Saturday, 18 May 2019

Take A Break: Jalan-Jalan Ke Taman Negara

Assalam...
Lari sikit dari topik cerita pasal ramadhan dan persiapan menyambut idul fitri.  Ini pun bukan cerita baru, tapi dah lama pergi Taman Negara sekadar jalan-jalan sebab kami tak pernah sampai lagi.  Bak kata bapak mertua malu lah jadi orang Jerantut tapi Taman Negara tak pernah sampai lagi.  Dah sampai tu baru lah boleh mendabik dada kata saya orang Jerantut, bandar taman Negara hahaha tak gitu awok.


Sebenarnya kalau nak datang sini yang best kalau dapat stay satu atau dua malam.  Boleh lah buat aktiviti banyak sikit, sebab tempat nak berjalan atau hiking tu jauh jugak dan tolong jangan berlagak diva sangat ok.  One day trip pun boleh dan aktiviti yang disarankan adalah menyusuri sungai, dan berkelah di tempat yang best.  Lebih jimat jika ahli group yang ramai boleh sewa satu bot.


Dalam fikiran kami nak pergi Taman Negara sebab nak pergi canopy walkaway yang dikatakan antara tertinggi di dunia.  Tetapi kecewa sikit setealh bertanya di pondok pengusaha bot kerana diberitahu jambatan gantung ditutup untuk menyelenggaraan.  Nak mudik ke hulu dan berkelah di tepi sungai macam tak berbaloi, jadi kami hanya menyeberang dan berjalan-jalan ke kawasan Mutiara Taman Negara. 


Peraturan untuk pengunjung.


Catatan paras air banjir yang tertinggi yang pernah catatkan.  Melihat pada tebing tinggi yang terletak di sebelah Mutiara Taman Negara boleh bayangkan betapa gerunnya apabila air sungai sampai ke takat itu.  Sebahagian rumah-rumah penduduk di seberang pasti tenggelam.


Perhatikan arah dan jarak kalau nak pergi sesuatu tempat.  Sebab tu kalau nak meneroka lebih baik bermalam di Kuala Tahan.  Cuaca pula sangat panas ketika itu, tak mungkin kot nak  berjalan jauh-jauh.


Ada pelbagai jenis penginapan mewah di Mutiara Taman Negara yang ditawarkan kepada pengunjung.  Tapi jangan risau kalau pengunjung nak penginapan budget lebih rendah pun ada, ada beberapa penginapan di sekitar Kuala Tahan boleh dicuba termasuk pakej lawatan.


Restoran di Mutiara Taman Negara, takdelah kami nak makan di sini lagi pun bekalan jajan yang dibawah masih banyak lagi.


Kolam besar yang menempatkan ikan kelah, anak-anak sungai di taman negara dijadikan sebagai sanctuary ikan kelah untuk tujuan melindungi spesis kelah terutama kelah merah.  Terdapat 2 tempat utama di Taman Negara yang dijadikan sanctuary ikan kelah iaitu Kuala Juram di Sungai Relau, Merapoh dan Lubuk Tenor di Kuala Tahan.


Nasib lah canopy walkway tu tutup, kalau tidak mau berpeluk ketiak nak jalan sebab jarak jauh juga.  Pegawai yang kami tanya pun tak pasti canopy walkway tu bila akan dibuka semula kepada pengunjung.  Kesian mereka yang datang jauh-jauh semata-mata nak pergi situ tapi tidak dimaklumkan keadaan sebenar. 


Setelah meronda-ronda kawasan sekitar Mutiara Taman Negara, kami putuskan menyeberang semula ke jeti.  Ramai operator bot di sini dan harga boleh nego jika hendak membuat aktiviti menyusur sungai.


Sebelum menyeberang, kami dipelawa oleh operator bot untuk berperahu di kawasan Kuala Tahan.  Dapat menyusur sekejap di kawasan sungai tembeling dan sungai tahan dengan bayaran Rm10.00.  Boleh lah kan, sebab nak pergi jauh memang tiada sebarang kelengkapan yang di bawah.  Harga tu


Sungai Tahan, airnya lebih gelap dan aliran airnya lebih tenang berbanding dengan Sungai Tembeling.


Kuala Tahan tempat pertemuan antara 2 sungai, iaitu Sungai Tembeling dan Sungai Tahan.


Harga naik bot menyeberang hanya RM1.00 sehala, boleh naik mana-mana bot yang merapat ke jeti. 


Kami bertanya kepada operator bot jika kedai makan terapung yang berada di tepi sungai itu ada yang menyajikan menu tempatan orang Pahang, tetapi mereka bagi tahu menyajikan makanan panas dan western.  Memang syok jika dapat makan atas rumah terapung tu, tetapi kami putuskan nak makan di gerai di seberang dekat dengan tempat kami parkir kereta.

In saha Allah lain kali boleh datang lagi, ajak kawan-kawan dan adik beradik mudik ke boleh mandi-manda dan berkelah.
Wassalam.

1 comment:

  1. Next time ke Sandakan cuba lepak kat Kinabatangan pula , naik bot macam-macam wildlife jumpa kalau banding Taman Negara di Pahang. Dulu kalau menyusur sungai di Taman Negara Pahang nampak pak biawak je wildlife. Tapi mesti banyak kemudahan nak bandingkan sedekad lebih dahulu.

    ReplyDelete