Wednesday, 1 May 2019

Take a Break: Hiking Bukit Batu Putih

Assalam....
Kisahnya sekarang lepas makan-makan, pergi hiking, lepas hiking makan lagi.  Makan-makan dan hiking, makan seploh doploh kali, hikingnya baru sekali. Hikinglah macamana pun tetap lah tembun juga kan.  Kali ini kita hiking ke Bukit Batu Putih yang terletak dalam hutan rekreasi Tanjung Tuan sempadan negeri Melaka dan Negeri Sembilan, bukan Bukit Batu Putih yang kat Gopeng tu tau.   


Nak cari senang jer tampat ini, tanya jer pakcik google nanti boleh sampai lah.  Parking di tepi-tepi resort, cuma jauh sikit kena park jika terlewat sampai.


Bayaran masuk, 


Laluan jalan bertar sampai ke kawasan rumah api dan starting point ke Bukit Batu Putih.  Macam aktiviti berjalan-jalan aje kan.


Kita naik ke kawasan rumah api dulu, rumah api ini masih berfungsi sebagai panduan untuk kapal-kapal yang melalui Selat Melaka.


Di penghujung lorong rumah api ada laluan bertangga untuk turun ke kawasan pantai dan gua di bawah sana.  Kami tak turun ke sana, hanya tawaf keliling rumah api.  Selepas kami pergi hari tu, adik pula dengan kawan-kawan dia pergi camping kat pantai sebelah bawah tu.


Ada beberapa laluan untuk sampai ke Bukit Batu Putih, tetapi kami pilih laluan santai dan yang paling dekat.  Laluan ini kalau nak berlari pun boleh.  Tak sanggup nak advanture lalu kat akar pokok dan panjat batu-batu.


Boleh pula saya perasan macam setengah tempat laluan tu semacam tempat lama sangat, macam tempat yang manusia tak pernah sampai, padahal ramai jer yang lalu lalang di situ.


Kalau dah jumpa batu besar ini, maksudnya dah sampai lah di Bukit Batu Putih.  Untuk sampai ke puncak yang boleh tengok view lawa tu perlu mendaki guna tali.  Tengok macam susah jer kami nak naik ke atas guna tali, so kami bergerak ke kiri mencari laluan yang lebih senang nak panjat.


Alhamdulillah, sampai puncak dapat view macam ini.  View ke arah Teluk Kemang dan Port Dickson.


Agak susah nak ambil gambar yang tiada ganguan di atas ini, orang ramai beratur nak mencari port cantik.  Siapa yang tahan berpanas boleh lah menunggu, sebab kami puteri lilin jadi sekejap saja di atas sini.


Memang syok jika boleh duduk lama-lama di atas ini, bahang panas tak terasa sangat sebab hembusan angin nyaman, sedar-sedar turun nanti kulit dah rentung.  Tapi jangan pentingkan diri sendiri sebab ramai lagi yang tengah beratur.


Masing-masing sibuk cari view cantik untuk update status agaknya. 


Salah satu laluan yang orang boleh berlari, cepatlah boleh sampai.  Orang lain hiking sampai 30-40 minit, jika berlari boleh lah sampai 10-15 minit kot.


Pinjam signboard adik ni #parapejalan, dia dan family baru sampai masa kami bersiap-siap nak balik. 

Hiking ke Bukit Batu Putih bagi pengalaman lain pula daripada tindak balas tubuh.  Kali ini bukan kaki yang sakit, tetapi degupan jantung rasa lain, laju semacam rentaknya dan sedikit rasa sakit pada dada.  Walaupun bagi para hikers tegar, hiking di sini sangat senang dan tak sempat peluh jantan keluar, tapi saya rasa macam nak semput naik sini.  Ada yang tak kena pada badan lah kot, nak kena buat adjustment and balancing ni.
Wassalam.

No comments:

Post a Comment