nuffnang_bid = "6d3fefaa2657f8901dfaPages

Showing posts with label Shellout. Show all posts
Showing posts with label Shellout. Show all posts

Monday, 9 October 2017

Lao Mandre: Shellout Kapal Pecah di Restoran Selera Timur Nasi Hungga


Assalam...
Kali kedua kot makan shellout kat luar, selepas pengalaman pertama bershellout yang macam trauma sikit.   Pergi sini, sebab ada beberapa blogger hebat yang dah pergi dan baca review mereka pun kata ok, semua recommend tempat ini.  Lagi satu kira dekat dengan tempat tinggal.


Kami sebenarnya nak bawa bapak keluar makan, selalu lepak mamak jer.  Sengaja kami nak tengok respon dia bila ajak makan cara begini.  Orang tua faham-faham saja lah. 


Kami order set 1 untuk makan seorang hingga 2 orang.  Tak perlu banyak-banyak sebab sebelum tu dah makan durian sebiji (share 3 orang).  Bapak pun kalau makan sikit jer lauk, cuma nasi kena lebih.  Orang kampung yang biasa kerja berat memang macam tu.


Selepas buat order, pelayan resto terus pasang kertas atas meja.  Bapak perati saja tanpa berkata apa-apa, agaknya dia fikir orang tu nak letak sapra kot.  Tapi nampak macam dia asyik pandang-pandang jugak meja sebelah yang tak diperlakukan sebegitu.


Kemudian satu persatu lauk di bawa bersama nasi dan dilonggokan dihadapan kami.  Beliau senyum-senyum sambil berkata dengan perlahan pada kami, "kenapa ndak ada piring kah mau pakai makan".   Hahahaha.  Nampak dia serba salah juga dia nak makan pada mulanya.  Kami hanya cakap, ini fesyen baru pak orang bandar makan, makan lah.


Kami order lauk tambahan kangkung belacan dan siakap stim (xde dalam gambar sebab sampai lambat terus ngap saja).


Kalau tak nak makan style shellout tu, banyak lagi menu lain (makanan panas) yang boleh di pilih.  Ada tanya-tanya tokeh restoran ketika bayar bil, sebelah siang mereka ada menyediakan nasi berlauk.  


Memang puas hati jika makanan sedap dan berbaloi dengan harga yang kami bayar.  Lebih murah dari makan sebiji durian (makan sebelum tu) yang rasa entah apa-apa, dah lah semasa makan durian tu inform kat penjual akan rasa durian yang dia jual, dia boleh buat dek jek.  Kalau makan kat gerai bangsa lain, mesti dia ganti sampai kita puas hati, itulah beza cara orang kita berniaga (segelintir bukan semua). 


Sesiapa yang nak cari tempat makan shellout yang berbaloi dengan budget, bolehlah ke sini.  Nak cari tempat tu mudah, guna google jer.
Wassalam.

Wednesday, 1 March 2017

Lao Mandre: Dinner Ketam Di Semporna


Assalam...
Sambung kisah makan lagi, begitulah hidup ini mana boleh dipisahkan dengan makanan "makan untuk hidup".  Ini kisah malam pertama sampai di Semporna, semua pun blur masa sampai tu yang ingat dalam kepala otak nak cepat check in dan berehat di Dragon Inn yang kami tempah secara online sebelah paginya.  Sebelum menapak ke check in kaunter (agak jauh meniti jambatan) kami di sambut dengan penjaja seafood segar di hadapan penginapan.  Tiba-tiba jer mata jadi segar semula tengok ketam, udang lipan dan ikan-ikanan semua.


Lepas uruskan pasal check in, kami keluar semula dari hotel untuk mencari makanan di restoran berdekatan.  Brother yang jual ketam masa masuk tu masih ada di resort dan offer kami 2 ikat ketam segar dengan harga murah.  Sampai di restoran (lupa nama) yang berdekatan, kami meminta orang situ tolong masakkan ketam-ketam tu.  Mereka bagi cadangan 2 menu untuk masak ketam iaitu sup ketam dan ketam goreng.



Menu tambahan yang kami order daripada restoran, sotong goreng tepung.  Maaf terlupa sangat nama restoran tu, tapi tak jauh daripada penginapan kami di floating hotel Dragon Inn.


Sayur pun tak lupa, walau hanya sayur campur char chay simple macam tu tapi rasanya sangat sedap.  Macam sesuai sangat padanan lauk kami malam itu.



Dengan brother ini lah kami beli ketam semalam dengan harga murah.  Brother ini juga yang bagi cadangkan pada kami, untuk kami bawa ketam yang dibeli tu pergi mana-mana restoran dan minta chef restoran masakkan.  Kami beli 2 ikat yang macam kat tangan beliau tu dengan harga yang sangat murah kerana beliau hendak menghabiskan jualannya malam. 



Malam itu memang relakan saja jika sakit allergic datang menyerang akibat memakan ketam, yang penting puas hati.  Geli hati melihat gelagat rakan-rakan malam itu nak merata ketam.  Harus mula dari mana?, ada yang kurang tahu teknik nak keluarkan isi ketam, dan ada yang sekadar mencicipi rasanya.



Next time ada rezeki datang sini lagi boleh lah kita rasa makanan laut yang lain pula.  Yang rare dan ada macam-macam dijual segar oleh penjaja atau di pasar dekat jeti nelayan.
Wassalam.

Tuesday, 2 August 2016

Shelloutku yang Pertama...


Assalam...
Cara makan hidangan sebegini di panggil shell out ya?  Kaedah menghidang makanan yang menjadi trend terkini.  Lauk yang terdiri daripada campuran makanan laut dan yang bercengkerang dihidang secara dilonggok di tengah-tengah meja.  Ada orang kata, shell out tu nama restoran yang mula-mula buat hidangan cara ini kemudian melekat nama tu, walaupun restoran tu nama lain dan di tempat lain.  Kira macam mee segeralah, makan jenama lain tapi still orang sebut makan maggi.  Lebih kurang gitulah mengikut pemahaman saya.  Konsep makan cara begini kalau fikir-fikir macam konsep hidangan nasi ambeng atau makan dalam dulang pun ada.  Trend ini pun cepat tersebar kalau nak tahu dah sampai ke kampung saya pun. Cuma balik hari itu tak sempat pergi mencuba.
 

Ini kami makan di restoran Periuk Belanga Kelana Jaya, mulanya kami datang nak makan soto ayam yang best di sini.  Bila belek-belek buku menu, aik kat sini pun ada buat shell out, itu yang kami cuba tu.  Menu shell outnya dimasak sambal.  Agaknya mengikut konsep restoran itu sendiri yang terkenal dengan hidangan melayu Johor terutama asam pedas.   


En.Abe makan laju lepas itu terus berhenti makan dan order air lagi.  Ingat dia malas nak perisi segala kerang-kerangan tu, tapi sebab dia kepedasan.  Dia memang jenis tak tahan makan makanan pedas, dah cuba banyak kali tapi tak boleh.  Disebabkan tak mahu membazir saya pulun habiskan juga, walaupun air hidung dah meleleh.



Lepas ini, kalau nak merasai nikmat shell out sebenar kena try di tempat lain kot.  Style masak yang lain, western style atau chinese style ker. 

Wassalam.