nuffnang_bid = "6d3fefaa2657f8901dfaPages

Showing posts with label Kinabalu Park. Show all posts
Showing posts with label Kinabalu Park. Show all posts

Tuesday, 22 November 2016

J Residence, Kundasang


Assalam...
Cerita mendaki tak mula lagi. Kita cerita penginapan dulu lah.  Kami sebulat suara telah memilih untuk menginap di J Residence satu malam sebelum hari pendakian ke Gunung Kinabalu.  Alasan sebab dekat, kalau nak yang lebih bagus banyak lagi cuma agak jauh dari park dan yang agak merisaukan, bila menginap jauh takut terlambat sampai di Kinabalu Park.


Sebelum ini ada terbaca review mereka yang pernah menginap di unit-unit hotel di sini agak tak memuaskan.  Namun disebabkan kami nak berkumpul bersama semua ahli group dan mencari tempat tidur yang terdekat dengan park sebelum hari pendakian, makanya kami memilih menginap di sini.


Living dan dining space yang luas, tidak sempat digunakan sepenuhnya.  Ketika kami menginap itu hari hujan, sofa itu memang tidak boleh diduduki sebab dah bergenang dengan air.  Lokasi sofa itu berada tepat dengan bahagian atap chalet yang bocor.


Ini harga promo weekday yang kami dapat hari itu, kira jimatlah untuk kami yang seramai 10 orang kan.  Chalet itu amat besar, nak muatkan 20 orang pun takde masalah.  Tetapi kedudukan unit chalet ini terletak di tengah-tengah yang buat saya risau agak kurang privacy.  Dah lah langsir jarang, bahagian tingkap dapur pula tiada sebarang langsir.  Perasaan tu macam penghuni dari bilik-bilik sekeliling boleh tengok wayang free.


Hari check in tak sempat nak tengok keadaan persekitaran di sini.  Sebenarnya kami check in agak lambat hari itu, dekat waktu magrib ditambah pula hari hujan, rasa cepat-cepat nak masuk bilik dan bungkus diri dalam selimut.   


Lepas magrib kami bergegas keluar untuk mengisi perut di pekan Kundasang.  Lokasi penginapan ini berada di cerun yang agak curam, ada incident yang kurang menyenangkan ketika kami hendak keluar ke jalan utama dari kawasan penginapan ini.  Salah satu kereta kami tak mampu naik ke atas sehingga kena tukar driver dan buat pecutan beberapa kali baru berjaya naik ke atas.  Kami sebagai penumpang ini kenalah menapak mendaki anak tangga, bagus juga sebagai last warming up untuk keesokan hari.


Seawal jam 6.30 pagi kami dah bersiap untuk check out dan bergegas ke Kinabalu Park.  Ketika itu masih hujan dan keadaan berkabus, jadi pemandangan cantik nan menghijau di sekeliling J Residence tidak dapat kami nikmati.


Selain sebab kena lapor diri awal di Kinabalu Park, sebenarnya ada satu drama pagi tu yang membuatkan perut, hati, pedal, limpa, jantung ahli group menjadi senak.  Nantilah cerita.
Wassalam.