nuffnang_bid = "6d3fefaa2657f8901dfaPages

Showing posts with label Kelantan. Show all posts
Showing posts with label Kelantan. Show all posts

Monday, 6 March 2017

Sleeping Buddha - Wat Photivihan, Tumpat


Assalam...
Terlanjur sampai ke Tumpat, Kelantan kami bawa dua orang ini singgah temple siam (lebih suka panggi wat siam) yang menempatkan patung sleeping buddha terbesar di Asia.  Di jajahan Tumpat ini sebenarnya terdapat beberapa lagi patung buddha besar antaranya yang berdiri dan yang duduk.  Sebenarnya tak pernah singgah pun, walau pun dah beberapa kali berkunjung ke tumpat, kami lebih gemar ke tempat melontar di Pengkalan Kubor.



Legend untuk seluruh kawasan temple sebagai panduan kepada pelawat.  Yang bawa tu tak tahu simbol apa dan untuk apa terletak di tengah dekat dengan pintu masuk.


Ini pun tample jugak, ada beberapa tample kecil sebenarnya dalam kawasan ini.  Agaknya setiap temple tu dibina dengan tujuan tertentu.


Sebenarnya ini pertama kali saya melawat wat siam yang ada di Malaysia.  Tokong buddha kepunyaan orang cina di Sandakan dan Penang tu  pernah lah.  Ada perbezaan antaranya tapi tak pandai nak cerita.


Patung singa


Rumah penduduk yang menjadi komuniti di kawasan temple Wat Photivihan, Tumpat.


Patung-patung yang lebih kecil yang terletak di bawah hadapan sleeping buddha.


Saya ingat ini tempat duduk, rupanya tempat berteleku penganut buddha ketika berdoa.


Dua orang ini tengah buang hajat dan baling duit syiling kot ke dalam mangkuk hitam dekat patung tu.  Takde syiling pun yang masuk mangkuk tu, semua berterabur masuk kolam air tu.  Yang seorang lagi tak sempat baling, syiling dah jatuh dalam kolam.


Ambil gambar buat kenangan pernah sampai di Sleeping Buddha yang terbesar di Asia Tenggara yang terletak di Tumpat ini.  Semasa kami tiba tiada pula pelawat lain, serba salah nak masuk, boleh melawat ke tidak.


Sebenarnya sesiapa pun boleh masuk melawat di kawasan ini percuma.  Kalau mengenai hukum berkunjung ke tempat ibadah agama lain tu kena rujuk yang pakar.
Wassalam.

Agro Tani Chalet, Pasir Pekan Kota Bahru.


Assalam...
Ini pula chalet tempat kami menginap semasa menghadiri kenduri kesyukuran di Pasir Pekan, Kota Bahru.  Tak kisah pun kalau nak duduk rumah orang kenduri, tetapi tuan rumah pula yang segan dan sediakan tempat penginapan untuk kami yang berdekatan dengan rumah mereka.  Chalet ini dalam satu bidang tanah kebun, tanah lot banglo lah kot, buat satu rumah yang ada 3 unit chalet, keliling tu mereka tanam pokok buah-buahan dan sayur-sayuran.



Berhadapan dengan Sungai Kelantan, boleh nampak kapal pengorek pasir tu.  Sementara dataran sebelah sana tu adalah kawasan tesco dan aeon mall.


Duduk sini macam duduk rumah sendiri kat kampung, cuma saja tak takde tempat nak main masak-masak dalam chalet.  Tetapi di luar ada bekas untuk orang nak panggang-panggang, ada pernah buat bbq kot.


Unit chalet yang kami tidur tu adalah unit yang paling besar, ada ruang tamu dan set sofa di sediakan.  Sesuai jika ramai menginap dengan group yang ramai.


Faciliti yang disediakn kira asas saja lah, sesuailah sebagai tempat persinggahan sementara, untuk tidur dan berehat sekejap.  Iya lah takkan nak berumah tangga di sini kan, balik lah ke rumah sendiri.


Bilik air chalet kami yang selesa, takde masalah dengan tekanan air yang perlahan.


Dalam unit chalet kami terdapat 2 buah katil queen disediakan.  Ruang kosong masih luas sekiranya ada yang hendak membentang comforter atau tilam tambahan.


Ada notis amaran untuk penyewa chalet ye, tuan tanah tak mau bersubahat dalam maksiat.


Orang lain tak heran pun nak petik-petik sayur dan buah macam ini, lain lah kalau petik buah strawberry atau buah apple. Dapat kat kami, macam jumpa emas seronoknya menuai hasil tanaman orang.


Daripada pagar depan hingga ke chalet, penuh dengan pokok roselle kiri kanan.  Tengah sarat berbuah, ada dahan menyembah bumi sebab menampung buah yang banya.  Rasanya kalau buah dah begini, buah dah cukup matang kot untuk di petik.  Pernah makan pucuk roselle yang dibuat pais masak dengan masak ikan, sedap.


Limau pun ada beberapa jenis yang di tanam, tapi tak boleh dipetik lagi.  Antaranya limau madu ini.


Pokok terung panjang buah banyak tersembunyi dibalik daun.  Dapat petik seplastik buah terung petang tu, nampaknya banyak juga yang dah rosak tidak dipetik oleh tuan chalet.


Antara jenis pisang yang ada di perkarangan chalet, ini pisang lemak manis atau pisang 40 hari.  Kami kenal ini pisang budak sebab saiznya yang kecil.


Tinggal limau nipis dan limau kasturi yang kami tak dapat ambil, sebab rasa macam tamak sangat semua nak ambil hehehe.


Ada terfikir tak, kalau ada mesin pengisar tebu dekat situ.  Dengan pokok tebu sekali boleh jadi mangsa.  Sedapnya minum air tebu segar ketika cuaca panas lit lit. 


Nasib lah baru putik buah dokong tu, kalau tak dah kena panjat juga.


Pokok ini yang paling suka, pantang jumpa mesti nak petik.  Petang itu memang banyak sayur yang saya petik, macam menuai hasil di kebun sendiri je.  Tuan tanah benarkan kalau nak petik sayur dan buah-buahan dalam kawasan chalet, no worries.  Petiklah sesuka hati dan bawa balik ke rumah sendiri.


Mereka yang menginap di sini perlu ambil peluang, terutama yang datang bersama kanak-kanak.  Kawasan sekeliling chalet boleh jadikan kelas pembelajaran dengan mengenalkan mereka dengan tumbuh-tumbuhan yang menghasilkan makanan.
Wassalam.

Sunday, 25 December 2016

Take a Break: Jalan-Jalan Ke Kelantan


Assalam...
A short vacation kalau boleh dikategorikan sebagai vacation lah.  Perjalanan kami ke sana bermula dari Pahang, tujuan utama nak pergi ambil barang adik yang tamat belajar di kolej di Kota Bahru.  Sambil menyelam sambil minum air, my mak mertua pun ada agenda untuk ke kawasan bebas cukai Pangkalan Kubor membeli kawah, periuk dan segala macam yang menjadi pesanan pelanggan dia di kampung.  Sebenarnya dia selalu pergi sini, tapi kalau pergi naik bas barang kecil-kecil saja yang boleh dibawa balik.  Jadi petang itu jugak kami terus ke Pengkalan Kubor sebelum kawasan bebas cukai tutup jam 5 petang.  Lepas Pengkalan Kubor baru singgah di rumah adik mak mertua di Tumpat, Kedai Buloh dan Jalan Banggol.



Keesokan hari kami ke Kedai Buluh, mencari sarapan nasi berlauk, kuih dan beli keropok di kilang.   Keropok keping pula habis stock beli keropok lekor saja, hanya dapat memandang keropok yang masih berjemur di laman saja.


Tengah hari berjalan-jalan hingga ke Kuala Besar, di penghujung tu ada pengkalan nelayan dan pasar ikan.  Kalau datang awal pagi (waktu subuh) boleh lah tengok aktiviti memunggah ikan dari kapal yang baru balik dari laut.


Sebelum beredar dari Kedai Buloh kami singgah di kawasan medan ikan bakar Kedai Buloh yang terletak di tepi sungai Kelantan.  Siang-siang takde lah nak pekena ikan bakar, tapi kami nak rasa teh madu pokmak yang tersohor tu (Warung Pak Mat Pulau Pisang), yang penuh buih-buih, kalah buih sabun super busa. 


Sebab kami masih kenyang lagi bersarapan nasi berlauk jadi kami hanya minum teh dan makan keropok penyet.  Keropok tu beli kat gerai lain, rupa keropok tu nampak buruk kan tapi rasanya sedap.  Dalam keropok tu ada sayur, tak tahu sayur apa, tapi memang sedap sangat.  Lain kali ada rezeki datang lagi boleh try sup kepala ikan merah di Warong Pak Mat ini, sup kepala ikan merah tu kira signature dish dia kat sini.


Lepas ambil barang Naimah di kem Kijang, dia bawa kami singgah sini dulu.  Isi minyak katanya, kedai makan febret dia masa belajar dulu sebab murah.


Pekena nasi di kedai ini sebelum balik, kedai tepi jalan menuju PCB sebab kami plan perjalanan balik Pahang tak akan singgah lagi kecuali untuk isi minyak.  Nasi itu RM2.00 saja murah kan, sebab tu Naimah namakan kedai ini kedai 2 ringgit.



Perjalanan nak keluar dari kawasan bandar Kota Bahru tu memang hasap lah jugak sebab jalan jem.  Sempat terlelap beberapa kali dalam jem, 4 ke 5 jam baru sampai Gua Musang, nak speed memang tak boleh sebab kenderaan banyak dan jalan sempit.


Petang tu selamat sampai rumah tepat jam 8.00 malam.
Wassalam.

Saturday, 29 October 2016

Kenduri Kahwin di Subang, Segamat & Tumpat...


Assalam...
Cerita beberapa majlis walimahtul urus yang dihimpunkan.  Mula nak buat entry berasingan tapi tak sempat, namun tetap jugak nak masukkan cerita ini untuk kenang-kenangan.  Majlis pertama, anak rakan sekerja yang berlangsung di Subang Bestari (masih musim raya masa tu).  Pasangan Hafifi dan Aisyah kedua-duanya masih menuntut di salah satu pasantren di Indonesia.


Bapa pengantin kerjaya sebagai chef, semestinya sangat arif tentang hidangan untuk meraihkan tetamu.  Lepas makan nasi, kami pulun makan menu goreng-goreng pula sambil menunggu ketibaan rombongan pengantin. 


Ustaz dari kumpulan Rabbani yang membacakan doa dan mengalunkan qasidah pada majlis tersebut.


Pasangan pengantin ke-2 ini pula majlisnya berlangsung di Segamat Johor, pasangan Nor Helmi dan Afiqah.  Gembira sangat bapa pengantin, anak lelaki dia dah dapat pasangan hidup, selama ini mereka berdua saja setelah isteri dan anak lelaki sulung meninggal.  Yang tak menahan usikan daripada kebanyakkan tetamu bertanyakan bila agaknya bapa pengantin nak naik pelamin. 


Kalau pergi majlis kenduri orang Johor menu wajib nasi beriyani dan telur pindang yang paling saya suka.  Dapat pula bawa balik berkat yang banyak bukan saja lauk kenduri, disebabkan musim buah ketika itu, buah rambutan dan durian pun jadi bekal.  Di majlis ini tak jumpa lah tradisi tol sebab ini rumah pengantin lelaki.  Kat sini lah saya jumpa menu ayam tempayan dan pulut panggang sedap. 


Balik dari kenduri kami menyinggah di Freeport A'Farmosa Outlet.  Konsep shopping di sini macam dekat premium oultlet JB.  Semasa perjalanan pergi Segamat memang lalu tempat ini, sebab tak tahu ianya tempat shopping, boleh pula saya ingat bangunan tu adalah show room.


Kenduri ketiga adalah sepupu en.Abe (Kak Cik, anak ke-4 Mok Nik) di Tumpat Kelantan.  Saya pergi bersama adik ipar, en.Abe tak ikut sebab tak dapat cuti.  Kiranya ini day trip juga, awal pagi fly dari klia kemudian malam tu kami balik dari Kota Bahru menaiki bas tambahan.  Tahu sajalah, kalau last minute pergi pantai timur musim-musim cuti ini memang susah nak dapatkan tiket.


Majlis terima menantu ini Mok Nik hanya buat kenduri kesyukuran, buat secara sederhana katanya.  Lauk kenduri di masak seraca gotong royong oleh kakak-kakak, adik-adik dan anak saudara Mok Nik.  Tak jemput ramai orang, tetapi tetamu yang datang ramai jer saya tengok dari pagi sampai ke malam tetamu tak henti.  Maklumlah Mok Nik dan suami adalah guru, maka ramailah orang kenal.


Family pengantin walaupun masih ada ahlinya yang tiada di dalam gambar.

Selamat pengantin baru kepada semua pasangan, selamat menjalani kehidupan berumahtangga semoga kekal hingga ke jannah.
Wassalam.

Thursday, 16 June 2016

Kuih Akok Che Doh, Limited Edition...


Assalam...
Bulan puasa ini, rugi kalau tak dapat menikmati kuih akok che doh.  Rugi sebab ianya limited edition tau, bulan-bulan lain takde hanya timbul ketika bulan Ramadhan yang mulia ini.  Kat tempat lain memang ada berlambak orang jual kuih akok, sepanjang masa ada kan terutama di pantai timur.  Tetapi ini special sebab kuih akok yang ini merupakan air tangan mak mertua, buat ketika bulan puasa sahaja untuk jualan di kampung.  So apalagi anak-anak dan menantu kalau nak rasa akok che doh mo kita balik kampung.


Kuih Akok Che Doh (saya yang bagi nama) sempena nama gelaran orang kampung pada si tukang buat kuih akok ini.


Tahun ini tak berpeluang lagi balik kampung dan  merasa kuih akok limited edition ini.  Biasanya saya suka jadi tukang kacau di dapur, sambil-sambil tolong boleh intai bagaimana cara pembuatan kuih akok tradisi ini.


Bahan utama, telur, gula, santan dan tepung beras.  Sambil kacau boleh belajar dan dapatkan tips buat kuih akok.  Tukang buat pun tidak lokek bagi resepi, tapi tak berpeluang lagi nak mencuba.


Kuih ini, bagi yang tak suka bau telur, mungkin susah nak terima.  Memang banyak guna telur, tetapi mak mertua selalu buat akok pandan, jadi hanyir telur tu terpotong dek wangi daun pandan.


Beginilah adunan yang telah siap ditapis dan sedia untuk di bakar.


Acuan akok tu mahal juga, kalau kat Pasar Payang Terengganu atau Pasar Siti Khadijah Kelantan, acuan tembaga harga mencecah ratusan ringgit jugak.


Yang tembaga ini, hari tu tengok harga RM250, telan air liur jap.  Tetapi nak yang tradisi dan hasil yang terbaik kenalah guna acuan terbaik juga kan.



Dah jom kita bakar kuih akok.  Mak mertua bakar akok guna kaedah kombinasi baru dan lama, separa tradisional, bahagian bawah bakar guna dapur gas dan bahagian atas guna sabut kelapa.  Jadi bau-bau asap tu tetap ada (teringat pulak Kedai Bau Asap Eh, kat Terengganu).



Acuan kena lenser ngan minyak dan betul-betul panas baru boleh masukkan adunan.   Masa tuang adunan, kalau tak ada bunyi serrrrr tu maksud tak cukup panas lagi ye adik-adik.


Kaedah membakar akok, separa tradisional.  Yang duk bandar tu, bakar dalam oven pun boleh.


Kuih akok yang dah masak memang kembang setaman, tapi bila dah keluarkan dari acuan, akok akan mengecut.


Akok yang dah siap susun elok-elok atas loyang untuk disejukkan terlebih dahulu.  Api kena jaga, untuk mengelakkan tergaring macam dalam gambar bawah ini (tapi saya suka jer makan yang garing macam tu). 


Akok yang sudah sejuk bolehlah susun berdakapan seperti ini.  Ini yang sedia untuk di pack dan dihantar ke kedai.


p/s- mencari waktu nak menyelit balik kampung untuk berbuka puasa dengan keluarga mertua dan makan kuih akok.
Wassalam.