Tuesday 30 September 2014

25 Sen Bagai 25 Juta Oleh Nuffnang

Assalam....
Ini cerita saya mula-mula buat blog, tak reti sebenarnya nak mula dari mana, tapi nak juga ada blog tu yang cuba-cuba.  Tahun 2008 dah ada blog.  Adalah up empat lima entry, tapi lama tak buka jadi password pun lupa.
Dalam cuba, try test tu...belajar dari blogwalking memang banyak.  Setiap kali masuk blog orang lain suka tengok assesori kat blog depa macam muzik, bunga-bunga, banner, iklan, layout blog. termasukkah iklan NUFFNANG.  Dari situlah saya belajar macamana nak adakan semua-semua tu dalam blog.  Boleh kata semua nak letak sampailah ada yang komen, blog susah nak buka sebab berat kerana rambu ramba sangat.
Tang nuffnang tu lagi best.  Tak tau apa benda nuffnang tu.  Hampir semua blog ada iklan nuffnang ini, saya pun mulalah search daripada blog-blog yang buat cerita pasal nuffnang ini.  Oh boleh dapat duit rupanya bila letak iklan.  Mula-mula memang tak percaya langsung.  Tapi sebab exited nak mencuba, nak mencari kebenaran, try jugak letak ikon tu.  Lepas letak selalulah login nak cek ada masyukkk ker tak, hari pertama, minggu pertama memanglah takde.  So malaslah nak cek lagi, tipu ah.  

Sampai satu masa try login lagi.  Bling bling blinggg and berbintang-bintang mata saya sebab ada 25 sen dah credit dalam akaun.   Hahahaha 25 sen aje ponnn, tapi gembiranya hati mengalahkan orang menang lotery bernilai 25 juta.  Lepas tu baru percaya, then wondering berapalah agaknya blog otai-otai yang berjuta-juta pengunjung, pengikut dan entri meletop tu dapat dari nuffnang?  Mesti banyak gilerr kan. 
Wassalam.

Coto Makassar in the House

Assalam...
Coto Makassar sebutnya coto ye, bukan soto.  Dengar nama pun dah boleh agak, dari mana asal usul makanan tersebut.  Tapi kalau di Sabah, femes jugak menu ini terutama di daerah Tawau dan Sandakan. 

Coto Makassar kena dilengkapi dengan ketupat nasi macam makan soto jugak.  Tak pandai buat yang anyam daun kelapa, ketupat segera pun boleh.
Jomlah kita tengok resepi nak buatnya, cakap banyak pun tak guna.

Coto Makassar
Sumber: Patmawati Selamat

Bahan-bahan
1 kg daging lembu, 1/2 kg perut lembu, 1/2kg hati lembu - boleh ganti dengan ayam kalau tak makan daging (direbus hingga empuk semuanya) dan potong nipis-nipis
Ketupat nasi

Untuk Kuah Coto
300 gm kacang tanah - blend halus (ada orang goreng dulu kemudian blend, saya x goreng lebih suka sup direbus lama)
5 ulas bawang merah - blend
5 ulas bawang putih - blend
5 biji buah keras - blend
2 inci lengkuas - blend ambil jusnya
4 liter air bilasan beras - saya guna air biasa sebab dah lebihkan kacang tanah.
1 sudu makan serbuk jintan putih
1 sup bunjut
Serbuk lada putih
Garam, gula dan serbuk perasa

Condiment lain
Sambal cili padi - lumatkan cili padi dengan garam, kemudian perahkan dengan asam limau.
Daun sup
Daun bawang
Limau nipis / kasturi
Bawang goreng.
 
Cara penyediaannya
*  Campurkan air bilasan beras dengan air rebuskan daging. Masukkan kacang tanah, bahan blend dan renih hingga masak (lebih kurang sejam lebih) atau hingga warna kuah bertukar gelap.
* Masukkan serbuk garam, gula dan perasa.  Sesuaikan rasa kuah coto dengan yang dikehendaki.  
*  Cara menghidang, dalam mangkuk letakkan ketupat, hirisan daging dan serba sedikit condiment lain dan tuangkan kuah coto ke atasnya.  Enak dimakan bersama sambal cili dan perahan limau nipis.

Saya suka makan ini sebab tu nak try buat sendiri, lagi pun seorang sepupu bila datang ke rumah selalu minta buatkan.  Tapi kalau balik kampung, selalu makan kat kedai jer.  Tak pun pergi gerai anak sepupu.  Dia punya coto makassar memang sedap, jauh lebih sedap dari yang saya buat.  Itu komen dari en.suami....caittt.
Wassalam..

Ais Krim Goyang

Assalam...
Terjakun sekejap sebab dapat makan ais krim goyang yang free.  Unik penyediaan ais krim ini sebab hanya masukkan air perasa yang anda kehendaki ke dalam kelonsong (acuan) yang diletakkan dalam bekas bulat macam dalam gambar.  Sebab dah jakun, siap tanya kat orang yang buat tu.....guna teknologi ape yek sebab benda bulat tu tak disambungkan ke mana-mana punca elektrik pun...hihihi.  Orang tu cakap tak guna apa-apa teknologi pun, bekas bulat tu dimasukkan ais dan garam jer.  Macam best kan kalau ada benda ini, boleh buat ais krim stick sendiri.  Orang tu kata lagi, dalam satu bekas bulat tu ada 100 acuan, bebas nak letak perasa pilihan yang dikehendaki.  Saya makan 3 stick, 2 perasa durian dan satu coklat.  Best ini kalau ada bekas tu, ada kenduri atau sebarang keraian bolehlah buat ais krim sendiri.  Bukan kanak-kanak jer, mak pak kanak-kanak pun mesti suka.  Bila tanya kat mana nak beli dan berapa harga mesin tu, orang tu cakap dia tak tahu kena tanya bos...bosnya pulak takde kat situ.
Letakan stick ke dalam acuan yang telah di isi dengan air perasa pilihan....
Tunggu dalam 15 ke 20 minit, ais krim akan membeku dalam acuan dan sedia untuk disantap.
Keluarkan dan masukkan acuan yang ke dalam bekas berisi air untuk mengeluarkan ais krim dari acuan..
 Tadaaaaa...dah siap..
Wassalam.

Monday 29 September 2014

TTC Journey 13: IUI (Permadian Berhadas)

Assalam...
Alhamdulillah pagi tadi dah selesai IUI dengan Doktor Komathy.  Temujanji jam 7.30 pagi tapi kami sampai LPKKN jam 8.15am sebab jem teruk di Sprint Highway.  So kira saya lah yang last pagi itu buat IUI, yang datang awal dah lepas.  Semoga pilihan kaedah ini dapat menjadikan mimpi-mimpi kami suami isteri menjati kenyataan.  In Sha Allah.  Ini first IUI yang saya lalui, tapi ini dah kira percubaan kali kedua kami untuk merialisasikan mimpi-mimpi kami.  Semoga dipermudah dan diperkenankan Allah SWT.  Kami hanya mampu berusaha dan tawakkal saja, yang selebihnya adalah kehendak dan perencanaanNYA.

Proses sebelum IUI, kena datang awal jam 7.30 di LKPPN daftar, buat bayaran dan naik tingkat 7 husband and wife.  Tapi sebelum itu nurse dah terangkan pada hari berkenaan dinasihatkan pakai pakaian yang sesuai dan mudah, kebersihkan di kawasan ms V (cuci bersih, trim mana yang perlu) & jangan memakai sebarang make up, minyak wangi, deodoran, barangan kemas dan sebagainya yang dikuatiri akan memberi efek pada kualiti sperma nanti.

Masa proses, en.suami kena naik tingkat 7 dulu tuk keluarkan sperm.  Dia mesej tanya yang buat IUI doktor lelaki atau perempuan?.  Saya dah cuak dah, lepas tu saya confirmed dengan nurse sapa yang buat, doktor lain ker atau doktor yang selalu saya jumpa.  Lega bila nurse bagi tahu doktor yang akan buat adalah doktor yang handle kes kita.  Kalau ada sebarang pertukaran akan dimaklumkan.  En. Hubby risau sangat jika yang handle tu doktor lelaki, mungkin awal pagi tadi doktor lelaki yang buat untuk kes orang lain.

Lepas en.suami settle, kami pergi sarapan dulu lepas tu naik tingkat 7 semula untuk IUI, masa menunggu berdebar jugak, perut dah lain macam, senak pun ada cam nak terkucil jer.  Pergi tandas dulu ler settle ape yang patut.  Masuk semula, en.suami kata nama dah kena panggil.  Terus je saya masuk bilik yang macam wad, ada beberapa katil di situ.  Ada 2 nusrse perempuan dan seorang lelaki tak tahu jawatan dia.  Nurse perempuan tu yang handle, suruh baring dan letak kaki macamana.  Sementara lelaki itu, interkom doktor bagi tahu dah standby.

Doktor datang terus jer buat procedure IUI,  baik jer bagi arahan, buka kaki, nak cuci dan nak masuk alat.  Doktor kata try nak cari jalan, memang akan rasa sengal dan sakit sikit.  Pintu rahim ketat sebab itu sakit sikit masa doktor nak cari jalan.  Nurse berdua tu baik jer, suruh rileks, ingatkan untuk baca doa, selawat semua.  paling sweet tu cakap puan rileks ye, fikir nak dapat anak jer, tarik nafas hembus, rileks, tahan sikit.

Terus terang saya cakap kesakitannya sama macam proses HSG hari itu.  Tapi IUI takde kesan sakit melampau selepas itu.   Lepas dah sudah, doktor bagi rehat sambil baring rapatkan kaki dan kepit-kepit punggung kira-kira 30 minit.  Nurse tu tanya sama ada saya dan en.suami nak medical leave (mc) atau tidak.  Tidak perlu sebab kami memang dah ambil cuti untuk hari itu.  So balik tu just lepak-lepak dan rehat kat umah.  Doakan saya ye boleh dapat zuriat...Amin Ya Rabbal Al-Amin....
Wassalam.

Sunday 28 September 2014

Penempatan Nuri Baru, Makassar.

Assalam...
Sekarang bandar-bandar di negara kita boleh dikatakan bersih daripada penempatan setinggan hasil daripada pembangunan semula kawasan bandar.  Kalau diimbas kembali 15 ke 20 tahun dahulu, keadaan setinggan masih menjadi isu dan membelenggu di bandaraya Kuala Lumpur seperti kawasan Kerinchi dan Abdullah Hukum.  Nak tahu setinggan wujud bagiamana bolehlah minta tolong pakcik google.  Wujud akibat penghijrahan penduduk yang kurang berdaya saing dari segi pendapatan untuk mendiami unit-unit perumahan terancang di dalam bandar.  Terdapat juga penempatan yang merupakan kampung asal bagi penduduk yang mendiami kawasan itu sejak berdekad lalu dan terletak di dalam kawasan bandar.  
Ini salah satu kawasan petempatan yang bekepadatan tinggi. Terletak di tengah-tengah bandar Makassar.  Yang Jakarta punya lagi dasyat dari ini.
Bahan binaan bangunan daripada bahan kekal batu dan konkrit dan separa kekal kayu, plastik, kotak dan zink. Atap bagunan pula rata-rata menggunakan atap zink.
Julat perbezaan pendapatan amat ketara dan boleh disaksikan melalui bentuk rumah yang mereka miliki.  Bagi yang bekemampuan boleh mendirikan bangunan mereka bertingkat-tingat.  Sementara yang kurang mampu kekal dengan rumah yang rendah.
Kanak-kanak sekolah rendah.
Salah satu kedai runcit yang ada.
Lorong sempit ini menjadi laluan utama untuk ke unit-unit rumah yang terletak jauh ke dalam.  Orang comey-momey susah nak lalu, nasiblah orang-orang sini jarang yang terlebih obes.
Piring parabola memang banyak, setakat besar cam piring astro tu, orang sini tak pandang takde kelas agaknya.
Ini pemandangan biasa bagi kawasan setinggan.
Sungai keruh, lesuh yang tengah parah dan senak, menjadi laluan bot-bot kecil dan menerima sampah sarap penduduk.
Dalam masa kurang sejam, duduk sambil memerhati ke arah sungai tersebut.  Lebih 10 orang yang menghampiri sungai untuk membuang sampah mereka, ada bot dan sampan yang lalu.
Tidak jauh dari sini tersegam indah Trans Studio, indoor theme park terbesar.
Dalam lingkungan kurang satu kilometer, terlalu banyak bangunan masjid dan menara yang pelbagai bentuk.
Then bila masuk waktu solat memang bersahut-sahutan bunyi azan dari masjid-masjid ini.  Kebanyakkan masjid dibina hasil sumbangan orang ramai dan NGO.
Kebanyakkan penduduk yang tinggal di sini merupakan pemilik-pemilik bangunan rumah ataupun penyewa.  Ramai jugak yang membina rumah yang dilengkapi dengan banyak bilik untuk disewakan.
Menurut sumber yang diperolehi status penempatan mereka di sini, di kira sebagai rasmi kerana mereka membayar sejumlah wang  tahunan kepada pihak berkuasa dan setiap bangunan yang mereka dirikan mempunyai sijil (certifikat).  Kalau di sini lebih kurang sistem tol atau LM (lesen memduduki sementara) bagi mereka yang mendiami tanah rizab kerajaan.
Wassalam.

Di Daerah Saya.....

Assalam....
Tajuk entri macam tajuk YB yang nak masuk melawat kawasan.  Saya lebih suka namanya yang satu itu Elopura sebab membawa maksud bandar yang indah, lagi satu sebab sekolah saya pun sama nama "Elopura".  Tiada yang havoc atau kababommm di sini...slow-slow membangun mengikut peredaran masa.  Lebih lanjut baca sini ya.  Setakat nak shopping di giant, harbour mall, atau makan2 di secret recipe, kfc atau mc.d tiada hal,  tapi jangan cari yang lebih dari itu.  
Jalan raya yang menghubungkan kampung saya dengan kawasan lain.  Masih hijau walaupun hutan asal dah berganti dengan ladang kelapa sawit atau kebun-kebun.
Lapangan terbang adalah pintu masuk utama dan pengangkutan udara lebih efektif untuk sampai ke daerah saya.
Untuk orang luar register dulu, nak senang sila bawa pasport antarabangsa anda.  Jangan tanya saya kenapa? itu memang termaktub dalam undang-undang. 
Airport yang sedang rancak dalam proses renovasi.  Up grading semua tempat dan kawasan sekarang ini.
Bangunan yang hanya tinggal kenangan dalam gambar.  Tempat inilah paling happening bagi orang kampung dahulu kala.  Sepinggan mee goreng dengan telur mata kerbau dengan harga RM1.00, memang nostalgia..
Setakat ini hanya hotel Four Points by Sheraton yang paling best in town selain Sabah Hotel dan Sandakan Hotel. 
Pasar umum (pasar ikan) dan tempat pendaratan nelayan.
Pasar umum - hotel - mall terletak bersebelahan.
Orang kampung pun dah pandai berseminar, berkonferens segala.
Nama jalan dalam bandar dikenali dengan nombor, Jalan Satu, Jalan Dua, Jalan Tiga, Jalan Empat dan seterusnya.  
Begitu jugak dengan hari, orang daerah saya tak kata isnin, selasa, rabu, khamis, jumaat, sabtu dan ahad.  Mereka sebut hari satu, dua, tiga, empat, lima, enam dan tujuh.  . 
Kalau tarikh dalam kalender warna merah, mereka tak cakap hari kelepasan am, tetapi mereka kata hari besar / basar.
Bolehlah dikatakan ini sebagai signature dish selepas makanan laut.  Pisang goreng keju, keju tu baru2 ini aje, orang kampung pandai makan.  Bila dah pandai makan, pisang goreng pun nak letak cheese bedebah ini.  Rekomendasi tinggi untuk menternak lemak-lemak badan. 
Inilah rupa durian kita orang.  Dulu-dulu bekalan durian hanya diperolehi daripada hutan atau dari taik gajah (durian taik gajah).  Buah terap atau tarap namanya.  Sangat fragile kulitnya bila dah masak. 
Kalau sampai ke daerah saya ini, jangan lupa berkunjung ke pasar umum tuk membeli hasil laut yang kering mahupun segar, ikan bilis, udang kering, sotong, geragau dan ikan kering yang dah terkenal tu.
Pasar sim-sim merupakan pasar basah untuk pemborong.  Tapi pasar ini terkenal dengan gerai ikan bakarnya.  Orang kata sedap dan harga berpatutan.  Tang sedap tu saya tak tahu sedapnya tahap macamana sebab tak pernah rasa lagi ikan bakar di sini.  Selalu beli ikan dan bakar sendiri guna sabut kelapa.
Contoh jambatan di kawasan perumahan Kampung Buli Sim-Sim.  Salah satu yang tinggal kini dan agak tersusun berdekatan dengan bandar. 
Bumbung rumah-rumah di kawasan Kampung Buli Sim-Sim
Contoh rumah kampung atas darat, tinggi kan walaupun tak pernah dilanda banjir.  Kat bahagian bawah rumah (kolong) selalu ada pangkin, tempat tuan rumah dan jiran tetangga berkumpul santai-santai sambil bergosip.

Yang ini dah pernah cerita dalam entri yang lepas, Cik Pongo Pygmaeus dah terkenal saentero dunia, inilah kampung dan kehidupan mereka.




Last but no least, nikmati sinaran rembulan di tepian water front.  Sungguh indah ciptaan Tuhan bagi mereka yang pandai menilainya.  
Wassalam..