Showing posts with label Makanan Kelantan. Show all posts
Showing posts with label Makanan Kelantan. Show all posts

Thursday, 28 June 2018

Ketupat / Pulut Dakap

Assalam...
Kalau tak silap menu pulut dakap ini popular di utara dan pantai timur.  Hari raya baru ini, mak mertua buat pulut dakap, versi kelantan yang rasanya sedikit manis.  Menurut chek ini pulut dakap simple sebab tak letak sebarang inti, selalu pulut dakap mereka letak inti pisang masak kat tengah atau pulut dicampur dengan rebusan kacang putih.  Pulut dibalut dengan daun pisang, lebih kurang macam buat burasak tetapi pulut dakap ini lebih mudah membuatnya.  Dua bungkusan pulut dicantum dan diikat bersama sebab itu kot dinamakan pulut dakap (letak secara dakap / berpelukan).


Walaupun hampir sama dengan burasak, tetapi cara memasak pulut selepas membungkus adalah berbeza.  Ikatan pulut dakap jugak tak perlu begitu kemas kerana tiada kekuatiran pulut akan kerburai ketika mengukus.  Ini mungkin penyebab utama rasa kedua benda ini turut berbeza.


Ketupat / Pulut Dakap
Sumber: Nang Teh


Bahan-bahan
1kg pulut - rendam
2 cawan santan pekat dari sebiji kelapas
1/2 sudu teh garam
2 sudu makan gula
Daun pisang secukupnya


Cara Penyediaannya
*  Kukus pulut hingga masak.
*  Didihkan santan yang dicampur dengan garam dan gula.
*  Campurkan santan dengan pulut.  Gaul sebati hingga rata dan pulut nampak berkilat.
*  Ambil daun pisang yang telah di potong lebar lebih kurang sejenggkal dan balutkan pulut memanjang.
*  Ikat 2 paket pulut secara berdakapan, pastikan bahagian lipatan daun terletak dibahagian dalam.
*  Sediakan kukusan, kukus pulut yang telah diikat hingga masak atau daun pisang layu.
* Sejukkan.  Buka ikatan dan leraikan dakapan pulut ketika menghidang.
 

Bagi saya yang lidah pedas ini, mungkin kurang minat dengan pulut yang manis begini kecuali jika yang dibuat kuih seperti pulut sekaya.  Tetapi budaya orang lain-lain kan, tu lah yang menyebabkan kita ini unik.
Wassalam.

Thursday, 21 June 2018

Nasi Kaya Kelantan


Assalam...
Kuih nasi kaya kelantan ini mak mertua hidangkan untuk berbuka puasa hari 29 Ramadhan yang lalu sebagai juadah berbuka hari terakhir puasa tahun 1439H.  Nama kuih ada perkataan nasi, tapi jangan dicari nasi dalam kuih ini, sebiji nasi pun tak akan jumpa, itu namanya sahaja.  Abang cakap sambil berseloroh ini makanan orang kaya atau raja dulu-dulu, mereka tak makan nasi daripada beras tetapi nasi mereka daripada telur dengan gula.  Seingat saya baru 2 kali menjamah pemanis mulut ini dan saya suka sangat.  Mungkin bagi orang lain kurang gemar dengan bau hamis telur kerana beranggapan kuih ini pasti hamis sebab guna telur yang banyak dan memang hanya guna telur dan gula semata membuatnya. Namun bagi saya tiada masalah, apa-apa pemanis yang banyak telur sedap saja di tekak.  Tetapi percaya lah tak hamis pun. 


Nasi Kaya Kelantan
Sumber: Nang Teh


Bahan-Bahan
20 biji telur
4 keping gula nise (gula nipah)
1 cawan air
Daun pandan


Cara Penyediaannya
*  Masak gula, daun pandan dengan air hingga gula larut.  Tutup api dan keluarkan daun pandan.
*  Dalam bekas yang lain kacau telur hingga sebati.  Kacau sebati jangan sampai kembang.
*  Tuangkan telur ke dalam periuk yang berisi air gula tadi.  Gaul untuk sebatikan adunan telur dan air gula.  Tutup periuk.
*  Bakar menggunakan api sederhana.  Mak mertua bakar guna periuk yang masak air gula tu juga atas dapur gas sahaja. 
*  Bila permukaan nasi kaya dah mengeras, matikan api.  Nasi kaya akan naik memenuhi periuk tetapi akan turun  dan jadi padat apabila sejuk.
*  Hidangkan apabila dah sejuk, atau diletakkan dalam peti ais jika suka nasi kaya yang lebih sejuk.

Nota - 
1.  bentuk nasi kaya yang kami makan tu memang tak cantik sebab kami main cedok dari dalam periuk saja.  Nak bentuk yang cantik boleh lah bakar guna loyang dalam oven, lepas tu potong cantik-cantik.
2.  Nasi kaya boleh disediakan sama ada dibakar atau dikukus, tetapi kalau kukus tu caranya sedikit berlainan kerana perlu sejukkan air gula terlebih dahulu sebelum campur dengan telur. 


Pagi raya ke-3 kemas-kemas tempat makan, jumpa sepinggan nasi kaya tepi tudung saji.  Ingatkan dah rosak nak kemas dan buang, rupanya ayah mertua yang simpan.  Dia kata elok lagi kuih tu, dia simpan dan nak makan kemudian.  Lepas tu dia cerita susah nak cari yang sesuai selera dia, kadang jumpa orang jual tapi tak sedap, yang chek buat ini sedap.  Sweetnya dengar ayah mertua hargai masakan isteri. 
Tersentuh hati kecil petang tu bila terdengar mak mertua yang sedang masak di dapur bersama anak lelakinya bersembang.  Esok aku mati, tiada siapa yang tahu nak buat kuih-kuih ini semua, puak-puak tu (merujuk anak perempuan) semua macam tak minat nak belajar.
Wassalam.

Tuesday, 5 June 2018

Make Colek


Assalam...
Mak tension dengar orang cakap nak make colek, nak make colek, sebab tak faham colek apa yang dimaksudkannya.  Aku suruh orang gi colek dia baru tahu.  Apakah yang dimaksudkan dengan colek itu, ingat colek buah pauh, orang utara kata menyicah pelam. Bukan, bukan yang macam tu, di suruhnya kita google makna colek tu ikut kelantan, pehh angin jer, tengah-tengah malam nak pergi cari colek nie.



Sampailah kedai yang di cari, google nama kedai Ilham Nasi Kukus tau jangan pi google kedai colek pula. pusing-pusing juga sebab google macam tunjuk lokasi lain walaupun dalam kawasan yang sama.  Senang cerita kedai ini di kawasan Mutiara Damansara, belakang balai polis tu ada kedai-kedai kat situlah tempatnya.  Nak senang lagi berdepan dengan surau dan restoran Ana patin House.


Inilah dia colek, hok aloh.... cakaplah ICT atau menu macam pasembur, senang sikit kepala hotak nak gambarkan.  Orang terengganu kata ini ICT kan (Ikan Celup Tepung) walaupun bukan hanya ikan saja yang dicelup tepung sebelum digoreng, sotong, ketam, crab stick dan segala macam ball.


Kalau tak nak colek dengan seafood, boleh pilih colek buah.  Macam rojak buah bahasa mudah untuk orang lain.


Ini sos pencicah colek tu, macam sos keropok lekor.  Boleh minta dia tuang sekali atas pinggan colek atau minta diasingkan sosnya.


Alhamdulillah kenyang, dah menyandar kekenyangan orang yang mengidam nak makan colek tu.  Lain kali datang lagi sebab tak puas hati dapat makan sikit malam tu, tiba-tiba sakit tekak menyrang pula malam tu jadi tak boleh makan banyak benda berminyak nie.

Make colek ini, lebih kurang macam makan pasembur jugak lah.  Harga ikut apa yang kita ambil, kalau sekadar ikan atau benda frozen macam ball atau fish cake tu murahlah.  Tapi jika nak makan sotong dan ketam 5 ekor setiap satu, sila sediakan duit secukupnya ya.
Wassalam.