nuffnang_bid = "6d3fefaa2657f8901dfaPages

Showing posts with label Award. Show all posts
Showing posts with label Award. Show all posts

Sunday, 14 September 2014

Liebster Award


Assalam...
Terima kasih Aryshafayyadh kerana sudi tag saya untuk terima award ini.  Saya try ye jawap semua soalan, semoga berpuas hati dengan jawapannye kelak.   Soalan sempoi orang Penang kata, buat cheq balok nak jawap...hehehe.

1. Apakah nama penuh anda dalam K/P @ I.C?
Muliati Jahidi itulah nama dalam KP saya, Nasa itu nama suami sebenarnya singkatan daripada Muhammad Nasaruddin.

2. Siapakah idola anda & kenapa DIA??he3
Junjungan besar kita nabi Muhammad SAW..sebab saya mendambakan Rasulullah pilih saya di antara jutaan manusia sebagai umatnya.

3. Pekerjaan idaman anda?
Pegawai Perancang Bandar.  Tetapi  Allah merezekikan saya pada bidang lain.

4. Bilangan & jantina anak yang anda inginkan & kenapa??
Seramai yang boleh, lelaki dan perempuan sebab saya suka keluarga yang besar dan meriah, tak mahu anak saya menjadi seperti saya anak tunggal kena mencari-cari teman untuk bermain. 

5. Apakah impian anda yang belum tercapai untuk tahun ini?
Menunaikan Umrah.

6. Apakah tempat yang paling anda teringin pergi atau lawati?
Baitullah al haram dan Madinah al munawarrah.

8. Makanan apakah yang anda teringin cuba makan tetapi masih belum berkesempatan nak makan?
Sejenis buah bernama lobe-lobe yang pernah saya makan ketika zaman kanak-kanak, tapi sekarang saya tak tahu nak cari kat mana.

9. Siapakah orang yang ingin sekali awak minta maaf buat masa ini?
 
Kedua ibu bapak saya.

10. Apakah perkara yang paling awak tak puas hati dalam tahun ini? 
Budaya kipas dan bodek yang semakin berleluasa di sekeliling, menilai prestasi daripada cakap-cakap orang bukan daripada hasil kerja seseorang.


11. Adakah awak gembira dengan kehidupan sekarang? ada apa2 yang ingin diubah??
Alhamdulillah, gembira sangat-sangat dengan apa yang ada.  Perbaiki kelemahan diri menjadi lebih baik sebagai isteri, anak, menantu dan sahabat.

Bolehlah kan jawapan itu,  maaf sekali lagi ya aryshafayyadh sebab tak dapat penuhi syarat-syarat lanjut award ini...cheq tak dan.... 
Wassalam.