengkuas*
Sedikit halia*
Udang kering*
Santan
Air secukupnya
Minyak untuk menumis
Garam dan perasa






Cara Penyediaannya
* Blend halus bahan bertanda "*" untuk kuah.
* Panaskan minyak dan tumis bahan blend hingga wangi.  Masukkan serbuk kari dan tumis hingga rempah naik minyak.
*  Masukkan air, tulang ayam dan daun kari, rebus hingga empuk.
*  Tambahkan tau pok, santan dan garam, didihkan seketika.
*  Sesuaikan rasa kuah dan tambahkan dengan serbuk perasa kegemaran.
*  Sendukkan mee, dan bahan-bahan pelengkap lainnya ke dalam mangkuk.  Kemudian tuangkan kuah ke atas mee tadi.




Tiada alasan untuk tidak mencuba mee kari ini, tak nak mee kuning, makan dengan koay teow, tak suka koay teow boleh makan bihun pula.  Nak campur ketiga-tiganya sekali pun boleh.



Alhamdulillah, licin pinggan saya makan.  Lain kali masak lagi ye Abe.
Wassalam.