nuffnang_bid = "6d3fefaa2657f8901dfaPages

Wednesday, 22 July 2015

Jom Balik Beraya....

Assalam...
Hari ini dah 7 syawal orang dah raya kali kedua, bagi yang berpuasa sunat di bulan syawal (puasa 6).  Jom balik kampung sambut raya kat sana sekali lagi.  Ada yang dah habis bercuti dan mula bertugas esok lusa kan?...  Kami baru nak balik kampung, baru nak balik raya dengan mak bapak, adik beradik semua.  Doakan perjalanan kami lancar dan selamat sampai ke destinasi.  
Wassalam.

W-W: Bila Sampai Masa...

Assalam...
Balasungkawa untuk rakan sekerja (Chef Yeoh Leong Tee) yang telah pergi menghadap Sang Pencipta tengahari semalam.  Walaupun kami berlainan bangsa dan agama ia tak menghalang kami untuk turut berasa sedih, pilu dan amat kehilangan.  
Wassalam.

Monday, 20 July 2015

Salam Syawal: BERSILATURRAHIM DI HARI RAYA

Assalam...
Sedikit perkongsian yang dipetik daripada tazkirah oleh Ustaz Sihabuddin Muhaemin (USM).  Hal ini bertujuan memperoleh keberkatan dari silaturrahim yang dilakukan dan yang pentingnya tidak melanggar batasan syariat islam yang sedia ada.  Silaturrahim adalah usaha seorang muslim untuk menyambung tali persaudaraan dengan cara yang benar dengan memberikan kebaikan kepada saudaranya dan menolak keburukkannya dengan segala kemampuan yagn dimilikinya seperti berkunjung ke rumahnya, menolong kesusahannya, membantu dengan harta dan tenaga, mendoakan dan menolak keburukan yang ada padanya.

Hal ini dilakukan untuk saudaranya yang muslim, yang taat dan istiqamah dalam beramal ibadah. Sekiranya saudaranya adalah seorang yang kafir atau orang yang fasik, maka silaturrahim yang dilakukan dengan cara memberi nasihat agar kembali ke pangkal jalan serta mengajak kepada kebenaran dan mendoakannya agar Allah SWT memberikan hidayah.

Silaturrahim dan saling menziarahi merupakan akhlaq islam yang mulia.  Rasulullah SAW adalah contoh terbaik kepada sahabatnya dan umatnya yang sentiasa melakukannya.  Bahkan silaturrahim dan ziarah memiliki hubungan yang erat dengan keimanan.  Sabda beliau "Barang siapa beriman kepada Allah dan hari akhirat, hendaklah ia bersilaturrahim" (HR. Bukhari dan Muslim).

Silaturrahim juga dapat melapangkan rezeki dan memanjangkan umur.  Sabda Rasulullah SAW "Barang siapa menginginkan untuk diluaskan rizkinya serta diundurkan ajalnya; hendaklah ia bersilaturrahim" (HR. Bukhari dan Muslim).


Dari kelebihan itu, amalan silaturrahim perlulah mengikut adat dan etika dalam Islam.  Berikut adalah adab-adab dalam bersilaturrahim dan ziarah menurut pandangan Islam antaranya;

1.  Memperhatikan hari dan jam yang sesuai untuk bersilaturrahim dan ziarah.
2.  Dianjurkan membawa hadiah atau buah tangan atau sesuatu yang bermanfaat baik.
3.  Memberi tahu terlebih dahulu sebelum datang.  Hal ini bertujuan untuk memastikan keberadaan tuan rumah yang akan kita datangi.
4.  Sangat digalakan menziarahi saudara mara yang terdekat terlebih dahulu atau jiran tetangga atau sahabat handai yang sakit atau yang sedang terkena musibah.
5.  Mengutamakan silaturrahim kepada orang-orang alim dan orang-orang sholeh untuk mengambil keberkatan daripada mereka.
6.  Sebaiknya orang-orang yang lebih muda mendatangi rumah orang-orang yang lebih tua terlebih dahulu.
7.  Saling memberi nasihat dan wasiat kepada kebaikan dan jika dilakukan dalam acara resmi maka sebaiknya mengundang penceramah untuk membri ceramah agama untuk keberkesanan silaturrahim tersebut.
8.  Tidak boleh mengatakan sesuatu ucapan atau perbuatan yang tidak disukai dan berusaha menjauhkan diri dari perbuatan ghibah.
9.  Memakai pakaian sopan, bersih dan kemas.
10.  Menjauhi pemborosan dan pembaziran dalam memberikan hidangan berupa makan, minum dan sebagainya.
11.  Menjauhi kemaksiatan serta perkara lagho; lalai mengerjakan shalat, bercampur aduk antara lelaki perempuan, berjabat tangan antara lelaki dan perempuan yang bukan mahram, tidak menutup aurat yagn mendatangkan fitnah dan nafsu syawat.
12.  Dianjurkan berjabat tangan atau bersalaman sama ada dengan berpelukan, cium tangan atau bersalaman biasa (lelaki dengan lelaki dan perempuan dengan perempuan), mengucapkan salam pada waktu bertemu dan berpisah serta saling mendoakan kebaikan.

Ya Allah berkatilah kami di bulan Syawal yang mulia ini serta berkatilah silaturrahim kami dengan saudara-saudara kami, sahabat handai serta umat islam umumnya, mudah-mudahan persaudaraan kami akan berkekalan hingga di akhir hanyat di dunia dan di akhirat nanti.  Aamiin Yaa Robbal Aalamiin...
Wassalam.

Friday, 17 July 2015

Eid Mubarak - Minal Aidzin Wal Faidzin...

Assalam....

Jika langkah membekas lara,
Jika kata merungkai dusta,
Jika jelingan jadi bisa,
Jika tingkah menoreh luka,
Jika suara menikam rasa,
Ampun dan maaf dipinta,
Hapuskan dosa tanpa dikira,
Agar sempurna sedia kala,
Tiada prejudis tiada wasangka,
Minal Aidzin Wal Faidzin...
mohon maaf zahir batin...
SELAMAT HARI RAYA IDULFITRI.

Wassalam.

Wednesday, 15 July 2015

Ayam Masak Lengkuas (Nasu Likku')

Assalam...
Lusa dah raya, mesti semua tengah rancak buat persiapan terutama mak-mak, kakak-kakak kat dapur sibuk main masak-masak kan.  Adik-adik dengan abam-abam tak kan tolong tengok jer? ringan-ringankan lah tulang tu untuk menolong sama ya.  Ini nak share dengan kawan-kawan juadah turun temurun yang disajikan oleh masyakat Bugis ketika menyambut idul fitri mahu pun idul adha iaitu Nasu Likku (Ayam Masak Lengkuas).    

Menjadi tradisi menjelang hari raya mereka akan menyediakan burasak daripada beras biasa atau beras pulut.  Merebus burasak mengambil masa sekurang-kurangnya 6 jam setelah selesai dibungkus dalam daun pisang.  Tentang burasak boleh rujuk sini.  Sementara lauk yang paling sekufu dengan burasak adalah Ayam Masak Lengkuas (nasu likku), kira macam aur dengan tebinglah dua benda ini.  
Kalau ada yang masih tercari-cari nak masak apa untuk hari lebaran ini, boleh lah mencuba ayam masak lengkuas ini.  Tapi perlu di ingat, nak sediakan menu ini perlukan masa dan perhatian yang lebih kerana proses memasak yang agak lama.  Kena sabar banyak-banyak, kan kita dah melalui ujian selama sebulan dengan penuh kesabaran, moga sifat itu melekat dan makin menebal dalam diri.
Ayam Masak Lengkuas (Nasu Likku)
Sumber: Mak Mulia


Bahan-bahan
1 ekor ayam - potong jangan terlalu kecil (sebaiknya guna ayam kampung atau ayam pencen)
Santan dari 2 biji kelapa
1kg lengkuas muda- hiris halus atau diblend
4 ulas bawang merah - hiris
5 ulas bawang putih - hiris
2 batang serai - ketuk-ketuk
Serbuk kunyit
Serbuk lada putih
1 cawan bawang goreng
Air asam jawa
garam dan serbuk perasa.


Bahan Kisar
5 ulas bawang merah
5 ulas bawang putih
2 inci halia
3 batang serai
2 inci lengkuas


Cara Penyediaannya.
*  Lengkuas selalunya disediakan beberapa hari awal, dihiris halus atau tumbuk guna lesung (style orang lama), tampi untuk asingkan  lengkuas halus dengan yang masih kasar, kemudian dijemur dan dikukus sebelum digunakan.  Untuk lebih mudah, saya blend hingga halus.  Lengkuas yang dah dikisar perlu ditapis dan diperah untuk keluarkan airnya.  Cara ini boleh dilakukan serentak semasa kita hendak memasak ayam lengkuas, maknanya lengkuas tak perlu dijemur atau dikukus lagi.
*  Perap ayam bersama bahan kisar, tambahkan air asam jawa, lada putih dan garam.
*  Guna kuali yang bersesuaian, didihkan santan hingga berketul sedikit dan pekat.
*  Masukkan lengkuas yang telah diblender tadi dan masak lagi hingga pekat dan pecah minyak.
*   Masukkan serbuk kunyit, bawang hiris, bawang goreng dan serai.  Jika menggunakan ayam kampung atau ayam tua boleh masukkan sekali waktu ini.  Tetapi jika guna ayam daging seeloknya masukkan ketika lengkuas dan santan sudah pekat, untuk mengelakkan daging ayam hancur.

*  Masak guna api sederhana hingga kering dan kekuningan.  Perlu sentiasa dikacau terutama bahagian bawah untuk mengelakkan berkerak dan hangus.
*  Masak sehingga kering dan kekuningan,  lengkuas dan santan akan menjadi seperti seredak yang biasa ditemui pada ayam goreng berempah.

Nota: Ada sesetengah orang menyediakan masak lengkuas yang masih basah atau sedikit lembab.  Terpulang pada kesukaan masing-masing, tetapi bila kita masak sehingga kering, ianya lebih tahan lama dan aroma masak lengkuas lebih wangi.

Wassalam.

Ramadhan Kareem: Takzirah Penghujung Ramadhan 1436H

Assalam....
Sedakar berkongsi di penghujung ramadhan dan untuk peringatan kepada diri sendiri dan kawan-kawan yang dikasihi sekalian.

Sebaik mana pun diri kita, sebanyak mana pun amalan kita, setinggi mana pun kedudukan kita, jangan sampai kita mempunyai walau sebesar zarah pun perasaan bahawa kita lebih baik daripada orang lain...

Hari ini, ramai orang bersolat di masjid, membaca Al-quran, memberi sedekah, menunaikan solat sunat, menuntut ilmu...  Tetapi ramai juga dalam masa yang sama terdetik di dalam hatinya bahawa dia lebih baik daripada sahabat-sahabatnya yang tidak melakukan apa yang dia lakukan..

Jika kita mempunyai perasaan seperti ini, berwaspadalah....  Sesungguhnya perkataan ANA KHAIRUN MINHU (aku lebih baik daripadanya) merupakan perkataan yang telah menukarkan iblis laknatullah daripada seorang hamba Allah yang paling MULIA di sisi-Nya kepada makhluk yang paling HINA sehinggalah ke hari kiamat...

Iblis yang dahulunya lebih tinggi darjatnya daripada para malaikat, setelah melafaskan perkataan ANA KHAIRUN MINHU, kini menjadi makhluk paling dilaknati Allah...  Hanya kerana merasakan dirinya lebih baik dan lebih suci daripada Adam a.s dan enggan tunduk hormat kepadanya..

Maka, fikirkanlah sehina mana martabat kita disisi Allah yang sudah sedia kala hina lagi apabila kita merasakan diri kita lebih baik daripada sahabat-sahabat kita, walaupun ilmu dan amalan kita lebih banyak daripada mereka...

Syaitan lebih menyukai hal ini daripada pelaku maksiat..  Ini kerana pelaku maksiat tahu bahawa mereka melakukan maksiat dan sedar akan dosanya..  Tetapi golongan yang bersifat "holier-than-thou" ini sampai bila-bila tidak akan menyedari bahawa dirinya melakukan dosa yang sangat besar impaknya..  Dia akan terus merasakan dirinya suci dan soleh serta mengganggap sahabat-sahabatnya yang lain sebaliknya..

Semoga Allah menjauhkan diri kita daripada sifat yang terkutuk ini..
Wassalam.

Tuesday, 14 July 2015

Ramadhan Kareem: Shopping Raya....

Assalam...
Pertengahan puasa hari itu, memyampaikan hajat orang jauh yang datang bertandang untuk pergi shopping malam-malam hari di Jalan TAR.  Hajat datang shopping sebagai persediaan hari raya dan hari besar mereka nanti.  Dah lalu beberapa kedai dan gerai, dapatlah beli sepasang dua mana yang mereka berkenan.  Lepas itu kami pergi ke Jakel Mall untuk mencari baju melayu buat si lelaki yang nak bergaya ala Aaron Aziz ataupun gaya ala Nabil.  Pertama kali sebenarnya datang sini sejak dibuka, lokasi Jakel Mall ini pun tak tahu kat mana sebenarnya.  Rupa-rupanya dekat jer dari lokasi jakel lama di Jalan Bunus dulu.  
Punya ramai orang masa kami sampai, sales person takde yang free, semua dah ada pelanggan yang minta layan.  Mula-mula diorang dah cuak rasa nak balik jer, takde orang nak melayan.  Salah seorang sales person tu perihatin, tengok diorang ni terkapai-kapai takde siapa peduli, dia sarankan kami ke tingkat 4.  Sampai tingkat 4, dah lega sebab layanan bagai vip, kawan dah chop nak beli dua pasang baju melayu dan dapat kain sampin free.
Kalau saya lelaki mesti nak beli semua baju melayu ikut tone colour yang ada.  Nasiblah bukan kan.  Dalam mall turut ada section untuk home deco yang lebih senang nak buat suai padan bagi yang mampu.  Kita tolong bagi idea jer.
Baju melayu koleksi upin ipin untuk kanak-kanak.  Zaman kanak-kanak saya dulu di kampung, saya dengar orang kampung panggil baju melayu tu baju selangor.  Kalau sebut baju selangor tu maksud diorang merujuk pada baju melayulah.  Baju kurung kedah pulak dipanggil dengan nama baju opah, mungkin sebab dulu diorang hanya dapat info hasil tengok drama bersiri "Opah".
Bila dah sampai part perempuan, biasalah keluar masuk kedai dua tiga kali tak beli jugak.  Kalau tak buat gitu bukan perempuan katanya.  Duk ulang keluar masuk kedai dua tiga kali, patah balik kedai satu lagi, kedai dah tutup.  Sebenarnya masa pergi itu busines hour diorang hanya setakat jam 12 hingga 1 pagi.  Kalau pergi hari-hari last puasa ini buka sampai subuh.
Inilah hasil shopping mereka, tak siap lagi sebenarnya tapi kena balik dah.  Lain kali datang pulak, sambung shopping lepas raya.
Bahagian saya shopping online jer, boleh kurangkan sakit kaki berjalan membawa badan yang makin hari makin tembun.  Dah tak terdaya seperti dulu ulang 2, 3 kali dari hujung ke hujung sepanjang jalan TAR dan boleh pulak buat ulang tayang pada keesokkan hari.
Wassalam.

Sunday, 12 July 2015

Kuah Durian

Assalam...
Hari itu teringin nak makan durian, nak pelepas gian mahal pun beli juga 2 biji.  Itupun ambil masa 3 hari nak habis, sebab masa makan terhad kan bulan posa ini.   Lepas beberapa hari itu, kawan en.Abe datang dari kampung bawa 6 biji lagi.  Rezeki Allah bagi pelbagai bentuk, sebab bergegas nak balik kampung, durian kami perisi letak dalam tupperware dan store dalam peti sejuk.  Sebab bahagian sejuk beku pun dah penuh kami letak dalam chiller saja, kalau tak dapat makan 100% ice cream durian.
Pertama kali makan kuah durian yang kawan saya (junior) bawa dari rumah dia.  Mak kawan tu suka bekalkan kuah durian, iyelah nak bawa buah durian naik bas memang susahlah kan.  Nak-nak bas berhawa dingin, mau kena perhambat suruh turun kang.  Setiap kali musim durian, bila kawan tu balik kampung kami dah tahu mesti ada kuah durian dan salah seorang dari kami akan beli roti sebagai menanti kepulangan cik liza.
  

Kuah Durian
Sumber: Makcik Mashita (Mak Liza)

Bahan-bahan
Isi durian - saya masak dengan bijinya sekali
Santan
Air
Gula pasir / gula melaka - ikut manis sendiri
Garam sedikit
Daun pandan - simpulkan

Cara Penyediaan
*  Campurkan semua bahan-bahan ke dalam periuk atau kuali.
*  Masak guna api sederhana hingga mendidih dan meletup-letup.
*  Sentiasa kacau kuah ketika memasak. 
*  Masak hingga isi durian lerai dari biji atau mengikut kepekatan kuah yang di ingini.
*  Sejukkan dan boleh dinkmati bersama roti putih, pulut ataupun roti jala.



Kuah durian saya suka makan cam gini jer, makan cicah dengan roti.  Salah satu menu buka posa hari itu.  Kali ini saya buat terpekat pulak, kalau suka yang cair lebihkan jer santan atau air ketika memasak.
Rasa-rasa tak boleh habiskan kuah durian tu, boleh bekukan dan simpan.  Nak transform ke dalam bubur kacang hijau atau pengat pun boleh.  Atau nak lagi tahan lama masak hingga pekat hingga bertukar warna coklat menjadi lempuk durian.
Wassalam.

Saturday, 11 July 2015

Ramadhan Kareem: Cerita Bubur Lambuk.

Assalam...
Bubur lambuk memang tidak asing pada kita boleh dinikmati bila-bila masa tetapi lebih menonjol ketika bulan ramadhan.  Istimewanya ketika ramadhan sebab kita boleh dapat bubur lambuk percuma hasil sumbangan para dermawan dan selalunya disalurkan melalui masjid-masjid atau surau.  Di bazaar ramadhan pun ada dijual, kadang ada jugak kaunter yang beri percuma.

Mari kita tengok apa bahan asas bubur lambuk bagi setiap negeri.  Jadi senang lepas ini takdelah komplen bubur lambuk di negeri itu sedap, yang negeri ini tak sedap atau tak kena citarasa tekak sendiri.  Rasa bubur lambuk tentunya dipengaruhi dengan penggunaan bahan-bahan dalam masakan tersebut.


Bubur Lambuk Lembah Klang.
Beras
Air
Bawang merah
Bawang putih
Halia
Rempah kurma
4 sekawan (kayu manis, bunga pelaga, lawang dan bunga cengkih)
Santan
Daun ketumbar
Daging
Garam
Gula 
Bawang goreng. 


Bubur Lambuk Terengganu
(ditambah dengan ramuan tambahan sekaligus menjadikan rasanya berbeza dengan bubur lambuk dari negeri lain)
Beras
Air
Santan 
Pucuk paku
Daun kesum
Daun kunyit
Pucuk manis
Kerisik kelapa
Garam
Gula 
Bawang merah
Bawang putih
Lada hitam
Halia
Daging atau ayam


Bubur Lambuk Kelantan
Beras
Air
Ikan bilis
Lobak merah
Santan
Halia
Lada hitam
Ikan kering
Ayam atau daging


Bubur Lambuk Pahang
Beras
Air
Ulam terutama daun pucuk paku merah,
Daun kunyit, 
Daun kesum
Jagung muda
Isi ikan yang ditumbuk dengan lada hitam, halia, bawang merah, serai dan halba.
Udang
Sotong
Ubi keledek
Bawang merah, 
Serai
Halia. 


Bubur Lambuk Perak
Beras
Santan
Bawang merah
Bawang putih
Halia
Serai
Kayu manis
Buah pelaga
Bunga lawang
Udang kering
Isi ayam dan daging
Lobak masin
Lada hitam
Halba


Bubur Lambuk Sabah
Beras
Daging kisar
Santan
Daun selasih
Sayur campuran
Air
Garam
Gula
Bawang merah
Bawang putih
Halia
Serai
 Lengkuas


Bubur Lambuk Johor 
*Mempunyai aroma yang berbeza berbanding dengan bubur lambuk di Lembah Klang, ia ditambah dengan bahan berempah terdiri daripada rempah beriani atau sup bunjut.  Keunikan bubur lambuk johor terletak pada ramuannya yang lebih rumit dan banyak.  Ramuan tambahan ini juga menjadikan bubur lambuk yang dimasak perlu disediakan mengikut sukatan yang betul.
Beras siam
Air
Santan
Daun pandan
Serai
Rempah kurma
Kiub ayam
Sup bunjut / rempah beriani
Kacang kuda
Sayur campur (lobak merah, jagung dan kacang peas)
Bawang besar
Bawang putih
Halia
Lada hitam
4 sekawan (bunga lawang, bunga cengkih, kayu manis, buah pelaga).
Pucuk paku merah
Garam.
Bahan sampingan;- 
Daun sup
Daun bawang
Bawang goreng
Telur
Serunding daging
Serbuk lada hitam.

Bubuk Pedas Sarawak
(Di Sarawak bubur lambuk lebih dikenali sebagai bubur pedas)
Beras
Air
Perencah bubur pedas
Udang
Ayam atau daging
Kacang panjang
Jagung muda
Pucuk midin
Tauhu kering
Cendawan cina
Pucuk singkel (pucuk buas)
Daun kunyit
Cili kering
Bawang merah
Bawang putih
Minyak masak untuk menumis
Santan


Bubur Kanji
(bubur lambuk dikenali sebagai bubur kanji dan popular di negeri utara semenanjung termasuk Perlis, Kedah dan Pulau Pinang)
Beras
Serai
Halia
Lada hitam
Udang
Air
Santan
Bawang merah
Garam
Halba. 


Dikhabarkan bubur lambuk paling popular tentunya bubur lambuk Masjid Kampung Baru yang menjadi rebutan warga Kuala Lumpur pada setiap tahun.  Perbezaan ramuan antara satu tempat dengan satu tempat yang menjadikannya unik untuk dijamah sesuailah dengan pepatah lain padang lain belalang.
Wassalam.

Friday, 10 July 2015

Ramadhan Kareem: Segala Yang berlaku KehendakNYA..

Assalam...
Mungkin sebagai ujian di bulan barakah ini,
segala sesuatu hanya dengan izinnya,
menguji ikut kemampuan umatNya,
Akur.  
Ikut mahu mereka,
Dengan izinMu.
Tapi hati tetap saja jadi resah,
Semoga aku tetap pada landasanMU.
Kenapa aku resah.
bukankah aku sebelum ini berseorang?
Segalanya aku bereskan sendiri,
kemudian diberi nikmat dengan bantuan,
sekarang akan ditarik kembali,
dan aku jadi resah.
Telah berulang kuseru namaMu
untuk menghilangkan resahKu
Namun resah tetap bersarang.
Dengan kelebihan dan kemulian
pada BulanMu ini
Aku pohon Ampuni aku,
Ampuni Aku,
Ampuni Aku,
Ampuni Aku,
Ampuni Aku,
Hanya pengampunanMu,
akan menjauhkan resahku.
Hanya itu,
Aku harapkan,
Ampuni Aku. 
Wassalam.

Thursday, 9 July 2015

Ramadhan Kareem: Seronok Dapat Berbuka Puasa di Kampung

Assalam....
Syukran diberi nikmat tahun ini dapat balik kampung walaupun sekejap saja (dalam masa 24 jam) untuk berbuka puasa bersama keluarga di kampung.  Kami dapat balik sempena cuti Nuzul Quran dan kebetulan en.Abe off hari itu.  Petang jumaat selepas waktu kerja, start journey dan keadaan lalulintas tidak begitu sesak dan kami sempat singgah di salah satu kedai makan di Bentong untuk berbuka puasa.  Gambar yang bawah ini, adalah juadah berbuka ketika di kampung keesokkan harinya.  Hampir semua disediakan sendiri oleh chek, sebenarnya chek buat kuih dan hantar ke kedai di kampung ketika bulan ramadhan jadi kami bebas nak simpan kuih mana yang kami rasa nak makan.
Pulut Lepo, seakan pulut panggang tetapi inti berlainan.  Pulut Lepo inti guna serunding ikan sementara pulut panggang guna inti sambal kelapa.
Kuih akok, petang itu dapat belajar sikit cara membuat kiuh akok.
Roti john untuk kanak-kanak yang sedang membesar.
Ini dipanggil kuih bronok.
Buah-buahan tak ketinggalan ada 3 jenis.
Paling best buah kuini tu, rasa nak makan lagi dah habis....
Lauk ayam dan kuah percik.
Yang ini pertama kali jumpa dan makan, Acar Masak namanya.  Menurut pak mertua, yang ini tak berapa completed bahannya sebab hanya letak timun saja.
Teropong apa yang ada di kebun, mana tau ada yang boleh ditapau untuk bekalan makanan di hutan batu.  Pokok-pokok dah kembali subur walaupun dah tenggelam dalam banjir besar tempoh hari.
Seronok tengok air muka orang tua yang ceria, sebab anak-anak dapat balik secara bergilir-gilir berbuka puasa bersama pada tahun ini termasuk yang duduk jauh.  Kiranya kami pun dapat rezeki bekalan kuih-muih beberapa kali dalam bulan ini.  Tahun ini kami beraya di hutan batu lagi, jadi sekurang-kurangnya balik kampung pada bulan puasa ini kami gunakan sebaik mungkin.
Wassalam.

Wednesday, 8 July 2015

Ramadhan Kareenm: Tazkirah Malam ke 20 & 21

Gambar Cik Google
Assalam...
Ramadhan semakin tua, semakin menghampiri ke penghujungnya, hanya tinggal beberapa hari saja yang ada untuk kita manfaatkan sepenuhnya.  Nak menjadi tamak dan kiasu akan pahala, inilah saat dan ketikanya.  Malam kedua puluh dan kedua puluh satu solat teraweh dibacakan tazkirah pendek di antara solat sunat teraweh yang sama iaitu Puasa Itu Sebagai Perisai.  

Dari Abu Ubaidah berkata, “Aku telah mendengar Rasulullah saw.bersabda, 
“Puasa adalah sebagai perisai selagi dia tidak memecahkan perisai itu”. 
(HR Nasai, Ibnu Majah, Ibnu Khazaimah, Hakim)
Maksudnya adalah dengan orang berpuasa akan dilindungi oleh puasanya dari gangguan musuhnya yaitu setan; atau menyelamatkan dirinya dari azab Allah dan melindunginya dari api neraka.
 
Ketika seseorang bertanya kepada Rasulullah saw., “Apakah yang menyebabkan puasa itu batal (rusak)?. 
Kemudian Rasulullah saw. menjawab,
"Berkata dusta dan mengumpat”. 
 
Menurut para Ulama, ada enam hal yang harus dijaga ketika berpuasa yaitu,
 
Pertama, menjaga pandangan dari melihat hal-hal yang dilarang. Dan juga hendaknya menghindarkan pandangan dari melihat hal-hal yang melalaikan. 
Rasulullah saw. bersabda, "Pandangan adalah satu anak panah dari panah-panah syetan. Barangsiapa takut kepada Allah, hindarilah melihat maksiat. Maka Allah mengaruniakan kepadanya cahaya iman yang kemanisan dan kelezatannya akan terasa di hati".
 
Kedua, menjaga lidah dari dusta, perkataan yang sia-sia, mengumpat, perkataan kotor, menipu bertengkar dan perbuatan buruk lainnya. Dalam Sahih Bukhari, ada sebuah riwayat yang menyebutkkan bahwa puasa adalah perisai bagi manusia. Oleh karena itu apabila ada orang yang mengajak bertengkar katakan saja,
"Saya sedang berpuasa". 
Tetapi apabila orang itu tidak juga mau mengerti maka hendaknya kita berusaha meyakinkan hati kita bahwa, "Saya sedang berpuasa" karenanya tidak pantas bagi saya untuk menjawab perkataan orang yang sia-sia itu.

Ketiga, menjaga telinga dari mendengarkan hal-hal yang makruh. Maksudnya yaitu perkataan yang tidak boleh diucapkan oleh mulutnya, maka mendengarnya pun tidak boleh.
 
Keempat, menjaga tubuh kita dari hal-hal yang haram. Tangan jangan menyentuhnya, kaki jangan melangkah kearahnya. Juga bagian-bagian tubuh yang lain. Perut dijaga agar tidak diisi dengan makanan dan minuman yang haram atau yang meragukan (syubhat).
 
Kelima, jangan berbuka terlalu kenyang walaupun dengan makanan yang halal. Karena tujuan puasa adalah untuk mengurangi kekuatan nafsu syahwat dan kekuatan dorongan nafsu hewaniyah serta meningkatkan kekuatan iman (nuraniyah) dan ketaatan (malakiyah).
Apabila ketika berpuasa kita berbuka dan bersahur berlebihan maka sebenarnya bertentangan dengan semangat Ramadhan dan tujuan berpuasa.
 
Keenam, untuk menjaga puasa dari kekurangan-kekurangannya, maka hendaknya setelah berpuasa selalu merasa khawatir apakah puasanya akan diterima oleh Allah Swt.  atau tidak, sehingga orang yang berpuasa selalu berusaha terus menerus untuk memperbaikinya.
Gambar Cik Google - mana nak dapat benda ini?.
Wassalam.

Sunday, 5 July 2015

Ramadhan Kareem: Buffet Ramadhan @ PAUM, by Eden.

Assalam...
Cerita minggu lepas, dah seminggu terperap kalau kambing dah well marinated, hari cuti dan kita gantung periuk belanga sebab nak berbuka puasa di luar.  Kami pilih pergi ke buffet ramadhan yang terdapat di PAUM (Pusat Alumni Universiti Malaya) kerana harga yang murah dengan variety makanan yang banyak ditawarkan.    Ada beberapa rakan lain yang turut membawa ahli keluarga masing-masing datang ke sini jugak.
Semua dah standby di meja masing-masing menunggu untuk waktu berbuka puasa.
Sebenarnya lokasi Buffet Ramadhan Eden kali ini bertempat di lokasi yang baru setelah beberapa tahun di PICC dan Dewan Kristal Menara TM.  Bangunan baru dan semestinya selepas ini banyak program dan aktiviti yang boleh dibuat di sini.  Sesiapa yang nak anjurkan seminar, nak buat kenduri kawen atau makan-makan boleh datang ke bangunan kelab Persatuan Alumni Universiti Malaya di Jalan Susur Damansara.
Long Q di stall yang menempatkan kambing panggang .
 Chef yang bertugas hari itu.
Mari tengok apa yang kami pilih untuk berbuka petang tu.
 Semestinya dim sum..
 Seaofood Penang char koay teow & sate ayam.
Nasi dan lauk pilihan en.Abe, kami makan share, tapi last makan lauk jer bukan tak sedap tapi nanti tak dapat nak makan benda lain...itu tips tu, jangan makan nasi, sekadar rasa cukup.
 Kuih dan kek
Kerabu, sebelah tu ada cream pumpkin soup yang dimakan bersama soft bun.
Kambing panggang bersama mint sauce dan black pepper sauce.  Banyak lagi pilihan makanan, tapi kami tak ambil lagi pun dah kenyang.  Ambil sikit kemudian habiskan, lepas tu bila rasa nak lagi baru ambil yang lain pulak.  Seboleh mungkin elakkan ambil makanan dan timbun atas meja, nanti tak habis kan membazir namanya tu.
Ada pula booth yang ala-ala arabic, bolehlah nak ambil gambar untuk abadikan kenangan.  Kepada yang masih tercari-cari tempat untuk berbuka puasa, atau dah kurang rajin nak susun menu untuk dimasak bolehlah datang ke sini.  Sila dial nombor 603-7803 8204 untuk tempahan, Buffet Ramadhan @ PAUM by Eden ini ada sehingga 15hb Julai.  Selamat berbuka puasa.
Wassalam.