Saturday 26 October 2013

Doa Selamat Untuk Nona...

Assalam.
Syukur Alhamdulillah, selesai majlis doa selamat untuk adikku Nona yang akan berangkat minggu hadapan ke Mesir.  Kami tentunya bangga dengan dia dan seisi keluarga berdoa semoga sepanjang di sana nanti segala urusan mencari ilmu dipermudahkan, diberkati dan dilindungi Allah Swt.

Petang itu kami hanya menyediakan menu ringkas iaitu nasi ayam untuk jiran tetangga, kawan-kawan mertua dan orang masjid.
Wassalam.

BerMandi Manda di Sungai Ulu Cheka, Jerantut

Assalamualaikum..
Mandi sungai satu kemestian bila setiap kali balik kampung suami.  Selalu kami berdua tidak melepaskan peluang setiap kali balik kampung, mesti berendam di sungai ini. terutama Mulia yang cukup teruja nak mandi sungai, almaklum walaupun nama kampung sendiri bermula dengan nama sungai, tapi tidak kelihatan sungainya.

Kali ini, memang seronok sebab kesemua adik-beradik turut serta (kecuali husband) tak dapat join, sebab jadi jurukamera) di tepi sungai. Memahami hasrat adik kami yang mengajak mandi sungai.  Sebab selepas ini dia akan berkelana melanjutkan pengajian di bumi para anbiya selama beberapa tahun.
Cerianya hidup masing-masing dapat berendam beramai-ramai.
Inilah adik kami yang bakal melanjutkan pengajian di Mesir. Mungkinkah dapat menikmati pengalaman berendam dan mandi di Sungai Nil pulak.
Uji kehebatan menyelam, berapa lama boleh tahan dalam air.
Dan pemenangnya adalah....
Sebenarnya sungai ini di tepi rumah mertua saja.  Tempat untuk berendam ini betul-betul di tepi rumah bahagian dapur agak tersorok daripada pengunjung lain Wassalam.

Mr & Mrs Bat, jadi penghuni rumah...

nasamulia

Assalam Semua...
Beginilah jika rumah tidak dihuni oleh manusia, akan ada penghuni yang akan menumpang teduh.

Hampir gugur jantung ketika membuka pintu bilik air, tiba2 terbang seeokor binatang melintasi kepala.  Jenis binatang bergayut macam dalam gambar.  Rupa2nya bilik air rumah kami yang dihuni sesekali itu menjadi tempat tinggal sepasang Mr & Mrs Bat ini.  Agaknya suasana bilik air tu sejuk dan gelap seperti gua kot.
Wassalam.  

Friday 25 October 2013

Program Saringan Kesihatan Perkeso

nasamulia

Assalam Semua...
Bilakah kali terakhir anda melakukan pemeriksaan kesihatan secara menyeluruh?.  Bagi pekerja swasta macam saya sudah tentu mereka juga dapat baucar percuma Program Saringan Kesihatan ini.  Oppsss..Perkeso berikan pada mereka yang nak masuk 4 siri dan ke atas saja.  Adik-adik yang mudah belia yang baru dapat 2 siri dan 3 siri tu tidak layak dapat baucar.

nasamulia

Saringan pemeriksaan percuma, adalah amat rugi kalau tidak digunakan.  Nak keluarkan duit poket sendiri memanglah berat, nak2 kalau pergi hospital swasta, pakej saringan kesihatan yang ditawarkan rata-rata bermula dari RM400 ke atas.  Last Mulia buat check up 2 tahun lepas, guna duit sendiri di hospital swasta bayaran dikenakan hampir RM700 jugak.  Tapi nasib Mulia baik jugak sebab lepas tu dapat claim, kerana perubatan tahunan yang diperuntukan oleh syarikat masih berbaki.
Baucar dapat awal tahun, tapi baru berkesempatan menggunakannya.  Biasalah kita ini, bila dah hampir tarikh luput barulah nak terkejar2 kan.  Buat check up di sebuah klinik di Damansara Jaya, dekat dengan tempat kerja dan rumah.  Di sini kena wat check up je, ujian mamogram dirujuk ke KPJ Damansara kerana tiada peralatan lengkap di sini.

Bagi yang masih menyimpan baucar dan belum melunaskannya lagi, cepat-cepat buat check up, terdapat banyak klinik yang berdekatan telah dilantik oleh Perkeso. Percuma lagi. Anda jugak boleh menambah ujian lain yang tidak termasuk dalam pakej Perkeso.  Tapi itu kena bayar sendiri yek.. Kalau hasil ujian negatif jangan takut, kerana mengetahui lebih awal lebih baik sebelum terlambat.  Mencegah itu lebih baik daripada mengubati.
Wassalam.

Thursday 10 October 2013

Siakap Stim Ala Emerald Suace..



Assalam wbt...
Ikam stim...erm memang kegemaran Mulia berbanding dengan yang digoreng dan dimasak 3 rasa atau sweet sour. Mungkin sebab Mulia ni bukan pengemar sos cili atau tomato, en. abang pun sama.  

Kalau dapat ikan stim seekor boleh licin kami dua orang kerjakan.  Korek tang mata, otak, isi pipi tinggallah tulang-tulang yang sudah licin dan bersih.  Kawan baik i cakap jin pun tak dapat nak makan dek tulang yang bersih itu.  

Ikan siakap ini beli di pasar malam  Setia Alam hari tu, baru sempat nak masak.  Isi fresh lagi sebab simpan baik dalam freezer.  En. Abang cakap nak buat ikan stim, itu sudah bagus, Mulia senyum sampai telinga.  Ingatkan ikan stim kali ini sama macam yang buat sebelum ini. 

Sekali dah dihidang lain macam.  Rasa pun lain lah.  Erm baru Mulia teringat rasa ada macam ala-ala emerald sauce cuma warnanya jernih dan tak berwarna hijau jer.



Ikan Stim Ala Emerald Sauce
Resepi: En. Abang Nas

1 ekor ikan siakap sederhana besar - bersihkan dan buang tulang tengah (debone), lumur sedikit garam dan perahkan dengan limau.  Stimkan ikan hingga masak.
Garam
Gula dan bahan perasa secukupnya

Bahan yang perlu dihiris halus dan di cincang
2 batang serai
2 batang bunga kantan
3 biji cili padi (tambah ikut pedas yang dikehendaki)
3 biji bawang putih
1 biji tomato
- Campurkan semua bahan hiris dengan segelas air dan masakkan sehinnga naik bau.  Perasakan.  Sos ini agak masam dengan bau kuat serai dan bunga kantan.  Tuang sos yang panas ke atas ikan yang telah distim. 
- Sedap dimakan panas-panas bersama dengan nasi.
Wassalam.

Cucur Durian Last Stock....

nasamulia
Kontok-kontok Duriang (jemput-jemput @ Cucur durian)

Assalam wbt...
Alhamdulillah, Allah memberi rahmatnya dengan menurunkan hujan lebat yang mencurah-curah kat luat tu.  Cancelled nak keluar cari barang, duduk rumah aje.  baik kita buat sesuatu untuk mengisi masa lapang dari membuta je waktu-waktu hujan begini. Kemas-kemas rumah ke atau merensek peti ais.

Ini sudah bagus, jumpa satu container bekas ice cream frozen durian.  Ermm elok lagi, bau masih kuat, rasa pun sodap laiii.  Nak makan begitu saja mesti tak habis punya, so mari kita buat cucur durian (kontok-kontok durian alias jemput-jemput).

Durian buangkan biji dan lenyek-lenyekkan isi sehingga lembut.  Masukkan telur dan tepung (guna tepung naik sendiri sebab nak hasilkan cucur yang kembung-kembung). Kalau nak lagi manis, tambahkan sedikit gula.  Semua bahan Mulia main agak-agak aje macam buat cekodok pisang gitu.  

Lepas tu goreng hingga kekuningan (jangan lupa panaskan minyak terlebih dahulu).  Nak  bulat-bulatkan terpulang sama ada guna tangan ke nak guna sudu.

Wassalam.

Ceasar Salad Abang Nas yang Awesome.....


Assalam wbt...
Malam ini tekak teringin nak makan benda yang ringan-ringan jer, berat2 tak nak terutama nasi.  Sup sayur? erm dah biasa sangat...rasa cam nak makan salad.  Erm dapat idea apa kata kita minta Cik Abang Nas buatkan Ceasar Salad.
 
Dada ayam grill yang dah siap dihiris.

Romaine lettuce, koyak-koyakkan aje dengan jari-jari, mudah kan.  Gunakan yang baby romaine lettuce lebih cruncy, kalau guna yang lebih besar orang panggil Yuk Mai Choy tu liat sikit.

Crouton ni terlebih perang, coz nak shortcut digorengnya dengan minyak penuh...

Inilah rupa ceasar dressing tu...creamy and a bit salty.  Kalau rasa leceh nak sediakan, ada yang dah siap dijual di supermaket.

Gaul-gaul semua bahan dapatlah seperti dalam gambar ini. Jangan lupa taburkan crouton dan parmesan cheese atas salad. Resepi seperti di bawah tu.

Resepi - Ceasar Salad 
Oleh: Abang Nas

1 pokok romaince lettuce
2 keping roti sandwich untuk buat crouton - potong dadu dan goreng dengan minyak yg sedikit hingga kekuningan.
1 ketul dada ayam (tanpa tulang) - perap dahulu dengan paprika, lada hitam, minyak zaitun, oregano, tyme dan garam kemudian grill hingga masak.

Untuk Dressing (Ceasar Sauce)
2 sudu Keju Parmesan (serbuk)
1 tin Enchovie (jeruk ikan bilis fillet) - hancurkan
4 tangkai Thai fresh basil leaf (daun selasih) - cincang daun hingga jadi halus
1 botol kecil Mayonaise
1 sudu Mustard (Yellow Mustard).

* Gaul semua bahan untuk mendapatkan sauce / dressing ceasar, bagi Mulia tak perlu tambahkan sebarang perisa lagi, sudah cukup masin dengan rasa enchovie dan keju.  

Kalau ada lebihan dressing anda boleh simpan dalam peti sejuk untuk membuat ceasar salad akan datang.
Wassalam.

Wednesday 9 October 2013

Mee Maggi Kari Kambing Yang Vavavoomm..


Assalam wbt...
Anda suka makan mee segera?  Saya suka tapi tidak boleh makan selalu, nanti jemu dan semakin malas nak masak.  So mee segera ini as a back up time2 dapur tak berasap dan kecemasan.  

Nak menambah value added mee segera yang memang dah sedia sedap ini, bolehlah mencuba cara Mulia ini.  Mee segera brand ape pun tak kisah, tapi Mulia suka mee Maggi dan perasa yang bersesuaian dengan kambing ini adalah perasa kari. Resepi ringkas macam ini...

Mee Maggi Kari Kambing
Oleh: Mulia

1 paket Mee Maggi perasa kari.
3 keping lamb chop (nak guna lamb boneless pun boleh) - perap dulu dengan sedikit lada hitam, paprika, thyeme dan garam macam nak buat lamb chop.  Kalau susah sangat beli aje yang sudah diperap, ada jual di supermarket.
1 biji telur (ikut suka- Mulia suka, suami pulak tak suka letak telur).

Rebuskan air secukupnya bersama kambing dan perasa maggi.  Rasanya tak perlu ditambah sebarang perasa lagi, 1 paket perasa maggi sudah cukup.  Rebuskan sekejap (lebih kurang 5 minit) sebab kambing import tidak perlu masak lama tidak seperti kambing tempatan yang sedikit liat. Masukkan mee, masak hingga empuk.  Kalau nak kuah yang pekat2 guna air yang sedikit dan pecahkan sebiji telur ke dalam maggi kari kambing

Sebagai hiasan bolehlah letak bawang goreng, daun sup dan daun bawang.  Nak pedas lagi guna Kari Berapi takpun letak tambahkan cili padi.

Wassalam.

Teochew Cendol Penang Road Ada di Sini?


Assalam wbt...
Cendol, pemanis mulut tempatan yang digemari oleh semua kaum dan peringkat umur, lebih-lebih lagi orang lama.  Sekarang gerai cendol memang banyak dan pelbagai konsep dicipta untuk menunjukkan kelainan dan tujuan promosi.  Cendol pulut, cendol bakar, cendol medan dan banyak lagi.

Di sini Mulia nak share Teochew Cendol Penang.  Siapa orang Penang dan biasa makan cendol ini, pasti tahu kesedapannya.  Ini Condel paling femes di Pulau Pinang dan gerai asalnya terletak di Lebuh Keng Kwee, Penang Road.

Sekarang kalau nak makan Cendol Teochew, tak perlu drive sampai Penang.  Pergi je ke Paradigm Mall.  Kedainya betul2 berhadapan dengan Tesco Paradigm Mall yang terletak di Level LG.  Selain cendol, menu lain pun ada seperti rojak buah, Mee Kari dan Laksa Penang. 
Wassalam.. 

Tuesday 8 October 2013

Bertuahnya Menantu Ini....

nasamulia
Buah Duku Langsat @ Duku Terengganu

Assalam wbt...
Sayalah tu kan menantu yang bertuah, sebab dapat kiriman buah dari mentua di kampung.  Buah dukong dan duku langsat.  Walaupun 2 minggu lepas dah balik amik buah, tetapi tetap jugak mentuaku kirimkan untuk menantunya yang hantu buah ini....hehehe.  

Kesian Mulia tengok adik ipar yang mengangkat plastik berisi buah yang banyak dari dalam perut bas.  Kali ini mentua kirimkan dua jenis buah yang hampir sama, bagi sesiapa yang tak kenal akan menggap buah ini sama saja.  Yang pasti tetap ada perbezaannya.

Gambar bawah ini buah dukong

Yang ini,
Sebelah kiri adalah buah dukong,
Sebelah kanan adalah buah duku langsat (dikenali jugak sebagai duku terengganu).  

Perbezaannya:)
Yang kanan lebih manis daripada kiri.
Kanan isi kenyal dan kurang berair berbanding yang kiri.
Kulit yang kanan lebih licin dan mulus dari yang kiri.
Bentuk yang kanan lebih bulat dan muncung lebih pendek.
Biji yang kiri kurang pahit dari yang kanan. 
Perbezaan secara saintifik kenalah tanya pada yang pakar..
Wassalam...

Dari Johor Lagi - Berkat dan Sekoyang Buah.

nasamulia

Assalam wbt...
Setiap kali pergi johor, tak sah kalau tak angkut benda penuh but kereta.  Tengok jelah gambar kat atas tu, buah kelapa muda siap dengan tandan lagi.  Tak terabis makan kami berdua, buah nenas tu dah sedekahkan pada kawan-kawan di pejabat.

Yang bawa ini pulak antara isi yang terdapat dalam bungkusan "berkat" perkataan orang Johor.  Berkat ini pemberian tuan rumah kepada tetamu.  Berkat disediakan hanya kepada tetamu yang terdiri daripada saudara-mara terdekat, kawan2 rapat dan jiran tetangga.  Selalu isinya lebih istimewa dan banyak terdiri daripada nasi, lauk kenduri, kuih-muih, kerepek yang pelbagai dan macam-macam lagi.

Inikah door gift orang Johor? Door gift turut disediakan, tetapi lebih simple dan isinya tidak sebanyak berkat. Pemberian door gift di majlis kenduri orang Johor sama jugak macam yang terdapat di negeri lain.  Terpulang kepada kemampuan tuan rumah nak sediakan door gift yang bagaimana.
Wassalam...

Nostalgia Rumah Kayu dan Tangga Batu


Assalam wbt...
Rumah kayu dalam gambar ini telah menyimpan banyak kenangan manis kepada pemilik dan waris-warisnya.  Sebagai insan yang pernah menumpang kasih di sini, Mulia sendiri mempunyai nilai sentimental ke atas rumah ini.  Suatu ketika dulu rumah ini hidup dengan gelak ketawa penghuni dan mereka yang sekali sekala balik ketika musim cuti untuk berkumpul.  

Seakan berada di majlis kenduri sekiranya kesemua anak, menantu dan cucu-cucu Wak Samad balik ke rumah ini.  Di rumah ini lidah Mulia pernah merasa keenakkan menu-menu seperti Kerabu Sayur Ranti, Sambal Goreng Jawa, Selata Rebus yang dimakan bersama Sambal Ikan Bilis, Rendang Ayam Hutan, Sup Landak, Siput Sedut Masak Lemak, Ikan Belanak Goreng dan banyak lagi.

Kini suasana rumah berubah semenjak pasangan suami isteri yang menjaga rumah ini kembali ke rahmatullah beberapa tahun yang lepas.  Rumah ini sudah tidak berpenghuni dan hanya dijaga oleh waris terdekat yang jugak ada rumah sendiri di kampung itu.  Usaha menambah baik dengan membina rumah baru di tapak bahagian yang telah dirobohkan akan dilaksanakan.  Ini sebagai simbol penyatupaduan adik-beradik dengan harapan mereka akan tetap berkumpul seperti sediakala.

Tangga batu inilah jugak telah menjadi saksi kisah suka duka insan-insan yang pernah menghuni mahupun tumpang berteduh di rumah ini. Setiap kali berkumpul, di tangga batu inilah mereka duduk untuk menyambut kedatangan mahupun mengucapkan selamat tinggal.  

Inilah kolong rumah...


Bahagian  ibu rumah yang masih tinggal, sebahagiannya telah dirobohkan terutama ruang tengah dan bahagian dapur. 


Tapak bahagian rumah yang telah dirobohkan akan dibangunkan semula rumah batu.


Antara pokok buah-buahan yang masih ada, yang sentiasa menantikan kunjungan mereka untuk kembali menziarahi rumah kayu bertangga batu ini.


Sekalung doa dan al-fatihah kepada almarhum Wak Samad, anak dan menatu beliau (Ayob Bin Abd Samad) dan (Fatimah bt Tumpang) semoga mereka ditempatkan bersama-sama orang-orang beriman.  Jasa dan keabaikan kalian tidak dapat digalang ganti.  Rumah ini akan terus dikunjungi oleh waris-waris dan kenalan sebagai tanda mereka ini masih melastarikan silaturahim yang terjalin dibawah bumbung rumah kayu bertangga batu ini.
Wassalam.

Tradisi TOL, Dalam Perkahwinan Melayu Johor.



Assalam wbt..
Pernah tak kawan2 pengalami peristiwa membayar tol atau menerima duit tol dalam majlis perkahwinan?  Kalau anda menghadiri majlis perkahwinan di negeri Johor, sudah tentu anda akan menyaksikan tradisi ini.


Mereka yang mungkin tidak biasa dengan tradisi ini atau berasal dari negeri lain akan merasakan bahawa ini merupakan satu penderaan kepada pihak pengantin lelaki kerana perlu menyediakan duit yang lebih. Namun inilah tradisi suai kenal antara dua pihak yang masih terus diamalkan hingga kini.  Bukan bertujuan untuk mendera atau mengutip wang, tetapi merupakan sessi berkenalan-kenalan pihak pengantin lelaki dan pihak pengantin perempuan.

Berikut adalah gambar-gambar berkenaan tradisi membanyar tol ketika majlis perkahwinan anak saudara kawan baik Mulia di Muar baru-baru ini.



Rombongan pengantin lelaki perlu membayar tol kepada 2 orang yang duduk di kerusi yang dikhaskan untuk pengantin.  Sebagai ucapan alu-aluan kepada rombongan pengantin lelaki, pihak pengantin perempuan telah  menyediakan penjak silat dan disaksikan oleh pengantin dan rombongannya.  




Ini tol untuk masuk ke halaman rumah.  Bagi mereka yang masih mempunyai rumah yang bertangga, selalu sanak saudara pihak perempuan akan duduk memenuhi anak tangga hingga ke pintu rumah. 



Tol di pintu rumah, sekali lagi rombongan pihak lelaki akan menghulurkan pemberian kepada mereka yang menyambut di pintu rumah.  Selesai di sini rombongan akan dibenarkan memasuki rumah pengantin.


Ini tol dipelamin pulak.  Lihat gadis-gadis cilik yang duduk dihadapan dan tangga pelamin?  Mereka ini merupakan adik beradik atau sepupu terdekat pengantin.

Ini tol yang terakhir, tol mak andam perlu diberi pada mak andam yang duduk di sebelah pengantin perempuan.  Setelah mak andam menerima pemberian daripada pihak pengantin lelaki dan berpuashati, baru pengantin lelaki dibenarkan duduk bersanding bersama pengantin perempuan di atas pelamin.,
Mulia amat suka dengan tradisi yang unik ini, sehingga setiap kali ada kesempatan hadir di majlis perkahwinan orang Johor, Mulia tidak akan melepaskan peluang untuk turut sama beratur sebagai benteng untuk mengutip tol.  Bukan nilai ringgit yang dilihat melalui tradisi ini tetapi, hubungan silaturahim antara kedua belah pihak. Wassalam....

Saturday 5 October 2013

Perkampungan Ikan Bakar Terapung, Umbai Melaka

nasamulia

Assalam wbt...
Teringat-ingat kenangan belasan tahun yang lalu, pernah singgah makan di sini.  Ketika itu perkampungan ikan bakar masih kecil dengan gerai-gerai kayu dan masih boleh melihat nelayan mendarat dijeti berdekatan.


Pertama kali singgah setelah dibuat penambahbaikan tempat ini.  Bangunan dibuat 2 tingkat lengkap dengan pentas persembahan, ruang legar yang luas dan pertambahan tempat parkir kereta.

nasamulia


Kebetulan malam itu, ada pertunjukan kesenian di tingkat atas untuk menghiburkan pelancong luar negara.  Sempatlah kami menjamu mata dan turut menikmati tarian Pertugis dan suku kaum lain yang terdapat di Malaysia sebelum bergerak untuk makan malam.
nasamulia


Jengling nona, jengling nona manis sekali.......
nasamulia


Konsep terbuka untuk menikmati makanan laut di sini.  Pengunjung bebas memilih ikan yang berkenan dan pilih cara masakan yang disukai.  Harga makanan laut dikira mengikut berat dan jenis ikan yang dipilih.
nasamulia


Sebagai panduan bajet untuk makan di sini...Harga makanan laut rata-rata gerai lebih kurang yang kat dalam gambar ini.. 
nasamulia


Rezeki untuk kami malam itu...kunjungan kami sudah agak lewat dan kebanyakkan gerai sudah kehabisan ikan.  Ramai peniaga yang terkejut kerana menerima kunjungan diluar jangkaan malam itu (kerana keesokan hari merupakan cuti umum).  Rata-rata mereka tidak menyediakan bekalan yang mencukupi.
nasamulia


Sebelum anda bergerak pulang, boleh membeli cenderahati berupa barangan kraf dan makanan untuk dibawa balik.  Gerai di kiri dan kanan berdekatan pintu masuk Perkampungan Ikan Bakar Terapung. 
nasamulia
 Wassalam.