Friday 30 November 2012

Bihun Sup Ikan Kerapu Chinese Style

nasamulia
BIHUN SUP IKAN KERAPU
Salam Petang Jumaat semua,
Yahoo seronoknya bila sampai hari jumaat, sebb esok adalah hari cuti untuk meninggalkan tugasan2 di tempat kerja.  Pastinya bagi yang bekerja hari jumaat adalah hari yang di tunggu-tunggu, kalau boleh hari2 nak hari jumaat, lagi2 yang kerja gomen tu....betul tak?...Cuti dari buat kerja2 opislah, laksana pertukaran shift untuk selesaikan tugasan rumah tangga yang banyak tertinggal dalam seminggu.

Mulia nak kongsikan satu resepi suami Mulia, yang memang urmpphh..bolehlah kawan2 semua mencuba untuk menghidangkan dengan keluarga ujung2 minggu ini.  Bagi kita yang biasa makan sup ayam atau daging, apa kata kita tukar sikit selera dengan memasak sup ikan ini, menu yang memang femes bagi masyarakat cina...Mulia tak nak celoteh panjang kat sini, selamat mencuba dan selamat berhujung minggu...
Bihun Sup Ikan Kerapu

500gm ikan kerapu - potong keping2 dan gaul dengan tepung, garam serta kunyit. Goreng hingga kekuningan.
3 sudu tepung gandum
serbuk kunyit
Garam
Bihun kasar - celur untuk melembutkannya
Bawang Goreng
nasamulia
Isi Ikan perlu digoreng terlebih dahulu
Bahan-bahan untuk Sup
Rempah 4 sekawan
Bawang Merah - hiris
Bawang Putih - hiris
Daun Bawang - potong panjang2
Halia - hiris
Garam
Air secukupnya
nasamulia
Tumiskan Bawang dan Rempah Sup
 Sayur-Sayur
1 biji Tomato - potong kiub
1 batang English Celery - potong kecil
1 batang bawang (Leek) - potong kecil
Daun Sup
Daun Bawang
* Tumiskan bawang, halia dan rempah 4 sekawan sehingga naik bau atau kekuningan.  Masukkan air dan daun bawang. masukkan sayur-sayuran dan perasakan.  Bila dah masak tutupkan api, masukkan bihun dan ikan yang telah digoreng.  Hidang dan hias dengan bawang goreng, daun sup dan daun bawang.
nasamulia
Sayur - selain yang ada dalam gambar ini, pembaca boleh gantikan dengan sayur yang digemari

Thursday 29 November 2012

Sup Sayur Berempah ketika Keseorangan.

nasamulia
Sup Sayur Berempah
Assalamualaikum semua..
Mulia doakan pembaca semua sihat dan happy selalu.  Dua benda ini lebih bernilai dari duit berjuta ataupun harta bertimbun, betul tak?.  Ujung minggu begini, kalau Mulia duduk kesorangan di rumah, nak masak pun malas rasanya.  X seronok nak makan sorang2, seleranya kureng banding makan rebut2 benda sikit.  So masak jer menu simple seekadar untuk mengisi perut. Tapi pastikan yang seimbang dan terdapat semua khasiat.  Tu yang penting.

Sebenarnya Mulia lebih gemarkan makanan berupa sup atau masak lemak berbanding kari atau masakan berempah, tapi tak maksud menolak terus makanan tersebut.  Makan ketika teringin saja.  Ketika menetap di Pulau Pinang dulu, makan nasi kandar pun jarang2, bukan sebab susah nak jumpa, mala kedai nasi kandar sebelah umah je.

Rasa segar fikiran dan minda setelah dapat menghirup sup...cewahhh, bukan apa.  Bagi sesiapa yang obses tentang satu2 makanan tu, kepuasan dapat menikmati yang lebih utama, melebihi segala-galanya.  Sebab tu ada pepatah melayu klau dapat makan benda sedap sampai orang lalu depan pun tak perasaan -  mak mertua lalu kat depan pun tak nampak....hehehe.  Begitulah agaknya gambaran yang dikiaskan oleh orang lama2. 

Sup Sayur Berempah
1/4 ekor Ayam
200gm Cauliflower - potong
1 biji Carrot - potong kiub
2 biji Ubi Kentang - potong kiub
200gm Kacang Panjang
3 biji Bawang Merah - hiris
2 biji Bawang Putih - hiris
Serbuk Lada Putih
Serbuk Rempah Sup
Rempah 4 sekawan (cengkih, kayu manis, bunga lawang & pelaga)
Garam
Air

*Tumiskan bawang bersama 4 sekawan sehingga kuning dan naik bau, serbuk rempah sup.  Masukkan ayam, tumis sekejap kemudian masukkan air.  Bila ayam empuk, masukkan sayur-sayuran dan perasakan.

Monday 26 November 2012

Barobbok alias Bubur Menado Yang Kaya Khasiat

nasamulia
Barobbok alias Bubur Menado yang penuh khasiat sayur-sayuran
Assalamualaikum wbt...
Alhamdulillah, lega rasa dan puashati dapat memasak dan makan, makanan kegemaran.  Makanan tradisi terutama ketika musim panen (musim menuai) bagi petani yang menanam jagung.  Tapi ini hanya anggapan Mulia saja melalui pengalaman dulu2.  Sebab setiap kali tiba musim menuai tanaman jagung, isteri-isteri para petani akan memasak bubur ini yang dikenali sebagai Barobbok oleh masyarakat Bugis.

Di beberapa tempat khasnya di Tanah Bugis (Sulawesi), menu ini dikenali dengan beberapa nama (seperti Bubur Menado atau Bubur Jagung) walaupun versi pembuatannya adalah sama. Ramuan asas yang perlu ada dalam bubur ini ialah jagung, beras dan sayur-sayuran. Ketika ini, ramai yang telah mengolah bahan2 untuk meningkatkan nilai tambah borobbok dengan memasukkan isi ayam adau pun seafood seperti udang.  Ada jugak yang mencampurkan udang dan ayam sekali dalam resepi ini, terpulang kepada citarasa dan kemampuan seseorang.

Barobbok @ Bubur Menado
2 tongkol Jagung Muda - Hiris nipis untuk asingkan dari tongkolnya.
1 cawan beras - cuci dan toskan
1 pkt sup bunjut
500gm Ayam - potong kecil2 (boleh jugak guna udang kalau nak)
Garam

Bawang Goreng
Daun Sup
Daun Bawang

Bahan Tumbuk
Bawang Merah
Bawang Putih
Lada Putih


Sayur-sayuran
2 biji terung (panjang atau bulat) -potong kecil
Bayam
Kacang panjang
Daun Kelor (Daun Ramungai)
Daun Kemangi

*Boleh guna apa2 jenis sayur-sayuran kampung selain di atas

nasamulia
Jagung Yang telah dileraikan dari tangkainya
Cara Memasak
 - Buat air rebusan dengan memasukkan sup bunjut. Bila dah mendidih masukkan beras dan isi jagung. Rebus seketika dan masukkan bahan2 tumbuk.  Sekiranya pembaca rajin bahan2 tumbuk boleh jugak ditumis sehingga naik minyak kemudian masukkan ke dalam sup.
- Masukkan isi ayam atau udang.  Tunggu sehingga masak, kemudian masukkan sayur-sayuran.  Sayur-sayur daun masukkan last sekali untuk mengelakkan dari terlebih lembik.  Perasakan.

nasamulia
Rebus Jagung dan Beras sehingga empuk

nasamulia
Sayur-sayuran masukkan akhir sekali untuk mengellakan over cook.
- Hidangkan bersama sambal cili limau atau sambal kicap

Sambal Cili Padi Limau
Cili Padi kampung
Garam
Limau Nipis / Kasturi

* Tumbukkan Cili bersama garam sehingga hancur, Perahkan asam Limau.

nasamulia
Barobbok hidang bersama Sambal Cili Padi Limau


Thursday 22 November 2012

Sambal Telur Ikan Tenggiri.

nasamulia
Sambal Telur Ikan Tenggiri
Salam Hari Khamis,
Pembaca semua gemar makan telur ikan tak? Selalu bila kita makan dekat restoran nasi kandar, pasti menu menu telur ikan ada disediakan.  Menu Telur ikan yang disediakan bersama bawang goreng dan daun kari, memang terangkat, harga pun boleh tahan.  Kebanyakkan orang yang Mulia perhatikan, akan menggoreng telur ikan dengan garam kunyit saja atau dijadikan gulai kari bersama isi ikan.

Mulia nak cuba menyediakan telur ikan dengan kaedah yang lain.  Sebenarnya Mulia dapat idea daripada menu Kak Soda (kakak Mulia) yang suka membuat sambal organ dalaman ikan seperti jantung dan hati yang sangat sedap. Cara Kak Soda ini, jenuh sikit terutama mereka yang tak boleh membezakan organ-organ dalaman ikan, silap2 perut ikan atau hempedu ikan tu yang dimasak, tak ke naya pahit dan...bayangkanlah sendiri.  So untuk mengelakkan kekeliruan dan rasa selamat, Mulia guna telur ikan.  Telur ikan apa2 pun boleh, tapi Mulia guna telur ikan tenggiri.

SAMBAL TELUR IKAN TENGGIRI

500gm Telur Ikan (cuci dan bersihkan)
5 biji tomato (potong kecil2)
5 ulas bawang putih (tumbuk)
5 ulas bawang kecil (tumbuk)
2 ulas bawang besar (tumbuk)
Cili Padi (tumbuk, ikut pedas yang disukai)
Garam secukup rasa
Gula pasir
Serbuk lada putih
Minyak masak

Cara-caranya
Tumiskan bahan-bahan yang ditumbuk sehingga naik minyak.  Masukkkan tomato dan telur ikan, perasakan. Masak seketika sehingga telur ikan masak atau agak kering sedikit.


nasamulia
Menu sambal telur ikan, adaptasi daripada menu sambal kak Soda.

Tuesday 20 November 2012

Sawalla'

nasamulia
Sawalla yang belum disira - Untuk Mulia tak perlu disira
 Assalam semua,

Syukur kehadrat Allah SWT kerana masih memberi kita peluang bernafas dibumiNya ini.  Semoga dengan rasa syukur ini kita dapat memanfaatkan hidup kita dengan memberi sedikit sumbangan tak kira dalam bentuk yang bagaimana, harta, ilmu, kasih sayang mahupun hanya senyuman.
nasamulia
Membentuk doh Sawalla

Kali ini Mulia nak kongsi satu lagi resepi leluhurku yang menjadi pemanis mulut kegemaran keluarga iaitu Beppa Sawalla' (Kuih Sawalla').  Nak terjemah dalam bahasa Melayu kuih ini, memang Mulia tak pernah jumpa mana2 kata nama dalam Bahasa Melayu berkenaan kuih ini.  Untuk menghasilkan kuih ini memang mudah dan ringkas, sesuai untuk dihidangkan ketika minum petang bersama keluarga.
nasamulia
Doh yang telah siap di bentuk dan bersedia untuk digoreng
 Sawalla"

2 cawan tepung pulut
1 cawan tepung gandum
1 cawan kelapa parut (putih, seelok-eloknya guna kelapa muda)
2 sudu gula pasir
1 cawan air
1 cawan gula merah atau gula melaka
garam - secubit
Minyak untuk menggoreng.

* Gaul semua bahan kecuali gula merah sehingga menjadi doh yang boleh digentel.  Bentukkan doh menjadi bulat atau lonjong seperti telur ayam.
* Gorengkan doh yang telah digentel sehingga kekuningan atau masak. (setelah di goreng - Sawalla' boleh dimakan begitu saja dengan dicicah gula pasir, sekiranya pembaca enggan menyira dengan gula).
* Larutkan gula merah dengan sedikit air, masak sehingga pekat (masak sehingga tua - menurut kata orang dulu2), kemudian masukkan sawalla' dan gaul rata dengan gula.
nasamulia
Menggoreng Sawalla sehingga kekuningan (tetapi awas, ada kes yang Sawalla meletop2 ketika di goreng).  Petua untuk mengelakkan kejadian tersebut ialah dengan mengcampurkan tepung gandum (seperti dalam resepi yang disertakan).
nasamulia
Proses menyira Sawalla - Kena pandai nak timing gula jangan sampai terhangit. Mulia selalu fail proses ini. Kalau gula muda dan tua sangat salutan akan melekit dan bercantum sesama sendiri.
nasamulia
Hasil Sawalla'ku yang gulanya hanpir terhangit, nasib baik tak pahit.

Selamat Mencuba.


Pecok Lambacek - Sambal Tumis Tomato

nasamulia
Sambal Tumis Tomato - Pecco' lambacek
Assalamualaikum wbt.
Semoga pembaca semua sihat walafiat hendaknya.  Klau kita bercerita berkenaan sambal, mesti kecur air liur.  Sambal adalah hidangan sampingan (side dish) sebagai pembangkit selera masyarakat nusantara. Sambal dalam masyarakat Bugis dikenali sebagai pecco', ada jugak yang menggelarnya sebagai pecco'-pecco'.  Sambal boleh didihidangkan secara mentah (pecco terasi, pecco lambacek, pecco canenneng, pecco lame', pecco cemangi dan pelbagai lagi) ataupun yang telah ditumis (pecco lambacek, pecco keluak, pecco ladang', pecco urang, dan pelbagai lagi).

Satu jenis pecco yang Mulia sempat kongsikan di sini adalah Pecco Tumisik Lambacek atau Sambal Tumis Tomato.
nasamulia
Ermphh Power, berdesing telinga! Sambal yang menggunakan cili padi kampung
Pecco Tumisik Lambacek - Sambal Tumis Tomato

5 biji Tomato - belah empat
2 ulas bawang merah (besar) - hiris
2 ulas bawang kecil - hiris
2 ulas bawang putih - hiris
Halia sebesar ibu jari - hiris
Belacan bakar sebesar ibu jari
Cili Padi (ikut pedas - suka pedas guna cili padi kampung banyak2)
Garam secukup rasa
2 sudu makan gula 
Minyak untuk menumis

*Blend semua bahan2 hingga halus.  Letak air sedikit sahaja
*Panaskan minyak dan tumis tomato blend sehingga kering dan naik minyak. Perasakan dengan garam dan gula.

Sambal tumis tomato ini selalu dijadikan sebagai pencicah untuk pisang goreng, ubi rebus, ubi goreng, pisang rebus, ataupun dimakan bersama nasi.  Sambal tumis yang dimasak sempurna boleh disimpan lebih lama.


Beppa Pejje'-Pejje' (Kuih Puteri Mandi)


nasamulia
Beppa Pejje'-pejje
Assalamualaikum semua,
Satu lagi pemanis mulut masyarakat Bugis yang Mulia ingin kongsikan bersama yang dipanggil dalam bahasa Bugis sebagai Beppa Pejje'-Pejje' (Kuih seumpama ini Mulia pernah rasa dan dikenali sebagai Puteri Mandi Lilin di kalangan masyarakat Melayu).  Menurut arwah nenek Mulia, zaman dulo2 pemanis mulut mereka diperbuat daripada bahan2 ringkas yang mudah didapati atau boleh disediakan sendiri oleh mereka.  "Klau 3 benda utama ini ada, tepung, gula dan kelapa, dah boleh buat macam2 pemanis mulut"..antara kata2 nenek yang Mulia masih ingat.."Mesti x sedap kan nek klau banding kuih zaman sekarang" antara jawapan nakal dari Mulia, sambil membayangkan kuih yang nenek cuba terangkan dan membandingkan dengan macam2 kuih nak kek yang pelbagai zaman sekarang.

Memang indah mengimbau kenangan lalu, kenangan semasa menjadi kanak2 riang.  Kerana kenangan itu yang menyebabkan Mulia sentiasa rindu dengan arwah nenek, sebagai ingatan padanya aku mencuba resepi yang tak seberapa ini.  Nampak di mata mmg tidak menarik jika dibanding dengan pelbagai jenis kuih-muih zaman sekarang, tetapi Mulia letakkan nilai sentimental dan kasih sayang sebagai kisah di sebalik setiap makanan zaman kanak-kanak.

Pejje-pejje'
 2 cawan tepung pulut
secubit garam
1/2 cawan air
sedikit pewarna ikut suka..
1 cawan kelapa parut (putih - seeloknya yang muda)
gula pasir (ikut manis)
 Air untuk merebus

* Campurkan tepung dengan garam, dan tambah air untuk menghasilkan doh.
* Kelapa parut, gula dan garam digaul rata dan ketepikan.
* Didihkan air untuk merebus kuih (merebus seperti membuat kuih onde-onde).
* Bentukkan doh bulat2 (sperti butang) atau panjang.  Bentuk ikut suka hati pembaca.
* Masukkan ke dalam air yang telah mendidih, tunggu sehingga kuih masak (timbul dipermukaan air), angkat dan tapiskan air.
* Pejje'-pejje' yang telah di tapis gaulkan dengan campuran kelapa tadi.  Siap untuk dihidangkan.
nasamulia
Aduan kuih (klau pembaca suka nak warnakan, apa warna pun boleh)
nasamulia
Campuran kelapa parut dengan gula pasir dan garam (ikut citarasa masing-masing)
nasamulia
Bentukkan Adunan seprti dalam gambar
nasamulia
Adunan yang timbul menunjukkan dah masak
nasamulia
Lepas tuskan air, golekkan dengan campuran kelapa parut, ala2 cam buat Onde-onde gitu.
  


Nasu Paccukka' Bale' Baulu - Ikan Susu Masak Asam Mangga

nasamulia
Nasu Balle' Pacukka' - Ikan Masak Asam Mangga
Assalamualaikum,
Mulia nak kongsikan dengan pembaca semua lauk faveret keluarga.  Nasu Paccukka Bale Baulu atau dalam Bahasa Melayunya  Masak Asam Ikan Susu.  Perkataaan nasu adalah masak, Paccukka' adalah asam dan bale' baulu adalah ikan susu (bale' baulu - sejenis ikan yang mempunyai tulang yang banyak dan isi lembut atau dikenali dengan nama tempatan sebagai ikan susu).

Resepi tradisi ini walaupun nampak biasa tapi ada keunikannya, ini kerana asam yang digunakan dalam menghasilkan menu ini adalah asam mangga dan bukan seperti kebiasaan kita menggunakan azam jawa atau asam keping.  Rata-rata masyarakat Bugis menggunakan asam mangga untuk memasak pelbagai jenis menu ikan.
nasamulia
Beginilah rupa Asam mangga (Pacukka Pao')
 Asam mangga yang Mulia ada ini adalan bekalan daripada mak.  Setiap kali balik kampung mak mesti dah sediakan asam mangga untuk Mulia. Kebiasaan bila musim mangga, buah muda yang gugur mak akan kutip dan buat asam mangga. Kadang2 mak dapat bekalan asam mangga daripada kiriman kakak atau sedara mara dari Indonesia. Asam mangga boleh disimpan lama cuma akan mengalami perubahan warna agak kehitaman.
nasamulia
Ikan Susu (Balle' Baulu) yang telah ditelah dibersihkan


Nasu Paccukka' Bale' Baulu
1 ekor ikan susu saiz sederhana -bersihkan dan dipotong kecil2.
segenggam asam mangga (cuci dengan melalukan air)
2 biji bawang merah - hiris
1 biji bawang putih (jika suka)
1 ketul halia - sebesar ibu jari dihiris
1 sudu teh serbuk kunyit
2 sudu makan minyak masak
Garam,
Cili padi atau merah - dihiris.
Air (anggaran 3 - 4 cawan bergantung kepada besar ikan)

* Gaul dan ramas2kan semua bahan kecuali ikan dan air hingga sebati, masukkan ikan dan air.  Sukatan bagi air adalah sama paras dengan ikan.
* Masak sehingga ikan empuk.
nasamulia
Ikan masak asam tengah mengellegak.

Selamat mencuba.

Monday 12 November 2012

Korban Rasa di Idul Adha

nasamulia
Lontong Rasa Kasih di Idul Adha
Assallam semua,
Ini apa kes kisah raya korban baru nak kuar ini?  inilah gara-gara sibuk sesangat baru2 ini, so kerja-kerja yang kurang priority tu baru nak up date.  Sian ketinggalan keretapi sungguh cite aku nie, Depavali pun orang dah nak sambut esok.  Happy Dilwali pada kawan2 Indian semua dan seperti biasa kita kat Malaysia boleh raya sekali dengan bercuti...vanakkam.

Idul Adha yang lepas, kisah hari raya kami yang pertama bersama, tapi x bleh nak sambut kat kampung, en. hubby bekerja, so keputusan kami sambut raya di Kuala Lumpur sajalah.  Memang langsung tiada suasana raya, nak pergi beraya rumah jiran2 pun kami tak kenal, yang kenal jiran depan umah...tapi xde pulak jiran tu jemput beraya, sekadar senyum dan tanya khabar bila kebetulan terserempak ketika dalam lift atau hendak pergi kerja.

Kami pulak berdua berkerja, balik umah tak kira waktu, alamat kalau dah masuk umah nak kuar tu payah dah, so bila pintu umah masing2 dah tertutup bila masa pulak kita nak berkenalan? Sebenarnya kami pun baru jer pindah ke tempat baru ini. So beginilah cara hidup orang KL.  Masing2 buat hal sendiri....perspektif ini kena ubah, cara hidup ini jugak kena ubah, kena lakukan sesuatu supaya hubungan kita sesama manusia tetap terpelihara...bab muamalat kena ikut, kerana itu tuntutan fardu kifayah..Allahu Ta'alla.

Malam raya, selalu kita sibuk masak2 untuk hidangan pagi raya...kami berdua x buat apa2 persiapan pun, nak kuar pun hujan tersangatlah lebat.  Sebelum ini Mulia janji dgn sepupu, dia datang berkumpul kt umah Mulia, then we all masak together2, tapi x jadi jgak isterinya kena kerja pulak.  So tawakkal jelah, wat keputusan selepas balik dari solat sunat Idul Adha esok baru masak2.

Esoknya, lepas balik raya masuk dapur dan terciptalah menu2 ringkas seperti dalam gambar dibawah nie...Sambal Telur bersama Petai, Rendang Ayam Pencen Che Nasa, Nasi Impit dan Sayur Lodeh Mek Tie.

nasamulia
Sambal Telur dengan Petai
nasamulia
Rendang Ayam Pencen Che Nasa - mengeleggak menungg kering.
nasamulia
Sayur Lodeh Mek Tie
Timing cun sangat, bila saja menu di atas semua dah siap masak, sepupu Mulia baru muncul...kur semangat.  So apalagi kami pun menjamu selera petang tu.  Selepas itu destinasi kami ke tanah perkuburan di Klang untuk melawat pusara arwah bapak saudara Mulia.  Al-Fatihah, semoga roh arwah mendapat tempat setanding dengan mereka yang dikurnia berkat dari Yang Esa. Wassallam.



Friday 9 November 2012

Tumbuk lawankan dengan Bejabuk

nasamulia
Tumbuk bersama Bejabuk (Burasak pulut dengan Sambal Kelapa)
Salam Sejahtera Semua,
Tumbuk - perkataan tumbuk atau burasa pulut, leges merujuk kepada sejenis makanan utama suku kaun Bugis ketika perayaan dua Hari Raya  - Idul Fitri dan Idul Adha.  Klau orang Melayu ada Ketupat Pulut dan Lemang, Tumbuk adalah makanan yang sinonim dengan masyarakat Bugis. Proses membuat "tumbuk' sama renyah dengan membuat ketupat atau lemang.
 
nasamulia
Beginalah rupa "Tumbuk" bukan, yang telah direbus sekurang2nya 4 jam.


 Bermula dengan merendam pulut sekurang2nya sejam, kemudian mengukus.  Pulut yang telah masak perlu digaul dengan campuran santan pekat dan garam yang telah didihkan seketika. Kemudian pulut tersebut dikepal bentuk bulat2 atau menggunakan acuan.  Pulut yang telah dibentuk kemudian di bungkus dengan daun pisang (lapisan dalam - daun pisang pucuk).  Tumbuk perlu dilapis dengan daun yang telah disediakan berbentuk bulat untuk mengelakkan pulut melekat antara satu sama lain.  Jumlah lapisan tumbuk dalam bungkusan ditentukan oleh saiz daun pisang.

nasamulia
Rupa bentuk dalaman tumbuk seperti kepingan lemang yang telah dihiris - kelihatan juga kepingan daun pisang yang digunakan sebagai pelapis
Proses yang paling rumit untuk menyediakan tumbuk adalah ketika proses membungkus.  Daun pisang perlu dilayur sedikit untuk mengelakkan dari mudah pecah ketika hendak melipat.  Gulungan daun pisang dan cara ikatan perlu ketat dan kemas agar tumbuk tidak pecah ketika proses merebus.  Ketika membalut pulut dengan daun (sebelum di ikat), mak Mulia selalunya akan menumbuk pulut dengan batang kayu khas untuk memadatkan pulut tersebut.  Agaknya perkataan "tumbuk" ini bercetus daripada proses tersebut.  Setelah proses membungkus siap, tumbuk perlu direbus dengan air yang banyak selama sekurang2nya 4 jam untuk mendapat hasil tumbuk yang sempurna dan tidak mudah basi.
nasamulia
Bejabuk - Sambal Kelapa
Gambar tumbuk yang ada dalam ini bukan yang mak Mulia atau Mulia sendiri yang sediakan.  Ini adalah pemberian daripada rakan sekerja yang berketurunan Bugis ketika Idul Adha baru2 ini.  Orang dah bagi, ambik jelah, rezeki jangan ditolak, lagipun teringat kat rumah masih ada baki bejabuk pemberian emak masa Idul fitri yang lalu sesuai untuk dilawankan dengan tumbuk. Maka betemu jodohlah tumbuk dari Subang dengan bejabuk dari Sandakan...hehehe

Sebenarnya Mulia pun tak pernah mencuba membuat sendiri membuat tumbuk atau bejabuk sebab akan mengambil masa yang lama.  Selalu Mulia tolong mak mana yang patut jer kalau balik beraya kat kampung.  Padanan lauk pauk untuk tumbuk biasanya di hidang bersama Ayam Masak Lengkuas, Tapai Pulut ataupun Bejabuk.  Mulia janji suatu hari nanti Mulia akan kongsikan resepi2 tumbuk, bejabuk dan Ayam Masak Lengkuas warisan leluhurku untuk pembaca semua.

Sekian Wassalam.





































Tuesday 6 November 2012

Nasi Goreng Budu bersama Timun

Budu - Cap Ketereh (memang urmp!)
Salam, satu lagi resepi suamiku untuk hidangan makan malam kami, Nasi Goreng Budu bersama Timun.  Selalu kita makan, sambal budu dijadikan salah satu bahan pencicah untuk ulam2an.  Suami aku plak adunkan semua sekali dalam nasi goreng dan beginilah hasilnya.