Showing posts with label wantan. Show all posts
Showing posts with label wantan. Show all posts

Wednesday, 7 February 2018

Lao mandre: Kungfu Ramen (Hand Pulled noodle)


Assalam...
Hari tu pernah cerita yang teringin nak makan mee tarik tapi malas nak pergi cari jauh-jauh.  Kawan saya ajak pergi giant KJ makan mee ramen katanya.  Dengar nama ramen ingatkan mee jepun ke apa, rupanya sama macam mee tarik juga (hand pulled noodle) cuma nama resto lain, tokeh lain kot, tak kisah lah tu, janji dapat makan mee yang di tarik-tarik nie.


Nampak sangat dah lama tak pergi giant KJ, dah lama tak beli barang dapur penuh trolley.  Sejak ekonomi meleset nie, isi poket pun dapat beli barang kat 99 jer sebab kedai 1M pun dah tutup lama tutup.  Lupakan lah pasal ekonomi tu, merudum ke rancak ke, tembolok tetap kena isi untuk kelangsungan hidup. 


Mari kita makan mee yang dikunfu oleh orang dalam cermin tu.  Macam senang jer dia hayun tepung tu, hayun mai hayun pi dah jadi tali kecil-kecil pastu lempar masuk dalam periuk air panas. 


Ini braised beef noodle soup special.  Yang best kat sini boleh buat pilihan mee nak guna daging, ayam atau kambing.  Kami pilih kambing sedap jugak.


Try mee yang goreng ini, tak ingat namanya sebab order main tunjuk-tunjuk jer gambar.


Kawan saya minta kami try dumpling ini, inti daging.


Cili ini yang paling sedap.  Pedas dia tak macam pedas cili padi tapi cukup buat kita nak terbersin dan tersedak.


Suka sangat makan dumpling letak sambal cili ini banyak-banyak.  Sadap sampai tersedak-sedak makcik, ini baru trill.


Alhamdulillah, kenyang.  Ada orang tanya mana sedap atau sama sedap dengan mee tarik warisan ker, bagi saya sama sedap.  Tapi my bff kata yang ini lagi sedap.  Selera masing-masing kan.


Selang beberapa hari kami ulang lagi makan kat sini.  Order semangkuk mee dan dumpling saja, lebih dari cukup untuk kami berdua.
Wassalam.

Thursday, 30 November 2017

Wantan Ribbon


Assalam...
Sekarang ini viral sangat menu-menu yang macam susah diterima akal.  Saya cakap akal saya, akal orang lain ok jer.  Menu 2 bahan, menu 3 bahan, menu 4 bahan, siap berhestag # lagi tu.  Menu yang guna 1 bahan ada tak?, tunggu dan lihat saja nanti.  Wantan Ribbon oleh Kak Noor ini, boleh lah kita kategorikan sebagai menu 3 bahan.


Kudapan sempoi yang disukai ramai.  Sediakan hingga habis baru start menggoreng atau sambil goreng sambil ngap ke dalam mulut.  Boleh bagi banyak-banyak hastag 
#kudapansempoi 
#menu3bahan 
#wantanribbon
#siapgorengdalampingganpunlicin
#tqkaknoor


Wantan Ribbon
Sumber: Kak Noor


Bahan
Sosej ayam / daging
Kulit wantan
Minyak untuk menggoreng
Sos pencicah.

Cara Penyediaannya.
*  Potong pendek sosej lebih kurang setengah inci.
*  Lubangkan tengah sosej (saya guna straw).
*  Sumbat kulit wantan ke dalam lubang sosej tersebut.
*  Pintal ikut kreativiti sendiri.
*  Goreng di dalam minyak panas, tapi api jangan terlalu besar (kulit wantan cepat hangus).
*  Angkat dan toskan minyak pada wantan ribbon.
*  Hidangkan bersama sos pencicah.
 



Hasil pintalan sang isteri, adalah ala-ala ribbon kan.  Kena guna kulit wantan yang bentuk bulat, baru dapat ribbon yang cantik.  Ini guna kulit yang segi empat.
 

Yang ini hasil karya sang suami, berambu ramba wantan tu.


Tak kisahlah ape bentuknya, janji perut kenyang dan senang hati.
Wassalam.

Wednesday, 25 October 2017

Wantan Goreng Inti Ayam Cincang.


Assalam...
Jom buat kudapan yang savori, sebelum ini kita makan kudapan asyik pilih yang manis-manis jer kan.  Kali ini tukar selera sikitlah makan yang savori pula.  Savori ini istilah untuk makanan (kuih) yang rasanya selain dari manis, maksudnya yang pedas-pedas (hanya itu yang mampu diingati dari kelas SRT dulu).  Nak maksud yang lebih tepat sila rujuk kitab tukang masak Larousee Gastronomique.  Jom masuk dapur kita buat wantan goreng, chinese cuisine yang telah ditokok tambah mengikut kesesuaian tekak melayu.



Lipat-lipat, pintal-pintal jadi ikut bentuk suka hati, yang penting jangan terbuka ketika menggoreng.


Goreng dalam minyak penuh, jangan terlalu kuat apinya, kulit wantan tu cepat garing nanti inti tak masak lagi.


Wantan goreng Inti Ayam 
Sumber: Mulia


Bahan-bahan
Kulit wantan secukupnya (bentuk bulat / segi empat)
1 paket ayam cincang
300gm isi udang cincang (saya ganti dengan udang kering tumbuk)
3 biji bawang merah - hiris halus
3 biji bawang putih - cincang
1 pkt shitake mushroom - hiris halus
Daun bawang - hiris halus
Daun sup - hiris halus
2 biji cili merah - hiris halus
Serbuk lada putih
Garam
1 biji telur 
Minyak untuk menggoreng 

Sos Penyicah - Thai Chilli sos. 


Cara Penyediaan
*  Goreng isi ayam sekejap tanpa minyak hingga kering.  Boleh juga kalau tak nak goreng dulu, cuma kena pastikan inti ayam betul-betul masak ketika menggoreng wantan.
*  Campurkan semua bahan dalam satu mangkuk kecuali minyak.  Gaul rata dan sesuaikan rasanya.
*  Letakkan sesudu inti pada tengh kulit wantan dan lipatkan.  Guna air sejuk untuk melekatkan kulit wantan.
*  Lipat mengikut kreativiti anda.
*  Goreng wantan dalam minyak panas, api sederhana untuk mengelakkan kulit wantan hangus.
*  Apabila masak, angkat dan toskan minyak.
*  Hidang bersama sos cili.



Memang makanan boleh membuat orang stress jadi happy, tapi berhati-hati juga akan mudaratnya kemudian hari.  Tambah stress bila dah obess, satu persatu penyakit datang menjadi teman.
Wassalam.