Tuesday 30 October 2012

Nasi Goreng Lala Tomato


nasamulia
Nasi Goreng Lala Tomato
Alhamdulillah, syukur Mulia dijodohkan dengan orang yang suka menolong di dapur.  Kerja suami pun memang dekat dapur sentiasa, so tak kekoklah nak masuk dapur.

 Tapi rata2 mereka yang bekerja di dapur ini, klau kat umah nak merasa air tangan isteri jugak.  Walaupun ditakdirkan dapat isteri yang tak berapa nak sedap bila masak. Ini cerita berkenaan lelaki yang bekerja tukang masak.  Sebab ramai yang beranggapan bila suami kerja sebagai tukang masak, si isteri mesti senang sebab kerja masak-masak kt umah serah kat suami.  Tapi yang sebetulnya kerja memasak lagi  mencabar dan susah sebab klau isteri silap cara dan teknik.  Yang ariff sentiasa ada sebagai judge rasa kuranglah, warna x berapa nak cantiklah, persembahan hambarlah dan macam2 lagi.   

Tapi bagi Mulia, semua itu kena ambil sebagai positif sebagai pembakar semangat untuk perbaiki mutu masakan kita sehari2.  Klau takde orang yang bagi komen, kita ingat itulah yang paling bagus (syok sendiri jadinya) dan sampai bila2 pun takde perubahan.

nasamulia
Hidangan Sepinggan Lengkap
Kebiasaan kami waktu malam, hidangan ringkas saja.  Paling mudah buat hidangan sepinggan lengkap macam Nasi Goreng Lala Tomato ini.  Dah lengkap dengan zat makan khabohirdat, vitamin C, protein dan mineral dan fibre.  Selalu memang kami sediakan sepinggan jer untuk dua orang.  Biar makan tu kata orang sepinggan bukan sebab takde pinggan tapi nak kan kemesraan yang bertambah.

Nasi Goreng Lala Tomato
2 mangkuk kecil nasi
2 biji tomato dipotong dadu
1/2 batang carrot diracik
2 biji bawang kecil dihiris
2 biji bawang putih dihiris
200gm isi Lala
1 biji telur
1 biji timun dihiris
Garam
sedikit lada sulah
sedikit ikan bilis goreng
Minyak untuk menggoreng.
  • Tumiskan bawang, agak kuning masukkan isi lala dan sayur2an.
  • Masukkan telur dan kacau rata. Masukkan garam, lada sulah dan serbuk perasa.
  • Masukkan nasi, goreng dengan api yang kuat sehingga kering.
  • Hidang dengan hirisan timun dan ikan bilis.
Taraaaaaaaa.  Nasi goreng lala tomato dah siap. selamat menjamu selera,



Spaghetti Ala Dente Cencaluk Suamiku

nasamulia
Spaghetti Ala Dante - Cenceluk
Salam, pelik bunyi resepi suamiku ini? inovasi west to east ker?...ape2 jelah, yang penting tekak kami berdua boleh telan dan mengeyangkan.  Ini antara kegemaran suami Mulia, suka mencuba makanan yang rasenya agak lain dari yang biasa.  Spaghetti seafood, olio, carbonara, marinara or bolognese memang biasalah kita dengar kan?. Nak keluar dari kebiasaan beginilah jadinya - Spaghetti Ala Dante Cencaluk. Dengar nama je agak2 orang Itali nak makan tak, makanan ruji mereka yang dah dimodified ini?.

nasamulia
Nampak mcm menyelerakan - Memang sedap pun, tak percaya cubalah!
Cara nak sediakan spaghetti ni senang jer. Tumis dan main campak2 jer bahan2 tu galam kuali, gaul2 dah siap.  Pada sape2 yang nak cuba resepi kt bawah nie

Spaghetti Ala Dente - Cencaluk

Spaghetti 100gm - celur tp jgan sampai terlalu lembik
1/2 batang carrot - potong kecil2
1 biji bawang besar - hiris
3 utas kacang panjang - potong kecil
1 biji tomato - hiris kuib
1 sudu cencaluk - bagi yg suka masin lebihkan sedikit
1 biji limau nipis - perah untuk jus
sedikit oregano
sedikit chilli flake - boleh jugak ganti dengan cili padi
Minyak zaitun untuk menumis.

*Tumiskan bawang, masukkan cencaluk, perahkan asam limau, masuk carrot, kacang panjang dan tomato.
*Masukan sedikit air lebih kurang setengah cawan dan biar mereneh sekejap.
*Masukan Spaghetti, oregano dan chilli flake.  Gaul rata dan letak perasa. Angkat dan hidang.

nasamulia
Selepas 10 minute - dah licin
Penggunaan limau nipis untuk memotong rasa masin cencaluk, bagi yang suka rasa masam, boleh lebihkan jus limau.  Selamat mencuba.


Monday 29 October 2012

Cucur Ikan Bilis bersama kopi 'O' dikala hujan gerimis

nasamulia
Cucur Ikan Bilis Cicah dengan Sambal Kicap
Assalam, dah seharian hujan kat luar. Plan gi raya umah member terpaksa ditunda, tunda ke malam nie plak.  tiupun kalau ujan tak turun.  Petang2 nie, teringin nak makan cucur plak. Nasi Impit dan lodeh ada lagi kt dapur, tapi tekak selera benda lain plak. En. Hubby pulak kerja hari ini. Tinggallah Mulia sorg2 kt umah nie. Bosan pun ada, dah cuba baca buku yang ada, tp masalah lain plak datang, x sampai separuh muka surat, kantuk yang x boleh ditahan2... tak boleh jadi. Tido dah banyak sangat, kepala pun dah rasa biul, mabuk tidur....so jom jenguk2 ada apa kt dapur....bahan2 ape yang ada tuk wat cucur idaman tekakku ini....hehehe

Wednesday 24 October 2012

Buah Salak oh Buah Salak....Apa Yang Istimewa?

nasamulia
Buah Salak - hasil tanaman bapak
Salam sejahtera semua, hari ini terase nak mengimbas zaman kanak2 dan remaja.  Tapi apa kaitan zaman kanak2ku dengan buah salak...itulah yang Mulia nak kongsi dengan semua.  Mak bapak Mulia dulu buat kerja2  kampung dengan berkebun. Buah-buahan kampung mmang tak heran masa tu, setiap hari boleh dapat.  Buah salak, rambutan, mangga, sentul, manggis, buah susu (avacado), nangka, limau bali, pisang, jambu, cempedak, tarap, x payah cita semualah wat kecut air liur jer.  Paling koman kalau takde musim buah pun buah jambu dan pisang ada lagi.

Salak (sallacca edulis. sp, family palmea) antara pokok yang menjadi pilihan untuk bapak tanam dikebun, agaknya bapak tahu Mulia ini suka makan buah salak kot.  Tapi klau dah tanam banyak pokok tu, nak makan pun dan terlebih dan tak habis, so jawapnya mak Mulia akan jual kat pasar Sandakan. Mulia mmg suka sangat makan salak sebab rasanya yang manis, masam dan kelat2. Kat kampung dulu salak yang mulia kenal semua yang fresh, takde yang jeruk mcm sekarang nie. Masa tu ingat makan jer, tak perna plak terfikir nak kaji ape khasiat buah salak tu.  ingat sedap masuk tekak jer, sebab tu klau org hidang buah salak sebagai sarapan pun Mulia ok je ...hehehe.

Indahnya masa tu, kadang2 tu berangan-angan masa petik buah2an tu, mcam petik buah epal or anggur kt negara orang putih.  Angan-angan jerlah, takpe yang penting indah dan free..hehehe. Tapi kini tinggal kenangan, mak bapak Mulia pun dah tua, dah tak larat nak berkebun.  Klau nak makan buah2an kena petik kat pasarlah jawabnye, tu pun kadang buah2 esotik yang kita makan masa kanak2 jarang nak jumpa .  Begitu indah zaman kanak2 yang memang mustahil untuk dinikmati kembali.


Benih salak yang ditanam oleh orang kampung, di datangkan khas dari Indonesia, Orang kampung Mulia kebanyakkan migrat dari sana zaman sebelum Sabah merdeka lagi. Mmmg ramai yg tanam pokok nie kt kg Mulia, dorg tu boleh digelar tokeh salak, sekali tuai bertan-tan. Di sandakan buah salak segar dijual antara harga RM1.00 ker RM3.00 per kg, murah kan! klau banding harga kt Semenanjung nie harga dah RM5.00 ke RM8.00 per kg.  

Zaman belajar dulu pun, Mulia selalu bawa buah salak dari kampung untuk kawan2 sebagai buah tangan.  Kawan2 Mulia mmg suka sgt, yang dari Johor, Kelantan, Melaka dan Kedah siap kumpul biji untuk tanam kt kampung masing2. Siap bagi tunjuk ajar pada mereka cara2 nak tanam dan kahwinkan pokok salak.  Syukur Alhamdulillah, Allah bagi peluang pada Mulia plak merasa hasil buah salak yang ditanam di kampung sahabat baik Mulia, Kg. Sungai Balang Besar, Muar Johor. 

Klau nak kn pokok salak menghasilkan buah yang lebat, pokok salak kena kahwinkan.  Eh ingat orang aje ke kena kahwin utk membiak...pokok salak pun sama.  Pengalaman ni, Mulia dapat free je...berkat rajin ikut mak ke kebun kahwinkan salak.  Bila pokok salak betina mengeluarkan bunga (debunga sedang mekar warna merah kekuningan), bunga dari pohon jantan diperlukan untuk pendebungaan.  Cara dia senang jer, ambik bunga jantan dan letakkan di atas debunga betina tadi. Baru buah jadi banyak berbanding dengan proses pendebungaan yang bergantung pada keadaan semulajadi seperti ejen kumbang atau angin.

Rasanya yang sedap mengatasi rupa salak yang hodoh dan bersisik seperti ular. Subhanallah. Segala puji-pujian hanya padamu Ya Allah yang telah mencipta alam dan sekalian isinya.  Bukan hanya dengan dapat merasa kelazatan buah salak. Disebalik itu terkandung pulak khasiat yang banyak seperti kalsium, betakarotin, tanin saponin dan flavonaida.

Menurut beberapa kajian, betakarotin yang terkandung dalam 100gm isi salak melebihi buah-buahan lain seperti mangga, jambu dan tembikai.  Yang mana zat ini adalah baik untuk mata, oleh itu sekiranya sebelum ini kita obses tentang pengambilan carrot dalam diet untuk tujuan ini, salak adalah alternatifnya.  Kandungan tanin pulak adalah baik untuk mengatasi masalah cirit birit.  Kulit nipis (kulit ari) yang bertindak sbg lapisan pada isi salak, merupakan serat yang tinggi, jadi klau seblum ini kita buang kulit ari tu, eloklah mkan saja buah salak tanpa membersihkannya.

nasamulia
Muka teruja - 1st time jumpa buah salak
Bagi pengamal perubatan tradisional dan herba, kulit salak dan daun pokok dipercayai dapat memperbaiki  tekanan darah tinggi, kencing manis dan buasir ringan.  Pengidap buasir diperingkat awal boleh diatasi dengan meminum dua sehari air rebusan daripada daun salak dengan menambah gula merah.  Bagi pengidap kencing manis dan tekanan darah tinggi, boleh mengamalkan meminum air rebusan kulit buah salak sebanyak 1 liter sehari dan lakukan berturut-turut selama 2 minggu. InsyaAllah, penyembuhan sesuatu penyakit datangnya daripada Allah SWT, kita manusia hanya perlu beriktiar.

Bagaimanapun, terdapat golongan yang perlu menghindarkan pengambilan buah salak yang banyak dan berterusan.  Ini terutama pengidap penyakit yang perlu mangamalkan diet rendah serat, penyakit usus dan pengidap talesemia kronik. Kandungan zat besi yang tinggi dalam buah salak akan mengakibatkan mendapan Fe dalam organ seperti limpa.

Begitulah kaitan kisah Mulia dengan buah salak....
nasamulia
Bapak tengah petik buah salak - guna tangan jer.

nasamulia
Alhamdulillah, bapak masih sihat untuk mencari buah salak untuk Mulia



Kuih Jompo-Jompo

nasamulia
Beppa Jompo-Jompo (Kuih Jompo-Jompo)
Assalamualaikum wbt, kali ini Mulia nak share satu resepi masyarakat Bugis yang dikenali sebagai Kuih Jompo-Jompo (bahasa Bugis).  Jompo dalam bahasa Bugis bermakna muncul atau ada.  Dalam tradisi orang Bugis, kuih ini selalunya dibuat khas untuk orang yang hendak membuat perjalanan yang jauh atau berpergian ia merupakan simbolik sebagai doa semoga orang itu selamat dalam perjalanan dan selamat kembali ke kampung halaman.  Begitupun, amalan adat ini mungkin hanya dipraktikan oleh golongan tua yang masih berpegang teguh dengan kepercayaan lama.

Namun peredaran zaman telah mengubah cara berfikir dan bertindak masyarakat dari segi tujuan pembuatan.  Selain sebagai hidangan manisan untuk keluaraga, ketika ini kuih tradisi ini telah komersilkan dan boleh didapati daripada penjual kuih.  Kuih ini mungkin agak asing dari segi namanya sahaja, kerana lain suku kaum maka lainlah nama dan sebutannya.  Selain menjadi kuih tradisi masyarkat Bugis, kuih ini turut dikongsi oleh suku kaum lain seperti Brunei (Penderam), Bajau, Suluk (Penyaram) dan Melayu (Cucur Jawa).

Perbezaan kedudukan goegrafi masyarakat, tidak mempengaruhi cara pembuatannya.  Perbezaan kecil hanya boleh dilihat dari segi sukatan bahan-bahan, dan teknik mengadun bahan-bahan. Membuat kuih jompo-jompo agak leceh (banyak pantang larang) berbanding dengan kuih lain.  Pantang Larang adalah seperti bahan2 yang hendak diguna tidak boleh terlebih atau terkurang, minyak untuk mengoreng tidak perlu terlalu banyak atau panas, sehingga bentuk kuali dan kebersihan turut diaambil kira.  Pendapat Mulia pula, kemungkinan orang lama yang membuat kuih ini, tidak mempunyai sukatan yang tepat dan ilmu yang diperturunkan segara agak-agak menjadikan si pembuat sukar untuk mendapat hasil yang memuaskan.

Oleh kerana Mulia memang gemar kuih ini, tak kisahlah banyak pantang larang atau tak, Mulia lagi teruja hendak mencuba dan membuatnya.  Klau berjaya membawa maksud yang positif, klau tak kena cuba dan cuba lagi.  Sebenarnya mak Mulia dulu kira antara yang terror dalam pembuatan kuih ini, tapi tak pernah nak belajar pun.  So dah tiba masa Mulia plak perlu belajar dan membina nama (tinggi sungguh angan2 - dapat pujian dari si tukang rasa en. hubby dah puas hati).

 Mulia x ambil resepi dari mak, sebab macam susah jer cara nak bancuh.  Resepi yang mulia guna ini adalah hasil tinjauan daripada beberapa resepi daripada internet.  Untuk percubaan pertama Mulia, ambil resepi yang simple2 bersama tipsnya sekali.  Inilah hasil kuih jompo-jompo yang mulia dapat hasilkan.
nasamulia
Jompo-Jompo - Percubaan pertama kali

nasamulia
Tekstur dalam yang berongga

 Resepi - Kuih Jompo-Jompo
2 cawan tepung beras (cap teratai)
2 cawan tepung gandum (tak kira cap)
2 cawan gula merah
2 cawan air
Minyak untuk mengoreng.

- Gaulkan tepung sekali dan klau nak rase lemak letak sedikit garam (hari tu Mulia terlupa plak nak letak)...hehehe.
- Larutkan gula dengan air (Mulia masak sehingga larut, then tunggu sejuk sket baru gaul dengan tepung)
- Gaul sebati semua bahan then biar selama 1 jam ke 4 jam kemudian goreng.  Seeloknya adun ketika malam, pagi esok baru goreng. (Mulia hari tu lepas sejam dah start goreng).
 - Tuang sedikit adunan ke dalam kuali dan goreng.
nasamulia
Gula yang telah dicarikan

nasamulia
Campuran tepung
nasamulia
Biarkan sdunan sekurang2nya 1 jam sebelum mula menggoreng

nasamulia
Lelehan adunan keluar ketika menggoreng sebagai salah satu tanda kuih jompo-jompo yg dibuat sempurna

nasamulia
Proses menggoreng - minyak tak perlu terlalu banyak

Hubby Mulia kata, "erm lembut dan sedap daripada yang kita beli kat pasar malam tempoh hari"...nampak gaya, akan datang kena buat lagi dan harap2 hasilnya lebih baik.. Alhamdulillah

Wednesday 17 October 2012

Mabbaju bodo pura tokko anak ugi ea - Anak Bugis berbaju "Bodo"

 Persalinan Baju Bodo
Salam Rabu, hari ini nak cita bercerita tentang "Baju Bodo", bunyi cam kelakar je kan, napelah bukan baju pandai?,..hehehehe, apa-apepun dalam bahasa bugis "bodo" tu tak bermaksud bodoh.

"Baju Bodo" adalah pakaian tradisional masyarakat Bugis khas untuk kaum wanita.  Baju ini berbentuk segi empat dan tidak berlengan.  Selalunya fabrik yang digunakan untuk membuat "Baju Bodo" daripada material yang nipis dan jarang seperti kain muslin "kasa" dan ada catatan yang mengatakan bahawa busana ini adalah antara yang tertua di dunia.  Ini bersesuaian dengan sejarah perkembangan kain muslin yang telah digunapakai di Sulawesi Selatan ketika abad ke-9 lagi, berbanding kain ini hanya dikenali di Eropah ketika abad ke-18.  Menurut sejarah, warna baju bodo yang dipakai melambangkan peringkat umur dan  taraf sosial wanita bugis ketika itu;

Warna Makna
Jingga dipakai oleh kanak-kanak perempuan berumur 10 tahun.
Jingga dan merah digunakan oleh gadis berumur 10-14 tahun.
Merah bagi wanita berumur 17-25 tahun.
Putih digunakan oleh para inang dan dukun.
Hijau khas untuk wanita berketurunan bangsawan
Ungu dipakai oleh para janda.                                               
















(Sumber Wikipedia).





Selalunya kain bawahan untuk baju bodo dipadanan dengan Lipa Sa'bbe (kain sarung sutera) yang warna yang senada dan di ikat di sebelah belakang atau separuh di sebelah kiri, manakala lebihan kain yang tidak diikat, dipegang atau dikepit oleh tangan kiri.

Ketika ini peranagn baju bodo telah diambil alih oleh baju kebaya atau pakaian moden lainnya.  "Baju bodo" hanya dipakai ketika majlis-majlis keraian seperti majlis perkhawinan. Mereka yang memakai baju bodo pulak terhad pada pasangan pengantin, passeppi (kanak-kanan pengapit) dan penyambut tetamu.



Baju Bodo - Pakaian Adat Tradisi Bugis


Pada majlis perkahwinan Mulia baru2 ini, ikut hati Mulia dengan suami tak nak bersanding, tetapi keluarga Mulia beriya2 nak tengok kami sanding.  Pujukan dengan kata2 yang begitu menyayat hati, "Mulia anak tunggal, dah lama semua keluarga menunggu saat ini"...inilah antara ayat yang tak boleh tahan. Akhirnya kami terpaksa akur, untuk bahagiakan hati semua orang.

1st thing in my mind bila dah setuju tu, nak pakai baju adat Bugis.  Almaklumlah keturunan Bugis pure, mesti nak merasa sekali seumur hidup pun jadilah.  Suami mengikut saja pilihan Mulia, tapi sampai bab pilihan warna baju tu yang sedih, mula nak pakai warna yang senada dengan pelamin, tapi apakan daya, saiz badan kami berdua tidak mengizinkan....so tu yang jadi warna biru nie....pulak tu warna yang kami pilih tidak  disertakan dengan baju pengapit. Bagi Mulia, walaupun majlis kami tidak mengikut adat perkhawinan Bugis sebenar, sekadar memakai Baju Bodo dah cukup.

Kesian jugak Mulia pada suami yang bukan berketurunan bugis, agak kekok ketika mengayakan busana tersebut. Walaupun kekok dan asing, namun dia tetap teruja berbusana "Baju Bodo"




Tuesday 16 October 2012

Taman Peringatan Sandakan - Sandakan Ranau Death March

Salam kawan2, nak share dengan kawan2 salah satu tempat yang menjadi spot untuk dilawati di daerah Sandakan (kg Mulia) iaitu Taman Peringatan Sandakan, yang terletak lebih kurang 12 kilometer (Batu 7) dari Pusat Bandar Sandakan. 

Mulia sekadar nak kongsi tentang sejarah di bumi Borneo ketika Zaman Perang Asia Pacifik (Perang Dunia ke-2), senang cerita ketika pendudukan Askar Jepun di Asia lebih tepatnya semasa pendudukan Jepun di Borneo Utara sekitar tahun 1942 - 1945).  Mungkin kita ada terdengar mak2 atau nenek2 kita bercerita tentang susah payahnya kehidupan mereka ketika waktu perang berlangsung (Zaman Jepun).  Sehingga ke hari ini  perkataan "zaman jepun" selalau diguna pakai untuk mengambarkan keadaan atau suasana yang amat perit dan menderita.

Taman Peringatan Sandakan dibina di atas kawasan bekas kem tahanan (askar Jepun) Tahanan ini merupakan tahanan perang Pihak Berikat (2400 orang) dan tahanan kerahan Indonesia (3600 orang).  Mereka dikerah untuk membina landasan kapal terbang dalam keadaan yang sangat tidak berperikemanusiaan.  Mereka dipaksa bekerja keras dengan diajukan senapang di kepala, dipukul, serta diberi makanan dan ubatan yang tidak mencukupi. Ramai antara mereka telah maut kerana sakit dan kebuluran.  Ini merupakan kes Jenayah Perang Jepun terburuk di Borneo. Mereka masih terus manjadi tawanan sungguhpun kerja-kerja pembinaan telah siap.

Pada awal tahun 1945, ketika tentera Pihak Berikat semakin dekat,  komanden kem kapten Susumi Hoshijima mengarahkan semua tawanan dipindahkan ke pedalaman (Ranau) secara berperingkat-peringkat dengan berjalan kaki kira-kira sejauh 250km.   Menurut beliau arahan ini adalah daripada Komander Pemerintah Jepun ke-37 iaitu Leftenan Gen Masao Baba.

Dalam kawat maut Sandakan - Ranau, lebih 1000 telah terkorban kerana keletihan, penyakit dan kebuluran.  Seramai 38 orang yang hidup di Ranau dalam keadaan tidak mampu untuk bergerak, namun akhirya dibunuh atas perintah tertinggi jepun.  Hanya 6 orang tawanan yang berjaya melepaskan diri dengan lari ke hutan kemudiannya dibantu oleh penduduk tempatan sebelum diselamatkan oleh Pihak Berikat.  Mereka yang terselamat adalah Owen campbell dan Richard Braithwaite yang melarikan diri ketika kawat ke-2, Pegawai Warant Satu William Sticpewich, Prebet Keith Botterill, William Maxham dan Prebet Nelson Short yang melarikan diri ketika di Ranau.





Begitulah kisah sedih disebalik sebuah tugu peringatan. Peristiwa ini adalah kesinambungan dengan Kundasang War Memorial yang dibina pada 1962 oleh Kerajaan Australia untuk memperingati mereka yang gugur dalam peristiwa Sandakan Ranau - Death March




Saturday 13 October 2012

Irfan Makki - Waiting For The Call HD - YouTube.flv



Am waiting for the call, mari kita tanamkan niat untuk ke sana menyahut seruan Ilahi.  Labaikkalahumalakalabaik....semoga Allah mengkabulkan doa kita ini..mari kita saksikan video ini semoga semangat untuk ke sana semakin membara..

American Breakfast.....hullalla..

Cita pasal budak2 kolej yg wat praktikal kt tempat kerja mulia, macam2 diorang nie kena buat.  Biaselah klau kita ni tengah praktikal, ada jer kerja untuk kita yg orang2 ni bagi...teringat pulak zaman dulo2 masa mulia jd student praktikal. Tapi keadaan berbezalah, iyalah bidang pun lain2 kan. Ada gak prasaan jeles kt kawan2 yang tak perlu wat praktikal, boleh jer diorg nie grade.  Tapi rugi ler x dpt pengalaman macm kita yang perna wat praktikal.  Jumpa macam2 ada, kenal orang, boleh rase suasana bekerja yang sebenar, then ygn paling seronok bila praktikal yang dapat elaun.  Elaun tak lah sebanyak mana dua tiga ratus jer, untuk studen, 2 3 ratus tu dah besar zaman mulia dulo2 tu.  Tak tau lah pulak untuk studen sekarang, keadaan dah berubah dulo2 xde hp, x macam sekarang.

My plate for today....


Practical student learn how to do omelate

Friday 12 October 2012

Rasa Susah Bila Tak Tahu....

Salam, sekadar meluahkan keluhan yang Mulia rase. Mulia ni orang baru dalam blog, so memang excited nak mereka-reka blog, nak nampak cantik mcam blog2 org lain, biar mulia puas hati then klau ada orang yang sudi nak singgah, biar orang tu rasa enjoy, tapi macamana caranya? pusing jugak kepala otak ini.

Tanya pada kawan2 terdekat, masing2 tak tahulah pulak, dorg ada fb jer. Mulia nak cari kat mana yek. Mulia x mau give up! teruskan usaha, pasti senang je nie, cuma belum jumpa. Mulia x mau org kata buta IT, malunye ngan makcik2 yg x pernah sekolah pun ada blog gak, cantik dan menarik plak tu...jeles gitu.  Tunggulah...bila dah tahu nanti senang jer...semua hujung jari...

My bestday....

Alhamdulillah, syukur kehadrat Allah swt kerana memberi peluang Mulia menikmati hidup sehingga ke hari ini.  Hari ini hari lahir Mulia, genap sudah 39 tahun di duania fana ini.  Makin banyak usia, semakin dekat perjalanan menuju penghujung.  Semoga bertambah umur bertambah jugak Allah kurniakan keberkatanNya pada Mulia. Amin.

Sebelum ini mulia memang tak pernah celebrate pun besday, Mulia tak ingin kan itu semua cukuplah ucap selamat dan doa dari keluarga dan kawan-kawan.  Dekat oofis lama dulu, syarikat sediakan setaip sorang sebiji kek bila ada besday, so masing2 akan mengusung kek sebijik balik umah, celebration kt ofis xde, pandai2 masing2lah nak calebrate ngan siape kat umah.  Kek yang Mulia dapat klau Mulia tak makan dengan member satu umah sewa, Mulia sedekahkan kt Keluarga angkat Mulia je, sebab kadang2 jemu makan kek ini.

Tetapi sejak berpindah setahun lepas ke tempat baru ini, keadaan dah berubah, sentiasa ada celebration. tak besar mana pun, kecik2 jer sekadar potong kek dan makan ramai2.  Bukan sebab syarikat sponsor, tapi atas inisiatif staff sendiri. Nak dijadikan cerita, kt ofis Mulia ini, ada seorang yang bertindak sebagai alarm clock yang pantau hari jadi staff, tarikh lahir semua orang ada dalam simpanan dan seorang lagi bertindak sebagai tukang beli kek...terima kasih banyak atas inisiatif mereka ini.

Yang tak boleh lupa masa hari lahir Mulia tahun lepas, dapat suprise party yang diorang buat kat La Manila Cake house, kek yang di pilih memang kegemaran Mulia, Cheese Durian.

Tahun ini lebih istimewa sebab sambut besday dengan suami, pertama kali.  So En. Suami lah yang arrange semuanya.  Thanks so much Abang & Love You So Much.....muah berkali2..:). Actually abang dah belanja makan special semalam, William Corner kt Kelana Jaya. Bagi pengemar makan2 mesti tau restoran ini kt mana.  Semalam kami pesan 2 menu jer tuk 3 orang, almaklum lah kt sini makanan yg dihidang memang portion besar boleh makan tuk 2 ke 4 orang.  Untuk main dish - chicken chop & olio jer, dessert - paklava & pinacota, minuman - teh o panas, laici melon & carrot juice.

My wish
Semoga Allah melanjutkan usiaku dalam keberkatan dan dimurahkan rezeki....Amin.


Tuesday 9 October 2012

Walimatul urus....................

Assalamualaikum dan selamat pagi.. Syukur kita diberi peluang sehari lagi untuk hari ini.  Selamat pengantin baru kepada pasangan Adlina & Sham yang telah melangsungkan perkhawinan 2 minggu lepas.  Welcome too the club, kate orang kita dah satu kapal...hehehe.  Doa untuk Ad dan diri sendiri yang baru melangkah ke alam ini, Semoga kita di anugerahkan dengan alam rumahtangga yang sakinah, mawahdah & warahmah.  Amin.



Seronok betul menghadiri majlis resepsi kawan Mulia yang seorang nie, teruja sebenarnya, Acaranya begitu gilang gemilang, yang di adakan di dewan Perdana Felda Kuala Lumpur dan di hadiri oleh VVIP.  Hidangannya pula sungguh enak dan menyelerakan.  Sambil tetamu menjamu selera, kami dihiburkan dengan tarian zapin oleh penari2 cilik dan dendangan lagu2 melayu lama dari kumpulan pemuzik gambus.







Sebenarnya Mulia nie agak teruja menghadiri majlis ini, ialah sebelum ini majlis kenduri kahwin yang Mulia hadiri, hanya kenduri yang sederhana, di kampung2, suasana agak berlainan dengan yang dibuat di hotel2 atau di dewan. 

Mari kita saksikan gambar-gambar suasana  kemeriahan majlis ini.

Menu para tetamu - Butter Prawn, Rendang Tok, Dalca Sayuran, Acar Buah, Papadom, Ayam Beriyani, Isi Ikan Bunga Kantan, Buah-buahan, SirapLimau, Air



Menu Pencuci Mulut - Tapai Ice Cream

Buah Tangan Untuk tetamu

Ibu bapak pengantin perempuan ketika berucap


Flower girl

Pengantin melangkah ke Meja Makan Utama
  Jutaan terima kasih kepada tuan rumah dari kami kerana sudi menjemput ke majlis ini.


Monday 8 October 2012

Cuti-cuti di Pulau Ketam


Nasamulia
Sinonim dengan namanya Pulau Ketam
Dengan lafaz basmalah...seharusnya segala sesuatu yang kita lakukan, kecil atau besar perlu dimulai dengan basmallah, Bismillahirahmanirahim, Salam semua, semoga kita sentiasa dikurniakan kehidupan yang sejahtera dan bahagia hendaknya..

Sebagai hambaNya kita semua adalah khalifah dimuka bumi ini, masing2 ada peranannya, sungguhpun seperti sekecil ketam di pantai (dalam gambar), Allah telah menciptakan semua mahklukNya berserta dengan peranan masing2.  Manusia adalah mahkluk ciptaan yang paling sempurna, sebab itu kita darjat manusia ini talah di angkat tinggi berbanding dengan mahkluk yang lain dan diberi sebagai khalifah di muka bumi ini.  Kita adalah antara mahluk yang terpilih. SubahanaAllah.

Renung2 kan diri dan alam semesta dan segala macam isinya.  Sekiranya kita masih susah hendak bersyukur, luangkan masa untuk berkelana di muka bumi ini.  Sekiranya kita berkemampuan, berjalanlah sejauh yang boleh, kutiplah pengalaman sebanyak mungkin moga dengan cara itu kita sentiasa mensyukuri nikmat Allah swt..



Ikan Tembakul

Dua minggu lepas, Mulia, suami dengan seorang teman, sempat berkunjung ke Pulau Ketam, Klang.  Perjalanan dari jeti Pelabuhan Klang mengambil masa lebih kurang 30 minit menaiki feri dengan kadar bayaran RM7.00, pergi balik baru RM14.00.  Nak pergi jalan jauh2 byk benda kena fikir selain budjet, cuti lagi, dah lah waktu kerja suami tak menentu...so kita pergi cuti2 bajet murah dan dekat je.  Mari kita share senario Pulau Ketam melalui gambar di bawah nie..


Jeti Pelabuhan Kelang


Pemandangan di Perkampungan Nelayan

Antara Kemudahan komuniti di Pulau Ketam

nasamulia
Basikal adalah pengangkutan utama di Pulau Ketam