nuffnang_bid = "6d3fefaa2657f8901dfaPages

Showing posts with label Indonesian Food. Show all posts
Showing posts with label Indonesian Food. Show all posts

Thursday, 29 June 2017

Kek Ketan Hitam @ Kek Pulut Hitam.

Assalam...
Sudah lama teringin nak makan kek ketan hitam hitam (kek pulut hitam) ini sejak pernah makan di rumah kenduri dulu-dulu.  Resepi dari seberang pemberian kakak sepupu pun dah ada, tapi macam renyah je nak siapakan adunan santan dan menyediakan tepung pulut hitam.  Bila terjumpa tepung pulut hitam ada dijual di tesco, terus beli dan simpan stok.  Sehingga terjumpa resepi yang lebih mudah guna majerin menggantikan santan.  Resepi yang saya guna ini pun guna kaedah kukus tapi tetapi saya bakar.  Boleh pilih nak kaedah kukus atau bakar begitu juga dengan ramuan yang digunakan terdapat pelbagai versi dalam penggunaan ramuan.


Kek Ketan Hitam @ Kek Pulut Hitam
Sumber: IG


Bahan A
6 biji telur
150gm gula halus
1/4 sudu teh garam
1sudu teh baking powder
1sudu teh ovelet (sp)

Bahan B
250gm tepung ketan hitam (tepung pulut hitam)

Bahan C
200gm majerin dicairkan (boleh campurkan 150gm majerin 50gm butter)
60gm susu pekat manis


Cara Penyediaannya
* Pukul bahan A dengan kelajuan tinggi hingga kembang (10-15 minit).
* Turunkan speed, masukkan tepung sedikit demi sedikit hingga adunan bercampur rata.  Matikan mixer.
*  Masukkan majerin cair sedikit demi sedikit, kacau menggunakan spatula dengan teknik kaup balik.  Akhir sekali masukkan susu pekat.

* Bakar dengan suhu 160'c selama 40 minit (bergantung kepada oven)
* Kek ini boleh juga di kukus, tapi pastikan kukusan dipanaskan terlebih dahulu hingga mengeluarkan wap.  Kukus selama 30-40 minit.


Tak sabar nak tunggu kek sejuk dan lihat bagaimana hasilnya.  Walaupun bantat sedikit sebab terlupa letak baking powder dan mixer beronar, tetapi rasanya tetap sedap. Sambil potong susun kat pinggan sambil masuk mulut.  Rasa kek pulut hitam yang dibakar dengan versi kukus tetap ada kelainanya.  Versi bakar lebih wangi dan sedikit kering manakala versi kukus lebih moist dan rich.
Wassalam.

Saturday, 25 March 2017

Lao Mandre: Bakso Monster


Assalam..
Niga tau poji mandre bakso? Siapa hantu bakso kita geng.  Jom kita try makan di Bakso Monster (the fatters bakso in town) resto by Jovian Mandagie.  Memang suka makan bakso yang gemuk-gemuk, original orang Indonesia jual bakso mesti ada bebola yang besar macam bola tenis dan beberapa ketul bakso kecil.  Bebola daging yang besar sama ada diperbuat daripada daging cincang sahaja atau yang ada telur rebus sebagai inti di dalamnya.  Selalu-selalu makan kat gerai tepi jalan atau food court je, meh kita up grade sikit gi sini pula.


Deko dalam resto ala-ala retro juga lah.  Sebab tokeh pun designer, toilet pun tak lepas dapat sentuhan kreativiti pemiliknya.  Tapi yang leceh datang sini tu, susah nak cari tempat parkir kosong.  Bangsar tu beb, tempat orang kaya kata kawan saya.   


Buku menu yang paling win walaupun hanya sekeping, paling besar yang pernah saya jumpa setakat ini.  Sebab ko pergi restoran bakso, so menu utamanya mestilah bakso dan sewaktu dengannya.  Jangan pula cari nasi tomato dan ayam masak merah.  Tetapi ada je menu lain bagi yang tak nak makan bakso, ada soto, pecel lele dan nasi goreng.


Ini bakso pilihan saya, pilih yang guna glass noodle (so hoon) dan kuahnya Indonesian Traditional.  Pilihan mee dan kuah terdapat 3 jenis pilihan setiap satu.


Soto ayam untuk en.Abe.


Nasi dan bergedil adalah set untuk soto ayam tadi.


Sambal ada 3 jenis dan kicap ABC yang terlalu Indonesia.


Side order kami, nak cuba mertabak manis (macam apam balik, cuma tak diterbalikkan macam selalu).  Memang sangat manis.


Ada contoh portion makanan yang mereka sajikan, incase ada yang tak biasa dengan makanan indonesia.  Kadang-kadang tak dapat nak gambarkan makanan hanya dengan baca menu, boleh rujuk display dekat kaunter.


Lepas ini boleh lah try pulak makanan Menado (Sulawesi Utara) di resto Jovian yang lain. 
Wassalam.