nuffnang_bid = "6d3fefaa2657f8901dfaPages

Wednesday, 29 October 2014

W-W: Watermelon Lime

Assalam...
Ini boleh dianggap sebagai infused water ker?
Kandungan buah yang terlalu menonjol....
Wassalam.

Monday, 27 October 2014

Masjid Tengku Mahkota Abdullah, Jerantut

Assalam...
Ketika perjalanan balik dari Jengka 18 ke Batu Balai berhari raya hari itu, kami telah singgah di masjid yang terletak di persimpangan utama sebelum sampai ke Bandar Jerantut, Pahang.  Masjid yang dikenali sebagai Masjid Tengku Mahkota Abdullah, adalah masjid jamek yang baru bagi bandar Jerantut.   Masjid lamanya terletak di dalam bandar.  Ayat Asma Ul-Husna menghiasi pada setiap tiang dalam masjid.
Kami semua suka sebab dapat bersolat di sini, sebab selalunya mr.driver kami lebih suka untuk singgah di surau, musollah pam minyak atau masjid kecil kerana lebih senang dan mudah katanya.  Tak perlu berjalan jauh dan tercari2 tempat wuduk atau bilik air. 
Reka bentuk dalam kubah masjid, dan pertama kalinya tak terlihat sebarang lampu candelier yang tergantung yang selalu ada pada masjid-masjid utama di negara ini, sebaliknya hanya menggunakan lampu biasa yang bersaiz sederhana.
Masjid ini tidak bertingkat, oleh itu ruang solat lelaki dan wanita pada aras yang sama.  Namun pemisah antara ruang itu di dirikan dinding cermin dan dikemaskan dengan langsir.
Ruang wuduk dan tandas terletak di sebelah bangunan utama masjid.
Ketika kami singgah, jemaah dah agak lengang kerana mereka telah selesai menunaikan solat fardu maghrib.  Kemungkinan jugak kebanyakkan penduduk lebih gemar berkunjung ke masjid atau surau yang berdekatan memandangkan masjid ini agak jauh dengan kawasan perumahan.
Jauh yang saya maksudkan bukanlah terasing dari tumpuan orang ramai, namun agak jauh kalau dikira dari segi kebolehsampaian penduduk dengan berjalan kaki.  Lebih tepatnya memerlukan medium pengangkutan untuk sampai ke sini.
Wassalam.

Earl Grey Tea - Dato' Seri S. Samy Vellu

Assalam...
Seronok kadang-kadang bila dapat meluangkan masa dan melayan kawan-kawan bersembang di kedai kopi, walaupun yang diminum itu adalah air teh.  Ini cerita kawan saya yang bekerja di bahagian peramusaji terutama yang selalu berhadapan dengan golongan VIP dan VVIP (menteri, isteri menteri, sultan, sultanah mahupun kaum kerabat).  Daripada mereka ini kami tahu VIP / VVIP itu suka dan tak suka apa ketika menjamu mereka.  Bermula dengan minuman, makanan dan hiasan atas meja semua perlu kena dan tepat.  Misalnya ada menteri yang langsung tak mahu ada sebarang bunga di atas meja, ada yang tak mahu sebarang garnishing yang berwarna hijau pada makanan.  Bila satu-satu majlis VIP yang datang seorang memang senang nak handle, tetapi bayangkan bila lebih dari itu 3, 4 orang yang hadir, kenalah peramusaji sekalian buat homework dari mula hingga akhir majlis.  Pening nak mengingat apa yang mereka suka dan tak suka.  Silap serve akan mengundang padah...
Cerita tentang minuman saja yang patut dihidangkan pada VIP dah pening mendengarnya.  Bila orang ini hadir kena ada air milo, yang ini pula hanya layan kopi kampung (jenama tertentu, kadang mewakili jenama dari daerah asal VVIP), seorang lagi hanya teh jenama lipton, lagi seorang hanya nak air oxygen, yang sebelah pulak request air jenama Sito, Perrier, Evian dan macam-macam lagi.  Tapi yang tak dapat saya lupa bila mereka bercerita tentang Dato' Seri S. Samy Vellu hanya minum Earl Grey tea saja.  Ketika itu saya tak pernah minum lagi teh jenis itu dan tak tahu rasanya bagaimana.  Sebelum ini hanya tahu rasa black tea biasa, rasa sama jer kan...tapi lepas itu mula nak tahu rasa tea premium kata orang seperti Darjeeling, English Breakfast, Earl Grey serta teh berperisa yagn lain.  Ternyata daku turut menggemari rasa teh kesukaan Dato' S. Samy Vellu tu...
Ini saya lawankan earl grey teh dengan karipap pusing besar.  Rasa bukan sebijik tapi semua bijik sama dengan rasa karipap yang dijual di IKEA tu.  Patutlah kan sebab sama tangan yang buat, cumanya yang di IKEA tu tak berpusar dan design pun lain sikit.  Design IKEA tu mana boleh dia jual kat luar, mereka kan dah sign agreement.  See pasal karipap pun kena ada agreement i tell you...
Disebabkan saya ini peminat tegar terhadap karipap IKEA selain air teh.  Maka selalulah membuat risikan siapakah tukang buat karipap itu.  Buat risikan satu Malaysia, pada semua pembuat karipap, pengilang, kedai kopi, makcik kakak yang buat depan tv, termasuk sekali.  Berkat usaha tangga kejayaan akhirnya terjawap semua teka teki empunya gerangan.  Opps maaf tak boleh bagi tahu kat sini...Biarlah rahsia... 
Kenkonon nak balas dendam sakit hati terperangkap dalam jem hampir 2 jam dari tempat kerja nak balik rumah yang sepelaung jer jaraknya.  Dalam perjalanan dah plan sampai umah je nanti nak goreng karipap besar berpusar dan makan puas-puas.  Sebab ikutkan nafsu nak makan banyak, gorenglah 5 biji yang besar gedabak tu...last2, kami 2 laki bini kena ambil masa 2 hari satu malam nak perabih karipap itu dan dilawankan dengan air teh berkoleh-koleh.  
Wassalam.

Sunday, 26 October 2014

SALAM MA'AL HIJRAH 1436 - Kipas Palas

Assalam...
Tak terlambat nak ucap selamat menyambut Ma'al Hijrah 1436 untuk kawan-kawan, semoga kita menjadi yang lebih baik dari tahun-tahun sebelum ini.  Harapan untuk hari-hari mendatang kita lebih matang dalam bertindak dan lebih cekal mengharungi pancaroba hidup.
Pokok palma yang terselit antara pokok jambu air dan pokok rambutan.  Kalau pandang dari luar memang tak nampak buah, dah sampai bawah pokok, Masya Allah baru nampak buahnya yang meriah.
Tak tahu nama sebenar pokok ini, tapi yang saya percaya ia tergolong dalam spesis pokok palma.  Ada orang orang panggil kipas palas, sebab bentuk daun yang sehelai lebar bercantum seperti kipas.
Geram tengok buah yang ranum tu, kalau boleh makan, pasti terus masuk mulut dan ngap.  Tak pernah pula tengok ketika pokok ini berbunga dan berbuah, tup-tup dah masak.  Ini menunjukkan dah lama tak balik kampung.
Nak ambik pengajaran dari pokok hiasan ini, berbuah cantik tapi bukan sebagai sumber makanan kepada orang lain, namun cukuplah ianya menjadi satu kegembiraan pada hati-hati yang memandang dan menceriahkan suasana persekitaran.
Wassalam..

Wednesday, 22 October 2014

W-W : Penjaja Ayam

Assalam...
Mula-mula ingat orang ini berniaga bakul, rupa-rupanya dalam bakul itu penuh dengan ayam kampung yang dijaja dari rumah ke rumah.
Wassalam.

Tuesday, 21 October 2014

Nescafe - Smoovlatte'

Assalam...
Dapat free tadi masa lalu depan promoter-promoter di stesen Lrt Kelana jaya.  Produk baru agaknya, atau memang dah ada dalam pasaran.  Saya pun tak pasti, lupa nak tanya promoter tu sebab nak cepat tadi.  Bukan peminat kopi atau nescafe pun, tapi dah orang bagi free ambik je.  Pantang dengar perkataan free, iyelah sekarang semua kena duit...so ada yang free memang tak lepas peluang.  Free yang bukan style rebut-rebut tau.  Seorang dah hulur 2 botol, datang seorang lagi bagi  2 botol, katanya untuk ahli keluarga.  Muka teman ini ala-ala ada rakyat jelata yang ramai.  Bagus-bagus, lain kali orang lain pun boleh baca macam tu, so boleh dapat banyak-banyak lagi.  
Ambil untuk bagi en.Abe try product ini.  Dia kadang layan jugak nescafe  ini.  Nanti boleh ler dia komen rasa latte' tu yang sebenar ker tak.  Saya memang tak tahu rasa latte tu macam mana, sebab tak minat kopi kan.  Once a blue month bolehlah layan setengah cawan kopi "O' kampung, itupun yang nipis dan sedikit manis.  Kalau dah pekat-pekat tu serenderlah teman.  Jadi peminat kopi semua, apa tunggu lagi jom mengopi-ngopi dengan smoovlatte' ini, Smooth as silk. 
Wassalam..

Monday, 20 October 2014

Sambal Tongkol, Lauk Lagi dan Lagi....

Assalam...
Lauk ulang tayang yang selalu sangat disediakan.  Napa jadi macam tu sebab takde idea nak masak atau memang tak tahu masak lauk lain.  Satu sebab ianya mudah, dari langkah pertama nak bersihkan ikan tongkol memang mudah, tak ada sisik, hanya potong sirip dan kupas kulit dibahagian kepala.  Lagi satu bila dah masak ada sambal laju jer nak makannya.  Kira membuat penambahbaikkan pada menu berbanding makan yang bergoreng saja.
Sambal Tongkol
Sumber: Mulia

Bahan-bahan
1 ekor ikan tongkol - perap garam kunyit dan goreng separuh masak.

Bahan-bahan untuk dikisar
4 biji cili merah
5 biji cili padi (abaikan bagi yang tak suka pedas)
4 biji bawang putih
3 biji bawang merah
2 biji tomato
2 biji buah keras
2 batang serai - potong kecil
1 inc. halia
1 inc. kunyit 

1 biji bawang besar - potong bulat
garam, gula dan perasa

Cara Penyediaan
*  Goreng ikan separuh masak, elakkan menggoreng ikan terlalu garing sebab isi ikan tongkol ini agak keras.
*  Tumiskan bahan blend hingga kering dan naik minyak.  Masukkan bawang potong, garam, gula dan serbuk perasa.  Sesuaikan rasanya.
*  Masukkan ikan yang telah digoreng tadi, biar seketika bagi ikan dan sambal mesra.  Tutup api dan boleh dihidang.
Kalau di tempat saya, sambal ikan macam ini salah satu lauk untuk nasi kuning yang biasa di makan ketika sarapan.
Wassalam.

Sunday, 19 October 2014

Ayam Sambal Lada Ce'ngi'

Assalam...
Menu ini mak mertua hidangakan buat kami ketika balik kampung raya korban baru-baru ini.  Ketika chek memasak itu kami yang ada di rumah ketika itu bersin tanpa henti kecuali beliau.  Chek cakap dia tengah masak ayam sambal guna lada ce'ngi' (gelaran beliau untuk cili padi kampung).  Saya yang memang pengemar cili, bila dengar tu memang suka dan rasa tak sabar nak makan.  Mak mertuaku ini walaupun orang kelantan, tapi makan pedas tu boleh tahan jugak.  Tapi bila sampai pada anak-anak beliau, ada yang tahan pedas dan ada yang langsung tak tahan pedas macam en.suami. 
Mari saya sharekan resepinya, biar ilmu itu diperpanjangkan dan moga boleh dimanfaatkan...
 
Ayam Sambal Lada Ce'ngi'
Sumber: Chek Bedah

Bahan-bahan
1/2 ekor ayam - potong kecil2
3 cawan air
20 biji cili padi (tambah kalau suka lagi pedas)
5 ulas bawang putih
1 inc. kunyit hidup
1 inc. halia
1 biji bawang besar / holland- hiris bulat
garam, gula
minyak

Cara Penyediaan
*  Tumbuk halus cili, bawang putih, halia dan kunyit.
*  Rebus ayam dengan air hingga masak.  Bila air dah kering, masukkan bahan tumbuk dan hirisan bawang.  Masukkan sedikit minyak dan perasakan dengan garam dan gula.
*  Goreng hingga bawang layu dan sesuaikan rasanya.

Kalau yang alah dengan cili itu, sila kurangkan kuantiti cili.  Menu ini memang pedas dan ketika makan boleh buat air hidung dan peluh mengalir keluar.  Ketika masak tadi pun dengar jiran sebelah dan bawah terbersin-bersin dek penangan sambal ini.  Almaklumlah rumah atas awan, bumbungmu adalah lantaiku dan dindingmu dindingku juah. 
Wassalam.

Terjangkit Viral - Potato Fritters

Assalam...
Cucur kentang yang menjadi fenomena di laman sosial, saya pun turut dijangkiti virus untuk mencuba.  Bukan apa sebab ianya senang disediakan dan bahan-bahan pun senang kadang memang dah tersedia di dalam dapur masing-masing.  Petang tadi, my SIL kata nak singgah hantar barang...saya pun dah berkira-kira nak sediakan ape untuk minum petang bila SIL datang nanti.
Semalam dah plan nak cuba buat sejenis kuih, tapi tiada kekuatan untuk melaksanakannya.  Dah terpandang ubi kentang dalam plastik yang dah mula keluar tunas, untuk mengelakkan dari membusuk baik kita cuba buat cucur kentang yang dah femes seantero dunia tu.

Cucur Kentang / Potato Fritters
Sumber: Mulia (hasil intaian dari fb dan blog)

Bahan-bahan
6 biji kentang - kupas kulit dan parut
1 batang carrot parut (out of stock saya tak letak)
5 sudu tepung jagung (stock tepung jagung ada 2 sudu jer, selebihnya saya gantikan dengan tepung kentang lebihan buat biskut raya dulu).
3 sudu tepung gandum
1 pokok daun bawang - hiris
1 pokok daun sup - hiris
2 biji cili hidup - hiris
sedikit serbuk lada sulah
2 biji telur
garam
minyak untuk menggoreng

Cara Penyediaan
*  Campurkan kentang parut dengan hirisan sayur, telur, garam, lada sulah dan tepung.
*  Gaul rata bagi mesra semua bahan-bahan gitu.
*  Panaskan minyak dan goreng cucur.  Nak buat bentuk macamana terpulanglah ikut kreativiti masing-masing panjang, leper atau bulat-bulat.
*  Hidangkan bersama sos, saya gunakan sweet chili sauce (Maepranom).
Senangkan...apa lagi jangan lupa cuba ya kawan-kawan.
Wassalam.

Segmen BuatWanita.Blogspot.Com Mencari Bloglist 2015

Assalam....



Segmen BuatWanita.Blogspot.Com Mencari Bloglist Jan-Jun 2015 kini bermula. Penyertaan dibuka mulai hari ini sehingga 30 Disember 2014.

Klik link dibawah banner untuk join! Jom semua, kita join :)

Semua yang join akan tersenarai dalam bloglist BuatWanita.Blogspot.Com untuk bulan Januari 2015 hingga bulan Jun 2015.

Pemenang bertuah akan menerima hadiah sponsor dari LittlePuteri.Blogspot.Com

Thank you for your support!

Wassalam.

Friday, 17 October 2014

Pencak Silat di Kenduri Kawen

Assalam...
Kenduri kawen minggu lepas kat Taman Medan.  Pengantinnya adalah anak pada rakan sekerja.  Ketika kami sampai pengantin dan bersanding, persembahan silat tu pun dan bermula.  Almaklum kalau pergi berjemaah, janji berkumpul pukul 12 tengahari, pukul satu baru semua datang....pukui kan satu-satu, baru tau....

Dah 2 kali kami hadiri kenduri kawen anak kawan ini, dan setiap kali itu mesti ada pertunjukkan pencak silat.  Silat gayung kalau tak silap.  Memang best, kali ini 2 kumpulan membuat persembahan kumpulan dari KL dan Johor.
Difahamkan oleh bapak pengantin, bahawa beberapa orang anak beliau adalah ahli silat termasuklah pengantin perempuan yang tengah bersanding tu.  Kira kawan-kawan depalah yang volunteer wat persembahan ini kan...
Saya tak tahu apa2 pasal silat, tak faham pun tapi suka tengok orang bersilat.
Tak sempat nak tengok yang kumpulan satu lagi buat persembahan sebab orang makin ramai dok kerumun depan tu sehingga menganggu laluan ke meja makan.
Kawan-kawan kami yang lain pulak dah sibuk duduk kat meja yang disediakan untuk menjamah lauk kenduri.
Menu kenduri - nasi hujan panas, gulai kambing dengan batang pisang, kerang rebus, ayam goreng, rendang tok dan acar timun nanas serta pelbagai jenis bubur..
Tu dia meratah kerang...
Wat malu tak hengat ceq kak ni..
Terima kasih pada tuan rumah yang sudi jemput kami dan..
Selamat pengantin baru moga kekal jodoh hingga ke Jannah.
Wassalam.

Wednesday, 15 October 2014

Bandara (Bandar Udara) Sultan Hasanuddin, Makassar

Assalam...
Entri last tentang Makasar akan datang kalau ada lagi itu mungkin cerita next visitlah, mana tau.., cover sikit tentang Bandara Sultan Hasanuddin ini.  Lapangan terbang atau airport, orang Indon sebut bandara (bandar udara), mula-mula dengar macam bunyi bendera pun ada.  Siapalah Sultan Hasanuddin ini? ada kaitan dengan sultan Sulu ker sultan Brunei?.  Glamor betul pergi ke mana-mana daerah mesti ada nama beliau diabadikan, nama universiti, nama bangunan, nama hospital dan yang paling banyak nama Sultan Hasanudin diabadikan untuk nama jalan.  Nak berkenalan dengan beliau silalah tanya pakcik google, tak koseh nak copy paste dah...hehehe. 
Jumpa statue Sultan Hasanuddin di tengah-tengah round about menuju ke airport.  Hensem tak, hensem tak?....gagah perkasa gitu..
Balai ketibaan di tingkat bawah.
Agaknya sebab penduduk terlalu ramai, maka pihak pengurusan lapangan terbang tak membenarkan mana-mana sedara atau kawan-kawan yang menghantar atau menjemput kita masuk hingga ke ruang kaunter check in misalnya. 
Had mereka setakat dekat ruang legar di luar sahaja.  Macam kita kat sini boleh hantar sedara atau kawan-kawan hingga ke pintu perlepasan.
So yang boleh masuk ke dalam tu hanya penumpang dan pekerja mereka.  Memang lengang tapi masih ada jugak yang buat promosi untuk kita terus keluarkan fulus.
Simbol perahu pinisi yang menjadi kebanggaan orang Makassar.
Toko-toko yang ada di balai berlepas.....
Tak sempat nak merasa makanan dalam tu, sebab buang masa kalut pergi tukar rupiah. Nasib baik ada seorang budak pekerja kat dalam tu tolong tunjukkan kat mana money changer yang terdekat.
Saya dah sediakan balance rupiah cukup2 untuk nak bayar airport tax, mana tahu...memang tak tahu yang airport tax dah naik....cissssssss...baru aja naik kata pekerja di kaunter tu.
Jadual untuk penerbangan domestik dan antarabangsa.
Kepulauan Sulawesi berada dalam zon waktu WITA - Waktu Indonesia Tengah adalah sama dengan waktu di Malaysia GMT +8, jadi tak perlulah nak tukar2 jarum arloji (jam tangan) anda.
Ruang menunggu di dalam balai perlepasan, agak luas dan selesa.
Musholla, unisex ye.....pandai2lah ketika nak sholat.
Nama jer kecik, tapi muatlah orang yang segemuk-gemuknya boleh masuk.
Aeroprima syarikat pengendali makanan yang di hidangkan di dalam kapal-kapal terbang Indonesia.
Food service mereka pun ada perakuan halal dari Majelis Ulama Indonesia, salah satu agensi halal luar negara yang diiktiraf oleh Jakim.
Di samping Garuda, Indonesia juga mempunyai syarikat penerbangan tambang rendah seperti Lion Air, Merpati, Sriwijaya, Kartika, TransNusa Air Service dan lain-lain.
Kiranya kemudahan di airport ini bagus, ada taraf2 international jugak.  Cuma yang sangat tak puas hati layanan dan muka kelat pegawai imegresen mereka.  Rasa nak hantar surat cadangan, suh jabatan antar pegawai mereka ke kursus senyum dan tatacara melayan orang terutama pelancong.  
Wassalam.