nuffnang_bid = "6d3fefaa2657f8901dfaPages

Showing posts with label Nuffnang. Show all posts
Showing posts with label Nuffnang. Show all posts

Sunday, 25 December 2016

Take a Break: Jalan-Jalan Ke Kelantan


Assalam...
A short vacation kalau boleh dikategorikan sebagai vacation lah.  Perjalanan kami ke sana bermula dari Pahang, tujuan utama nak pergi ambil barang adik yang tamat belajar di kolej di Kota Bahru.  Sambil menyelam sambil minum air, my mak mertua pun ada agenda untuk ke kawasan bebas cukai Pangkalan Kubor membeli kawah, periuk dan segala macam yang menjadi pesanan pelanggan dia di kampung.  Sebenarnya dia selalu pergi sini, tapi kalau pergi naik bas barang kecil-kecil saja yang boleh dibawa balik.  Jadi petang itu jugak kami terus ke Pengkalan Kubor sebelum kawasan bebas cukai tutup jam 5 petang.  Lepas Pengkalan Kubor baru singgah di rumah adik mak mertua di Tumpat, Kedai Buloh dan Jalan Banggol.



Keesokan hari kami ke Kedai Buluh, mencari sarapan nasi berlauk, kuih dan beli keropok di kilang.   Keropok keping pula habis stock beli keropok lekor saja, hanya dapat memandang keropok yang masih berjemur di laman saja.


Tengah hari berjalan-jalan hingga ke Kuala Besar, di penghujung tu ada pengkalan nelayan dan pasar ikan.  Kalau datang awal pagi (waktu subuh) boleh lah tengok aktiviti memunggah ikan dari kapal yang baru balik dari laut.


Sebelum beredar dari Kedai Buloh kami singgah di kawasan medan ikan bakar Kedai Buloh yang terletak di tepi sungai Kelantan.  Siang-siang takde lah nak pekena ikan bakar, tapi kami nak rasa teh madu pokmak yang tersohor tu (Warung Pak Mat Pulau Pisang), yang penuh buih-buih, kalah buih sabun super busa. 


Sebab kami masih kenyang lagi bersarapan nasi berlauk jadi kami hanya minum teh dan makan keropok penyet.  Keropok tu beli kat gerai lain, rupa keropok tu nampak buruk kan tapi rasanya sedap.  Dalam keropok tu ada sayur, tak tahu sayur apa, tapi memang sedap sangat.  Lain kali ada rezeki datang lagi boleh try sup kepala ikan merah di Warong Pak Mat ini, sup kepala ikan merah tu kira signature dish dia kat sini.


Lepas ambil barang Naimah di kem Kijang, dia bawa kami singgah sini dulu.  Isi minyak katanya, kedai makan febret dia masa belajar dulu sebab murah.


Pekena nasi di kedai ini sebelum balik, kedai tepi jalan menuju PCB sebab kami plan perjalanan balik Pahang tak akan singgah lagi kecuali untuk isi minyak.  Nasi itu RM2.00 saja murah kan, sebab tu Naimah namakan kedai ini kedai 2 ringgit.



Perjalanan nak keluar dari kawasan bandar Kota Bahru tu memang hasap lah jugak sebab jalan jem.  Sempat terlelap beberapa kali dalam jem, 4 ke 5 jam baru sampai Gua Musang, nak speed memang tak boleh sebab kenderaan banyak dan jalan sempit.


Petang tu selamat sampai rumah tepat jam 8.00 malam.
Wassalam.

Thursday, 8 January 2015

GST - Memahami yang tersirat.

Assalam...
Perlu hadiri seminar GST untuk semua key person dari setiap subsidiaries.  Berlangsung di ibu pejabat, berkesempatan bertemu dengan mereka yang selama ini hanya berurusan melalui email atau talefon sahaja.  Sebelum ini personel yang dari finance dan account dah pergi seminar anjuran kastam dan eksais diraja.
Saya memang suka tentang ilmu baru lebih-lebih lagi sebab bukan dari latar belakang accounting, perlu difahami betul-betul tentang gst sebab banyak benda yang tersirat disebalik yang tersurat. Dikatakan modul GST Malaysia adalah unik berbanding dengan negara lain seperti Singapura atau United Kingdom.  Mengikut acuan sendiri kot.  Beli buah apel memang tiada GST, tetapi bila dah bertukar menjadi jus perlukan GST. 
Seterusnya hari kedua perlu menghadirkan diri untuk taklimat dan presentation account system.  Orang lain dah berkurun, version dah beberapa kali bertukar tapi kami baru nak bertatih., tapi tak apa tiada istilah "never too late, never too old". Moga-moga senang nak resap ilmu baru ini.  Hari ini saya belajar satu slogan.
" Kerja Pakai Akal Bukan Tangkal". 
Wassalam..

Tuesday, 30 September 2014

25 Sen Bagai 25 Juta Oleh Nuffnang

Assalam....
Ini cerita saya mula-mula buat blog, tak reti sebenarnya nak mula dari mana, tapi nak juga ada blog tu yang cuba-cuba.  Tahun 2008 dah ada blog.  Adalah up empat lima entry, tapi lama tak buka jadi password pun lupa.
Dalam cuba, try test tu...belajar dari blogwalking memang banyak.  Setiap kali masuk blog orang lain suka tengok assesori kat blog depa macam muzik, bunga-bunga, banner, iklan, layout blog. termasukkah iklan NUFFNANG.  Dari situlah saya belajar macamana nak adakan semua-semua tu dalam blog.  Boleh kata semua nak letak sampailah ada yang komen, blog susah nak buka sebab berat kerana rambu ramba sangat.
Tang nuffnang tu lagi best.  Tak tau apa benda nuffnang tu.  Hampir semua blog ada iklan nuffnang ini, saya pun mulalah search daripada blog-blog yang buat cerita pasal nuffnang ini.  Oh boleh dapat duit rupanya bila letak iklan.  Mula-mula memang tak percaya langsung.  Tapi sebab exited nak mencuba, nak mencari kebenaran, try jugak letak ikon tu.  Lepas letak selalulah login nak cek ada masyukkk ker tak, hari pertama, minggu pertama memanglah takde.  So malaslah nak cek lagi, tipu ah.  

Sampai satu masa try login lagi.  Bling bling blinggg and berbintang-bintang mata saya sebab ada 25 sen dah credit dalam akaun.   Hahahaha 25 sen aje ponnn, tapi gembiranya hati mengalahkan orang menang lotery bernilai 25 juta.  Lepas tu baru percaya, then wondering berapalah agaknya blog otai-otai yang berjuta-juta pengunjung, pengikut dan entri meletop tu dapat dari nuffnang?  Mesti banyak gilerr kan. 
Wassalam.