Showing posts with label Rezeki. Show all posts
Showing posts with label Rezeki. Show all posts

Tuesday, 10 July 2018

Resepi Kek Buah Kukus Terbaik

Asssalam..
Terima kasih banyak kak wan yang telah share resepi kek buah kukus ini.  Dah lama intai cara yang macam ini tapi tak try lagi sebab tak sure sukatan sebenarnya.  Bukan tak pernah buat tapi lain orang lain cara dan ada tips tertentu, kalau dah tukang masak terkenal macam kak Wan yang mengakui sendiri ini resepi terbaik kek buah kukus yang keluarga dia selalu guna, maknanya memang boleh dipercayai.  In Sha Allah follow step dan ukuran mesti menjadi.  Kalau nak resepi cara lain untuk kek buah kukus boleh rujuk sini.  


Jujur, hasil kek buah yang guna resepi ini yang paling saya suka.  Masih panas dah potong makan seketul tak puas ambil lagi seketul dan seterusnya.  Betul kata kak wan tak sempat simpan lama dah habis.  Bukan saya saja yang cakap macam tu tau, tapi mereka yang lain turut mencicipi kek buah ini.  Lagi satu lebih mudah daripada resepi yang saya guna sebelum ini, so resepinya saya sharekan di sini.  Minta halal ya kak Wan. 


Kek Buah Kukus
Sumber: Kak Wan @ Resepicitarasawan


Bahan-bahan
300gm gula pasir
250gm mentega asli
400gm mixed fruit, cucui dan toskan hingga kering
100gm ceri merah dan hijau, biarkan sebiji2
3 biji telur grade A
60ml air panas
350gm tepung gandum
2 sudu teh soda bicarbonate
1/2 sudu teh cream of tartar
1 sudu teh esen vanilla
1 sudu teh serbuk buah pala

Loyang 7 atau 8 inc dilencer dengan mentega


Cara Penyediaannya
*  Ayak tepung, baking soda, cream of tartar dan campurankan serbuk buah pala (nutmeg powder).
*  Masukkan gula ke dalam periuk atau kuali tebal, masak dengan api sederhana.
*  Jangan mengacaunya, goyangkan periuk ke kiri kanan sehingga gula mencair sekata dan berubah keperangan.
*  Tutup api dan masukkan air panas di tepi periuk supaya tidak terpercik.
*  Kacau hingga gula larut, masukkan mentega dan kacau hingga mentega cair.
*  Masukkan mixed fruit, gaul rata dan masak sekejap atas api.
*  Bila suam, kaup balikkan tepung dan rempah.
*  Pukul telur bersama esen vanilla hingga berbuih.
*  Masukkan ke dalam adunan sedikit demi sedikit, gaul hingga sebati.
*  Masukkan ke dalam loyang dan ratakan.
*  Tutup loyang dengan aluminium foil dan kukus selama 2 jam atau lebih.


Dan sebagai oleh-oleh untuk orang kampung, akan buat lagi kek ini.  Takpelah kena berjaga malam ini kukus kek, demi sama-sama menikmati kek buah sedap ini.  Suka share benda yang kita suka dengan keluarga, sama-sama rasa sedapnya, jangan benda yang pahit-pahit jer kita baru nak share. 


Cuba siapa yang teringin, jimat sikit duit boleh beli benda lain.  Kek buah kukus begini dalam pasaran rasanya seketul begini camni orang jual rm60 lebih kot, tapi memang harga bahan-bahan kuih mahal pun lagi-lagi kalau guna yang berkualiti.
Wassalam.

Sunday, 1 April 2018

Aroma Cafe @ Paum Club House


Assalam...
Lewat petang pergi sini last week sebab ada kerja sikit.  Hari tu macam kena balik lewat jer, mesti tak sempat balik untuk berbuka puasa di rumah petang nie.  Jadi kena guna fikiran yang bijak, order sajalah dari sini (takut kena cop macam si bodoh mati kelaparan dalam kilang roti) hehehe. 


Sebelum mulakan kerja, kita buat order dulu dan minta mereka sediakan dekat-dekat nak masuk waktu nanti.  Order untuk 2 orang dulu, kemudian baru tambah jika tak cukup.  Nak try signature dish Aroma Cafe @ Paum Clubhouse, Damansara.


Royal oxtail asam pedas.


Asam pedas ekor yang pekat dan menyengat.


Balinese grilled chicken, menu nie ala-ala fusion asian dan western.  Mantap rasa saucenya.


Churros with salted caramel, makan yang ini saja pun dah cukup untuk berbuka puasa.  Tapi ada ketika perut lapar semua rasa nak try, jadi order lah yang lain juga.


Oops! putu bambu, takde dijual kat sini.  Ini kawan bagi untuk buka puasa tadi (dah buat silap bawa masuk makanan dari luar nie).  Ampun bosss.


Ini menu dia, banyak yang you all boleh pilih selain menu yang kami try kat atas tu.


Harga pun berpatutan kan, jangalah compare dengan harga makanan yang dijual 10,  20 tahun lalu.


Yang special kat sini sebab ada dim sum.  Chef mereka buat sendiri, tentu lah fresh kan.


Cuma tak dapat nak rasa petang tu sebab waktu hidangan untuk dim sum hanya jam 10 pagi hingga 4.30 petang.  Kena datang sebelah pagi atau siang kalau nak rasa dim sum di Aroma Cafe.



Promo buffet ramadhan mereka pun dah keluar, tu macam kat bawah tu.  Nak murah meriah beli ketika promosi early bird, sebab walaupun harganya murah, kuantiti dan jenis makanan yang dihidangkan tak berkurang.  Bagus untuk group booking atau untuk family yang ramai.


Rezeki saya petang tu, ada orang bayarkan semua makanan yang saya order tu.  So tak tahulah total kerosakan hari tu.  Terima kasih daun keladi, moga tambah murah rejeki orang tu.
Wassalam.

Saturday, 9 December 2017

Rajin Lebih Dapat Lebih


Assalam...
Nilai cek tu dah lama habis, baru nak cerita.  Nak cerita awal macam tak best jer sebab macam tak percaya yang keras tu betul-betul boleh jadi duit, so tunggu dulu lah ianya bertukar jadi RM.  Dapat cheque dari Adsense, lama juga lah baru sampai chek tu dekat sebulan kot, ialah terbang dari US kan.  Lepas dapat email bukan main rajin tengok post box.  Bila cek dah dapat, macam sakai tak tahu nak bank in.  Kena bank in lalu kaunter, ingat boleh masuk guna mesin cek macam biasa, non hado.  Nak clear pun ambil masa juga yer, dekat sebulan juga rasanya.


Kalau konsisten kerajinan nak update atau buat extra lebih sikit mesti lagi banyak ko dapat kan Jah.  Syukurlah daripada tiada, duit tu siapa nak bagi free.  Dalam nilai US pula tu kira banyak juga lah, lepaslah nak shopping barang dapur di kedai 99, cukup beli beras basmathi, sabun basuh, gula, tepung, mee segera dan susu.  Dapat pula time tengah sesak-sesak kan.  Syukur Alhamdulillah.
Wassalam.