nuffnang_bid = "6d3fefaa2657f8901dfaPages

Showing posts with label Intai-Intai. Show all posts
Showing posts with label Intai-Intai. Show all posts

Tuesday, 9 June 2015

Oh Bulan....

Assalam...
Perjalanan ke Sungai Balang, Semerah hujung minggu lepas, disirami cahaya bulan Sya'aban ke-18.  Ketika masih di lebuhraya, dalam kenderaan yang bergerak perasan bulan mengambang cantik.  Terkadang bentuknya bersilih ganti kelihatan jelas atau terlindung dibalik awan pada tengah malam itu.  Agak sukar untuk mengambil gambar yang sempurna dalam kenderaan yang bergerak ditambah kurang mahir dengan kamera cap kapakku.  Peluang ambil gambar bulan lagi ketika puan driver minta berhenti dan berehat sebentar di kawasan tol Tangkak.








Betullah kata orang bulan sangat indah bila dipandang dari jauh dengan cahayanya yang terang.  Namun biarlah terus menjadi pungguk sebab bila mendekat, rupa bulan tak cantik, bulat dan menggerutu seperti bekas jerawat batu dimuka.  Seperti muka aku kah muka bulan itu?....
Wassalam.

Friday, 3 October 2014

Halaman Mak: Sumber Sayur, Buah & Bunga

Assalam...
Ini cerita balik kampung lagi hari itu.  Hampir seminggu di sana, tak pernah sekali pun beli sayur di pasar.  Setiap pagi akan tawaf keliling rumah untuk mencari bekalan sayur yang akan dimasak untuk makan tengahari dan malam.  Petik hanya kuantiti yang secukupnya untuk dimasak sekali, baru fresh.  Untuk keesokkan hari, buat rutin yang sama lagi.  Pokok-pokok yang ditanam ini memang tidak diletak sebarang baja.
Buah kedondong / ambra, buah yang sentiasa menarik tetamu untuk memetik, lagipun pokok ini terletak di tepi tangga saja.
Pokok bayam kampung, dah makin meraja tumbesarannya. 
Pokok cili yang macam segan hidup mati tak mahu jer lagaknya.  Tapi tersembunyi di sebalik dahannya banyak cili yang dah merah dan masih hijau.
Pokok kunyit yang tumbuh subur di sisi rumah.  Menunggu masa untuk digali dan diproses menjadi serbuk kunyit.
Pokok bunga kantan.  Bapak tunjuk hari itu, pokok yang dibawa dari Jerantut, Pahang baru hidup katanya. Ambil masa lebih kurang 2 tahun baru jadi macam ini.  Ingatkan hari tu dah tak hidup, sebab setiap kali balik akan menjengah ke tempat ini,  frust jugak sebab tak nampak tunas.  Mungkin tanah kawasan ini kurang sesuai untuk pokok kantan sebab bila musim hujan kawasan ini bergenang dengan air dan tanah menjadi padat bila kering.
Pokok jambu putih ini tak tau bila nak mula berbuah.  Lupa nak cek siapa yang tanam sama ada mak atau bapak.  Kalau bapak ok, sebab selalu pokok yang beliau tanam cepat berbuah.  Tangan sejuk kata orang.  Pokok kelapa pandan di penjuru lot pun dah belajar berbuah
Bunga mahkota berduri yang masih mendominasi, ada beberapa warna bunga yang dalam koleksi.  Suatu masa dulu, bunga ini menjadi kegilaan orang-orang kampung untuk menanamnya.  Itu yang mak pun terikut-ikut.
Nampak macam tinggal bunga ini saja yang terbela sebab masih boleh hidup subur walaupun kurang kasih sayang dari tuannya.
Wassalam.

Wednesday, 1 October 2014

Teknologi Semakin Canggih....

Assalam...
Terlihat satu post di FB tentang Instant Google Street View yang boleh direct rumah kita dengan hanya memasukkan nama jalan.  Ini kerana pihak Google Street View telah memetahkan 90% jalan-jalan utama di Semenanjung Malaysia.  Saya try masukkan nama jalan di kampung suami memang nampak clear, nasib rumah tu terperosok sikit dari jalan utama.  

Bila masukkan nama jalan kampung saya, takde plak.  Terlalu pedalaman sangat kot.  You all nak tengok rumah you all nampak ke tak cuma klik sini dan masukkan nama jalan.  Terang lagi bersuluh, mungkin kemudian hari boleh tengok mak pak kita tengah buat apa kat kampung sana.  Ada baik dan buruk bila terlalu canggih ini, apa pendapat anda tentang hal ini?
Wassalam.

Halaman Rumah Orang Polewali Mandar, Sulawesi Barat.

Assalam..
Mari saksikan suasana di sebuah perkampungan (Dusun Makkombong Timur, Desa Indu Makkombong), yang terletak di Kacamatan Matakali, Kabupaten Polman (Polewali Mandar), Sulawesi Barat.  Pekerjaan utama penduduk adalah sebagai petani yang mengerjakan sawah padi atau kebun koko, kelapa, sayur-sayuran dan buah-buahan. 
Bahan binaan rumah kediaman menggunakan kayu, batu dan zink.  Bentuk bumbung rumah yang tinggi dan mempunyai ciri khas.
Dalam satu rukun tetangga (RT) atau kawasan kejiranan (kampung) mereka diketuai oleh seorang Lurah (ketua kampung).  Setiap rumah diwajibkan untuk menghiaskan halaman dengan pokok-pokok bunga (terutama kawasan hadapan rumah) secantik dan sebersih yang boleh. 
Bagi yang mampu, pagar hadapan rumah dibina tembok batu dan mereka yang sebaliknya menggunakan pagar yang diperbuat daripada buluh.  Proses penggantian pagar akan dilakukan secara serentak di keseluruhan kampung.
Rumah-rumah kayunya dibina tinggi dan mempunyai ciri yang nyata iaitu tangga serta kolong rumah.
Bagi rumah kayu, setiap tiang rumah diletakkan diatas foundation yang kukuh dan tidak ditanam ke dalam tanah.  Ini menyenangkan mereka mengangkat dan mengalihkan sesebuah rumah rumah tanpa perlu untuk meruntuhkan strukturnya.
Jenis tanaman hiasan dan ramuan yang biasa ada di halaman rumah penduduk kampung.
 Anggerik (orkid)


 Gerbera



 Belimbing Buluh

 Durian Belanda
 Pisang Lemak Manis
 Mangga
Pokok Coklat (koko), kalau kita cakap koko orang sini tak kenal, mereka panggil pokok coklat.

 Ini penting untuk mendapatkan siaran TV.
Sumur / perigi / telaga - punca air utama atau back up di musim kemarau.

Extra dapur yang setiap rumah ada, terletak di sebelah belakang rumah atau pun dalam rumah.  Kategori apa ye dapur kayu macam ini wet atau dry kitchen?  Lebih sesuai dengan gelaran dapur tradisional kot.
Bahan bakar menggunakan kayu, sabut atau arang.
Takdelah jauh sangat beza dengan suasana kampung kita di sini kan.  Tanaman hiasan dan sekeliling rumah pun hampir sama dengan rumah kampung kerana terletak di kawasan iklim yang sama.
Wassalam.

Sunday, 28 September 2014

Penempatan Nuri Baru, Makassar.

Assalam...
Sekarang bandar-bandar di negara kita boleh dikatakan bersih daripada penempatan setinggan hasil daripada pembangunan semula kawasan bandar.  Kalau diimbas kembali 15 ke 20 tahun dahulu, keadaan setinggan masih menjadi isu dan membelenggu di bandaraya Kuala Lumpur seperti kawasan Kerinchi dan Abdullah Hukum.  Nak tahu setinggan wujud bagiamana bolehlah minta tolong pakcik google.  Wujud akibat penghijrahan penduduk yang kurang berdaya saing dari segi pendapatan untuk mendiami unit-unit perumahan terancang di dalam bandar.  Terdapat juga penempatan yang merupakan kampung asal bagi penduduk yang mendiami kawasan itu sejak berdekad lalu dan terletak di dalam kawasan bandar.  
Ini salah satu kawasan petempatan yang bekepadatan tinggi. Terletak di tengah-tengah bandar Makassar.  Yang Jakarta punya lagi dasyat dari ini.
Bahan binaan bangunan daripada bahan kekal batu dan konkrit dan separa kekal kayu, plastik, kotak dan zink. Atap bagunan pula rata-rata menggunakan atap zink.
Julat perbezaan pendapatan amat ketara dan boleh disaksikan melalui bentuk rumah yang mereka miliki.  Bagi yang bekemampuan boleh mendirikan bangunan mereka bertingkat-tingat.  Sementara yang kurang mampu kekal dengan rumah yang rendah.
Kanak-kanak sekolah rendah.
Salah satu kedai runcit yang ada.
Lorong sempit ini menjadi laluan utama untuk ke unit-unit rumah yang terletak jauh ke dalam.  Orang comey-momey susah nak lalu, nasiblah orang-orang sini jarang yang terlebih obes.
Piring parabola memang banyak, setakat besar cam piring astro tu, orang sini tak pandang takde kelas agaknya.
Ini pemandangan biasa bagi kawasan setinggan.
Sungai keruh, lesuh yang tengah parah dan senak, menjadi laluan bot-bot kecil dan menerima sampah sarap penduduk.
Dalam masa kurang sejam, duduk sambil memerhati ke arah sungai tersebut.  Lebih 10 orang yang menghampiri sungai untuk membuang sampah mereka, ada bot dan sampan yang lalu.
Tidak jauh dari sini tersegam indah Trans Studio, indoor theme park terbesar.
Dalam lingkungan kurang satu kilometer, terlalu banyak bangunan masjid dan menara yang pelbagai bentuk.
Then bila masuk waktu solat memang bersahut-sahutan bunyi azan dari masjid-masjid ini.  Kebanyakkan masjid dibina hasil sumbangan orang ramai dan NGO.
Kebanyakkan penduduk yang tinggal di sini merupakan pemilik-pemilik bangunan rumah ataupun penyewa.  Ramai jugak yang membina rumah yang dilengkapi dengan banyak bilik untuk disewakan.
Menurut sumber yang diperolehi status penempatan mereka di sini, di kira sebagai rasmi kerana mereka membayar sejumlah wang  tahunan kepada pihak berkuasa dan setiap bangunan yang mereka dirikan mempunyai sijil (certifikat).  Kalau di sini lebih kurang sistem tol atau LM (lesen memduduki sementara) bagi mereka yang mendiami tanah rizab kerajaan.
Wassalam.