Friday, 24 May 2019

Kueh Bangkek Tradisi Bugis, Original Resepi

Assalam....
Hari tu, dah buat entry pasal kueh bangkek yang salah satu bahannya menggunakan campuran tepung jagung.  Kali ini nak kongsikan resepi original dalam menghasilkan kueh bangkek hanya menggunakan satu jenis tepung iaitu tepung gandum.  Bagi saya kedua-dua hasilnya tetap sedap, ranggup, rapuh dan masih menggekalkan penggunaan kelapa parut goreng.  Enjoy berbangkek sama ada nak guna resepi yang ini atau yang di sini



Kueh Bangkek Tradisi Bugis
Sumber: Hjh Hayati

Bahan-bahan
10 biji telur
1 cawan minyak
1kg gula pasir
2 biji kelapa parut putih, sangrai keperangan
1 camt soda bikacarbonat 
Tepung gandum secukupnya (+- 2 kg)


Cara Penyediaannya
*  Sediakan kelapa parut, goreng hingga keperangan.  Jangan goreng hingga hitam seperti nak buat kerisik.  Ramas ketika masih panas untuk haluskan kelapa tersebut.  
*  Pukul telur dan gula hingga kembang (putih), tambahkan soda bicarbonat.
*  Masukkan minyak dan kelapa goreng yang telah diramas.  Gaul sebati.
*  Masukkan tepung gandum, uli adunan sehingga tidak melekat di tangan.  
*  Canai atas plastik yang telah di oles minyak masak.  Bahagian atas juga dilapisi dengan plastik.
*  Adunan di canai agak nipis tidak seperti biskut biasa.  Terap menggunakan corak acuan kegemaran dan susun ke dalam loyang pembakar yang telah dioles minyak terlebih dahulu.
*  Tips-sebaiknya jangan campurkan tepung gandum sekali gus ke dalam adunan.  Uli sedikit demi sedikit hingga adunan tidak melekat di tangan dan boleh dicanai.  Bila adunan telah habis di canai dan diterap, baru uli adunan yang selebihnya.  
*  Bakar adunan hingga masak (permukaan kekuningan), gunakan api sederhana lebih kurang 15 - 20 minit.  Sentiasa awasi api agar kueh tidak hangit.
*  Angkat dari loyang dan biarkan sejuk sebelum disimpan di dalam bekas kedap udara.

Sebahagian kecil deretan balang berisi pelbagai jenis kueh kering yang telah sedia untuk diedarkan untuk musim raya tahun ini.  .

Sesiapa yang berminat untuk merasa kueh bangkek bugis, boleh hubungi Puan Mia / Hjh Yati di talian 010- 933 2619.
Wassalam.

No comments:

Post a Comment