Showing posts with label Projek Perumahan. Show all posts
Showing posts with label Projek Perumahan. Show all posts

Thursday, 4 January 2018

Misi Mencari Teduhan Kasih Lagi...


Assalam...
Berjalan untuk mencari tempat berteduh hakiki, iye ke nak menginap secara hakiki di situ?  Lubang kubur jer kot yang boleh dikatakan sebagai tempat penginapan hakiki yang sebenar, rumah hanya sebagai tempat menginap sementara selagi masih berada di dunia.  Tetapi selagi kita belum memiliki rumah sendiri, selagi itu akan tercari-cari.  Nak memiliki rumah idaman kalbu, bukan perkara mudah kecuali mereka yang memang dilahirkan didalam limpahan kemewahan.  Macam-macam delema nak beli rumah, tetapi kalau asyik fikir yang negetif ye, sampai bila-bila tak ada rumah dan menyewa lah seumur hidup.   



Ini projek yang kami tengok di kawasan ijok, dekat-dekat Saujana, projek rumah jenis town house dengan starting harga 188k.  Projek perumahan dibawah kelolaan Rumah Selangorku, pada yang nak mohon kena melalui proses pemilihan oleh panel mereka, macam projek perumahan kerajaan lain seperti Prima atau Myhome.  Yang ini macam best, ada tanah kosong sikit untuk pembeli unit rumah bawah.  Boleh lah bercucuk tanam dan menjayakan kebun bandar you all.


Difahamkan kawasannya guard and gated, densiti tidak terlalu padat walaupun terdiri daripada beberapa block.  Ketinggian hanya 3 tingkat dengan setiap tangga hanya dishare bagi setiap 6 pemilik, jadi ok lah kan tak lah terlalu ramai senang nak kontrol dan ko boleh kenal semua yang lalu. 


Ruang tangga dan pintu masuk macam sempit sikit, sesuai bagi keluarga kecil dan mereka yang baru nak berdikari ada rumah sendiri.  Yang best lagi parking lot untuk setiap rumah terletak di hadapan rumah sendiri, jimat masa dah kat situ kan, tinggal panaskan enjin dan jalan.


Sememangnya semakin giat mencari semakin banyak pilihan yang kita jumpa sampai pening nak pilih yang mana sesuai.  Mencari rumah pun macam jodoh jugak kadang, tak boleh ikut dan tiru orang.  Kena perlu timbang banyak faktor dan sesuaikan dengan kemampuan poket sendiri.
Wassalam.