Thursday 30 July 2020

Burn Cheese Cake, Simple tapi sedap

Assalam...
Burn cheese cake yang menjadi kegilaan ramai, saya lambat sikit nak mencuba sebab kurang gemar dengan kek yang berasaskan keju ini.  Tapi keinginan untuk mencicipinya tu tetap ada, jika saja-saja buat memang tak habis jadi kita cuba time kita ada majlis kumpul-kumpul lah kan.


Suatu hari en.Abe balik kerja dia bagi tahu esok department dia nak buat makan-makan, boleh tolong buat apa-apa tak?  Terus jer ting nak cuba buat kek keju hangus nie, lagi pun baha-bahan memang dah ada stok.  Dalam pada kata tak suka makan tapi stok bahan ada, macamana tu?  Tapi buat pertama kali ini tak dapat juga nak merasa, bagi jer bawa seketul macam tu pergi gathering di tempat kerja.


Baca teliti resepi yang dikongsikan oleh rakan-rakan di fb, macam senang sangat nak buatnya, hanya blender semua bahan dan bakar.  Kalau tiada oven boleh bakar dalam air fryer pun bisa deh.


Gambar kiriman ketika majlis baru berlangsung, nampak dapat sambutan kek ini.  Majlis baru start dah tinggal separuh, sebelah kiri kek tu adalah nasi kaya juga dapat sambutan.  Kebetulan mak mertua ada di rumah ketika itu, en.Abe minta supaya ditambah satu lagi menu pemanis mulut tradisi orang kelantan yang juga salah satu air tangan mak mertua.


Resepi dan kuantiti bahan boleh rujuk seperti dalam gambar.  Panaskan oven dengan suhu 200'c.  Hanya campurkan semua bahan ke dalam jug blender, blend hingga semua bahan sebati dan halus.  Tuang ke dalam acuan yang telah dilapis dengan baking paper (parcement paper) bukan kertas minyak biasa tu ye untuk mengelakkan kek melekat.  Bakar dengan suhu tinggi pada 20 minit pertama dan turunkan suhu ke 170'c untuk 20 minit yang berikutnya atau sehingga kek masak dan keluarkan daripada oven dan sejukkan.  Keluarkan daripada acuan apabila kek telah betul-betul sejuk.  Kek akan kembang dan naik ketika membakar dan menyusut ketika di sejukkan.  Jika hendak menikmati kek yang sejuk boleh sediakan lebih awal atau sehari sebelum dan simpan di dalam peti sejuk, tapi tak kurang enaknya jika di nikmati ketika suam cuma hati-hati ketika memotong kek.

Untuk resepi ini, sedang elok kalau guna baking tray bulat saiz 6 inci atau 7 inci nampak kek tinggi, tapi saya xde saiz tu terpaksa lah guna tray 8 inci dan hasilnya nampak sedikit nipis.
Wassalam.

Saturday 25 July 2020

Sambal Petai Tempoyak

Assalamm...
Busuk yang sedap, busuk petai dan busuk tempoyak yang menyenangkan.  Dapat yang ini makan nasi bertambah-tambah dan tak perlu lauk lain.  Ini kisah masa asyik fikir nak makan hari tu, memang asyik buat sambal saja.  Sementara kita berhentikan dulu sebab macam dah telalu somel sangat jadinya, cukup kita baling-baling belakang saja sekarang ini fikir fokus nak sihat.


Petai tu beli di kampung, ada orang datang jual kat umah tapi nampak masih muda dan isi tak berapa penuh sangat.  Tapi sebab dah teringin sambal beli juga dua ikat, lagi pun stok bilis mata biru masih ada.  Kalau bilis buta takde mata pun ok saja, tiada pantang larang ikut selera masing-masing.  Masak lebih sikit boleh bagi-bagi kat jiran yang sama selera.  Sambal ini buatnya paling mudah campak-campak saja bahan tu dalam kuali, siap.


Sambal Petai Tempoyak
Sumber: Mulia
 
Bahan-bahan
2 sudu makan tempoyak
6 papan petai - ambil isinya
1 cawan ikan bilis mata biru 
Segengam cili padi
5 ulas bawang putih
3 ulas bawang besar
2 inc. halia (optional) 
Garam
Gula
Serbuk perasa
Sedikit air jika perlu
Minyak untuk menumis


Cara Penyediaannya
* Goreng ikan bilis terlebih dahulu dan letak tepi.
* Hiris halus bawang dan halia juga cili jika suka pedas.  Saya letak sebiji-sebiji macam tu, masa nak makan baru picit-picit kat nasi.
* Tumiskan bahan hiris hingga layu dan sedikit kekuningan.
* Masukkan cili dan tempoyak.  Kacau rata dan tambahkan sedikit air mengikut cair yang dikehendaki.
* Biar mereneh sekejap dan tambahkan garam, gula dan perasa.
* Masukkan ikan bilis goreng dan dan petai.
* Kacau sebati, sesuaikan rasanya dan tutupkan api.

Petai tu ada yang suka goreng sekejap terlebih dahulu sebelum ditambah ke dalam sambal, tapi saya letak petai mentah begitu suka isi petai yang masih cruncy.  Pastikan masak nasi lebih ya jika ada sambal ini.
Wassalam.

Wednesday 15 July 2020

Kuih Biji Kambing, MIL

Assalamm... 
Siapa tahu nama kuih ini? tak pasti nama sebenarnya tapi yang saya dengar MIL namakan macam mencarut bunyinya.  Tanya dia memang nama itu ker, dia pun angguk dan senyum-senyum bila sebut nama kuih biji kambing, aduhai.  Masa mula-mula dengar diorang buka cerita pasal kuih ini mesti mereka gelak besar, mungkin lucu dengan namanya saya pun tak dapat nak bayangkan kuih tu bentuk dan rasanya yang bagaimana.  Tak dapat nak teka, tak pernah jumpa dan makan kata saya.

Tak mahu biar teka teki itu berlarutan, satu hari ada kelapangan, saya ajak MIL buat kuih biji kambing tu untuk dijadikan sarapan.  Dengan sukacita dia pun buat adunan tu pada malam hari, katanya esok pagi bangun tinggal golek-golek, bentukkan dan goreng.  Step by step dan kuantiti bahan yang digunakan, dia tolong tunjuk walaupun main agak-agak.
Kuih yang telah dipotong-potong dan dibentukkan, ada macam biji kambing ker? erm entah lah.  Nanti masa goreng dia akan kembang sedikit, jadi bentuk lain pula.
Kuih Biji Kambing (Pak Tongko)
Sumber: MIL
 
Bahan-bahan
500gm tepung gandum
2 sudu majerin
2 biji telur
1 cawan gula
1 cawan air campur secubit garam
1.5 sudu teh soda bicarbonate
Minyak untuk menggoreng
 
Cara Penyediaannya
* Campurkan semua bahan kecuali minyak dan air.  Uli seperti membuat roti atau boleh guna mixer.
* Campurkan air sedikit demi sedikit hingga semua tercampur rata.  Adunan memang agak lembik.
* Biarkan adaunan semalaman atau sekurang-kurangnya 4 jam.
* Uli adunan memanjang dengan taburan tepung pada permukaan baking sheet atau papan canai.
* Potong pendek dan kelar dibahagian tengah.
* Panaskan minyak, masukkan kuih dan goreng hingga masak kekuningan.
* Perlu dibalik-balikkan ketika menggoreng agar gorengan sekata.
* Angkat dan toskan minyaknya serta hidangkan. 
 
Ketika menolong menggoreng, baru ingatan saya kembali ke zaman jadi minah kilang di Penang dulu.  Saya pernah makan kuih ini, pemberiann dari seorang kakak leader kami ketika itu.  Mereka panggil kuih ini sebagai pak tongkoh, terkadang orang utara gelarkan kuih cakoi juga sebagai pak tongko.  Lepas dari itu, adalah dua tiga kali jumpa kuih ini di jual di gerai tapi tak semua tempat jual benda ini, kira rare juga lah masa itu.
Sebenarnya dulu masa anak-anak MIL masih kecil, setiap pagi MIL akan sediakan kuih ini untuk dihantar ke gerai-gerai di kampung.  Ramai orang lama di kampung yang menggemari kuih ini kerana cukup mengenyangkan, jadi selalu jadi bekalan sebelum pergi kebun atau menoreh.  Pertambahan tugas harian dan keadaan FIL yang kurang sihat, menyebabkan MIL tidak dapat lagi menyediakan kuih biji kambing sekian lama sehingga ramai anak-anak saudaranya yang meminta untuk dibuatkan kuih lejen ini. 
BOleh dihidangkan ketika sarapan pagi atau minum petang, samaada ketika masih suam-suam atau sejuk.  Lebih sedap jika digandingkan dengan minuman kegemaran seperti teh 'o' panas.
Wassalam.

Wednesday 1 July 2020

Udang Tumis

Assalamm....
Bakar, tumis, sup atau masak kari, itu saja jenis menu yang biasa keluarga saya buat untuk menu udang tetapi yang sering kalinya buat adalah bakar dan tumis.  Buat sambal merah-merah tu memang tak pernah, tak pandai atau memang tiada yang buat seperti itu dalam lingkungan masyarakat setempat ketika itu apa lagi untuk disambal dengan petai.  Petai pun mereka tak pernah makan, pernah sekali saya masak sambal udang petai, semua komplen kata busuk.  Sabar jelah kan dah kita usung petai tu dari jauh, semata-mata nak bagi mereka rasa.  Dari segi citarasa masakan keluarga memang agak tertutup mungkin sebab mereka tak terdedah dengan dunia luar, jadi mereka hanya makan makanan yang biasa mereka makan.


Udang tumis ini adalah antara menu mudah yang selalu keluarga sediakan apabila ada stock udang segar.  Udang itu hanya di cuci bersih dan potong janggut, kulit, ekor dan kepala semua dibiar begitu saja.  Jika nak tambah hirisan halia dalam masakan ini juga boleh.


Tumis Udang
Sumber: Hjh Timah

Bahan-bahan
300gm udang segar
2 biji bawang merah - hiris
5 ulas bawang putih - hiris
2 inc. halia - hiris (optional)
Serbuk lada putih
Garam secukupnya
Minyak untuk menumis.

Cara Penyediaannya
*  Bersihkan udang dengan hanya membuang janggut, kalau suka nak buang kulit terserah.
* Panaskan minyak dan tumis bawang hiris dan halia hingga layu.
* Masukkan udang dan serbuk lada putih.
* Tambahkan sedikit air jika perlu.
* Tumis hingga udang masak dan perasakan dengan garam.
* Padam api dan angkat, udang tak perlu masak lama-lama.

Entri seterusnya adalah siri-siri masakan yang dimasak sepanjang kena berkurung dalam rumah, sejak pertengahan mac, sambung ke bulan puasa, syawal dan hingga kini sebab kita bercuti panjang kan.  Orang lain dan mula kerja tapi rezeki saya masih kena tinggal di rumah, jadi suri rumah memang bukan kerja enteng ya jadi suri rumah ini.
Wassalam.

Belajar Benda Baru di Poslaju.

Assalamm...
Baru nie pergi poslaju nak hantar barang untuk kawan, dah lama tak guna khidmat pos sejak ada alternatif lain.  Tapi sejak PKP yang lain tu macam lambat terutamanya kawasan pedalaman yang diluar kawasan liputan, poslaju masa PKP sama juga sebenarnya kurang laju dan timbunan barang untuk dihantar kepada penerima sampai tak cukup ruang nak letak.  Pergi hantar barang ini kat poslaju centre sebab pergi ke pos biasa panjang bukan main quenya.  Sampai giliran masuk dalam nak pos barang, bila minta consigment note pegawai tu tunjukkan pc, oh sekarang kat sini tak perlu tulis-tulis slip macam biasa, jakun sungguh rasanya.

Mudah juga nak guna aplikasi poslaju tu, pegawai tu kata kita boleh buat di rumah dengan download aplikasi di talifon bimbit dan print saja bila sampai pejabat pos.  Patutlah ramai yang datang-datang terus scan barcode kat mesin tu, dan keluar lah slip poslaju mereka.  Mana yang buat bisnes online tu memang tau lah guna yang ini, mudah kerja isikan semua detail di rumah dan hanya print dan lekatkan slip.


Ilmu baru bagi saya yang pertama kali guna aplikasi ini.  Saya guna pc depa jer buat sebab sejenis manusia yang bila kelam kabut nak download aplikasi baru mesti kalut, time tulah lupa id atau password phone.  Dari phone kena block mencari id dan password baik santai-santai kita guna pc depa lah.  Cuba kena pastikan alamat dan contact number kita dan pengirim tu isi dengan betul.

Masa tu macam nak tolong jer makcik pakcik yang macam susah nak gunakan aplikasi ini.  Tapi pegawai poslaju baik-baik semuanya, diorang sedia memberi tunjuk ajar.Wasalam.