nuffnang_bid = "6d3fefaa2657f8901dfaPages

Showing posts with label Biskut Raya. Show all posts
Showing posts with label Biskut Raya. Show all posts

Thursday, 14 July 2016

Eid Mubarak 1437


Assalam..
Setiap kali raya, kami sambut dengan penuh kesyukuran walaupun tak meriah dan gah macam orang lain.  Raya sedondon memang takde dalam kamus, walaupun sentiasa ada plan tapi tak pernah menjadi.  So tahun ini just follow the flow.  Nak balik rumah siapa atau giliran siapa tahun ini tak jadi masalah, beraya di bandar, dikampung atau seberang laut saya ikutkan saja yang penting semua happy.   Tahun ini tak plan awal pun nak balik beraya di kampung saya, jadi takdelah saya intai-intai tiket.  Tak suka bila sudah beli tiket lepas tu kecoh tak dapat cuti sebab kena bertugas di pagi raya.  Lepas en.Abe confirm boleh cuti tahun ini baru cari tiket, tapi masa tu tiket semua dah mahal.  Bila saya bagi tahu harga tiket dah mahal, en.Abe jawap saya harga sebuah kasih sayang lebih mahal dari harga tiket, tahun ini kita raya dengan bapak di Sandakan.  Terkedu dan tangkap sahdu sangat, walaupun saya tak meminta-minta untuk dapatkan semua ini tetapi bersyukur dan terima kasih sangat-sangat kerana membuat saya faham. 
 

Hari isnin masing-masing masih berkerja dan kami hanya balik pada hari selasa pagi.  Kali ini saya naik MAS tapi kena transit di Kota Kinabalu lebih kurang 4 jam,  sampai di rumah pada malam raya.  Perjalanan dari airport balik ke rumah kami singgah pasaraya beli barang serba sedikit untuk masak-masak malam tu.  Burasak dan ayam masak lengkuas dah minta sepupu dan anak buah tolong buatkan, mereka dah janji tak kisah nak buatkan yang penting kami balik beraya.




Pagi raya, seawal jam 6 pagi bersiap-siap untuk ke masjid bersholat sunat.  Masjid kampung saya adakan sholat sunat jam 7.30 pagi, kena datang awal cop tempat kalau tidak sholat di luar nanti.  Lepas sholat kami singgah beraya di rumah anak buah yang dekat masjid dan kami dijamu kuih raya dan hidangan seperti di atas.  Oleh kerana beraya di Sandakan, so en.Abe kenalah hadap makan burasak, mana-mana rumah akan hidangkan burasak dengan ayam masak lengkuas selain kuih raya dan tapai pulut.  Lupakan nasi impit dan kuah kacang sebagaimana tradisi di tempat dia.


Hidangan hari raya di rumah kami (gambar bawah), dua menu yang atas tu saja yang kami masak, sup tulang kambing dan hati lembu masak kicap (cuba nak perkenalkan kat diorang walaupun tahu ramai antara ahli keluarga yang tak makan daging).  Dua lagi menu bawah tu ayam masak lengkuas dan burasak, sponsor dari anak buah dan sepupu.

Kuih raya kami, bukan yang tunjuk-tunjuk tau tapi atas ehsan dari orang.  Petang sebelum balik beraya ada orang hantarkan kuih raya, macam tau-tau jer kita tak sempat nak buat kuih raya.  Lebih baik ada daripada tiada.


Petang hari raya kami berkunjung ke kampung sebelah (Kampung Jawa 1) di rumah sepupu saya yang saya anggap sebagai abang kandung sendiri (begitulah kalau tiada adik beradik, bermanja hanya dengan sepupu saja). Dua orang sepupu lelaki (berkaca mata dan baju coklat) yang rapat dengan saya bersama isteri, anak-anak, dan cucu mereka.


Sepupu, ipar, anak buah dan cucu.  Nak kumpul ramai-ramai untuk ambil gambar bukan kerja senang ye, masing-masing ada hal tersendiri.


Lepas magrib kami sempat beraya di rumah jiran sepupu saya yang jugak kawan lama dan sedara bapak.

Selepas itu kami lanjutkan lagi berkunjung ke Batu 16, Kampung Gum-gum Manis di rumah dua pupu saya.  Balik malam tu memang letih sangat tapi puaslah dapat beraya dengan sedara mara kali ini.


Raya ke-2 sebelah pagi hanya di rumah membereskan apa yang patut. Tengah hari anak buah dan cucu-cucu berkunjung ke rumah.  Anak buah yang lain ajak pergi jalan-jalan ke Sepilok, so angkutlah semua yang ada di rumah ke sana petang tu, kecuali bapak yang tak nak ikut.  Sebab feeding time orang utan pada jam 3 petang dan kami sampai awal, so kami corner masuk ke RDC terlebih dahulu.  Tetapi bila sampai waktu nak masuk Sepilok, hujan terlalu lebat dan yang kecik-kecik tu memang kami tak bagi mereka masuk.  Muncung dan merajuk tak usah kiralah mereka ini.


Malam hari raya ke-2, kami sambung beraya lagi di rumah sedara yang duduk satu kampung.  Baby (Khairul) yang nampak kepala dan sibuk nak layan tetamu tu dah pangkat cucu saya dah (cucu latest edition - anak Hasmia) 

Ini paling ramai yang dapat dikumpulkan untuk bergambar.  Pada pagi hari raya ke-3 selepas ziarah kubur.


Ini pula the latest version anak buah (anak abang Saleh, anak sepupu) yang baru pertama kali jumpa, nama dia Aisyah.

Balik dari ziarah kubur, singgah beraya di rumah sedara di Rancangan Sungai Manila (rumah Kak Siti).  Petang hingga ke malam lanjutkan lagi ziarah rumah anak buah, sedara jauh dan rumah sahabat karib sejak kecil (Maslinah) di Batu 18 (asyik bersembang hingga lupa nak bergambar).


Hari raya ke-4, sebelah petang saya ikut Wati pergi rewang di rumah kenduri kahwin dan akikah.  Tunjuk muka sekejap, hanya itu yang mampu sebab keesokkan hari dah sibuk sambung berkemas rumah dan nak balik.   Wati dah siapkan bekalkan untuk dibawa balik mangga udang, buah salak dan sambal ikan bilis.


Ini buah kedondong depan rumah turut menjadi mangsa.  Rumah jiran terdekat kiri kanan tak terkunjung, bila nak berkunjung mereka pula tiada di rumah.


Hari raya ke-5, kami bersiap untuk balik ke sarang.  Tanda liat nak balik, flight sengaja ambil yang paling last dari Sandakan.  Nasiblah rumah tak berapa jauh dari airport, so bolehlah kemas slow-slow.  Malam tu bapak, Wati dan anak-anaknya yang hantarkan ke airport.  Maka fly lah kami dalam perut kapal terbang merah bersama segala bekalan. 


Alhamdulillah selamat sampai rumah tepat jam 1.00 tengah malam.  Sebelum tidur sediakan segala kelengkapan untuk bertugas pada esokkan harinya.  Itulah cerita raya kami tahun ini, walaupun pun sambut setakat apa yang ada, tapi tetap bermakna dan gembira.
Wassalam.

Saturday, 4 June 2016

Kuih Bangkit (Versi Bugis)


Assalam...
Kuih bangkit kiranya salah satu kuih tradisi orang Bugis jugak ni.  Tapi kuih bangkit dia tak bangkit pun macam versi orang melayu punya kembang kembung tu.  Kuih bangkit orang Bugis kepingannya hanya nipis, leper tapi rapuh atau rangup.  Ini bukan yang saya buat, tapi beli di gerai penjual jajan di Batu 32 Check Point, Sandakan.  Pertama kali sebenarnya beli sebab selalu dapat stock dari kakak-kakak sepupu, kali ini balik kampung sekejap saja tak duduk tak sempat panas punggung pun.  Dengan jiran pun tak sempat berhai-hai, dapat jumpa seorang dua je saudara dekat itupun sebab diorang datang rumah.



Kuih ini tak guna bahan yang banyak, ada 4 bahan utama tepung, telur, gula dan kelapa parut goreng hingga perang (tapi tak sampai perang macam nak buat kerisik tu).  Yang saya beli ini bangkit kelapa (kira jenis bangkit popular, boleh kata masa perayaan hari raya, setiap rumah orang bugis wajib ada kuih bangkit ini). Kelapa adalah satu-satunya bahan yang selalu orang ganti dengan kacang, minyak, ekoran itu adanya jenis bangkit kacang, bangkit minyak dan sebagainya.  Kuih ini jadi kegemaran orang tua-tua ketika minum petang bersama kopi atau teh panas, yang cicah dalam kopi pun ada. 


Dulu cukup mengelat ketika tiba masa nak buat kuih ini, tak suka melekit-lekit, berminyak dan makan masa lama sampai pernah cakap tak suka makan kuih ini.  Kalau tolong menunggu depan ketuhar lagi asab, berloyang-loyang kuih yang rentung.  Lebih berminat dan rajin nak tolong kalau ada yang buat biskut moden atau kuih lain selain kuih bangkit.  Bakar kuih bangkit kena terjonggok depan ketuhar, kena pandai jaga api sebab kuih nipis dan cepat hangus.  Kadang-kadang tu sengaja buat dajal sebab nak tunggu orang halau, teruk sangat perangai masa tu kan.  Sebab tulah ilmu tak lekat nak buat kuih ini, sampai sekarang tak mampu nak buat sendiri.
 
Mujurlah ramai lagi sepupu yang buat dan sudah ada yang komersialkan.  Mana-mana pasar di bandar-bandar besar di Sabah ada menjual kuih ini, jadi kalau teringin atau rindu nak makan bangkit beli saja.  Tapi still suka makan yang orang bagi hadiah, raya ini balik kampung saya jadi cadangnya nak pergi collect satu balang satu rumah hahahaha...  Esok lusa kita dah start berpuasa, mohon ampun dan selamat menyambut ramadhan.
Wassalam.

Sunday, 17 January 2016

AFGAN COOKIES - Dostet Darum


Assalam...
Cookies ini diberi nama Afgan Cookies, tak tahu nama tu bersempena penyanyi Afgan ataupun sempena nama negara Afganistan.  Saya yang tambah perkataaan dostet darum belakang tu, sempena terjatuh cinta dengan novel The Kite Runner dan A Thousand Spelendid Suns oleh Khaled Hosseini, yang mana penceritaan novel berlatar belakangkan negara Afganistan.
 

Perlu diakui penguasaan bahasa inggeris yang terbatas dan tak mahir, tapi ketika membaca kedua-dua novel tu boleh pula saya teremosi dan teresak dengan kisah Mariam, Amir dan Sohrab.
 

Amat beruntung kerana kita lahir dan tinggal di negara yang aman damai, bebas dan selamat bila hendak ke mana-mana.  Tidak seperti mereka yang berada di negara yang sentiasa bergolak dan perang saudara seperti Afganistan.
 

Sebenarnya buat cookies ini sebab nak bekalkan pada adik yang nak balik ke Mesir hari itu.  Kalau tak sempat sampai asrama dia sebagai alas perut di perjalanan pun ok.
 


Resepi ini saya ambil dari blog kak wan, minta izin dan halalkan ye kak saya sharekan di sini.  Sedap sangat menurut feedback dari orang yang suka makan cookies kombinasi coklat dan kekacang ini.  Bagi saya kalau tak letak garnising coklat dan kekacang atas tu dah cukup sedap.
 

Biskut Afghan / Afghan Cookies
Sumber: K1@citarasawan


Bahan-bahan
 


 
 
 
 
 

Hiasan :  Coklat masakan cair
walnut cincang (sangai dahulu)



Cara-cara :
1.  Pukul mentega, shortening dan gula perang hingga berkrim.
2.  Masukkan tepung, soda bikabonat, serbuk koko, cornflakes dan walnut cincang.  Uli menjadi doh.
3.  Ambil sebesar ibu jari dan susun di dalam loyang.  Bakar pada suhu 160C selama 20-25 minit.
4.  Sejukkan dahulu, sudukan atau paip coklat cair di atas biskut dan tabur dengan walnut cincang.
5.  Simpan di dalam bekas kedap udara. 


Sedang mencari buku ketiga Khaled Hosseini - And The Mountains Echoed.  Memang ada jual dikedai buku, tapi saya nak cari yang harga murah.  Kena cari di Big Bad Wolf book fair kot.

Wassalam.

Tuesday, 14 April 2015

Havana Sparkle / Almond London

Assalam....
Orang yang nak berniaga biskut raya mesti tengah sibuk sekarang pergi kelas untuk belajar biskut yang baru-baru kan.  Biskut raya pun up date setiap tahun, bukan model handphone jer kalau nak tahu.  Agak-agak tahun ini biskut raya apalah yang terbaru, ada yang berani buat biskut gst?...hehehe.  Kita ini biskut baru-baru suka juga mencuba sekali dua gitu, tapi yang lama jugak yang akan diulang-ulang seperti biskut Havana Sparkle @ Almond London ini.  Nama biskut pun canggihkan, cuma tuan jer tak sampai london apatah lagi melihat havana.  Resepi ini sumbangan seorang kakak (Kak Ana) belasan tahun yang lalu yang dipelajarinya masa pergi kelas belajar membuat biskut.  Nak pergi kelas bayar mahal juga lagi pun masa tu belum banyak sumber dari internet, misi menyalin dan mengumpul atau potostat resepi dari orang budiman yang baik seperti Kak Ana, dapat orang copy free atau dikenakan bayaran yang minima amatlah bersyukur.  Buku resepi pun dah koyak rabak, jadi kita abadikannya di sini sebagai rujukan.
Havana Sparkle
Sumber: Kak Ana (Rohana Astec)

Bahannya
150gm mentega
50gm gula ising
50gm coffemate
50gm nestum - kisar halus (kadang tak letak)
1/2 sudu vanila esen
50gm tepung jagung
1 biji kuning telur
sedikit garam (saya tak letak)
170gm tepung gandum
Coklat masakan
Badam / hazelnut - saya panggang sekejap
Manik (colour rice / badam cincang) secukupnya


Penyediaannya
*  Pukul mentega dengan gula hingga kembang.  Masukkan telur dan esen vanila.  Pukul lagi hingga sebati.
*  Masukkan coffeemate, nestum, tepung jagung dan gaul sebati.
*  Masukkan tepung gandum, gaul sebati.  Ambil sedikit adunan, letakkan badam atau hazelnut di tengah.  Buat bulat-bulat atau mengikut bentuk biji badam atau hazelnut.
*  Bakar hingga masak dalam oven.
*  Bila dah sejuk, celupkan ke dalam coklat masakan yang telah dicairkan secara double boiler.
* Letakkan dalam mangkuk kertas dan tabur manik atau badam cincang di atasnya.
*  Biar hingga coklat kering dan simpan dalam bekas kedap udara.



Base almond london yang dah siap dibakar, tunggu nak salut coklat.  Tak tersusun langsung tonggang terbalik.
Ini yang tahun lepas punya, ready untuk dihantar ke rumah ibu mertuaku...
Moga tahun ini masih diberi lagi peluang, rezeki dan masa untuk uli-uli biskut raya seperti tahun lepas.
Wassalam.

Biskut Kacang Hijau

Assalam...
Masa tengah tulis entri baru tercari-cari gambar masa buat biskut ini, tapi takde.  Baru teringat masa itu adik-adik datang umah nak berbuka puasa, jadi termiss di situ, dapat ambil gambar yang dah masuk balang.  Nasib sempat, sebagai rujukan akan datang bagaimana rupa biskut ini. Dulu masa di penang, selalu beli yang tepung ready mix, tinggal campur minyak jer masa nak buat.  Yang ready macam ini ada hanya di kedai bahan-bahan kuih auntie rose di pasar bayan baru, ketika itu.  Pernah insiden polis yang bertugas di mesin scan bagasi di LCCT tak lepas benda tu dibawa naik kapal terbang, mereka suruh saya buang dengan alasan sebab minyak tu cecair tak boleh diletak dalam bagasi.  Takkan lah saya nak buang beberapa paket tepung ready mix bersama minyak jagung tu, sedangkan dari airport penang boleh lepas pula.  Terpaksa lah saya bertekak dengan polis-polis tu, masih ingat ayat perli polis tu kat saya "kampung awak takde jual eh minyak?,.  Sakit hati dengan mereka, last saya pergi jumpa dengan pegawai Airasia dan dibenarkan bawa secara hand luggage.  Arahan di keluarkan di hadapan polis itu juga. 
Pada yang tak jumpa tepung ready mix tu, boleh buat guna resepi pemberian auntie rose seperti di bawah ini.  Auntie rose ini kalau kita beli barang dengan dia, mesti dia akan supply resepi walaupun tak pernah masuk kelas dia.


Biskut kacang Hijau.
Sumber: Auntie Rose

Bahan-bahan
750gm tepung gandum
350gm gula ising
400gm kacang hijau (peas) - blend hingga hancur
1/2 sudu teh emplex
1/2 sudu soda bicarbonate
350ml Minyak jagung

Hiasan;
Kacang hijau.
Kuning telur

Penyediaannya
*  Campurkan semua bahan, kacau hingga sebati.  kalau peroi sangat dan susah untuk dibulat-bulatkan, tambah sedikit minyak.
*  Bulat-bulatkan sebesar guli dan susun dalam loyang.  Kalau nak terap guna acuan pun boleh, tapi saya lebih suka bentuk bulat.
*  Letakkan sebiji kacang hijau dan sapukan dengan kuning telur pada bahagian atasnya.
*  Bakar hingga masak.  Biakan sejuk kemudian masukkan dalam balang kedap udara.

Wassalam.

Sunday, 12 April 2015

Red Velvet Cookies

Assalam...
Fenomena red velvet cake yang jadi jadi hangat beberapa tahun ini berlarutan hingga ke biskut pulak.  Rujuklah mana-mana blog masakan terkenal mesti ada resepi ini pada blog mereka, macam-macam stail dan mahupun warna.  Tapi dari segi warna tu takdelah jauh sangat bezanya, masih berkisar pada warna asal.  Yang saya buat  ini hasil intaian dari blog Bicara Kak Noor sebab tertarik dengan warnanya yang merah merhelik.
Kita copy paste jer resepinya di sini ye.
 

Red Velvet Cookies
Sumber:  Kak Noor yang dirujuk dari 
Juicy cafe & cake
Resepi Asal:  Ny. Liem Bandung




Bahan-bahan..

A
400 gm mentega
200 gm gula perang
180 gm gula kastor
1 sdk condensed milk*
20 gm pewarna merah
10 gm mocca hopyes*
1/4 sdk garam


B
2 biji telur A


C
475 gm tepung gandum*
2 sdk serbuk penaik*
2 sdk serbuk soda*
50 gm procake V. 45.5* - *satukan dan ayak*
200 gm serbuk badam - dibakar 5 minit

200 gm kacang gajus - dicincang kasar dan bakar 5 minit
200 gm coklat cip

Cara-caranya..




1. Dalam bekas mixer, satukan bahan-bahan A dan pukul sehingga mengembang.
2. Masukkan bahan B dan pukul lagi sehingga rata.

3. Masukkan sedikit demi sedikit bahan-bahan C dan gaul rata.

4. Sudukan adunan sebanyak 1 sudu kecil dan susun atas loyang yang telah dialas dengan kertas minyak.

5. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan dengan suhu 150C selama 20 minit kemudian turunkan suhu kepada 100C dan bakar lagi selama 20 minit.
6. Keluarkan dan apabila sejuk 'drizzle' dengan coklat putih cair.

(ini i tak buat sebab tetiba vitamin R tak cukup hehehe)..

7. Adunan ini menghasilkan kurang lebih 300 biji.

Nota..
*Condensed milk - milk flavor - (kalau takde pun takde masalah)
*Mocca hopyes - mocca emulco/flavor
*Procake V. 45.5 - susu tepung
*Masa pembakaran boleh juga gunakan 170C dan bakar selama 20 minit.



Ini warna hasil karya saya, amboi hasil karya konon.  Merah gelap, tak jadi merah cerah macam yang kak noor buat.  Kak noor tolong bagi tips nak buat yang merhelik-merhelik gitu.
Tak payah tunggu raya kalau rasa nak makan, boleh buat sebagai kudapan sehari-hari.
Wassalam.

Florentine - Cruncy Nut Cookies

Assalam...
Semua biskut yang baru nak publish tu buat yang tahun lalu sebenarnya.  Lama sungguh baru ada kekuatan nak menyudahkan segala yang terperam ini.  Tak terkecuali turut mencuba buat cookies terlaris dan bernilai tinggi sebab bahan-bahan yang digunakan tu semua mahal-mahal.  Jadi kalau nak hidang waktu hari raya, kenalah buat dekat-dekat harinya, kalau tidak tinggal balang jer nanti. 
Tepung florentine inilah yang mahal, tapi nasib saya baik masa membeli bahan-bahan, kedai tengah buat promosi, jadi saya dapat ini harga yang rendah.  Perlu di ingat ada beberapa istilah untuk tepung florentine seperti di bawah ini dikenali sebagai cruncy cookie mix.  Kalau tak pasti tanyalah pada tuan kedai bahan-bahan kek itu.  Sebab saya ini jenis minat bermusim jadi tak tahulah harga untuk bahan-bahan buat kek dan pastri terkini.  Mesti sudah mencanak-canak naiknya, itu yang saya dengar dari mereka yang sentiasa dalam bidang ini.
Resepi Florentine ini saya copy dari blog Wind of Change, sebab Ros dah tolong olah mengikut kuantiti tepung florentine dalam satu paket 500gm.  Memudahkan jadi takdelah lebihan tepung tu nanti yang dibazirkan.


Florentine Cookies / Crunchy Nut Cookies
Sumber: Reswati
Rujukan: Masam Manis

Bahan2:
500 gm tepung Florenta
300 gm badam keping
200 gm kuaci hitam
200 gm biji bunga matahari
Sedikit bijan putih
Sedikit bijan hitam
(mommy letak sedikit biji habbatussauda)
#boleh juga guna kekacang yg lain ikut citarasa
secukupnya greaseproof paper.

Caranya:

1. Badam, biji bunga matahari dan kuaci di bakar sebentar dalam oven pada suhu 160 C selama 5 minit (bijan & habbatussauda tak perlu di bakar).
2. Setelah kekacang sejuk, satukan semua bahan dalam bekas.
3. Gaul rata, hingga semuanya bersalut sempurna.
4. Sediakan loyang 14x14 inc, alas loyang dengan kertas kek sahaja (greaseproof paper).
5. Tuangkan adunan tadi dalam loyang dan ratakan nipis.
6. Bakar dalam oven selama 10 minit pada suhu 160C @sehingga karamelnya keperangan.
7. Sejurus keluar dari oven terus potong kepada kepingan empat segi menggunakan pisau pizza.
8. Apabila sejuk, leraikan kepingan & simpan dalam bekas kedap udara.


Mencabar juga nak buatnya walaupun senang pada yang pakar.  Buat ini kena cepat ketika step nak memotong florentine ini, kena potong cepat-cepat ketika masih panas-panas.  Masa membakar pun sekejap saja, jangan terleka duk main dengan handphone nanti rentung cookiesnya.  Lagi satu kertas pelapik tu kena betul, jangan pandai-pandai guna kertas minyak ker, kertas kajang ker, kang ada yang kena makan biskut bersama kertas.
Insha Allah tahun ini akan ulang lagi, tapi itu pun bergantung pada harga bahan-bahan.  Kalau dah bahan jadi tak mampu beli, kena cari option lainlah jawapnya.
Wassalam.

Wednesday, 18 February 2015

Jerman Cookies, Warna Brazil

Assalam...
Esok kita nak raya kan, so tak sah kalau takde biskut, walaupun raya cina kan.  Orang cina sekarang pun dah ramai yang macam orang melayu nak raya kena ada biskut raya, bukan makan kuaci dan buah limau jer tau.  Biskut ini sebenarnya dah buat lama dah, masa nak raya puasa hari itu.  Masa bulan puasa lepas kan sedang berlangsung piala dunia kan, itu yang terhasil biskut jerman jadi kaler brazil tu.  Akibat tak boleh terima kenyataan german tu kuat dan akan menang piala dunia, tapi dok setia sokong brazil.

Lupakan pasal tu, jom kita try buat biskut ini, boleh hadiah pada kawan-kawan yang nak sambut chinese new year.  Resepi saya cnp dari blog citarasawan.

 
Biskut Jerman
Sumber: Kak Wan
Resepi: Chef Florence.

 
Gong Xi Fa Cai pada kawan-kawan tiong hua saya yang akan menyambutnya esok dan selamat bercuti panjang pada kawan-kawan yang lain.
Wassalam.

Thursday, 11 December 2014

Good Time Cookies

Assalam...
Pertama kali jumpa cookies ini, rasa nak perabih satu balang.  Nasiblah bukan rumah orang lain, rumah sepupu sendiri yang memang rapat, jadi takde malu-malu dah.  Saya dengan dia ini dua pupu sebenarnya, tapi dah biasa dalam family kami memang rapat jadi hingga tiga pupu pun hubungan tu rapat macam sepupu.  Beza usia kami lebih 30 tahun, tapi boleh berkawan rapat.  Saya sedari kecil memang admire sangat kat dia ini, orangnya cantik dan beliau selalu buatkan kami kuih yang sedap-sedap dan memang outstanding pada zaman itu.
Sepupu saya ini seorang pesara, dulu kerja sebagai guru mengajar budak masak-masak.  Dengan profession dia tu yang bawa dia menimbah ilmu hingga ke Germany dan Switzerland dalam bidang peramusaji selama setahun.  Best jugak dengar pengalaman beliau pada era itu, walaupun usia sudah menginjak 50 tahun ketika itu, beliau tetap menerima tawaran dan sanggup berjauhan dengan anak-anak dan suami.  Ketika itu era media sosial baru hendak bermula, sempatlah beliau belajar berchatting dan beremail katanya, guna media seperti hotmail, yahoo massenger atau mirc sebagai alat perhubungan dengan ahli keluarga di tanah air ketika itu.
Jom semak resepi yang sempat beliau bekalkan pada saya ketika betemu beberapa tahun lepas. Resepi asal dalam bahasa Indonesia, memang ada terms yang jarang kita dengar dan jumpa di sini, jadi saya sesuaikan dengan bahan-bahan yang ada dipasaran kita.


Good Time Cookies
Sumber: Andi Nurjannah


Bahannya
300gm mentega
100gm roombutter (mentega dalam tin yang disimpan dalam suhu bilik, bukan chiller) - saya guna mentega biasa aje semua
200gm palem suker (saya ganti dengan brown sugar)
1 sudu teh vanili - saya guna esen vanilla
1/2 sudu teh baking powder
1 sudu teh soda bikarbonat
5 biji kuning telur.
200gm gula halus
200gm kacang mente (gajus) cincang kasar - boleh guna jenis kekacang pilihan.
100gm kismis dipotong - saya guna blackcurrant
100gm chocolate chip.
250gm coklat collate dicairkan guna kaedah double boiler dan sejukkan (saya guna coklat masakan biasa)
Tepung gandum
 * resepi asal memang tidak disertakan sukatan untuk tepung.


Penyediaan
* Pukul mentega bersama gula perang dan gula halus hingga gebu.  Masukkan telur kuning sebiji demi sebiji.
*  Tambahkan esen vanilla, baking powder dan soda.  Guna kelajuan perlahan, masukkan coklat cair dan gaul sebati.  
*  Masukkan kekacang, coklat chip dan kismis. Gaul rata dan masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit hingga adunan jadi doh yang lembut, adunan tidak melekat pada sudu.
*  Kalau tak konfiden nak campur semua sekali adunan, ambil sedikit adunan dan campurkan sedikit demi sedikit dengan tepung.  Lakukan hingga adunan asal habis.
*  Gunakan sudu makan atau garpu dan sudukan sedikit ke dalam baking tray.
*  Bakar selama 20 minit dengan suhu 180'c atau mengikut kesesuaian suhu oven masing-masing atau sehingga masak.
* Sejukkan terlebih dahulu sebelum di masukkan ke dalam bekas kedap udara.

Good Time Cookies, bukan sekadar nama resepi tetapi sangat dekat pada sanubari.  It's a good time bersama orang-orang yang memberi kesan dan bermakna dalam hidup.  So untuk memaknakan dan melestarikan setaip perhubungan, kita metrainya dengan sesuatu yang boleh diingati dan dimanfaatkan.  Tak perlu benda-benda mahal, sekadar satu resepi begini juga mencukupi.  Diluar musim perayaan pun boleh disediakan, sebagai kudapan seisi keluarga ketika bersantai.
Sebenarnya, Good Time Cookies yang disediakan oleh pemilik resepi dulu masa beliau menjamu saya warna lagi hitam, pekat macam warna brownie.  Kenapa hasil air tangan saya ini warna coklat2 aje?, mesti ada tips yang saya miss ini.  Semoga Allah lanjutkan usia sepupu saya itu dan diberi kesihatan yang baik agar kami masih ada peluang untuk menimbah ilmu darinya.
Wassalam.